Showing posts with label bubur. Show all posts
Showing posts with label bubur. Show all posts

Sunday, September 23, 2018

Bubur sumsum

 BAHAN-BAHAN :
1/2 gelas tepung beras
 1/2 gelas santan KARA + 1 1/2 gelas air
1 helai daun pandan (simpul)
3/4 tsp garam bukit

KUAH :
1 ketul gula melaka
secukupnya air


CARA-CARA :
Masukkan tepung beras ke dalam periuk.
Tuangkan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tidak bergentel.
Nyalakan api kecil.
Masukkan garam dan juga daun pandan.
Kacau selalu.
Masak sehingga adunan meletup-letup dan berkilat.
Buangkan daun pandan dan masak sehingga pekat.
Matikan api dan ketepikan.
Untuk menyediakan sirap gula melaka, didihkan gula melaka bersama air secukupnya.
Tapis air gula dan sedia digunakan.

***Bubur sumsum lebih enak dinikmati jika disinpan di dalam peti ais seketika***

Friday, August 24, 2018

Bubur ayam @ nasi air

 
BAHAN BUBUR :
2 C beras wangi hancur
10c air tapis
20g halia tua (hiris)

CARA-CARA :
Masak kesemua bahan sehingga hancur dan menjadi bubur.
Ketepikan.


BAHAN SUP :
800g hirisan ayam bersama tulang
200g cendawan shitake segar (belah 4)
20g halia tua (ketuk)
1 bungkus sup bunjut
1 pokok daun sup bersama akar & batang (bersihkan akar untuk sup)
20g ketumbar Vietnam @ sawtooth
garam laut secukup rasa
1500ml air tapis

CARA-CARA :
Rebus kesemua bahan kecuali daun ketumbar Vietnam, daun & batang daun sup sehingga mendidih dan ayam lembut.
Perasakan dan taburkan batang, daun sup dan juga daun ketumbar sejurus sebelum menghidang.



BAHAN MINYAK BAWANG :
2 labu bawang putih (cincang)
1 cawan minyak masak 

CARA-CARA :
Masukkan minyak dan bawang cincang ke dalam periuk kecil.
Masak di atas api perlahan sehingga bawang kekuningan dan garing.
Tapis bawang goreng dan ketepikan minyaknya untuk digunakan kemudian.


Untuk menghidang, masukkan bubur ke dalam mangkuk.
Curahkan kuah sup, taburkan bawang putih goreng dan masukkan juga sesudu minyak bawang. Taburkan juga dengan daun sup, daun ketumbar dan sedikit kepingan cili Thai untuk rasa yang lebih pedas.



Monday, April 2, 2018

Pengat keledek

 BAHAN-BAHAN :
5 biji keledek Jepun (buang kulit, hiris tebal)
1 mangkuk air (mangkuk taufufah pasar malam)
1/2 mangkuk santan pekat (mangkuk sama)
2 helai daun pandan (carik, simpul)
4 keping nisam kerek kecil @ secukup manis (gula melaka)
sedikit garam 


CARA-CARA :
Masukkan keledek bersama nisam, air dan daun pandan simpul ke dalam slow cooker.
Tekan (H) selama 1 jam.
Selepas 1 jam, masukkan pati santan dan kacau rata.
Putar tombol ke (H) dan masak selama sejam lagi.
Kemudian masukkan sedikit garam untuk menaikkan lemak. 
Gaul sebati dan sedia dinikmati untuk minum petang.

Friday, March 9, 2018

Bubur pulut hitam

BAHAN-BAHAN :
2 cawan beras pulut hitam (rendam 3 jam)
11 cawan air tapis
250g gula pasir
sedikit garam
1 kotak santan KARA
1 helai daun pandan (koyak, simpul)

CIRIT MURAI :
1 kotak santan KARA
1 kotak air
sedikit garam


CARA-CARA :
 Rebus pulut hitam bersama 11 cawan air sehingga pulut kembang.
Masukkan daun pandan, gula dan juga santan.
Masak sehingga gula hancur.
Ketepikan.
Sementara itu, untuk menyediakan cirit murai masukkan santan bersama air dan sedikit garam ke dalam periuk kecil.
Renihkan sebentar sehingga santan keluar wap.
Matikan api.
Untuk menghidang, sendukkan bubur ke dalam mangkuk.
Sudukan sedikit cirit murai dan sedia dinikmati begitu sahaja @ dicicah bersama roti benggali.

