Showing posts with label Jeruk. Show all posts
Showing posts with label Jeruk. Show all posts

Saturday, August 25, 2018

Jeruk pauh



BAHAN-BAHAN :
20 biji mangga epal muda
450g garam halus
air secukupnya untuk merendam mangga

BAHAN SIRAP :
5kg gula pasir
1 liter air tapis

CARA-CARA :
Kupas mangga dan belah jangan terlalu nipis.

masukkan ke dalam besen besar dan taburkan dengan garam.

Rendam dengan air separas mangga.
Ketepikan 8 jam @ semalaman.
Sementara itu sediakan sirap gula dengan cara mencairkan gula bersama air sehingga gula hancur sepenuhnya.
Ketepikan.

Besoknya bilas mangga sebanyak 3 kali sehingga hilang  garam.
Susun mangga ke dalam bekas dan tuangkan sirap gula yang telah sejuk.

Biarkan di dalam peti sejuk selama 3-4 hari sebelum sedia dimakan.
Jika dibiarkan pada suhu bilik, sirap jeruk hendaklah dipanaskan setiap hari.
Bila sejuk barulah dimasukkan kembali ke dalam balang.

***jeruk mangga ini sentiasa rangup walaupun tanpa penggunaan air kapur. Walaupun saya selalu menjeruknya tetapi saya jarang menikmatinya kerana ianya macam biskut  chipsmore..kejap ada kejap xde***

Saturday, May 26, 2018

Asinan gajus

 BAHAN-BAHAN :
buah gajus
garam bukit
gula


 CARA-CARA :
 Bersihkan buah gajus dan ketepikan bijinya.
Hiris nipis gajus dan masukkan ke dalam mangkuk.
Taburkan sedikit garam dan masukkan gula secukupnya.
Gaul rata dan masukkan ke dalam peti ais.
Biarkan di dalam peti ais sehingga air buah keluar.
Sedia dinikmati begitu sahaja @ dimakan bersama nasi dan sambal belacan.

Tuesday, March 20, 2018

Jeruk belimbing buluh

 
BAHAN-BAHAN :
1.25kg belimbing buluh (bersihkan, belah 2)
1/2 cawan garam kasar
2 cawan gula pasir
6 tangkai cili api (belah 2)

CARA-CARA :
Gaul rata semua bahan dan masukkan ke dalam balang.
Biarkan semalaman.
Simpan jeruk di dalam peti ais dan sedia digunakan untuk masak pindang, masak lemak dsbnya.

***tidak perlu memasukkan air kerana belimbing akan mengeluarkan jus***

Friday, February 23, 2018

Mandai

 
 BAHAN-BAHAN :
Rami dari sebiji cempedak
1/2 cawan garam kasar
secukupnya air


 CARA-CARA :
Ambil rami daripada sebiji cempedak.
Buang kulit pada rami cempedak tersebut dan potong kecil.
Basuhkan rami cempedak yang telah dipotong tadi.
Kemudian gaulkan ia dengan garam.
Biarkan selama satu malam.
Setelah dibiarkan semalaman, basuhkan ia lagi dan dibilas.
Masukkan rami cempedak tersebut ke dalam balang, masukkan air sepenuhnya di dalam bekas tadi. Bubuh setengah cawan garam dan ditutup rapat.
Biarkan selama sebulan atau lebih sebelum dimasak.

***SAYA MENGGUNAKAN RAMI DARIPADA NANGKA. RESEPI INI MERUPAKAN RESEPI ASLI KAUM BANJAR. RESEPI INI SAYA PEROLEHI DARI MAJALAH SAJI KELUARAN SEPTEMBER 1997, COVER ANNE HAMID***