Showing posts with label sambal. Show all posts
Showing posts with label sambal. Show all posts

Thursday, June 20, 2019

Telur sambal

BAHAN-BAHAN :
3 biji telur (goreng telur mata)
1 Tbsp sos tiram


CARA-CARA :
Panaskan sambal di dalam kuali.
Masukkan sos tiram dan telur.
Gaul.
Sedia dihidangkan di hari yang sibuk.

Monday, June 17, 2019

Sambal bajak berapi

BAHAN-BAHAN :
350g cili api merah (kisar kasar)
130g bawang besar (hiris)
25g bawang putih (hiris)
330g tomato masak (2 biji besar, hiris)
75g belacan 
3tsp garam bukit
gula melaka secukup rasa
250ml minyak masak


CARA-CARA :
Panaskan minyak di dalam kuali.
Tumis cili bersama bawang sehingga terbit minyak.
Tambahkan tomato dan juga belacan.
Masak sehingga mendidih.
Kemudian masukkan gula melaka dan garam secukupnya.
Setelah sebati bolehlah dimatikan api.
Sejukkan dahulu sebelum di masukkan ke dalam balang.

Saturday, May 25, 2019

Sambal bilis mudah

BAHAN-BAHAN :
Segenggam ikan bilis (basuh bersih, tos)
1 labu bawang besar saiz kecil (hiris)
2 papan petai (belah 2, jika suka)
4 Tbsp penuh cili giling PUTERI
garam bukit/gula secukup rasa
1/2 c minyak 

DIKISAR :
2 labu bawang besar (saiz sederhana)
sebesar ibu jari belacan
sedikit air 


CARA-CARA :
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
Masukkan cili giling dan juga sedikit gula.
Tumis sehingga terbit minyak.
Kemudian masukkan ikan bilis yang telah dibersihkan.
Masak sehingga bilis lembut.
Tambahkan petai, bawang hiris dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Berhati-hati semasa memasukkan garam kerana pes cili PUTERI sudah mengandungi garam dan air asam jawa.
Setelah agak sebati dan petai lembut bolehlah dimatikan api dan sedia dinikmati.

Thursday, August 30, 2018

Sambal cili bawang

 
BAHAN-BAHAN :
180g cili api merah
180g bawang Holland
1 labu bawang putih
30g gula melaka
2 1/4 tsp garam bukit
1 cawan minyak untuk menumis

CARA-CARA :
Tumbuk @ kisar kasar cili api bersama bawang besar dan juga bawang putih.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
Masukkan gula melaka dan juga garam secukup rasa.
Matikan api dan simpan sambal di dalam balang untuk digunakan kemudian @ bolehlah dinikmati bersama nasi dan juga lauk-pauk goreng.


Friday, April 20, 2018

Sambal tomato

BAHAN-BAHAN :
1/2 labu bawang besar (hiris)
1 biji tomato masak ranum (hiris)
2 tangkai cili merah (potong 3)
7 tangkai cili api (potong 2)
3 cm belacan
garam bukit & gula merah secukup rasa
sedikit minyak


CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis semua bahan sehingga layu.
Perasakan secukupnya.
Kemudian lenyekkan sambal bersama minyaknya sekali di dalam lesung.
Masukkan ke dalam mangkuk dan sedia dinikmati bersama nasi, ulaman dsbnya.

Sunday, April 8, 2018

Sambal tumis kantan dan petai

 
 BAHAN-BAHAN :
70g isi petai (belah 2)
1/2 cawan minyak masak
4 Tbsp gula pasir
2 tsp garam bukit
3 biji limau kasturi (jus)

DIKISAR :
30 tangkai cili kering rebus
1 kuntum bunga kantan
1 labu bawang besar
belacan sebesar ibu jari
200ml air tapis


CARA-CARA :
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar bersama gula sehingga wangi dan pecah minyak.
Tambahkan garam secukup rasa dan masukkan juga petai.
Masak sehingga sambal pekat.
Sebelum dimatikan api, masukkan jus limau kasturi dan gaul sebati.
Sedia dihidangkan.


***Anak-anak saya menikmati sambal ini dengan dicicah bersama cokodok bawang kerana rasanya yang manis-manis pedas. Jika ingin menggunakan sambal ini sebagai pes serbaguna, tidak perlulah memasukkan petai***

Saturday, March 17, 2018

Sambal lombok ijo @ cili hijau

 BAHAN-BAHAN :
140g cili api hijau
1 biji tomato hijau (140g)
1 labu bawang holland (90g)
3 ulas bawang putih (10g)
5 helai daun limau purut
1/2 cawan minyak untuk menumis
1 Tbsp cuka
1 Tbsp gula
2 tsp garam bukit @ secukup rasa


CARA-CARA :
 Rebus cili api bersama tomato dan bawang sehingga layu.
Kisar sehingga halus.
Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar bersama daun limau purut sehingga wangi.
Masukkan bahan perasa dan sejukkan dahulu sebelum dimasukkan ke dalam balang.

***saya menggunakan sambal ini sebagai rencah serbaguna untuk menggoreng nasi dsbnya. Jika ingin menikmati sambal ini sebagai pencicah lebih sedap sekiranya sambal ini ditumbuk pecah-pecah sahaja. Enak juga jika dinikmati bersama bakso***

Wednesday, March 7, 2018

Sambal belacan

 BAHAN-BAHAN :
150g cili api merah
100g cili merah (patahkan)
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar saiz kecil
65g belacan
60g asam jawa + 1/2 cawan air tapis (jadikan pes)
90ml cuka makan
100g gula pasir
9g garam bukit
1 cawan air tapis


CARA-CARA :
 Cucuk bawang putih dan bawang besar pada hujung pisau.
Layurkan di atas dapur gas sehingga kulit bawang hangus.
Ambil isi bawang dan masukkan ke dalam pengisar.
Balut belacan dengan kertas aluminium.
Bakar di atas api dapur sehingga wangi.
Tambahkan belacan dan semua bahan lain ke dalam pengisar.
kisar dengan menekan PULSE beberapa kali.
Jika suka boleh juga memasukkan tomato masak ke dalam sambal ini.
Kisar sehingga sebati.
Saya juga selalu menggantikan belacan dengan cencaluk.
Memang sedap tetapi kurangkan jumlah garam yang digunakan.
Tuangkan sambal ke dalam botol dengan menggunakan botol air mineral yang dipotong seperti di atas.
Simpan sambal di dalam peti ais.
Bila hendak dimakan barulah dituangkan ke dalam mangkuk dan enak jika digaul bersama nenas manis @ kuinin @ dengan hirisan kulit limau kasturi.



Thursday, February 8, 2018

Sambal jantan @ jate

 BAHAN-BAHAN :
370g cili api 
400ml cuka makan
150g gula pasir
50g garam bukit


 CARA-CARA :
Kisar semua bahan sehingga hancur.
Hidangkan sambal bersama nasik belauk @ laksam @ nasi kerabu.

Monday, January 22, 2018

Sambal belimbing buluh basah

 
 BAHAN-BAHAN :
20 biji belimbing buluh (rebus 1 jam di dalam periuk vision)
10 tangkai cili api
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 Tbsp ikan bilis (cuci)
2Tbsp minyak 
garam bukit/gula
 CARA-CARA :
 
 Cincang @ tumbuk cili, ikan bilis, dan juga bawang.
   belimbing yang telah direbus 1jam
 panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan cincang
tumis sehingga wangi
 masukkan belimbing dan gaul rata
  masak sehingga sambal pekat dan perasakan secukupnya
Enak dinikmati bersama ikan goreng, ulam timun dan nasi panas.

Saturday, January 20, 2018

Sambal bilis tempoyak

 BAHAN-BAHAN :
50g ikan bilis (belah 2)
3 papan petai (belah 2)
1 keping asam gelugur
garam bukit/gula
minyak untuk menumis

DIKISAR :
1 labu bawang besar
1 cm belacan
3 Tbsp tempoyak
3 Tbsp cili kisar

 CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bahan kisar sehingga wangi.
Masukkan gula dan tumis sehingga terbit minyak.
Kemudian masukkan ikan bilis dan juga asam keping.
Masak sehingga ikan bilis lembut.
Tambahkan garam secukup rasa.
Gaul rata, masukkan petai.
Setelah sebati bolehlah diangkat dan dinikmati bersama nasi putih @ nasi lemak.

***TUJUAN MEMASUKKAN GULA SEMASA MENUMIS CILI  IALAH SUPAYA SAMBAL YANG DIMASAK KELIHATAN LEBIH MERAH DAN CANTIK***

Wednesday, January 10, 2018

Sambal tumis udang & kurma

BAHAN-BAHAN :
1 mangkuk kecil isi udang
4 Tbsp cili kisar
1/2 labu bawang besar (hiris)
1 keping asam gelugur
sedikit air
minyak untuk menumis
garam laut/gula

DIKISAR :
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
5 biji kurma (buang kulit)

CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga wangi.
Kemudian tambahkan cili kisar.
Masak lagi sehingga terbit minyak.
Tuangkan sedikit air dan masukkan juga asam keping.
Gaul rata.
Masukkan isi udang dan juga bahan perasa.
Setelah udang kecut bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Enak dicicah bersama cokodok kosong.

