Showing posts with label jamuan. Show all posts
Showing posts with label jamuan. Show all posts

Monday, October 8, 2018

Ayam masak merah NaSya

 BAHAN-BAHAN :
7 ekor ayam saiz sederhana (potong 10)
3 biji bawang besar (hiris)
65g daun sup @ 2 pokok (ambil daun, hiris)
5 Tbsp sos tiram Lee Kum Kee
1 1/2 paket besar (paket 800g) cili boh PUTERI
1400ml sos cili Kimball
1/2 jag blender air untuk kuah
1 1/2 cawan gula @ secukup rasa
garam laut @ bukit secukup rasa
secukupnya minyak untuk menumis

DIKISAR :
1.4 kg bawang besar
280g halia
10 batang serai (hiris)
60g cili api
batang daun sup
1.4 kg tomato masak
***kisar sedikit-sedikit dengan air yang secukupnya sehingga hancur***


CARA-CARA :
Ayam dibasuh bersama cuka. Buang lemak dan bilas bersih-bersih sebanyak 3 kali.
Toskan dan lumur garam bersama serbuk kunyit.
Goreng ayam sehingga separuh masak.
Ambil secukupnya minyak dari sisa gorengan ayam.
Tumis bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan cili boh dan 1/2 cawan gula.
Masak sehingga sambal terkaramel dan hilang bau cili.
Kemudian masukkan pula sos tiram dan juga sos cili.
Masak sehingga meletup-letup.
Tambahkan air untuk kuah dan masak sehingga mendidih.
Setelah itu, masukkan ayam goreng, bawang hiris dan juga daun sup.
Renih dengan api perlahan sehingga mencapai kepekatan yang diingini.
Perasakan dengan garam dan masukkan baki gula.
Kacau sebati dan bolehlah dimatikan api.

***Ayam masak merah saya agak berkuah kerana melayan permintaan daripada pelanggan (pelajar) yang suka kuah merah. Jika tidak suka berkuah bolehlah kurangkan bawang, tomato dan juga cili boh. Anda tidak perlu lagi memasukkan asam kerana cili boh Pu3 sudah mengandungi asam jawa dan garam.***

Wednesday, March 7, 2018

Sambal belacan

 BAHAN-BAHAN :
150g cili api merah
100g cili merah (patahkan)
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar saiz kecil
65g belacan
60g asam jawa + 1/2 cawan air tapis (jadikan pes)
90ml cuka makan
100g gula pasir
9g garam bukit
1 cawan air tapis


CARA-CARA :
 Cucuk bawang putih dan bawang besar pada hujung pisau.
Layurkan di atas dapur gas sehingga kulit bawang hangus.
Ambil isi bawang dan masukkan ke dalam pengisar.
Balut belacan dengan kertas aluminium.
Bakar di atas api dapur sehingga wangi.
Tambahkan belacan dan semua bahan lain ke dalam pengisar.
kisar dengan menekan PULSE beberapa kali.
Jika suka boleh juga memasukkan tomato masak ke dalam sambal ini.
Kisar sehingga sebati.
Saya juga selalu menggantikan belacan dengan cencaluk.
Memang sedap tetapi kurangkan jumlah garam yang digunakan.
Tuangkan sambal ke dalam botol dengan menggunakan botol air mineral yang dipotong seperti di atas.
Simpan sambal di dalam peti ais.
Bila hendak dimakan barulah dituangkan ke dalam mangkuk dan enak jika digaul bersama nenas manis @ kuinin @ dengan hirisan kulit limau kasturi.



Thursday, February 8, 2018

Sambal jantan @ jate

 BAHAN-BAHAN :
370g cili api 
400ml cuka makan
150g gula pasir
50g garam bukit


 CARA-CARA :
Kisar semua bahan sehingga hancur.
Hidangkan sambal bersama nasik belauk @ laksam @ nasi kerabu.

Gulai ayam nasik belauk

BAHAN-BAHAN :
6 ekor ayam (potong 12, cuci bersama tepung gandum)
250g rempah kari ayam Baba's
100g rempah gulai darat
300g cili kisar
2kg pati santan
1 liter air tapis
ubi kentang (pilihan)
180g garam kasar
120g gula melaka
20g asam keping
500ml minyak masak

DIKISAR BERSAMA AIR SECUKUPNYA :
1kg bawang besar
1 labu bawang putih
100g halia bentong
40g lengkuas

REMPAH PENUMIS :
30g kulit kayu manis
7g bunga lawang
4g buah pelaga
2g bunga cengkih
7g cabai jawa (xde xpe)


CARA-CARA :

Panaskan minyak di dalam periuk besar. (Periuk 40cm)
Masukkan rempah tumis dan tumis sehingga harum.
Masukkan pula bahan kisar.

Gaul rata bahan kisar dan tumis sehingga bawang garing dan pecah minyak.

Kemudian masukkan pula cili kering yang telah direbus dan dikisar. Jika inginkan kuah gulai yang tidak pedas bolehlah kurangkan jumlah cili.

Masak lagi sehingga cili garing dan 

hilang bau cili. Kacau selalu.

Setelah itu, masukkan pula kedua-dua rempah.

Gaul sebati. Masukkan separuh daripada garam kasar dan gula melaka pada langkah ini.

Masak sehingga rempah terbit minyak. Ore kelate kata mmati awas.

Kacau selalu supaya rempah tidak hangit.

Kemudian masukkan ayam yang telah dicuci bersih dan ditos.

Gaul ayam bersama rempah sehingga rata dan masak sehingga air ayam keluar atau ayam kecut.

Tuangkan air dan biarkan kuah mendidih.

Jika suka boleh masukkan kentang.

Masukkan asam keping

dan juga pati santan. Tambahkan juga baki garam kasar dan gula melaka .

Masak sehingga gulai menggelegak

dan santan pecah minyak. Matikan api

 dan sedia dihidangkan bersama nasi @ roti jala.

***HIDANGAN INI MENCUKUPI UNTUK 65-70 ORANG MAKAN***

Monday, February 5, 2018

Lontong

 BAHAN-BAHAN :
Nasi kapit  secukupnya
sambal tumis secukupnya
beberapa biji telur rebus (dibelah 2, jika ada)

KUAH LODEH :
4 kelopak kobis (hiris)
1 batang lobak merah (potong julienne)
1 biji terung panjang (belah 2, hiris serong)
10 tangkai kacang panjang (potong 3cm)
2 keping fucuk @ tauhu kering (rendam, potong)
1 paket kecil suhun (rendam)
300g udang kecil (buang kulit)
500ml santan
1/2 jag blender air
2 helai daun limau purut (carik)
garam bukit
1 tsp stok ayam

BAHAN KISAR :
1/2 labu bawang besar
1 inci kunyit
1cm halia
1 batang serai


CARA-CARA :
 Tuangkan bahan kisar ke dalam periuk berisi santan.
Tambahkan air dan renihkan di atas api sederhana sehingga mendidih.
Kemudian masukkan udang dan sayur-sayuran.
Masak sehingga sayur lembut.
Masukkan pula fucuk, daun limau purut dan juga suun.
Kacau rata.
Tambahkan garam dan juga stok ayam.
Setelah sebati bolehlah dimatikan api.
Untuk menghidang, masukkan nasi kapit ke dalam mangkuk.
Curahkan kuah lodeh secukupnya.
Sudukan sedikit sambal tumis dan hiasi dengan telur rebus.
Sedia dinikmati sebagai sarapan @ untuk minum petang.