Showing posts with label kuih-muih. Show all posts
Showing posts with label kuih-muih. Show all posts

Tuesday, June 25, 2019

Jemput-jemput udang

BAHAN-BAHAN :
2 C tepung gandum
1 C anak udang 
3 pokok daun bawang (hiris)
2 tangkai cili kering (gunting halus)
2 3/4C air suam
1 tsp serbuk penaik
1/2 tsp garam bukit @ secukup rasa
1/2 tsp gula pasir @ secukup rasa
1/2 tsp serbuk pati ayam
minyak untuk menggoreng terendam


CARA-CARA :
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.
Bancuh dan ketepikan 20 minit.
Panaskan minyak dan jemput adunan  dengan hujung jari.
Goreng sehingga keemasan.
Toskan di atas redai.
Hidangkan bersama cili sos dan teh o panas.

Monday, June 24, 2019

Jemput-jemput pisang

BAHAN-BAHAN :
500g pisang masak lembik (lecek)
1 biji pisang (dadu)
2 C tepung gandum
1/4 C air tapis (jika perlu)
1/2 tsp garam bukit
3 Tbsp gula pasir
1 tsp soda bikarbonat
minyak untuk menggoreng terendam


CARA-CARA :
Campurkan semua bahan di dalam mangkuk besar.
Gaul sebati dan ketepikan setengah jam.
Panaskan minyak di dalam kuali dan jemput adunan menggunakan hujung jari.
Goreng sehingga kuning keemasan.
Angkat dan toskan di atas redai.
Hidangkan bersama air kopi pekat untuk minum petang.

Saturday, November 17, 2018

Bengkang

 BAHAN-BAHAN :
2 gelas tepung gandum
1 gelas gula pasir
2 gelas pati santan segar @ 200ml santan KARA + 300ml air
1 gelas jus pandan (kisar dari 10 helai daun pandan + 250ml air)
3 biji telur saiz A
2 Tbsp mentega
1 sudu kfc garam bukit (rata)
sedikit bijan (untuk tabur)
***GUNAKAN GELAS 250ML***

CARA-CARA :
Kisarkan kesemua bahan kecuali bijan sehingga hancur.
Tapis dan didihkan di atas dapur sehingga naik wap.
Lengserkan loyang dengan sedikit marjerin.
Tuang adunan dan bakar dengan suhu 180'c selama 15 minit.
Kemudian taburkan bijan dan bakar kuih sehingga garing dan masak.
Sejukkan dahulu kuih sebelum dipotong dan dihidangkan.  

Monday, October 15, 2018

Cara berlauk

 BAHAN-BAHAN :
250g tepung gandum unbleached
3 biji telur saiz D
250ml santan
125ml air tapis
sedikit serbuk kunyit 
secubit garam
sedikit marjerin untuk melengser

BAHAN INTI :
140g daging burger Ramly
1/2 biji bawang besar (cincang)
2 Tbsp serbuk kari daging
hirisan daun sup/ cili merah
minyak untuk menumis


CARA-CARA :
Untuk menyediakan inti, panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang hingga layu.
Masukkan rempah kari dan daging burger yang telah dihaluskan. 
Gaul rata. Jika perlu masukkan sedikit air.
Beri garam dan gula secukupnya.
Masak sehingga terbit minyak.
Matikan api dan ketepikan.
Sementara itu, campurkan kesemua bahan adunan di dalam pengisar.
Kisar sehingga halus.
Panaskan acuan kuih cara di atas dapur dengan api paling perlahan.
Lengserkan acuan dengan marjerin dan masukkan adunan 3/4 penuh.
Tutup dengan tudung periuk dan tunggu sehingga 1/2 masak.
Buka tudung periuk masukkan inti secukupnya dan tabur dengan bahan hiris.
Tutup kembali acuan dan masak sehingga kuih garing.
Cungkil kuih dengan menggunakan lidi dan sudu.
Kuih sedia untuk dinikmati.

***Jika suka bolehlah mencampurkan serbuk kari dan rempah beriani bersama ***



Sunday, October 14, 2018

Bakwan jagung @ jemput2 jagung

 BAHAN-BAHAN :
2 tongkol jagung (sagat halus)
6 Tbsp tepung gandum unbleached
4 Tbsp tepung ubi
2 biji telur
secubit serbuk pati ayam
sedikit garam/gula
minyak untuk menggoreng terendam

DITUMBUK :
1 labu bawang besar saiz sederhana
4 ulas bawang putih
1/2 tsp lada putih


 CARA-CARA :
 Campurkan kesemua bahan di dalam mangkuk.
Gaul sebati.
Ketepikan.
Panaskan secukupnya minyak di dalam kuali.
Cuci tangan bersih-bersih dan masukkan sejemput demi sejemput adunan menggunakan hujung jari.
Goreng hingga kuning keemasan.
Toskan minyak dan enak dicicah bersama sos cili.