***Jika anda mempunyai selera yang lebih manis bolehlah menambahkan jumlah gula. Untuk 2 cawan pulut hitam menghasilkan bubur sebanyak 1 periuk 2L.***

Sunday, March 4, 2018

Bubur kacang hijau

 BAHAN-BAHAN :
1 cawan kacang hijau (rendam 4 jam)
1 kotak santan KARA
1 helai daun pandan (carik & simpul)
2 Tbsp biji sagu (kecil)
2 liter air tapis + 1 Tbsp gula pasir
180g nisam @ gula melaka (1 kerek besar)
1/2 tsp garam bukit


CARA-CARA :
Rebus kacang hijau bersama 2 liter air dan 1Tbsp gula pasir sehingga empuk.
Masukkan daun pandan, sagu dan juga nisam.
Masak sehingga nisam cair dan sagu jernih.
Kemudian tambahkan santan kotak.
Kacau selalu.
Masukkan sedikit garam untuk menaikkan rasa lemak santan.
Matikan api dan sedia dicicah bersama roti.

***sekiranya tidak mahu merendam dahulu kacang hijau, lebihkan sedikit gula pasir semasa merebus dan kacang hijau pasti cepat empuk***

Thursday, March 1, 2018

Pengat labu

 BAHAN-BAHAN :
500g labu kuning (kupas, dadu besar & rendam air kapur 1/2 jam)
600ml air tapis
1 kotak santan HARMONI (200ml)
1 helai daun pandan (carik & simpul)
250g nisam @ gula melaka
1/2 tsp garam bukit


CARA-CARA :
Basuh labu dan rebus bersama air dan daun pandan sehingga 3/4 masak.
Masukkan nisam dan masak sehingga nisam hancur.
Tuangkan santan dan masukkan garam.
Kacau selalu sehingga santan mendidih.
Setelah labu empuk, matikan api dan hidangkan untuk minum petang.

Saturday, February 24, 2018

Bubur jagung

 BAHAN-BAHAN :
3 tongkol jagung (sagat nipis)
2 Tbsp sagu mata ikan (kecil)
1 kotak santan KARA
1 liter air tapis
180g gula melaka
1 helai daun pandan (carik, simpul)
sedikit garam


 CARA-CARA :
Rebus jagung bersama air dan daun pandan sehingga jagung lembut.
Masukkan gula melaka, sagu mata ikan dan masak sehingga mendidih.
Kemudian tambahkan santan dan sedikit garam.
Kacau selalu.
Setelah sagu berubah jernih, matikan api dan sedia dinikmati bersama cecahan roti.




Sunday, August 20, 2017

Bubur lambuk

 BAHAN-BAHAN :
1/2 C beras
secukupnya air untuk merebus beras
sedikit daging rebus bersama air rebusan
1 Tbsp serbuk kari daging
sedikit pati santan
segenggam sayur cekur manis
2 biji kurma (hiris nipis)
sedikit isi jagung
garam laut secukup rasa

CARA-CARA:
Masak beras bersama air dan serbuk kari sehingga hancur.
Masukkan daging rebus bersama air rebusan dan masak lagi sehingga mendidih.
Kacau selalu.
Tambahkan pati santan, jagung, kurma dan juga cekur manis.
Jika bubur agak pekat bolehlah tuangkan air mengikut kesesuaian.
Perasakan secukupnya dan bolehlah dihidangkan telur masin @ sambal tumis.

Saturday, May 21, 2016

Bubur Arab idea Kak Bam

 BAHAN-BAHAN :
2 c beras
1kg tulang lembu bercampur daging
1 kiub pati daging  
2 tbsp minyak sapi
2 tbsp serbuk kari daging baba's
1 batang lobak merah (dadu kecil)
1/2 labu bawang besar (hiris halus)
6 ulas bawang putih (hiris halus)
garam dan serbuk lada putih secukup rasa
daun sup dan daun bawang secukupnya
telur masin rebus
air secukupnya untuk merebus daging

 CARA-CARA :
 Rebus tulang bersama daging sehingga empuk dan terlerai dari tulang.
Ketepikan daging.
Rebus beras bersama air rebusan sehingga beras hancur. 
Masukkan lobak merah dadu.
Ketepikan.
Sementara itu, panaskan minyak sapi dan tumis bawang hiris hingga harum. 
Tambahkan serbuk kari dan tuangkan ke dalam periuk berisi bubur.
Gaul rata, masukkan kiub daging, garam, serbuk lada putih dan perasakan secukupnya.
Masukkan daging dan tulang, tabur daun sup dan daun bawang.
Sedia dihidangkan bersama telur masin.


