Dalam sebuah hadith menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti ALLAH SWT akan memerintahkan akan memerintahkan kepada dua orang mukmin yang hadir dihadapanNya. Seorang adalah yang taat kepada perintah ALLAH SWT manakala yang seorang lagi ialah yang derhaka kepada ALLAH SWT. Kedua-dua mereka mati dalam keadaan beriman.
ALLAH SWT menyuruh malaikat Ridhwan membawa orang yang taat kepada ALLAH SWT ke syurga dan memuliakannya dengan berfirman :" Aku merelakan dia."
Kemudian ALLAH SWT memerintahkan malaikat Zabaniah membawa yang seorang lagi ke neraka dan ALLAH SWT memerintahkan supaya orang itu diseksa dengan seksaan yang pedih. Firman ALLAH SWT yang bermaksud :" Sesungguhnya orang ini ialah peminum arak."
Orang yang taat kepada perintah ALLAH itu sangat gembira kerana dia telah dapat masuk ke syurga dengan rahmat ALLAH. Apabila orang itu hendak menjejakkan kakinya ke pintu syurga maka dia mendengar suara sahabatnya yang telah diputuskan ke neraka berkata :" Wahai sahabatku, wahai temanku, kasihanilah aku dan berikanlah pertolongan kepadaku."
Apabila orang itu mendengar rayuan sahabatnya itu maka dia tidak mahu masuk ke dalam syurga, malaikat Ridhwan berkata kepadanya :" Masuklah kamu ke dalam syurga dengan rahmat ALLAH SWT ."
Thursday, October 13, 2011
Mi sup ekor
Mi sup ni pun Nasya buat semalam. Cik abang mintak nak makan bihun sup utara tapi daging dok kat bawah sekali. Nak kena memunggah la pulak...nasib baik ekor ada kat atas. Buat sup ekor je la lagi senang lepas tu selam je mi tu gedebuk..dah bole makan. Sup ni Nasya campur bunjut ngan rempah sup adabi. Bagi pekat. Halia kena letak lebih, agak2 laaaa 1/2 ketul ke...lada hitam Nasya letak 1 sdb. Nak sedap lagi letak pati ikan bilis sikit. Pak aji xyah letak dah. Masa rebus ekor tu jangan lupa ya letak sudu sekali baru la ekor tu cepat lembut xde la sampai berjanggut Nasya nak nunggu..xkuasa makcik. Apa2pun sebelum makan tu perah limau kasturi dan letak sambal kicap banyak2 mesti berasap. Cuba jangan xcuba yaaa.
Bubur kacang durian
Kelmarin Nasya masak bubur...bukan nak makan sangat pun tapi doyan yang kat dalam freezer tu dah memanggil-manggil...sayu je bunyinya. Kesian pulak..kan..kan...akhirnya sbb xmau la doyan tu kecik ati maka jadilah bubur ni. Durian ni Nasya beli dah lama masa doyan tgh bermusim hari tu. Nasya dapat D24 sekilo 6 hinggit je. Dengan perasaan yang tamak dan haloba Nasya beli la 90 hinggit. Ada lagi 3 tupperware kat dlm freezer. Emmmmm kat dapur ada lagi bubur ni. Akan ku jadikan kau eskrem plak lepas ni..anda setuju...???
Kerana koo si doyan..dah 2 hari aku xmakan ubat tau...kih..kih.kih..

Rich chocolate brownies
SOURCE : THE TASTE OF HOME BAKING BOOK
RECIPE : KAREN TRAPP, NORTH WEYMOUTH, MASSACHUSETTS
Prep :15 min Bake : 25 min + cooling Yield : 12 servings
This rich cocoa based brownies is fabulous. They'll go quickly as you serve them.
1 cup sugar
2 eggs
1/2 tsp vanilla extract
1/2 cup butter, melted
1/2 cup all purpose flour
1/3 cup baking cocoa
1/4 tsp baking powder
1/4 tsp salt
Frosting :
3 tbsp baking cocoa
3 tbsp butter, melted
1 tsp instant coffee granules
11/2 cups confectioners sugar
2 to 3 tbsp warm water
- In a large mixing bowl, beat the sugar, eggs and vanilla. Add butter, mix well. Combine the flour, cocoa, baking powder and salt, add to batter and mix well.
