Thursday, June 20, 2019

Telur sambal

BAHAN-BAHAN :
3 biji telur (goreng telur mata)
1 Tbsp sos tiram


CARA-CARA :
Panaskan sambal di dalam kuali.
Masukkan sos tiram dan telur.
Gaul.
Sedia dihidangkan di hari yang sibuk.

Wednesday, June 19, 2019

Jus kiwi, epal & anggur

2 biji kiwi (buang kulit)
1 biji epal hijau (buang kulit, tangkai dan biji)
1 cwn anggur hitam
500ml air bertapis



CARA-CARA :
Masukkan semua bahan ke dalam pengisar.
Kisar sehingga halus.
Tuangkan ke dalam gelas dan sedia dihidangkan.

***boleh juga jika ditapis terlebih dahulu***

Masak lemak turi @ geti

BAHAN-BAHAN :
100g daun turi (daun sahaja)
500ml santan segar
10 ekor udang (buang urat)
1 batang serai (ketuk)
1 tangkai cili merah (hiris serong)
garam laut/gula

DITUMBUK :
2 ulas bawang merah
10 biji lada hitam


CARA-CARA :
Tuangkan santan ke dalam periuk bersama bahan tumbuk dan juga serai.
Didihkan sebentar di atas api sederhana.
Kemudian masukkan udang, daun turi dan juga cili merah.
Masak sehingga udang kecut dan sayur lembut.
Perasakan dengan garam dan secubit gula.
Gaul rata dan sedia dihidangkan.

Monday, June 17, 2019

Sambal bajak berapi

BAHAN-BAHAN :
350g cili api merah (kisar kasar)
130g bawang besar (hiris)
25g bawang putih (hiris)
330g tomato masak (2 biji besar, hiris)
75g belacan 
3tsp garam bukit
gula melaka secukup rasa
250ml minyak masak


CARA-CARA :
Panaskan minyak di dalam kuali.
Tumis cili bersama bawang sehingga terbit minyak.
Tambahkan tomato dan juga belacan.
Masak sehingga mendidih.
Kemudian masukkan gula melaka dan garam secukupnya.
Setelah sebati bolehlah dimatikan api.
Sejukkan dahulu sebelum di masukkan ke dalam balang.

Sunday, June 16, 2019

Sosej pedas manis

BAHAN-BAHAN :
1 paket koktel ayam keju (500g)
sedikit cili flakes
sedikit dry Italian herbs
1 sachet sos tomato
3 sachet sos cili
sedikit kicap pekat manis @ kicap BANGO 
sedikit minyak untuk menumis


CARA-CARA :
Masak sosej di atas api kecil sehingga lembut.
Tambahkan bahan-bahan lain dan masak sehingga bersalut.
Matikan api dan sedia dihidangkan.

Friday, June 14, 2019

Mi goreng ringkas

BAHAN-BAHAN :
450g mi kuning (basuh, tos)
3 biji telur (dadar, hiris nipis)
8 biji bebola ikan (belah 2)
2 keping kek ikan (hiris nipis)
2 biji tomato (belah 6)
sedikit kangkung
90ml air tapis
kicap manis kipas udang secukup rasa
sedikit kicap pekat Jalen
1 Tbsp sos tiram
2 Tbsp sos tomato
gula/garam jika perlu
minyak untuk menumis

DITUMBUK :
6 ulas bawang putih
2 tangkai cili merah
sejemput ikan bilis


CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi.
Masukkan bebola ikan, kek ikan, air dan juga sos-sos.
Gaul seketika.
Kemudian masukkan kangkung, mi dan juga tomato.
Perasakan secukupnya.
Masak sehingga kangkung layu dan mi lembut.
Taburkan telur dadar sebelum dihidangkan.

Kangkung belacan

Saja tayang lauk yang sentiasa menjadi menu kesukaan Nabil. Untuk yang baru belajar ke dapur bolehlah lihat resepi di sini.


Tuesday, June 4, 2019

Gulai lemak bawal emas

BAHAN-BAHAN :
2 ekor ikan bawal emas (potong 2)
500ml pati santan segar
400ml air bertapis
1 keping asam keping
2 Tbsp minyak 
garam laut/gula

DIKISAR :
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 ruas jari halia
1 ruas jari kunyit hidup
2 biji buah keras (sangai)
2 tangkai cili merah
1/2 Tbsp biji ketumbar


CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak untuk menumis.
Tumis bahan kisar sehingga garing dan pecah minyak.
Tuangkan air dan separuh pati santan.
Masak di atas api sederhana sehingga mendidih.
Kemudian masukkan ikan dan juga asam keping.
Kacau selalu.
Akhir sekali tambahkan baki santan dan perasakan secukupnya.
Setelah kuah terbit minyak, matikan api dan sedia dihidangkan bersama nasi, ulaman dan sambal belacan.

