Wednesday, January 31, 2018

Masak lemak keladi dan etak

 
 BAHAN-BAHAN :
500g etak segar (rendam)
1 pokok keladi sayur (hiris, rebus bersama air +asam keping dan tos)
500ml santan
2 batang serai (ketuk)
garam bukit

DITUMBUK :
1/2 labu bawang besar saiz sederhana
1cm halia
sedikit lada hitam


 CARA-CARA :
Jerang santan bersama bahan tumbuk dan serai sehingga mendidih di atas api sederhana.
Kacau selalu.
Masukkan keladi dan etak.
Masak sehingga etak terbuka kulitnya.
Perasakan dengan garam secukup rasa.
Sebatikan dan sedia diangkat dan dihidangkan bersama nasi, budu dan ikan rebus goreng.

Etak

Etak merupakan sejenis cengkerang yang senang didapati di pinggir sungai terutamanya di sungai Kelantan. Jika ke Kelantan anda akan mendapati penjaja menjual etak salai di tepi-tepi jalan. Jika anda seorang rakyat Kelantan sejati seperti saya, anda akan menikmati etak seperti menikmati kacang goreng. Sungguh enak dan mengasyikkan ...lebih sedap lagi jika dilawan bersama nasi kerabu. Sayangnya saya tidak dapat lagi menikmati etak salai kerana dikhuatiri tidak masak sepenuhnya dan akan mengundang bahaya kepada penyakit saya. Akan tetapi saya boleh menikmatinya jika dimasak bermacam cara.