Thursday, March 21, 2013

Takde lauk lain ke.......

 Takde.......dah namanya orang kampung lauk kampung je laa. Mcik pun bukannya reti sangat nak masak, yang macam gini tau le. Tengok tuu amik gambor pun terbalik, sian betul kat makcik kann..kannn
jadi le lauk poyo pun, orang kat Gaza kelaparan tau....perajurit kita pun belum tentu dapat makan sambal belacan cam mcik nie...apapun syukur Alhamdulillah ke hadrat ALLAH TAALA kerana mengurniakan mcik rezeki nie...
 yang ni plak rezeki mcik untuk minum petang, buat lepat pisang. pes taim buat nie...sedap gakk lawan ngan teh o
 aaaa bukak baju dia...tunjuk aurat sikit
 yang ni yang masih sopan
yang ni panas2 tunggu nak ngapp. Mcik xletak kelapa muda kat tengah xde stok...pisang semata2. Jemput makan ya jangan malu2...sila2.....nak air kopi koo bancuh la sendiri, mcik xsihat hari nie..
 ini pulak nasik goreng untuk dinner. Nasi goreng kunyit je, tumbuk udang kering, bawang ngan cili api. Kali ni letak cili sikit je sbb takut anak2 xleh makan.....kurang selera mcik. (pengorbanan seorang ibu demi anak2nya..ecehhh...ecehhhh cam bagus jerr)
makan ngan keropok ngan ulam timun cicah sambal totok sedap nie.

biasa je....

 Lauk biasa je, ikan masak kicap, kobis goreng, ayam gulai darat @ gulai nasik berlauk dan juga para pelakon ekstra.

Menu mangkuk tingkat Khamis, 21 Mac 2013

 Rendang pucuk ubi
ayam goreng rempah, ikan singgang, ikan masin, ulam dan juga sambal belacan.

Menu mangkuk tingkat Rabu, 20 Mac 2013

 ayam gulai darat
 tumis kobis dan hati ayam
 ikan masak kicap
sambal belacan dan ulam daun selom serta ikan masin

Rahsia surah Al-Kautsar



RAHSIA SURAH AL-KAUTSAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-


1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

@[503992899626576:274:Islamic Network] : | LIKE | SHARE | COMMENT | TAG |
RAHSIA SURAH AL-KAUTSAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-


1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Tuesday, March 19, 2013

Juadah biasa lagi....

 Ini lauk makan tengahari ni...macam biasa juga, lauk kampung untuk orang kampung. Tak perlu ke bandar...korang layan la ye sampai korang pitam hu..hu..hu...
kerusi tu baru siap tukar cover tuu la pasal makan kat meja. Kalau x makan bersila atas tikar getah munga2 jerr....jemput makan semua...

Menu mangkuk tingkat Selasa, 19 Mac 2013

 Kerutuk daging @ daging buku besar
 sup sawi kampung
kerisi masam manis dan juga para pelakon ekstra yang lain. Sori comot....

Lauk kampung untuk orang kampung

Lauk biasa untuk orang yang biasa...kita tumpangkan ikan bawal emas masak kari, ayam masak merah, terung tumis belacan dan juga ikan gelama masin. Kalau makan kari ni mesti taruk kicap manis kipas udang banyak2 macam orang belah Utara makan...Mcik selalu laa bebel kat budak2 n bapak budak sbb takut kicap cepat abih..hu..hu... 

Menu mangkuk tingkat Isnin, 18 Mac 2013

 Terung goreng belacan
 ayam masak merah
kari ikan dan juga para pelakon pembantu yang lain.

Saturday, March 16, 2013

Selamat Hari Lahir Anak-anakku sayang....