- Pour into a greased 8-in square baking pan. Bake at 350'f for 25 -30 minutes or until a toothpick inserted near the center comes out clean. Cool on a wire rack.
- For frosting, combine the cocoa, butter and coffee. Gradually stir in confectioners sugar and enough water to achieve a spreading consistency. Frost brownies.
Wednesday, October 12, 2011
MALAIKAT MEMBERITAHU UZAIR BERAPA LAMA IA TIDUR
Pada suatu hari ketika Uzair memasuki kebunnya yang menghijau dengan pokok-pokok tamar dan tiba-tiba hatinya telah terpesona serta tertarik untuk memikirkan rahsia keindahan dan keajaiban alam ini.
Sesudah memetik buah-buahan dia pun pulang dengan keldainya sambil menikmati keindahan-keindahan alam sekitarnya sehingga keldai yang ditungganginya sudah tersesat jalan. Setelah sekian lama barulah dia sedar bahawa dia telah berada di suatu daerah yang tidak dikenali oleh beliau serta sudah jauh dari negerinya sendiri, sebaik saja dia sampai di daerah itu dilihatnya kampung itu baru sahaja diserbu oleh musuh-musuh sehingga menjadi rosak binasa sama sekali.
Di tapak atau bekas runtuhan itu terdapat mayat-mayat manusia bergelimpangan yang sudah busuk serta hancur. Melihat kejadian yang mengerikan itu, dia pun turun dari keldainya dengan membawa dua bakul buah-buahan. Manakala keldainya ditambat di situ, kemudian dia pun duduk bersandar pada dinding sebuah rumah yang sudah runtuh untuk melepaskan penatnya. Dalam pada itu fikirannya mulai memikirkan mayat manusia yang sudah busuk itu.
"Bagaimanakah orang yang sudah mati dan hancur akan dihidupkan oleh Tuhan kembali di negeri akhirat."
Begitulah pertanyaan yang datang dalam fikirannya dan tidak terjawab olehnya sehingga dia menjadi lemah longlai dan kemudian terus tertidur. Dalam tidur itu dia seakan-akan bertemu dengan semua arwah (roh-roh) orang-orang yang sudah meninggal itu. Tidurnya amat luarbiasa sekali, bukan hanya sejam atau semalam, tetapi dia telah tidur terus tanpa bangun-bangun selama seratus tahun lamanya.
Dalam masa dia tertidur itu, keadaan di sekitarnya sudah ramai penduduk baru, rumah serta bangunan-bangunan telah banyak yang didirikan. Dalam masa seratus tahun itu segala-galanya sudah berubah, manakala Uzair tetap terus tidur tersandar di dinding buruk itu manjadi jasad (tubuh) yang tidak bernyawa lagi. Dagingnya sudah hancur dan tulang belulangnya sudah hancur lebur berderai.

Tuesday, October 11, 2011
Menu tergendala......
Yang ni asam pedas ikan siakap..permintaan dari ayah (suami). Ikan ni beli kat zemart masa sale ari tu, kalu xsilap Nasya la 9.90 je sekilo. Puas hati betul la makan sbb ikan ni baru sampai manis betul.ummmphh..asyiknya..
ayam goreng pun ada untuk budak2. Nasya perap ngan serbuk kari sat..
kangkung ikan masin..kangkung pun murah 0.40 sen je seikat.
ada ulam terung, petai rebus dan juga kerdas. Ayah xberapa gemar la yang bau wangi2 nie. Sbb tu Nasya rebus dulu petai tu sekejap. Terung tu pulak hasil dok bercucuk tanam tepi umah. Merasa la gak jiran-jiran...
tak lupa juga menu istimewa ini...maggi asam laksa tapi Nasya campur ngan kuah asam pedas...uuiihhh nikmat sungguh...

Hari tu buat kari ikan bawal...tapi Nasya lebih suka ikan senangin..rasanya macam ada kureng sikit..
ada sayur campur yang dah packing beli kat Mydin. Balik kira goreng je..
goreng ikan masin bulu ayam sikit..pastu Nasya buat sambal petai cili api. Goreng kering2 saja je la..
yang ni pulak sambal buah bacang. Itu hari pegi pasar malam jumpa dengan si bacang ni. Beli la 2 bijik..buat syarat sbb lama xjumpa.

