Showing posts with label Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Kelantan. Show all posts

Monday, November 5, 2018

Kerutuk ayam

BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam saiz sederhana (potong 10)
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum cengkih
4 biji pelaga
1 kuntum bunga lawang
2 batang serai (ketuk)
1 Tbsp ciliboh PUTERI
2 Tbsp rempah kerutuk cap SELISING (@ jenama lain dari Kelantan)
1/2 C air
1 Tbsp kerisek kelapa
3 Tbsp santan KARA
2 Tbsp kicap manis JALEN
garam laut/ gula merah
minyak 

DIKISAR :
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 inci halia tua
sehiris lengkuas


CARA-CARA :
Cuci ayam dengan cuka dan bilas beberapa kali sehingga hilang hanyir.
Toskan.
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk dan tumis bahan kisar bersama rempah tumis sehingga harum.
Masukkan serai yang telah diketuk. 
Masak sehingga bawang garing.
Masukkan pula ciliboh dan tumis sehingga pecah minyak.
Kemudian tambahkan rempah kerutuk dan sedikit air.
Masak lagi sehingga hilang bau rempah.
Masukkan ayam yang telah ditos dan biarkan di atas dapur sehingga ayam kecut.
Masukkan santan dan air.
Kacau sekali sekala.
Setelah ayam empuk masukkan kerisek, gula merah dan perasakan secukupnya.
Biarkan mendidih sekali lagi dan kuah sedikit pekat.
Matikan api dan sedia dinikmati bersama nasi @ pulut kuning.

Saturday, May 26, 2018

Asinan gajus

 BAHAN-BAHAN :
buah gajus
garam bukit
gula


 CARA-CARA :
 Bersihkan buah gajus dan ketepikan bijinya.
Hiris nipis gajus dan masukkan ke dalam mangkuk.
Taburkan sedikit garam dan masukkan gula secukupnya.
Gaul rata dan masukkan ke dalam peti ais.
Biarkan di dalam peti ais sehingga air buah keluar.
Sedia dinikmati begitu sahaja @ dimakan bersama nasi dan sambal belacan.

Sunday, February 25, 2018

Daging goreng kunyit

 BAHAN-BAHAN :
500g daging batang pinang (hiris nipis)
sedikit garam kasar + 1 inci kunyit hidup (tumbuk)
4cm halia bentong (halia tua) (hiris batang mancis)
1 labu bawang besar (hiris bulat)
5 tangkai cili api (hiris serong)
sedikit lada hitam kisar (pilihan)
2 Tbsp sos tiram
sedikit gula
3 Tbsp minyak


CARA-CARA :
Gaul daging bersama garam kunyit. 
Ketepikan 20 minit.
Panaskan minyak di dalam kuali.
Masukkan daging dan masak dengan api sederhana sehingga air daging kering.
Tambahkan sos tiram, gula, bawang, halia dan cili.
Kacau rata. Jika suka masukkan sedikit lada hitam.
Setelah bawang layu bolehlah diangkat dan dihidangkan.

***Jika menggunakan daging bahagian lain, rebus dahulu daging sehingga empuk baru digoreng***

Saturday, February 24, 2018

Bubur jagung

 BAHAN-BAHAN :
3 tongkol jagung (sagat nipis)
2 Tbsp sagu mata ikan (kecil)
1 kotak santan KARA
1 liter air tapis
180g gula melaka
1 helai daun pandan (carik, simpul)
sedikit garam


 CARA-CARA :
Rebus jagung bersama air dan daun pandan sehingga jagung lembut.
Masukkan gula melaka, sagu mata ikan dan masak sehingga mendidih.
Kemudian tambahkan santan dan sedikit garam.
Kacau selalu.
Setelah sagu berubah jernih, matikan api dan sedia dinikmati bersama cecahan roti.




Thursday, February 8, 2018

Sambal jantan @ jate

 BAHAN-BAHAN :
370g cili api 
400ml cuka makan
150g gula pasir
50g garam bukit


 CARA-CARA :
Kisar semua bahan sehingga hancur.
Hidangkan sambal bersama nasik belauk @ laksam @ nasi kerabu.

Gulai ayam nasik belauk

BAHAN-BAHAN :
6 ekor ayam (potong 12, cuci bersama tepung gandum)
250g rempah kari ayam Baba's
100g rempah gulai darat
300g cili kisar
2kg pati santan
1 liter air tapis
ubi kentang (pilihan)
180g garam kasar
120g gula melaka
20g asam keping
500ml minyak masak

DIKISAR BERSAMA AIR SECUKUPNYA :
1kg bawang besar
1 labu bawang putih
100g halia bentong
40g lengkuas

REMPAH PENUMIS :
30g kulit kayu manis
7g bunga lawang
4g buah pelaga
2g bunga cengkih
7g cabai jawa (xde xpe)


CARA-CARA :

Panaskan minyak di dalam periuk besar. (Periuk 40cm)
Masukkan rempah tumis dan tumis sehingga harum.
Masukkan pula bahan kisar.

Gaul rata bahan kisar dan tumis sehingga bawang garing dan pecah minyak.

Kemudian masukkan pula cili kering yang telah direbus dan dikisar. Jika inginkan kuah gulai yang tidak pedas bolehlah kurangkan jumlah cili.

Masak lagi sehingga cili garing dan 

hilang bau cili. Kacau selalu.

Setelah itu, masukkan pula kedua-dua rempah.

Gaul sebati. Masukkan separuh daripada garam kasar dan gula melaka pada langkah ini.

Masak sehingga rempah terbit minyak. Ore kelate kata mmati awas.

Kacau selalu supaya rempah tidak hangit.

Kemudian masukkan ayam yang telah dicuci bersih dan ditos.