Monday, June 3, 2019

Bawal masam manis buahan

BAHAN-BAHAN :
3 ekor ikan bawal hitam (lumur garam kunyit, goreng)
3 ulas bawang putih (ketuk)
1/2 labu bawang holland (hiris)
8 tangkai cili api (ketuk)
2 biji tomato masak (potong baji)
2 Tbsp cili kisar
4 Tbsp sos tomato 
1 tin rambutan bersama nenas (ambil sedikit sirap)
garam bukit/gula jika perlu
minyak untuk menumis


CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bawang putih bersama bawang holland sehingga wangi.
Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
Kemudian masukkan sos tomato, buah tomato dan juga sedikit sirap daripada buahan.
Masak sehingga tomato lembut.
Akhir sekali masukkan ikan, cili api dan juga buah.
Perasakan secukupnya.
Setelah sebati bolehlah diangkat dan dihidangkan.



Sunday, June 2, 2019

Jus kunyit buahan

BAHAN-BAHAN:
5cm kunyit hidup 
6 biji epal hijau
2 batang lobak merah
1 batang celery


CARA-CARA :
Potong semua bahan dan masukkan ke dalam pengisar COLD PRESSER.
Sedia dinikmati @ boleh dicampurkan bersama secukupnya air bertapis.

Masak lemak kulat sisir

BAHAN-BAHAN :
300g kulat sisir (rendam & cuci bersih. Toskan)
1 ikat pucuk paku (patahkan bahagian lembut)
1 L pati santan
2 batang serai (ketuk)
1 asam keping
garam laut/gula
minyak untuk menumis

DIKISAR :
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
15 tangkai cili api
1 ruas kunyit hidup


CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
Tumis bahan kisar bersama serai sehingga wangi.
Tuangkan pati santan dan masukkan kulat sisir dan pucuk paku.
Masak di atas api sederhana sehingga mendidih.
Kacau selalu.
Tambahkan asam keping dan juga perasa secukupnya.
Setelah sayuran lembut matikan api dan sedia dinikmati.

Kerabu ikan yu

BAHAN-BAHAN :
1 ekor ikan yu saiz kecil (cuci bersih, dibakar)
1 biji jantung pisang saiz kecil (direbus bersama air +garam+ cuka)
200ml pati santan
1 kuntum bunga kantan (hiris)
4 ulas bawang merah (hiris)
5 tangkai cili api (hiris)
sedikit lada hitam (tumbuk)
1 inci belacan (bakar)
jus limau nipis secukupnya
garam bukit/gula


CARA-CARA :
Siat isi ikan dan ketepikan.
Hiris halus jantung pisang dan ketepikan.
Sementara itu didihkan pati santan bersama belacan, lada hitam, garam dan juga gula secukupnya.
Matikan  api dan masukkan isi ikan, jantung pisang dan bahan-bahan lain.
Gaul hingga rata.
Perahkan jus limau nipis secukup rasa.
Jika suka bolehlah memasukkan sedikit cuka.
Setelah agak sebati bolehlah dihidangkan bersama nasi.


Wednesday, May 29, 2019

Tumis peria bertauhu

BAHAN-BAHAN :
1/2 biji peria saiz sederhana (potong nipis)
1 biji tauhu (dadu kecil, goreng berkulit)
1 biji telur
1/2 biji bawang holland saiz kecil (cincang)
3 ulas bawang putih (cincang)
1 Tbsp sos tiram
sedikit minyak
garam bukit/gula (jika perlu)


CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bawang cincang sehingga garing dan terbit bau.
Kemudian pecahkan telur dan kacau sehingga berketul.
Masukkan peria, sambal cili bawang dan juga sos tiram.
Masak sehingga peria empuk.
Tambahkan tauhu yang telah digoreng, gaul rata.
Masukkan garam @ gula hanya jika perlu kerana sos tiram dan sambal cili sudah mengandungi garam. Setelah agak sebati bolehlah dimatikan api.
Sedia dihidangkan bersama nasi.

Tuesday, May 28, 2019

Soto ayam

BAHAN-BAHAN :
2 kg mi kuning (basuh bersih, celur)
1 ekor ayam
3 L air bertapis
3 batang serai (ketuk)
3 paket sup bunjut tulang
tauge secukupnya (buang ekor)
1 pokok daun sup/1 pokok daun bawang (hiris)
garam laut/gula

DIKISAR :
1 labu bawang besar
5 cm halia
1 biji isi buah pala
1 sudu kecil jintan putih (sangai)
2 sudu kecil lada hitam (sangai)
3 sudu kecil jintan manis (sangai)
2 sudu kecil ketumbar biji (sangai)
***bukan sudu teh, tapi sudu kecil biasa***

SAMBAL KICAP :
20 tangkai cili api
4 ulas bawang putih
1/2 c kicap manis
secukupnya gula
***semua bahan ditumbuk @ dikisar***


CARA-CARA :
Bersihkan ayam kemudian direbus bersama sup bunjut, serai dan bahan kisar.
Renihkan di atas api sederhana.
Sentiasa buang buih-buih yang timbul dipermukaan sup.
Apabila ayam telah empuk, keluarkan dan toskan ayam.
Siat isi ayam dan ketepikan untuk hidangan.
Sementara itu masukkan tulang-tulang ayam bersama secukupnya bahan perasa ke dalam kuah sup. Biar mendidih sekali lagi.
Sedia dihidangkan bersama mi dan bahan pelengkap.