Di kala malas
Assalamualaikum semua. Pekabor ? Nasya mintak maaf banyak-banyak sebab dah lama xupdate dapur ni. Bukan malas tapi pc hantar kedai sebab virus...makanya bila dah lama sikit tu xbergoblog nak bukak tu ada malas laaa..tambahan pula kat sini petang2 hujan. Takut gak kena panah petir..naya..jerr..apa2pun kita layan gambar2 ekk...
Yang ni untuk bfast budak2..ok la tu asal kenyang kan..
ada roti, telur mata kerbau, sosej sira sikit n kacang panggang...tapi Nabil xmakan pun kacang panggang tu, xsuka katanya.
yang ni pulak bahagian ibu dia plak mencekik..masak megi kari letak cili api banyak2 sampai telinga berasap pastu perah limau kasturi..ah..nyamannya..tapi nasya letak gak cili sos sikit..tekak nak berapi jerrrr...ha..ha..ha..

Wednesday, October 5, 2011
JIBRIL MENGUJI KETAATAN SEORANG PEMUDA TERHADAP IBUNYA
Di zaman bani israil terdapat seorang hamba ALLAH yang soleh, ia mempunyai seorang anak kecil lelaki dan seekor anak lembu. Anak lembu inilah saja satu-satunya harta yang dimilikinya.
Pada suatu hari, hamba ALLAH yang soleh itu telah pergi ke hutan bersama dengan anak lembu yang dipeliharanya untuk dilepaskan ke hutan. Sebelum anak lembu itu dilepaskan dia berdoa kepada ALLAH SWT :" Ya ALLAH, aku lepaskan anak lembu ini kepada Mu untuk anakku bila dia besar nanti."
Selang beberapa lama maka hamba ALLAH yang soleh itupun meninggal dunia, maka anak lembu itupun membesar di hutan dengan mencari makanannya sendiri. Anak lembu ini jika melihat ada orang datang, ia sangat liar dan akan melarikan diri.
Anak kecil yang tidak berbapa ini membesar dengan kasih sayang ibunya, dan dia juga sangat menyayangi ibunya dan taat kepada segala perintah ibunya. Dia juga menggunakan masanya 1/3 untuk mengerjakan solat, 1/3 masanya digunakan untuk menjaga ibunya dan 1/3 lagi untuk masa tidurnya.
Setiap pagi anak muda ini akan ke hutan untuk mencari kayu api, apabila dia memperolehi hasil dari kayu api dia akan membahagikannya kepada 3 bahagian. 1/3 daripada hasil yang diperolehinya akan dibahagikan kepada ibunya, 1/3 akan disedekahkannya manakala 1/3 lagi untuk makan.
Suatu hari ibunya telah berkata :" Wahai anakku, ayahmu telah mewariskan seekor lembu kepadamu dia telah melepaskannya di hutan untuk dipelihara oleh ALLAH. Oleh itu kamu pergilah ke hutan dan berdoalah kepada Tuhan Nabi Ibrahim as, Nabi Ismail as, Nabi Ishaq as dan Nabi Ya'kub as semoga ALLAH SWT akan mengembalikan semula lembu itu."
Ibunya berkata lagi :"Wahai anakku, tanda lembu itu ialah berwarna kuning berkilauandan kulitnya bagaikan emas apabila terkena cahaya matahari."
Setelah pemuda itu mendengar segala pesanan ibunya maka diapun pergi ke hutan, sesampai di sana dia melihat lembu yang diperkatakan oleh ibunya sedang memakan rumput kemudian dia berdoa :" Wahai lembu aku memanggil kamu dengan nama Tuhan Nabi Ibrahim as, Nabi Ismail as, Nabi Ishaq as dan Nabi Ya'qub as oleh itu hendaklah kamu datang kepadaku."
Sebaik sdahaja pemuda itu selesai berkata demikian maka lembu tersebut berlari ke arah pemuda itu seraya berkata :"Wahai pemuda yang taat kepada ibunya naiklah kamu ke atas belakangku untuk meringankanmu."
Berkata pemuda itu :" Wahai lembu ibuku tidak menyuruh aku berbuat demikian sebaliknya ibuku hanya menyuruh aku memegang lehermu saja."