Sunday, August 26, 2018

Jemput-jemput bilis

 
 BAHAN-BAHAN :
3 1/2C tepung gandum cap ros @ bakers choice (anggaran)
2 tsp serbuk penaik
segenggam ikan bilis padi (basuh bersih)
1/2 biji bawang besar (mayang halus)
1 tangkai cili kering (gunting nipis-nipis)
garam bukit/gula secukup rasa
air tapis suam panas secukupnya
minyak untuk menggoreng
cili sos @ sambal tomato untuk cicah

CARA-CARA :
Bancuh tepung bersama ikan bilis, bawang, cili kering dan juga air suam panas secukupnya.
Masukkan serbuk penaik, garam dan juga sedikit gula.
Ketepikan 20 minit.
Panaskan minyak untuk menggoreng terendam.
Basuh tangan bersih-bersih dan ambil sedikit adunan menggunakan hujung jari.
Masukkan adunan sedikit-sedikit ke dalam kuali dan goreng sehingga keemasan.

Balik-balikkan jemput-jemput supaya masak sekata.

Angkat dan susun di atas redai supaya kurang berminyak.

Hidangkan bersama secawan teh.


Sunday, May 27, 2018

Popia epal

 
  BAHAN-BAHAN :
secukupnya kulit popia
sedikit telur sebagai pelekat
sedikit gula aising
cip coklat secukupnya
minyak untuk menggoreng


BAHAN INTI :
5 biji epal hijau saiz besar (potong kecil, nipis)
3 Tbsp mentega
10 Tbsp rata gula perang @ secukup rasa
1 tsp serbuk kayu manis @ secukup rasa
sedikit garam


CARA-CARA :
  kupas epal dan hiris nipis. Ketepikan.
 panaskan mentega di dalam kuali
 masukkan epal dan gaul rata
 tambahkan gula perang dan juga serbuk kayu manis
 kacau sebati dan masukkan sedikit garam
 masak sehingga epal lembut dan pekat
matikan api dan ketepikan sehingga sejuk sebelum
digulung bersama kulit popia.


***jika sukakan kewangian kayu manis bolehlah dilebihkan***

Monday, February 5, 2018

Lempeng cokodok

 BAHAN-BAHAN :
700g pisang masak lembik (lecek @ kisar)
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan air
1/2 tsp garam bukit
1/2 cawan gula
1 tsp soda bikarbonat
sedikit marjerin untuk melengser kuali


CARA-CARA :
 Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar.
Adun sehingga sebati.
Jika terlalu lembik boleh masukkan sedikit tepung gandum lagi.
Panaskan kuali dan lengser sedikit marjerin.
Masukkan satu senduk adunan dan tunggu sehingga garing baru diterbalikkan.
Masak sehingga garing di kedua-dua belah.
Sedia dicicah bersama kuah kari. (Cara orang Kedah)

***lempeng ini lebih menyerupai cokodok kerana kaya dengan pisang. Jika tidak menyukainya anda bolehlah mengurangkan jumlah pisang***

Saturday, February 3, 2018

Lepat pisang

 BAHAN-BAHAN :
500g pisang awak masak ranum 
200g gula pasir
sedikit garam
1 cawan air
200g tepung gandum
daun pisang secukupnya 

BAHAN INTI :
kelapa parut putih secukupnya
sedikit garam

CARA-CARA :
Lap daun pisang dengan kain lembap yang bersih.
Layurkan di atas api dan potong mengikut saiz yang dikehendaki.
Ketepikan.
Kisar pisang bersama air dan gula.
Masukkan bancuhan ke dalam mangkuk berisi tepung.
Tambahkan sedikit garam.
Gaul bancuhan rata-rata.
Sementara itu campurkan kelapa parut bersama garam dan ketepikan untuk intinya.
Panaskan periuk pengukus dan ketepikan.
Ambil daun pisang yang telah dilayur, masukkan 1 Tbsp bancuhan pisang.
Letakkan sedikit kelapa parut ditengahnya dan tutup dengan 1 Tbsp bancuhan.
lipat daun pisang.
Ulang langkah sehingga habis adunan.
Kukus lepat selama 30minit @ sehingga masak.
Sedia dihidangkan untuk minum petang.

Friday, January 26, 2018

Nasi manis @ wajik

 BAHAN-BAHAN :
800g pulut yang telah dikukus (sejukkan)
1 kotak santan KARA + 1 1/2 kotak air
200g gula melaka @ nisey
100g gula merah (boleh kurangkan)
sedikit garam
beberapa ulas durian (jika suka)
1 helai daun pandan (carik, simpul)

CARA-CARA : 
 Tuangkan santan dan air ke dalam kuali.
Masukkan nisey, gula merah dan juga durian.
 Masak di atas api sederhana sehingga meletup-letup.
 Kacau selalu. Masukkan daun pandan dan juga sedikit garam.
 Setelah kuah agak pekat masukkan pulut
 Gaul rata 
 
 Masak sehingga pulut tidak melekat pada kuali
 Matikan api
 Sedia dinikmati bersama kopi @ teh kosong.

