Tuesday, September 11, 2012

Kesian abang ngah....iskh..iskh..iskh....

Sebelum raya hari tu Nasya p la potong rambut anak2. Memandangkan hari Ahad tempat yang biasa kitaorang p di Nilai tutup, nak xnak p la kat Pekan Salak. Xlogik betul laa tukang yang potong rambut kerjakan kepala anak2 makcik nie macam nak motong gotah!!!hangin betulla. Dah la macam Jim Carey dalam Dumb and Dumber..sakit jiwa!!!

Monday, September 10, 2012

Biasa-biasa je



Bulan posa itu hari teringin la yang amat nak makan apam hitam manis ni (apam gula hangus)..nasi baik elok je kejadiannya. Resepinya kita selongkar kat dapur Kak Rose
Kita kukus guna benda alah nie, beli kat Jusco Seremban 2
Crock pot ni pun hadiah dari suami gak. Selalunya kalau dekat2 nak beranak tu mintak la segala periuk belanga pun mesti dapat...tapi tahun2 akan datang xmerasa lagi la jawabnya


Puding karamel dan kue lopes
yang ni lak gulai terung. Guna rempah beli kat KB

Baby Shin Chan






Sunday, September 9, 2012

Biasa-biasa je

Daging bersama brokoli bersos tiram
Masak cara simple aje, Nasya tumis bawang putih ngan sos tiram lepas tu tambah la daging yang telah direbus empuk, campak brokoli..kacau sekejap..dah siap! garam pun x letak sebab sos tiram dah masin.
Kaeng som ikan bersama nanas. Masa balik kg hari tu beli rempah basah kat brader pattani di TEMAN (TERMINAL MAKANAN NASIONAL) di KB.
Boleh tahan gak sedap rempah dia.
Ayam masak lemak cili api ngan belimbing buluh
Udang masak manis...resepi akan menyusul
Beleda a.k.a. lengkong. Petua Nasya 5 gm agar2 tali bersamaan dengan 1 cawan air.
Insyaallah sedang elok.

Mstr muscle dah 5 bulan.....

Baby Izz dah masuk 5 bulan 14 Ogos hari tu...berat pun dah bertambah-tambah dah. Timbang itu hari 7.05 kg...kuss semangat...dah pandai pusing badan n pantang tengok orang pegang makanan..terliur !!!

Saturday, September 8, 2012

Biasa-biasa aje.....

Lauk ni masak dah lama tapi xmenyempat nak update..biasa lerrr semenjak dua menjak nie. Jadi kita layan gambo-gambo la ye buat cuci mata..
Ayam masak lemak bersama labu dan daun selasih, sedap makan bersama ikan masin dan sambal belacan.
Daging masak merah tapi kali ni xletak pewarna..asli giteww
Sotong goreng bersama petai
Kacang panjang goreng belacan
Kuih talam
Ee mi goreng
Megi asam laksa..letak cili api banyak2 lepas tu, tuang sardin setin. Masukkan kuah dia sekali. Sebelum mencekik jangan lupa perah limau kasturi..wallaa...

Friday, September 7, 2012

Tuesday, August 14, 2012

Jom balik raya....


Selamat Hari Raya Aidilfitri

Nasya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri  buat semua teman-teman dan pengunjung dapur Nasya. Ampun dan Maaf sekiranya ada tersalah kata dan terkasar bahasa......Selamat menyambut Aidilfitri dan semoga kita bertemu lagi..Insyaallah
                          

Saturday, July 21, 2012

Baby Izz 4 bulan sudah....

Baby Izz sekarang dah 6.5 kg. Hari tu masa 3 bulan baru 5.85 kg. Mak aii senget-senget laa bahu ibu nak dokong. La dah pandai lompat ngan meniarap. Start pandai masa 3 bulan 1/2 hari tu. (27/6/12)

Sunday, July 8, 2012

Kuih kaswi resepi Kak Iba

BAHAN-BAHAN :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 5 1/2 cawan air
  • 1 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula putih
  • 2 sdb air kapur
  • secukupnya kelapa muda parut yang digaul dengan garam.
CARA :

  1. Semua bahan dikisar kecuali kelapa.
  2. Tapis ke dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak dan dialas plastik.
  3. Kukus hingga masak.
  4. Biarkan kuih betul-betul sejuk sebelum digaul bersama kelapa.
  5. Sesuai dihidangkan untuk minum petang.

Saturday, June 30, 2012

Masak lemak bayam

BAHAN-BAHAN :

  • 1 ikat bayam merah
  • 1 ikat bayam hijau
  • 15 ekor udang 
  • 2 sdb bawang merah kisar
  • sedikit belacan bakar
  • 1 tangkai cili merah (hiris kasar)
  • 1/2 kg santan
  • garam dan gula secukup rasa
CARA :

  1. Jerang santan bersama bahan lain kecuali bayam hingga mendidih. Kemudian masukkan bayam dan bahan perasa.
  2. Masak sehingga bayam layu. Sedia diangkat dan dihidangkan bersama ikan goreng, nasi panas dan sambal belacan.....

Sotong goreng kunyit

BAHAN-BAHAN :

  • 8 ekor sotong yang bertelur
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 sdb halia kisar
  • 1/2 biji bawang besar (dihiris)
  • 1 tangkai cili merah (dihiris)
  • 1 paket snap peas
  • 1 sdk serbuk kunyit
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
CARA :

  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih dan halia kisar hingga garing.
  2. Masukkan sotong dan masak hingga air sotong kering. Tambahkan serbuk kunyit,bahan hiris, garam dan juga snap peas.
  3. Sedia dihidangkan panas-panas.

Friday, June 29, 2012

Sup daging ringkas

 BAHAN-BAHAN :
400 g daging
1 bungkus rempah sup tulang
1 1/2 sdb halia kisar
1 1/2 sdb bawang merah kisar
1/2 sdb bawang putih kisar
1 sdk lada hitam (diketuk)
4 gelas air
1 batang karot
3 biji kentang
daun sup & daun bawang
jus limau kasturi secukupnya
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
Tumis bahan kisar sehingga garing dan terbit bau.
Kemudian tuangkan air, tambahkan daging dan masukkan juga sup bunjut.
Biarkan mendidih.
Masak sehingga daging lembut.
Setelah itu masukkan juga ubi kentang dan lobak merah yang telah dihiris.
Tambahkan lada hitam dan masak sehingga kentang empuk.
Perasakan dengan garam secukupnya.
Sebelum dihidangkan taburkan daun sup dan daun bawang.
Jika suka bolehlah diperahkan jus limau kasturi mengikut citarasa.

Ikan gerut 3 rasa

BAHAN-BAHAN :

  • 2 ekor ikan gerut (disapu garam kunyit dan digoreng)
  • 5 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 sdb halia kisar
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 1 genggam cili api (ditumbuk)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1 batang bunga kantan (dimayang halus)
  • 1 biji tomato (dipotong baji)
  • secukupnya sos ikan
  • 2 sdb sos cili thai
  • sedikit air
  • minyak untuk menumis
CARA :

  1. Panaskan secukupnya minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih, serai, bawang besar, halia kisar dan cili api hingga garing dan naik bau.
  2. Masukkan sos cili thai, bunga kantan dan juga tomato. Tambahkan sos ikan dan juga sedikit air. Sebatikan rasanya.
  3. Setelah tomato agak lembut bolehlah dimatikan api.
  4. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas.