BAHAN-BAHAN :
4 biji mangga muda
segenggam cili api
3 biji bawang besar
segenggam tomato ceri
2 pokok ketumbar (ambil daun dan batangnya-simpan akar untuk membuat tomyam)
sos ikan dan gula secukup rasa
jus limau nipis (jika suka lebih masam)
3 ekor ikan keli (diberi garam kunyit dan disalut sedikit tepung jagung supaya ikan tidak meletup-letup semasa menggoreng)
CARA-CARA :
Hiris atau sagat mangga seperti ini.
Bawang dan cili dihiris halus. Tomato dipotong 4 manakala daun ketumbar dihiris kasar-kasar.
Gaulkan mangga dan bahan kerabu rata-rata. Masukkan sos ikan dan juga gula secukup rasa. Ketepikan.
Sementara itu goreng ikan keli di dalam minyak panas hingga garing.
Angkat. Curahkan kerabu mangga setelah anda sedia untuk menikmatinya.
Jika suka lebih masam, perahkan sedikit limau nipis mengikut selera.