Friday, January 13, 2012

BUBUR GANDUM

BAHAN-BAHAN :
1 paket kecil biji gandum @ terigu (direndam sebentar dan direbus hingga kembang)
2 sdb caca
1 kotak santan kara 
3 kotak air atau secukupnya 
gula melaka dan gula putih secukupnya
sedikit garam
3 helai daun pandan (disimpul)
CARA-CARA :
Masukkan semua bahan kedalam periuk dan masak hingga sebati.
Kacau selalu dan bolehlah diangkat dan dicicah bersama roti benggali. 

Thursday, October 13, 2011

Bubur kacang durian

Kelmarin Nasya masak bubur...bukan nak makan sangat pun tapi doyan yang kat dalam freezer tu dah memanggil-manggil...sayu je bunyinya. Kesian pulak..kan..kan...akhirnya sbb xmau la doyan tu kecik ati maka jadilah bubur ni. Durian ni Nasya beli dah lama masa doyan tgh bermusim hari tu. Nasya dapat D24 sekilo 6 hinggit je. Dengan perasaan yang tamak dan haloba Nasya beli la 90 hinggit. Ada lagi 3 tupperware kat dlm freezer. Emmmmm kat dapur ada lagi bubur ni. Akan ku jadikan kau eskrem plak lepas ni..anda setuju...???
Kerana koo si doyan..dah 2 hari aku xmakan ubat tau...kih..kih.kih..

Monday, September 19, 2011

Serawa durian

BAHAN-BAHAN :

  • 7 ulas durian D24
  • santan secukupnya dari sebiji kelapa
  • nisam @ gula merah ikut citarasa
  • sedikit garam
  • 2 helai daun pandan (siat & simpul)
CARA-CARA :

  • Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana hingga kuah durian agak likat .
  • Bolehlah diangkat dan enak dihidangkan bersama pulut @ dicicah bersama roti. 

Sunday, May 15, 2011

Moi



  •  BAHAN-BAHANNYA :-) 
  • 1 pot beras
  • 7 pot air 
  • CARA-CARA MEMBUATNYA :-)
  • Masak didalam periuk elektrik sehingga nasi hancur. Kacau selalu.
TUMIS CENDAWAN
  •  BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1/2 paket cendawan
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • sos tiram dan garam secukup rasa
  • CARA-CARA MEMBUATNYA :-)
  • Semua bahan ditumis. 

IKAN MASIN GORENG

  •  BAHAN-BAHANNYA :-) 
  • 2 keping isi ikan yu masin (didadu dan direndam air)
  • 3 tangkai kacang panjang (dipotong halus)
  • 1 biji cili merah(dihiris)
  • 1/2 biji bawang besar (dihiris)
  • sedikit serbuk pati ayam  
  • CARA-CARA MEMBUATNYA :-)
  • Semua bahan ditumis bersama sedikit minyak.

Wednesday, May 4, 2011

Beronok sagu


  •  BAHAN-BAHANNYA :-) 
  • 1/2 gelas sagu bji
  • 3 gelas air
  • sedikit gula (untuk dicampur bersama sagu)
  • santan daripada 1/2 biji kelapa 
  • secubit halba
  • 2 hiris halia
  • sedikit gula merah dan gula putih (untuk kuah)
  • garam
  • 3 helai daun pandan (simpul)
  • CARA-CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Masak sagu dengan air dan gula sehingga sagu kembang. Sejukkan didalam loyang. Ketepikan sebelum dipotong.
    2. Panaskan santan dan masukkan semua bahan-bahan untuk kuah. Kemudian masukkan sagu tadi dan biar seketika.
    3. Sedia untuk dinikmati.