Sunday, May 13, 2012

Biasa-biasa aje...

Mmmm...hari ni kita kan sambut hari ibu...makanya malas la nak masak.
Tapi perut lak berdendang...paling senang buat la masak lemak cili api...guna telur ayam je. Yang penting sedap ratah-ratah..
Ni pulak untuk anak-anak...mi kerinting goreng. Letak daging ngan sosej banyak-banyak
selera Nabil makan...

MAWAR PUTIH UNTUK MAMA....

Ditujukan khas buat semua ibu-ibu...Selamat menyambut hari ibu.

Saturday, May 12, 2012

BUAT MAMA-MAMA......



Udang goreng sambal

BAHAN-BAHAN :

  1. 20 ekor udang sederhana 
  2. 2 biji terung kecil (potong serong dan goreng sebentar)
  3. 1 sdb bawang putih kisar
  4. 1 sdb bawang merah kisar
  5. 2 sdb cili giling
  6. 1/2 biji tomato (dibaji)
  7. 3 tangkai cili hijau (tumbuk)
  8. 2 tangkai cili merah (tumbuk)
  9. sedikit belacan (tumbuk)
  10. garam dan gula secukup rasa
  11. sedikit minyak untuk menumis
CARA :

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan tumbuk dan bawang hingga garing.
  2. Kemudian masukkan cili kisar dan masak hingga hilang bau cili.
  3. Masukkan udang dan tomato, kacau rata dan tambahkan garam dan juga gula.
  4. Sebelum diangkat masukkan terung yang telah digoreng tadi.
  5. Sedia dihidangkan. 

Bokchoy sos tiram

BAHAN-BAHAN :

  1. 2 paket bokchoy
  2. 1 biji cili merah (hiris)
  3. 3 ulas bawang putih (ketuk)
  4. sos tiram secukupnya
  5. sedikit minyak untuk menumis
CARA :

  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan bokchoy, cili merah dan sos tiram.
  2. Kacau goreng sebentar dan sedia dihidangkan.

Friday, May 11, 2012

Pindang ayam dan bendi

BAHAN-BAHAN :

  1. 500 gm ayam (potong kecil)
  2. 10 batang bendi (hiris serong)
  3. segenggam daun kesum
  4. 1 hiris lengkuas (diketuk)
  5. 2 asam keping
  6. air secukupnya
  7. sedikit pati ikan bilis
  8. garam dan gula secukup rasa
  9. minyak untuk menumis
DIKISAR :

  1. 5 tangkai cili merah
  2. 1/2 biji bawang besar 
  3. 1 cm belacan
  4. 1 inci kunyit hidup
CARA-CARA :

  1. Panaskan secukupnya minyak di dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga wangi. 
  2. Masukkan ayam dan gaul sebati. Tunggu hingga ayam kecut.
  3. Tambahkan air, asam keping, daun kesum dan juga bahan perasa.
  4. Masak hingga mendidih dan sebati rasa.
  5. Akhir sekali masukkan bendi. Gaul sebentar dan sedia untuk dihidangkan bersama ikan masin dan sambal belacan.

Thursday, May 10, 2012

Sup ayam Hadyai

Sup ayam ni Nasya jumpa kat umah Quinnie. Quinnie pulak ambik kat MYR.
Sapa2 nak resepi boleh la singgah umah quinnie.

Monday, May 7, 2012

100 DOSA YANG DIREMEHKAN WANITA, (2)RIYA' DAN SUM'AH


  1. Riya' dan Sum'ah
Salah satu bentuk syirik kecil yang terjadi pada sebahagian wanita adalah riya' (memperlihatkan amal) dan sum'ah (memperdengarkan amal ; sejenis riya' pula,-ed). Sebenarnya tujuan awal ia beramal adalah kerana ALLAH, tetapi tiba-tiba muncul niatan yang ditujukan kepada selainNya, iaitu mengharap pujian dan sanjungan dari orang lain serta agar ia terkenal di kalangan mereka. Padahal tidak ada amalan yang akan bermanfaat bagi dirinya kecuali yang dikerjakan kerana ikhlas kepada ALLAH dan benar sesuai dengan syariatNya.
ALLAH Taala berfirman, "Maka sembahlah ALLAH dengan memurnikan ketaatan kepadaNya. Ingatlah, hanya kepunyaan ALLAH lah agama yang bersih (dari syirik)." (Az-Zumar (39) : 2-3)
Maka, katakanlah kepada orang-orang yang tidak ikhlas, "Janganlah engkau memperlihatkan amalmu ! kerana segala amal yang ditujukan kepada selain ALLAH akan sia-sia belaka."

