Tuesday, January 30, 2018

Sup petola campur

 BAHAN-BAHAN :
500g petola (bersihkan, hiris)
5 batang jagung muda (buang kulit keras, belah 2)
10 kuntum cendawan shitake (belah 2)
1 paket kecil bebola ikan (hiris 3)
1 Tbsp bawang putih cincang
3 gelas air bertapis
secubit serbuk pati ayam
garam bukit/ lada hitam kisar
sedikit minyak


 CARA-CARA :
 Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
Tumis bawang putih sehingga terbit bau.
Tuangkan air dan biarkan mendidih.
Kemudian masukkan petola, putik jagung dan juga cendawan.
Masak sehingga sayur lembut.
Tambahkan bebola ikan dan bahan perasa secukupnya.
Matikan api dan sedia dinikmati bersama nasi dan ikan goreng.

Kerabu perut daun kayu

 BAHAN-BAHAN :
200g perut lembu (rebus, hiris nipis)
garam bukit/gula
jus limau nipis secukup rasa

DITUMBUK :
segenggam kelapa parut (sangai)
2 ekor ikan kembung bakar
sebesar ibu jari belacan bakar

DIHIRIS HALUS :
3 batang serai (bahagian putih sahaja)
3 kuntum bunga kantan
secekak ulam raja
secekak daun selom
secekak pucuk gajus
1/2 labu bawang besar
5 tangkai cili api


  CARA-CARA :
 Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar.
Perasakan dengan garam, gula dan jus limau secukup rasa.
Gaul sebati dan sedia dinikmati bersama nasi atau diratah begitu sahaja.