Gaul ayam bersama rempah sehingga rata dan masak sehingga air ayam keluar atau ayam kecut.

Tuangkan air dan biarkan kuah mendidih.

Jika suka boleh masukkan kentang.

Masukkan asam keping

dan juga pati santan. Tambahkan juga baki garam kasar dan gula melaka .

Masak sehingga gulai menggelegak

dan santan pecah minyak. Matikan api

 dan sedia dihidangkan bersama nasi @ roti jala.

***HIDANGAN INI MENCUKUPI UNTUK 65-70 ORANG MAKAN***

Thursday, February 1, 2018

Ikan aya rebus

 BAHAN-BAHAN :
4 keping ikan aya @ tongkol @ tuna
1/3 Tbsp garam kasar1/3 Tbsp gula @ gula melaka (pilihan)
7 keping asam gelugur @ secukupnya
100ml air (pilihan)


CARA-CARA :
Masukkan ikan dan asam keping ke dalam periuk.
Kemudian taburkan garam dan sedikit gula.
Tuangkan sedikit air.
Masak di atas api perlahan.
Enak dinikmati keesokan harinya.

***IKAN REBUS INI SESUAI UNTUK DIGULAI, DIMASAK PEDAS @ DIGORENG BERSAMA CILI DAN BAWANG. SAYA MENAMBAHKAN GULA DAN SEDIKIT AIR KERANA SAYA MENIKMATINYA DENGAN CILI POTONG, BAWANG HIRIS DAN KICAP MANIS. JIKA TIDAK MENAMBAHKAN AIR PUN TIDAK MENGAPA KERANA IKAN AKAN MENGELUARKAN AIRNYA SENDIRI SEMASA DIMASAK***

Acar jantung pisang


BAHAN-BAHAN :
1 biji jantung pisang (belah 4)
1/2 labu bawang besar (belah 4)
2 Tbsp cili kisar
1 kotak santan KARA
1/2 jag blender air
2 Tbsp cuka
garam bukit/gula
minyak untuk menumis

DIKISAR :
1/2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 Tbsp udang kering (basuh)

CARA-CARA :
Rebus jantung pisang sebentar bersama air bercampur sedikit garam dan cuka.
Ketepikan. (Rebus setengah empuk)

Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis bahan kisar sehingga wangi dan terbit minyak.

Tuangkan santan 

dan air. Masak sehingga mendidih.

Kemudian masukkan jantung pisang dan juga bawang besar.

Gaul rata dan kemudian masukkan cuka, gula dan juga garam secukup rasa.
Setelah sebati bolehlah dimatikan api.

Sedia dinikmati.


Wednesday, January 31, 2018

Masak lemak keladi dan etak

 
 BAHAN-BAHAN :
500g etak segar (rendam)
1 pokok keladi sayur (hiris, rebus bersama air +asam keping dan tos)
500ml santan
2 batang serai (ketuk)
garam bukit

DITUMBUK :
1/2 labu bawang besar saiz sederhana
1cm halia
sedikit lada hitam


 CARA-CARA :
Jerang santan bersama bahan tumbuk dan serai sehingga mendidih di atas api sederhana.
Kacau selalu.
Masukkan keladi dan etak.
Masak sehingga etak terbuka kulitnya.
Perasakan dengan garam secukup rasa.
Sebatikan dan sedia diangkat dan dihidangkan bersama nasi, budu dan ikan rebus goreng.

Tuesday, January 30, 2018

Kerabu perut daun kayu

 BAHAN-BAHAN :
200g perut lembu (rebus, hiris nipis)
garam bukit/gula
jus limau nipis secukup rasa

DITUMBUK :
segenggam kelapa parut (sangai)
2 ekor ikan kembung bakar
sebesar ibu jari belacan bakar

DIHIRIS HALUS :
3 batang serai (bahagian putih sahaja)
3 kuntum bunga kantan
secekak ulam raja
secekak daun selom
secekak pucuk gajus
1/2 labu bawang besar
5 tangkai cili api


  CARA-CARA :
 Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar.
Perasakan dengan garam, gula dan jus limau secukup rasa.
Gaul sebati dan sedia dinikmati bersama nasi atau diratah begitu sahaja.

Friday, January 26, 2018

Nasi manis @ wajik

 BAHAN-BAHAN :
800g pulut yang telah dikukus (sejukkan)
1 kotak santan KARA + 1 1/2 kotak air
200g gula melaka @ nisey
100g gula merah (boleh kurangkan)
sedikit garam
beberapa ulas durian (jika suka)
1 helai daun pandan (carik, simpul)

CARA-CARA : 
 Tuangkan santan dan air ke dalam kuali.
Masukkan nisey, gula merah dan juga durian.
 Masak di atas api sederhana sehingga meletup-letup.
 Kacau selalu. Masukkan daun pandan dan juga sedikit garam.
 Setelah kuah agak pekat masukkan pulut
 Gaul rata 
 
 Masak sehingga pulut tidak melekat pada kuali
 Matikan api
 Sedia dinikmati bersama kopi @ teh kosong.

***PULUT HENDAKLAH DIRENDAM TERLEBIH DAHULU SEBELUM DIKUKUS. KUKUS PULUT SELAMA 20 MINIT, KELUARKAN PULUT DAN RENJISKAN PULUT DENGAN SEDIKIT AIR. KUKUS SEMULA PULUT SEHINGGA MASAK SEPENUHNYA. KAKAK SULUNG SAYA HANYA MENGUKUS PULUT 1/2 MASAK, HASILNYA NASI MANIS BELIAU SEDIKIT RANGUP TAPI SEDAP. ADA JUGA ORANG YANG MENCAMPURKAN SEDIKIT NESCAFE UNTUK MENDAPATKAN WARNA YANG CANTIK***