***PULUT HENDAKLAH DIRENDAM TERLEBIH DAHULU SEBELUM DIKUKUS. KUKUS PULUT SELAMA 20 MINIT, KELUARKAN PULUT DAN RENJISKAN PULUT DENGAN SEDIKIT AIR. KUKUS SEMULA PULUT SEHINGGA MASAK SEPENUHNYA. KAKAK SULUNG SAYA HANYA MENGUKUS PULUT 1/2 MASAK, HASILNYA NASI MANIS BELIAU SEDIKIT RANGUP TAPI SEDAP. ADA JUGA ORANG YANG MENCAMPURKAN SEDIKIT NESCAFE UNTUK MENDAPATKAN WARNA YANG CANTIK***

Tuesday, April 18, 2017

Kuih bakar @ Bengkang

  
BAHAN-BAHAN :
10 helai daun pandan
 1 C air (250ml )
6 C santan 
6 biji telur
3 C tepung gandum
1 C gula 
1/2 C marjerin
sedikit garam
1 tsp pewarna hijau (jika suka)
sedikit bijan untuk tabur (jika suka)
**guna C bersukatan 250ml**


CARA-CARA :
Kisar daun pandan bersama 250ml air sehingga hancur.
Tapis. Ketepikan.
Kemudian kisar gula, telur, tepung, marjerin dan juga santan sehingga hancur.
Tapis dan masukkan ke dalam periuk.
Tuangkan air pandan, titiskan pewarna hijau dan masukkan sedikit garam.
Masak di atas dapur sekejap sehingga naik wap.
Kemudian alihkan adunan ke dalam loyang yang telah dilengser marjerin.
Masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
Bakar kuih selama 10 minit.
Taburkan bijan dan bakar sehingga kuih masak sempurna dan garing.

Monday, April 17, 2017

Kuah Kacang

   
BAHAN-BAHAN:
500g kacang tanah (panggang, kisar kasar)
1 blender air (guna jug blender)
gula melaka/garam
air asam jawa secukup rasa
1/2 C minyak

DIKISAR :
segenggam cili kering (rebus)
1 inci halia
1 hiris lengkuas
1 labu bawang besar saiz kecil
1 ulas bawang putih
1 batang serai
1 cm belacan

CARA-CARA :
Panaskan minyak di dalam periuk.
Tuangkan bahan kisar dan masak sehingga wangi dan pecah minyak.
Kemudian masukkan kacang tanah dan gaul rata.
Tambahkan air sedikit demi sedikit.
Masukkan juga air asam jawa, gula melaka dan sedikit garam.
Masak sehingga kuah pekat.
Matikan api dan sedia dihidangkan bersama nasi kapit @ dicicah bersama roti.

Nasi Kapit

 BAHAN-BAHAN :
1 C beras (dicuci bersih)
4 C air
2 helai daun pandan (carik, simpul)

CARA-CARA :
Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga beras hancur.
Keluarkan daun pandan dan masukkan nasi hancur tadi ke dalam loyang.
Lapikkan dengan plastik dan tindan dengan benda berat.
Biarkan nasi keras semalaman.
Keesokannya bolehlah dipotong dan dihidangkan bersama kuah kacang.
 Anda juga boleh menggunakan plastik kecil tahan panas.
Caranya ialah dengan mencucuk plastik tersebut dengan lidi, isi beras sebanyak 1/4 dan stapler.
Rebus di dalam air yang berisi daun pandan sehingga beras tersebut hancur sepenuhnya.
Toskan dan biar semalaman.

Monday, March 20, 2017

Apam Pisang Kukus

 BAHAN-BAHAN :
8 biji pisang emas masak
2 C tepung gandum
3/4 C minyak masak
4 biji telur
1 tsp serbuk penaik
1 Tbsp soda bikarbonat
3/4 C gula pasir
secubit garam
kelapa parut muda + secubit garam (untuk cicah)

CARA-CARA :
Panaskan kukusan.
Kisar semua bahan di dalam pengisar sehingga hancur.
Sementara itu lapkan acuan dengan sedikit minyak.
Tuangkan bancuhan sebanyak 3/4 acuan.
Lapik tutup pengukus dengan sehelai kain supaya air tidak menitik ke atas kuih.
Masukkan ke dalam pengukus dan kukus sehingga masak.
Keluarkan dari acuan dan taburkan dengan kelapa parut.
Sediakan dihidangkan bersama secawan kopi.

Sunday, March 19, 2017

Kentang Inti

 
BAHAN-BAHAN:
6 biji kentang bujur
2 keping daging burger (hancurkan)
isi tengah kentang
1 tsp serbuk kari daging
1 tsp serbuk pati ayam
sedikit daun sup (hiris)
1 tangkai cili besar (hiris halus)
sebiji telur 
garam
minyak untuk menggoreng terendam

CARA-CARA:
 Kupas kentang, belah 2 dan rebus 3/4 masak.
Kemudian korek isi tengah dan ketepikan.
 Sementara itu, gaulkan daging burger bersama isi kentang, daun sup, dan bahan perasa.
 Isikan inti ke dalam kentang dan susun hirisan cili di atas kentang.
Kocok telur menggunakan garfu dan sudukan ke dalam kentang.
 
Panaskan minyak secukupnya dan goreng terendam kentang sehingga masak dan kentang lembut.
Enak dicicah sos cili untuk minum petang.