Sunday, May 6, 2012

100 DOSA YANG DIREMEHKAN WANITA, (1) SYIRIK KEPADA ALLAH

1. Syirik kepada ALLAH.
Syirik adalah dosa yang paling besar, dosa yang tidak akan diampuni, kezaliman yang tiada tara, kesalahan yang fatal, musibah yang dahsyat dan bencana yang membinasakan.
ALLAH Taala berfirman maksudnya :
"Sesungguhnya syirik adalah kezaliman yang besar."
Syirik adalah menyamakan ALLAH Taala dengan selainNya dalam hal-hal yang menjadi kekhususanNya. Maka, memalingkan suatu peribadahan, baik ibadah qolbiyah (ibadah hati), seperti inabah (taubat), takut dan cinta ; atau ibadah qouliyah (ibadah lisan), seperti tasbih dan takbir; ataupun ibadah fi'liyah (ibadah aplikatif), seperti berkurban, tawaf dan solat kepada selain ALLAH termasuk bentuk kesyirikan yang tidak akan diampuni oleh ALLAH Taala, dan menjadikan amalannya tidak diterima oleh ALLAH.

Saturday, May 5, 2012

Pajeri terung

BAHAN-BAHAN :

  1. 3 biji terung panjang (potong 2, belah tengah tak putus)
  2. 1/2 kg santan
  3. 1 sdb udang kering (Nasya xtumbuk, suka sekor2)
  4. 1 sdb halia kisar
  5. 2 sdb bawang merah kisar
  6. 1 sdb bawang putih kisar
  7. 1 paket kecil rempah kari ikan
  8. setangkai daun kari
  9. sedikit kulit kayu manis, pelaga, cengkih dan bunga lawang
  10. 2 asam keping
  11. 1 tangkai cili merah dan cili hijau (belah 2)
  12. garam dan gula secukup rasa
  13. minyak untuk menumis
CARA-CARA :

  1. Panaskan minyak di dalam periuk, tumis rempah tumis dan daun kari hingga wangi. Tambahkan halia, bawang merah dan juga bawang putih. Masak hingga garing.
  2. Kemudian masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Masukkan juga udang kering. Kacau rata.
  3. Setelah itu, masukkan santan dan masak hingga pecah minyak.
  4. Masukkan terung, cili, asam keping dan juga bahan perasa. Masak hingga terung lembut dan kuah pekat. Setelah elok masaknya bolehlah dihidangkan bersama nasi panas dan ikan gelama jeruk goreng.



Sayur campur sosej

BAHAN-BAHAN :

  • 1/2 paket sosej (potong 4)
  • 1/2 batang lobak merah (hiris nipis)
  • sedikit cendawan telinga (rendam sehingga lembut dan dikoyak-koyak)
  • sedikit cendawan tiram
  • beberapa batang asparagus (potong)
  • sedikit putik jagung
  • 1/2 biji cili merah (dihiris)
  • 4 ulas bawang putih (diketuk)
  • sedikit sos tiram
  • garam sekiranya perlu
  • sedikit minyak untuk menumis
CARA-CARA :
  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan kesemua sayur-sayuran, sos tiram dan garam jika kurang masin.
  • Kacau rata dan sedia dihidangkan.



Nasi goreng udang

Nasi goreng ni buat 2 hari sudah. Punyalah kelam kabut masa goreng nasik ni sebab hero bongsu tengah melalak..tu yang janggut udang pun xsempat nak trim. Apapun nasik grg ni memang ringkas sebab Nasya cuma letak bawang merah hiris, udang dan juga telur. Nasya cuma letak sedikit garam sebagai perasa sebab air udang dah manis. Apa yang penting, masuk perut jadi zat jugak kan ha..ha..ha...

Thursday, May 3, 2012

Gulai kunyit lengkuas

Resepi yang sama tapi kali ni Nasya guna ikan tenggiri.
Kalau nak tengok resepi boleh la klik sini.


