Thursday, November 24, 2011

Keli bersiram kerabu mangga



BAHAN-BAHAN :
4 biji mangga muda
segenggam cili api
3 biji bawang besar
segenggam tomato ceri
2 pokok ketumbar (ambil daun dan batangnya-simpan akar untuk membuat tomyam)
sos ikan dan gula secukup rasa
jus limau nipis (jika suka lebih masam)
3 ekor ikan keli (diberi garam kunyit dan disalut sedikit tepung jagung supaya ikan tidak meletup-letup semasa menggoreng)
CARA-CARA :
Hiris atau sagat mangga seperti ini.

Bawang dan cili dihiris halus. Tomato dipotong 4 manakala daun ketumbar dihiris kasar-kasar.

Gaulkan mangga dan bahan kerabu rata-rata. Masukkan sos ikan dan juga gula secukup rasa. Ketepikan.

Sementara itu goreng ikan keli di dalam minyak panas hingga garing. 

Angkat. Curahkan kerabu mangga setelah anda sedia untuk menikmatinya.

Jika suka lebih masam, perahkan sedikit limau nipis mengikut selera.

SAYUR LABU AIR




BAHAN-BAHAN :
1 biji labu air saiz kecil (dibuang kulit, potong empat dan hiris kecil)
2 ekor ikan kembung (direbus dan ambil isinya)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sdb lada hitam
air secukupnya
sedikit garam dan gula

CARA-CARA :
Tumbuk isi ikan bersama bawang dan juga lada hitam.

Jerang air secukupnya di dalam periuk dan masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi.

Renih di atas api yang sederhana sehingga menggelegak.

Masukkan labu yang telah dipotong. Masukkan juga gula dan garam secukup rasa. Masak sehingga labu empuk .

Seperti ini. Jika suka anda boleh memasukkan sedikit budu untuk rasa yang lebih ummphh.
Bolehlah dimatikan api.

Enak dihidangkan bersama ikan goreng dan sambal belacan. Sayur ini juga sesuai untuk anak-anak kerana tidak pedas.