Berkata lembu itu :" Demi Tuhan Bani Israil, sekiranya kamu hendak mengenderaiku sudah tentu tidak dapat kamu lakukan, tetapi jika kamu memerintahkan bukit untuk berpindah sudah tentu bukit-bukit itu akan berpindah disebabkan taatnya kamu kepada ibu kamu itu." Setelah itu pemuda itu pun membawa lembu itu pulang. Sampai dirumahnya, ibu pemuda itu berkata:" Wahai anakku sekiranya kamu merasa susah untuk mencari kayu setiap pagi dan merasa sukar untuk bangun malam maka eloklah kamu jual lembu ini."
Lalu pemuda itu bertanya ibunya :" Wahai ibu, katakan kepadaku dengan berapakah saya harus jual lembu ini?"
Berkata si ibu :" Wahai anakku kamu juallah dengan harga 3 dinar dan janganlah kamu kurangkan atau lebihkan dari 3 dinar sebelum kamu bertanya terlebih dahulu dariku."
Kemudian pemuda itupun membawa lembu itu ke pasar untuk dijual, untuk menguji ketaatan pemuda itu kepada ibunya maka ALLAH SWT telah memerintahkan Jibril as menyerupai seorang pemuda untuk bertemu pemuda tersebut.
Jibril yang menyerupai seorang pemuda bertanya kepada pemuda tersebut:" Wahai pemuda berapakah harga lembu ini?"
Berkata pemuda itu :" Lembu ini berharga 3 dinar dengan izin ibuku."
Berkata malaikat Jibril as :" Aku sedia membeli lembu ini dengan harga 6 dinar dengan syarat kamu tidak memberitahu ibumu itu." Harga lembu itu sebenarnya 3 dinar sahaja pada masa itu.
Berkata pemuda itu :" Wahai orang muda, kalaulah kamu berikan kepadaku emas seberat lembu ini sekalipun aku tidak akan menerimanya tanpa mendapat izin ibuku."
Setelah berkata demikian pemuda itupun pulang dengan membawa lembunya, setelah menceritakan kepada ibunya apa yang berlaku ibunya pun berkata :" Wahai anakku kini aku izinkan kamu menjual lembu ini dengan harga 6 dinar."
Pemida itupun pergi ke pasar dan bertemu dengan orang yang hendak membeli lembunya itu dengan berkata :" Kini aku sedia menjual lembu ini dengan harga 6 dinar dengan izin ibuku."
Berkata malaikat Jibril as yang menyerupai seorang pemuda :" Aku sedia membeli lembu ini dengan harga 12 dinar dengan syarat kamu tidak memberitahu ibumu."
Brkata pemuda itu :" Aku tidak dapat menjual lembu ini dengan harga 12 dinar tanpa mendapat izin ibuku."
Setelah itu pemuda itu pun kembali memberitahu ibunya tentang harga yang hendak dibeli oleh pemuda itu.
Berkata ibunya :"Wahai anakku sebenarnya orang yang bertemu kamu itu adalah seorang malaikat untuk menguji kamu, oleh itu hendaklah kamu tanya dia apakah lembu ini perlu dijual atau tidak?"
Kemudian pemuda itu pun pergi semula ke pasar dan bertemu dengan malaikat itu lalu dia berkata :" Ibuku bertyanya apakah lembu ini perlu dijual atau tidak?"
Maka berkata malaikat Jibril as :"Janganlah dijual lembu ini sehingga terjadi perintah ALLAH SWT atas Bani Israil untuk menyembelih lembu ini, apabila Bani Israil mencari lembu yang memenuhi syarat yang ditentukan maka tidak adalah lembu yang dapat memenuhi syarat tersebut kecuali lembu ini. Untuk mendapatkan lembu ini mereka akan membayar harga lembu ini mengikut berat badan lembu dengan wang dinar. Ini adalah anugerah ALLAH SWT ke atasmu disebabkan ketaatan kamu kepada ibumu."
(BACA SURAH AL-BAQARAH AYAT 67-73)

Monday, October 3, 2011
Spaghetti di hari yang malasssss......
Assalamualaikum.......hari ni kita layan gambar je la yer. Sebabnya Nasya dah xlarat dah..balik dari check up kat klinik tadi dok kemas peti ais....peti aiskrim...peti ais untuk frozen food...boleh sakit jiwa.