Tuesday, May 2, 2017

Sambal ikan nasi kerabu

BAHAN-BAHAN :
2 genggam kelapa parut putih
1/2 labu bawang besar (hiris)
1 ekor ikan kembung (bakar tanpa garam)
garam/gula

CARA-CARA :
Sangai kelapa bersama bawang sehingga kekuningan.
Tumbuk lumat bersama ikan bakar.
Perasakan secukupnya.
Sedia dimakan bersama nasi kerabu.

**Sangai = goreng tanpa minyak **

Tumis budu nasi kerabu

BAHAN-BAHAN :
10 tangkai cili kering (rebus, kisar)
1 labu bawang besar (kisar)
2 batang serai (kisar)
1 inci halia (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
2 1/2 C santan
1 keping asam gelugur
2 Tbsp budu
garam/gula 

CARA-CARA :
Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk.
Masak di atas api perlahan sehingga terbit minyak dan pekat.
Perasakan secukupnya.
Sedia dinikmati bersama nasi kerabu @ boleh juga jika dicicah bersama ulaman.

Monday, April 24, 2017

Sambal tumis bilis dan petai

 
 BAHAN-BAHAN :
segenggam ikan bilis
2 papan petai (belah 2)
1 labu bawang besar (hiris)
1C air + sedikit asam jawa
garam/gula
1/2C minyak untuk menumis

DIKISAR :
segenggam cili kering (rebus)
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
sebesar ibu jari belacan
1C air

  CARA-CARA :
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar.
Masukkan gula secukupnya supaya warna sambal cantik.
Tumis sehingga cili garing dan terbit minyak.
Kemudian masukkan ikan bilis yang telah dicuci bersih.
Gaul rata.
Tuangkan air asam jawa.
Tambahkan bawang hiris dan masak sehingga bawang layu.
Perisakan dengan garam secukupnya.
Jika kurang manis boleh tambah sedikit gula.
Akhir sekali barulah masukkan petai.
Kacau sekejap dan sedia dihidangkan bersama nasi putih @ nasi lemak.

Saturday, September 3, 2016

Petai masak tempoyak



 BAHAN-BAHAN :
1 mangkuk kecil isi petai (belah 2)
4 tbsp tempoyak durian
1/2 labu bawang besar
cili api tumbuk (ikut citarasa)
1 ulas bawang putih
1 hiris kunyit hidup
segenggam ikan bilis
sedikit air
minyak untuk menumis
1 helai daun kunyit (jika ada)
garam, gula secukup rasa

CARA-CARA :
 Kisar tempoyak bersama kunyit dan bawang hingga halus
 panaskan minyak secukupnya untuk menumis
 tumis bahan kisar sehingga naik bau
 masukkan cili tumbuk (lebih pedas lebih umphhh)
kacau rata dan masak hingga terbit minyak
 masukkan ikan bilis
 tuangkan sedikit air dan masak lagi
 kemudian tambahkan petai
 dan masak hingga petai kecut
 masukkan daun kunyit yang dimayang halus (sekiranya ada)
 tambahkan garam dan gula secukup rasa
 jika suka rasa masam, boleh masukkan sekeping asam gelugur
masak sehingga pekat
sedia dihidangkan bersama nasi panas, ulam dan ikan kembung goreng. 


Thursday, July 23, 2015

Sambal tumis bilis dan petai versi cili api



BAHAN-BAHAN :
1 mangkuk kecil petai
2 genggam ikan bilis (goreng garing)
secukupnya air asam
garam dan gula ikut citarasa
minyak untuk menumis

DIKISAR :
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci belacan
segenggam penuh cili api
4 tangkai cili merah

CARA-CARA :
Panaskan secukupnya minyak di dalam kuali.
Tumiskan bahan kisar hingga wangi dan hilang bau cili.
Masukkan air asam, garam dan juga gula secukup rasa. (garam sedikit sahaja kerana ikan bilis dah masin)
Masak hingga naik minyak.
Kemudian masukkan petai dan kacau sekejap.
Tutup api. 
Akhir sekali baru masukkan ikan bilis yang digoreng. 
Kalau suka ikan bilis yang rangup, masa nak makan baru digaul dengan sambal.