Sotong pedas


SUMBER : VARIASI MASAKAN MAMI
OLEH : HAJAH FADHILAH HANOUM G.M. YUSOFF

BAHAN-BAHAN :
10 ekor sotong sederhana besar (dibuang kulit dan dakwat)
*6 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*sedikit belacan bakar
*6 tangkai cili kering
*2 tangkai cili merah
2 biji bawang besar (dihiris bulat)
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan santan pekat
6 sudu makan minyak masak
1 sudu teh gula pasir
sedkit serbuk perasa
garam secukup rasa
(bahan yang ditanda *dikisar)
CARA MEMBUAT :
Panaskan minyakdalam kuali. Tumis bahan yang dikisar. Kacau selama 3 minit hingga berbau wangi.
Masukkan sotong dan kacau hingga sebati.
Kemudian masukkan santan pekat, air asam jawa, garam, serbuk perasa dan gula pasir.
Apabila mendidih dan pekat, masukkan bawang besar. Masak hingga keluar minyak.










Salad kentang dan sos cili



SUMBER : VARIASI MASAKAN MAMI
OLEH : HAJAH FADHILAH G.M. YUSOFF
BAHAN-BAHAN :
6 helai daun salad
2 biji cili merah (dibuang biji)
2 biji kentang rebus (dibuang kulit)
1 biji telur rebus (dipotong bulat)(Nasya ptg 4)
1 biji timun (dibuang kulit & dihiris bulat)
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan gula pasir
1/2 cawan air panas
garam secukup rasa
CARA MEMBUAT :
Kentang dan cili merah dikisar dengan air masak panas hingga hancur.
Tuangkan ke dalam mangkuk. Bubuh garam, gula pasir dan sos cili. Kacau sehingga rata.
Kalau kurang masam tambah sos cili lagi.
Aturkan daun salad dalam pinggan. Letakkan timun dan telur. Tuangkan kuah kentang tadi di atasnya. Sedia untuk dihidangkan.

Tuesday, May 1, 2012

Tumis kupang dan kacang panjang

BAHAN-BAHAN :
10 tangkai kacang panjang (potong pendek)
1/2 biji bawang besar (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (diketuk)
1 mangkuk kecil isi kupang
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
CARA-CARA :
Panaskan minyak, tumis bawang sehingga wangi.
Masukkan kupang dan goreng sekejap.
Tambahkan kacang dan bahan lain.
Gaul sebati dan sedia dihidangkan.

Kerabu epal hijau

BAHAN-BAHAN :
3 biji epal hijau (dihiris jejari)
1 biji bawang besar (dimayang)
1 kuntum bunga kantan (dimayang)
2 batang serai (dihiris nipis)
segenggam daun ketumbar (hiris kasar)
cili api mengikut citarasa (hiris)
perahan jus limau kasturi (jika ada)
sos ikan dan gula secukup rasa
CARA-CARA :
Semua bahan disatukan di dalam satu bekas

Gaul rata dan masukkan bahan perasa. Simpan sekejap di dalam peti sejuk

sebelum dihidangkan.

Friday, April 27, 2012

Kari daging dan kacang ular

Lauk ni masak 3 hari sudah. Resepi biasa je, bezanya Nasya guna rempah gulai kawah sebab itu warnanya agak kurang menarik.Kita layan gambar je lah ye...

Sunday, April 22, 2012

Kerang pedas manis

BAHAN-BAHAN :

1 mangkuk kecil kerang yang telah direbus dan dibuang separuh kulit
2 sdb bawang merah kisar
2 sdb bawang putih kisar
2 sdb cili giling
kicap manis secukupnya
2 batang serai (diketuk)
1 tangkai daun kari
1 cili hijau + 1 bawang besar (dihiris)
sedikit air asam jawa
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis


CARA-CARA :

Tumis bahan kisar bersama cili giling hingga wangi.
Masukkan setangkai daun kari.
Tambahkan kerang dan bahan lain,
masak lagi hingga sebati.
Sedia dihidangkan.

Masak lemak keladi dan udang


BAHAN-BAHANNYA :
1 pokok keladi sayur (direbus bersama asam keping, toskan)
1 mangkuk kecil udang
5 ulas bawang merah + 1 inci kunyit (dikisar)
1 batang serai (diketuk)
1 asam keping
1/2 kg santan
garam secukup rasa
CARA-CARA :
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk dan 
masak di atas api sederhana hingga mendidih.
Kacau selalu agar tidak pecah minyak.
Sedia dihidangkan bersama nasi panas, sambal belacan dan ikan masin.