Nasya ni memang tamak dan gila sesangat ngan barang2 letrik ni especially peti ais. Lantaran itulah diriku selalu dimarahi oleh suamiku kerana asal je gi supermarket mesti borong ikan dan barang2 dingin beku macam orang ada anak 10. Habis tu nak buat macamana...dah suka beli benda2 macam tu...ha..ha...ha...
bukan apa, takut nanti kalau DARURAT ke apa2 ke xsusah sbb stok untuk setahun dah ready..tu yang peti ais sampai tiga..mengong betul kan...
Apa2pun jangan suka membazir cam Nasya tau...xbaik untuk kesihatan...
Tekak melayu...makan apapun mesti nak cili api...

Saturday, October 1, 2011
Padprik campur
BAHAN-BAHAN :
- 1 mangkuk kecil isi ayam
- 1 mangkuk kecil udang
- 1 batang saderi (potong kecil)
- 1/2 batang karot (hiris bulat)
- 7 batang kacang panjang (potong 3 cm)
- sedikit bunga kobis (potong, rendam air garam dan toskan)
- 1 biji tomato (potong 8)
- secekak cili api (diketuk)
- 1 biji cili merah (dihiris)
- 1 batang serai (diketuk)
- 3 helai daun limau purut (dicarik-carik)
- 1 biji bawang besar (dipotong baji)
- 5 ulas bawang putih (diketuk)
- sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap cair dan kicap manis secukupnya
- minyak untuk menumis
- Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan isi ayam, masak hingga isi ayam kecut. Kemudian tambahkan udang, kacau rata.
- Setelah udang masak masukkan sos-sos dan juga sayur. Renihkan sebentar. Setelah sayur agak layu bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Friday, September 30, 2011
Aiii laksa lagi...
Mmmmmm hujan2 nie apa yang sedap..kalu tanya Nasya ..mesti la hirup sesuatu yang berkuah dan panas2...mcm mee celup ke..bihun sup ke....
Kat umah nie kejap2 makan laksa..kejap2 laksa...abih tu nak wat camner dah itu yang peberet orang utara..kita masak je la kan. Jangan marah saja nak kongsi gambau kat sini.
Kami kat umah nie suka makan laksa ni ngan pucuk janggus dan putat. Mmg ada tanam pun....tapi lupa nak boh dlm pinggan..lapau sesangat. Jangan lupa letak otak udang noooo..

Bila tekak meragam....
kat umah Nasya ni sentiasa ada stok ikan pekasam. Sebut je ikan apa..lampam..puyu..keli..eeeeii ngalahkan pekan rabu la pulak. Nasya ni tiap kali balik Kedah memang suka sangat shopping ikan pekasam..bukan apa..kat sini payah nak jumpa. Ikan ni sedap kalau kita goreng garing2, pastu goreng sekali ciliapi ngan bawang..jangan lupa perah limau..wow..mabelless.
Ni lak petai jeruk yang mak kasi masa balik Kb hari tu..sedap buat kunyah2..masam2 sikit. Tapi lepas tu jangan lupa cuci jamban ya..
Bening bayam
BAHAN BAHAN :
- 1 ikat bayam
- air secukupnya
- sedikit serbuk pati ikan bilis
- garam secukup rasa
- DITUMBUK :
- 3 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 sdk lada hitam
- Panaskan air dan bahan tumbuk hingga mendidih. Masukkan bayam dan bahan perasa, renihkan seketika. Sedia dihidangkan bersama nasi panas, ikan goreng dan juga budu...enak banget..
Dendeng balado
BAHAN-BAHAN :
- 500 gm daging (direbus, potong nipis dan diketuk kemudian diperap bersama bahan perap kemudian digoreng)
- 3 biji kentang (potong nipis dan digoreng)
- BAHAN PERAP DAGING :
- sedikit kunyit hidup
- garam
- sedikit halia
- 1 sdk ketumbar
- BAHAN TUMBUK :
- 1 ulas bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- segenggam cili api merah
- 4 biji cili merah
- garam dan gula secukup rasa
- sedikit minyak untuk menumis
- jus dari 1 biji limau kasturi
- Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga garing dan wangi. Masukkan bahan perasa secukupnya. Setelah itu, gaulkan daging dan kentang yang telah digoreng bersama bahan tumbuk sehingga rata. Rasa garam dan gulanya. Jika suka bolehlah masukkan sedikit sos tiram sebagai penyedap rasa. Sebelum diangkat perahkan jus limau kasturi secukupnya.
