Assalamualaikum.......hari ni kita layan gambar je la yer. Sebabnya Nasya dah xlarat dah..balik dari check up kat klinik tadi dok kemas peti ais....peti aiskrim...peti ais untuk frozen food...boleh sakit jiwa.
Nasya ni memang tamak dan gila sesangat ngan barang2 letrik ni especially peti ais. Lantaran itulah diriku selalu dimarahi oleh suamiku kerana asal je gi supermarket mesti borong ikan dan barang2 dingin beku macam orang ada anak 10. Habis tu nak buat macamana...dah suka beli benda2 macam tu...ha..ha...ha...
bukan apa, takut nanti kalau DARURAT ke apa2 ke xsusah sbb stok untuk setahun dah ready..tu yang peti ais sampai tiga..mengong betul kan...
Apa2pun jangan suka membazir cam Nasya tau...xbaik untuk kesihatan...
Tekak melayu...makan apapun mesti nak cili api...
Monday, October 3, 2011
Saturday, October 1, 2011
Padprik campur
BAHAN-BAHAN :
- 1 mangkuk kecil isi ayam
- 1 mangkuk kecil udang
- 1 batang saderi (potong kecil)
- 1/2 batang karot (hiris bulat)
- 7 batang kacang panjang (potong 3 cm)
- sedikit bunga kobis (potong, rendam air garam dan toskan)
- 1 biji tomato (potong 8)
- secekak cili api (diketuk)
- 1 biji cili merah (dihiris)
- 1 batang serai (diketuk)
- 3 helai daun limau purut (dicarik-carik)
- 1 biji bawang besar (dipotong baji)
- 5 ulas bawang putih (diketuk)
- sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap cair dan kicap manis secukupnya
- minyak untuk menumis
- Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan isi ayam, masak hingga isi ayam kecut. Kemudian tambahkan udang, kacau rata.
- Setelah udang masak masukkan sos-sos dan juga sayur. Renihkan sebentar. Setelah sayur agak layu bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Friday, September 30, 2011
Aiii laksa lagi...
Mmmmmm hujan2 nie apa yang sedap..kalu tanya Nasya ..mesti la hirup sesuatu yang berkuah dan panas2...mcm mee celup ke..bihun sup ke....
Kat umah nie kejap2 makan laksa..kejap2 laksa...abih tu nak wat camner dah itu yang peberet orang utara..kita masak je la kan. Jangan marah saja nak kongsi gambau kat sini.
Kami kat umah nie suka makan laksa ni ngan pucuk janggus dan putat. Mmg ada tanam pun....tapi lupa nak boh dlm pinggan..lapau sesangat. Jangan lupa letak otak udang noooo..
Kat umah nie kejap2 makan laksa..kejap2 laksa...abih tu nak wat camner dah itu yang peberet orang utara..kita masak je la kan. Jangan marah saja nak kongsi gambau kat sini.
Kami kat umah nie suka makan laksa ni ngan pucuk janggus dan putat. Mmg ada tanam pun....tapi lupa nak boh dlm pinggan..lapau sesangat. Jangan lupa letak otak udang noooo..
Bila tekak meragam....
kat umah Nasya ni sentiasa ada stok ikan pekasam. Sebut je ikan apa..lampam..puyu..keli..eeeeii ngalahkan pekan rabu la pulak. Nasya ni tiap kali balik Kedah memang suka sangat shopping ikan pekasam..bukan apa..kat sini payah nak jumpa. Ikan ni sedap kalau kita goreng garing2, pastu goreng sekali ciliapi ngan bawang..jangan lupa perah limau..wow..mabelless.
Ni lak petai jeruk yang mak kasi masa balik Kb hari tu..sedap buat kunyah2..masam2 sikit. Tapi lepas tu jangan lupa cuci jamban ya..
Bening bayam
BAHAN BAHAN :
- 1 ikat bayam
- air secukupnya
- sedikit serbuk pati ikan bilis
- garam secukup rasa
- DITUMBUK :
- 3 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 sdk lada hitam
- Panaskan air dan bahan tumbuk hingga mendidih. Masukkan bayam dan bahan perasa, renihkan seketika. Sedia dihidangkan bersama nasi panas, ikan goreng dan juga budu...enak banget..