 Tanggal 14 Mac 2012 lahirlah seorang  boboi boy di OT hospital Putrajaya
 14 Mac 2013, genaplah setahun usia budak comot yang notty itu...dah ada 3 batang gigi. 2 gigi bawah dan 1 gigi kapak untuk geeget ibu. Cepat2 besar ya wahai Imam muda Wabil Izz Nizar semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia dan akhirat. Aminn.
cuba tengok betul2  muka fotostat ngan orang yang kat bawah kan
 yang ni gambar Nabil  masa umur 3 tahun. Happy birthday tembam 15 Mac 2013 genap 10 tahun. Nanti kita sambut sama2 ngan adik ya. Ibu budget tahun ni...hu...hu...
 Ini pulak kisah pilu tahun lepas, semua buat muka selebet sbb xdapat sambut harijadi Nabil (makcik kat hospital lagi belum discharge) Syabil pulak kena chix pox...hospital pulak buat rules baru time tu (kanak2 xdibenarkan masuk walaupun time melawat, kena tinggal kat bawah )
 nak jadik cerita, kan ke byk procedure nak kena settle sblm discaj, bebudak ni pulak dok laa kat bawah sbb dah tatau nak letak kat mana ...tapi bila dah 3 jam(dari kul 12 tghari, kul 3 lebih baru settle) Syabil yang masa tu baru umur 2 tahun pergi kat tempat parking menangis2 kehulu-kehilir lintas jalan sambil cari ayahnya...abangnya pun sama menangis sampai bengkak2 mata (diorang ingat dah kena tinggal sbb dah lama sgt, nak main kat bilik mainan kena buli ngan budak2 besar, sian sungguh). Seb baik laa lps tu ada staff dekat klinik ENT tu ambik depa nie sebab tgk dok merayau2 sambil nangis keliling hospital. Kalau kena kidnap ke..langgar kete ke...camana ye..
 start dari itu hari, memang makcik berkepit je ngan diorang...xsanggup rasanya mengenangkan tragedi tahun lepas. Sebelum tu Nabil dilahirkan di hospital Seremban, Syabil kat KPJ Seremban..jadi xde sebarang masalah
makcik ada gak dengar cerita budak hilang kat hospital Putrajaya, betul ke???memang xpatutkan!!!nyusahkan orang...kalau jadi kat anak2 diorang camno....

Lauk orang kampung....makan tepi sawah sambil tangkap ikan puyu hu...hu...

Variasi lauk2 gaya kampung yang membawa nostalgia. Makan sambil mengendap kerbau makan rumput tepi batas sawah pun best juge nii....

Menu mangkuk tingkat Jumaat, 15 Mac 2013

 masak lemak cili api ayam dan rebung
 ikan kerisi masak masam manis
 bendi goreng ikan bilis
ayam goreng serbuk kari. Ikan masin, ulam dan sambal macam biasa.

Lauk desa aje.....

Sedapnya makan nasik ngan ikan masin dan ulam timun cicah sambal. Ikan masin tuu guna ikan yang dari Tawau yang cam keropok tu bau hapak2 sedap tu hu...hu...telur rebus tu, menumpang je.

Menu mangkuk tingkat Khamis, 14 Mac 2013

 Lauk biasa saja, ada gulai daging
 sup cendawan dan kek ikan
sambal belacan
juga ikan kerisi masak sambal. Ulam timun dan ikan masin pun ada juga. 

Thursday, March 14, 2013

Menu mangkuk tingkat Rabu, 13 Mac 2013

 Ni menu untuk hari Rabu lepas, daging masak hitam, kailan goreng belacan dan juga singgang ikan tongkol.
Ikan singgang dengan para pelakon ekstra lupa lak nak ambik gambar.

Tuesday, March 12, 2013

Jemput makan semua...lauk petani je...

 Hari ni kita masak ayam kari hijau, buat kerabu nangka muda dan juga buat ikan bakar cicah ngan air asam...sedap gak makan nasik sambil minum air kopi. Rasanya kalau makan bawah pokok pisang lagi best kot macam yang Pakcik Ady selalu praktis kahx3...jangan jatuh taik ulat bulu dahlaa, kang gatal satu badan hu..hu...
jemput makan ya semua...cik NP xmoo join sekali ka? nampak cam air liur dah meleleh dah tuu...

Menu mangkuk tingkat Selasa, 12 Mac 2013

 kerabu nangka muda
 ikan bakar cicah air asam
ayam masak kari hijau. Sambal dan yang lain2 macam biasa...