- Sedia dihidangkan bersama nasi panas.
Wednesday, September 28, 2011
Dalca kelantan
BAHAN-BAHAN :
- 1/2 ekor ayam (dipotong kecil)
- 1 kg santan
- 2 paket kecil rempah dalca kelantan
- sedikit bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih dan pelaga
- 2 biji terung (dipotong 4)
- 10 biji bendi
- 2 biji cili hijau (potong 2 tak putus)
- segenggam tomato ceri (jika suka)
- 1 sdb cili giling
- 1 asam keping
- garam, gula dan sedikit serbuk pati ikan bilis
- minyak untuk menumis
- 5 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci kunyit
- 2 inci halia
- sedikit lengkuas
- Panaskan minyak, tumis rempah tumis hingga harum. Masukkan bahan yang dikisar, tumis lagi hingga garing. Kemudian masukkan rempah dalca yang telah dibancuhkan dengan sedikit air. Tambahkan cili giling dan masak lagi hingga keluar minyak.
- Setelah itu, masukkan ayam dan biarkan sebentar hingga ayam kecut. Bolehlah masukkan santan. Kacau selalu.
- Setelah mendidih, masukkan asam keping, bahan perasa dan juga sayur-sayuran. Tunggu hingga mendidih sekali lagi, rasa garam gulanya dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.
- Enak dicicah bersama roti atau makan bersama nasi panas bersama ikan pekasam goreng dan sambal belacan.
Tuesday, September 27, 2011
Ayam rendang istimewa Mina
Sumber : Mina
Diolah semula oleh NaSya
BAHAN-BAHAN :
Diolah semula oleh NaSya
BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor ayam (dipotong kecil)
- santan dari 2 biji kelapa
- DIKISAR :
- 4 batang serai
- 2 ulas bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 1 sdb jintan manis
- 1 sdb jintan putih
- 1 sdb ketumbar
- 1 genggam cili api hijau
- 1 cm kunyit
- 2 cm halia
- 1 cm lengkuas
- sedikit minyak untuk menumis
- 2 keping asam keping
- 2 sdb kerisek
- 3 helai daun kunyit (dicarik-carik)
- Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar hingga wangi dan naik minyak. Masukkan ayam, santan dan bahan-bahan lain. Masak dengan api yang sederhana.
- Sebelum diangkat taburkan daun kunyit, kacau hingga daun kunyit layu.
- Sedia di makan bersama ketupat atau nasi lemak.
Bihun untuk majlis (hari raya) Nabil kat sekolah
Malam tadi Nabil mintak tolong masakkan sesuatu untuk majlis sambutan hari raya kat dalam kelas. Dahlah last minute...malam lak tu..bahan2 xde lagi. Last2 goreng bihun ngan nugget jelah..janji bawakk...kann..kann...
Ayam masak merah Noorma's
Sumber : Noorma
Mintak izin copypaste ya Noorma...tq
Bahan-bahan
1 ekor ayam - di potong kecil, bersihkan & digoreng
Bahan untuk dikisar:
10 tangkai cili kering
5 tangkai cili merah
3 cm halia
3 ulas bawang putih
1 labung bawang besar
2 btg serai
4 biji tomato
2 sd sos tomato
kacang peas (pilihan)
bwg besar - potong gelang
minyak masak,
gula, garam
Cara:
1. Pijarkan minyak dlm kuali kemudian tumiskan bahan-bahan kisar hingga garing
2. Kemudian masukkan ayam, kcg peas, bawang, garam dll
3. Gaulkan hingga sebati & adjust le rasa mengikut kesukaan
4. Masak hingga kering mengikut kesesuaian & kesukaan

Masak lemak tempoyak ikan kembung
BAHAN-BAHAN :
- 6 ekor ikan kembung
- 2 sdb tempoyak
- 10 biji cili api + 1 inci kunyit (kisar)
- 1 batang serai (diketuk)
- santan secukupnya
- 2 keping asam keping
- 2 helai daun kunyit (disiat)
- garam dan gula secukup rasa
- Didihkan bahan-bahan untuk kuah di atas api yang sederhana hingga menggelegak. Masukkan ikan, tunggu hingga mendidih sekali lagi. Masukkan bahan perasa, kacau rata dan sedia dihidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan ulam-ulaman.
Subscribe to:
Posts (Atom)