Monday, May 27, 2019

Sup bayam & tauhu

BAHAN-BAHAN :
1 ikat sayur bayam
2 ketul tauhu (dadu, goreng sehingga berkulit)
1 tangkai cili merah (hiris)
900ml air bertapis
garam bukit/gula

DITUMBUK KASAR :
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 Tbsp ikan bilis
10 biji lada hitam
10 biji lada putih


CARA-CARA :
Didihkan air bersama bahan tumbuk.
Kemudian masukkan tauhu, bayam dan juga cili hiris.
Renihkan di atas api sederhana sehingga bayam lembut.
Perasakan secukupnya.
Sedia dinikmati.

Nasi goreng belacan pedas

BAHAN-BAHAN :
700g nasi 
5 helai kobis cina (hiris)
7 tangkai cili api (ketuk)
1/4tsp serbuk pati ayam
garam bukit
minyak untuk menumis
ikan selar kuning goreng kunyit (jika suka)

DITUMBUK :
1 labu bawang besar saiz sederhana
6 ulas bawang putih
1/2 Tbsp belacan


CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bahan tumbuk sehingga harum dan garing.
Masukkan kobis, nasi dan juga cili ketuk.
Gaul rata dan masak sehingga kobis layu.
Perasakan secukupnya.
Setelah sebati matikan api dan sedia dinikmati bersama ikan goreng @ keropok.
Enak juga jika dinikmati bersama ikan rebus goreng.

Sunday, May 26, 2019

Colek nenas

BAHAN-BAHAN :
1 biji nenas masak manis (kupas, buang mata & potong kecil)

DITUMBUK LUMAT :
3 tangkai cili api
sebesar ibu jari belacan bakar
3 Tbsp gula @ gula melaka
1/2 tsp garam bukit


CARA-CARA :
Gaul nenas bersama bahan tumbuk sehingga sebati.
Sejukkan sebentar di dalam peti ais.
Sedia dinikmati bersama nasi @ dimakan begitu sahaja.

Sup cendawan & selada air

BAHAN-BAHAN :
250g selada air @ watercress (ambil daun & batang lembut)
220g cendawan shitake segar (belah 4)
5 ulas bawang putih (cincang)
1 Tbsp pati ayam pekat
1 L air bertapis
garam bukit/serbuk lada sulah
1 genggam soohoon
sedikit minyak


CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
Tumis bawang putih sehingga harum.
Tuangkan air dan masukkan pati ayam.
Masak sehingga mendidih.
Kemudian masukkan cendawan dan masak sehingga lembut.
Masukkan pula selada air dan juga bahan perasa secukupnya.
Akhir sekali masukkan soohoon yang telah direndam seketika.
Setelah soohoon lembut, matikan api dan enak dihirup panas-panas.

Saturday, May 25, 2019

Masak lemak labu

BAHAN-BAHAN :
1.2 kg labu punggi @ labu kuning
1 L air bertapis
1 kotak kecil santan KARA  (200ml)
1 cekak kangkung
garam bukit/gula

DITUMBUK :
3 ulas bawang merah
10 biji lada bena @ lada hitam


CARA-CARA :
Buang kulit dan dadu buah labu besar-besar.
Rebus labu bersama bahan tumbuk sehingga separuh empuk.
Tuangkan santan dan renihkan dengan api sederhana.
Setelah labu empuk, masukkan kangkung dan perasakan dengan garam secukupnya.
Masak sehingga kangkung layu.
Matikan api dan sedia dinikmati bersama nasi, ikan goreng dan sambal belacan.

Sambal bilis mudah

BAHAN-BAHAN :
Segenggam ikan bilis (basuh bersih, tos)
1 labu bawang besar saiz kecil (hiris)
2 papan petai (belah 2, jika suka)
4 Tbsp penuh cili giling PUTERI
garam bukit/gula secukup rasa
1/2 c minyak 

DIKISAR :
2 labu bawang besar (saiz sederhana)
sebesar ibu jari belacan
sedikit air 


CARA-CARA :
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
Masukkan cili giling dan juga sedikit gula.
Tumis sehingga terbit minyak.
Kemudian masukkan ikan bilis yang telah dibersihkan.
Masak sehingga bilis lembut.
Tambahkan petai, bawang hiris dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Berhati-hati semasa memasukkan garam kerana pes cili PUTERI sudah mengandungi garam dan air asam jawa.
Setelah agak sebati dan petai lembut bolehlah dimatikan api dan sedia dinikmati.