Dendeng balado
BAHAN-BAHAN :
- 500 gm daging (direbus, potong nipis dan diketuk kemudian diperap bersama bahan perap kemudian digoreng)
- 3 biji kentang (potong nipis dan digoreng)
- BAHAN PERAP DAGING :
- sedikit kunyit hidup
- garam
- sedikit halia
- 1 sdk ketumbar
- BAHAN TUMBUK :
- 1 ulas bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- segenggam cili api merah
- 4 biji cili merah
- garam dan gula secukup rasa
- sedikit minyak untuk menumis
- jus dari 1 biji limau kasturi
- Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga garing dan wangi. Masukkan bahan perasa secukupnya. Setelah itu, gaulkan daging dan kentang yang telah digoreng bersama bahan tumbuk sehingga rata. Rasa garam dan gulanya. Jika suka bolehlah masukkan sedikit sos tiram sebagai penyedap rasa. Sebelum diangkat perahkan jus limau kasturi secukupnya.
- Sedia dihidangkan bersama nasi panas.
Wednesday, September 28, 2011
Dalca kelantan
BAHAN-BAHAN :
- 1/2 ekor ayam (dipotong kecil)
- 1 kg santan
- 2 paket kecil rempah dalca kelantan
- sedikit bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih dan pelaga
- 2 biji terung (dipotong 4)
- 10 biji bendi
- 2 biji cili hijau (potong 2 tak putus)
- segenggam tomato ceri (jika suka)
- 1 sdb cili giling
- 1 asam keping
- garam, gula dan sedikit serbuk pati ikan bilis
- minyak untuk menumis
- 5 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci kunyit
- 2 inci halia
- sedikit lengkuas
- Panaskan minyak, tumis rempah tumis hingga harum. Masukkan bahan yang dikisar, tumis lagi hingga garing. Kemudian masukkan rempah dalca yang telah dibancuhkan dengan sedikit air. Tambahkan cili giling dan masak lagi hingga keluar minyak.
- Setelah itu, masukkan ayam dan biarkan sebentar hingga ayam kecut. Bolehlah masukkan santan. Kacau selalu.
- Setelah mendidih, masukkan asam keping, bahan perasa dan juga sayur-sayuran. Tunggu hingga mendidih sekali lagi, rasa garam gulanya dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.
- Enak dicicah bersama roti atau makan bersama nasi panas bersama ikan pekasam goreng dan sambal belacan.
Tuesday, September 27, 2011
Ayam rendang istimewa Mina
Sumber : Mina
Diolah semula oleh NaSya
BAHAN-BAHAN :
Diolah semula oleh NaSya
BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor ayam (dipotong kecil)
- santan dari 2 biji kelapa
- DIKISAR :
- 4 batang serai
- 2 ulas bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 1 sdb jintan manis
- 1 sdb jintan putih
- 1 sdb ketumbar
- 1 genggam cili api hijau
- 1 cm kunyit
- 2 cm halia
- 1 cm lengkuas
- sedikit minyak untuk menumis
- 2 keping asam keping
- 2 sdb kerisek
- 3 helai daun kunyit (dicarik-carik)
- Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar hingga wangi dan naik minyak. Masukkan ayam, santan dan bahan-bahan lain. Masak dengan api yang sederhana.
- Sebelum diangkat taburkan daun kunyit, kacau hingga daun kunyit layu.
- Sedia di makan bersama ketupat atau nasi lemak.
Bihun untuk majlis (hari raya) Nabil kat sekolah
Malam tadi Nabil mintak tolong masakkan sesuatu untuk majlis sambutan hari raya kat dalam kelas. Dahlah last minute...malam lak tu..bahan2 xde lagi. Last2 goreng bihun ngan nugget jelah..janji bawakk...kann..kann...
Ayam masak merah Noorma's
Sumber : Noorma
Mintak izin copypaste ya Noorma...tq
Bahan-bahan
1 ekor ayam - di potong kecil, bersihkan & digoreng
Bahan untuk dikisar:
10 tangkai cili kering
5 tangkai cili merah
3 cm halia
3 ulas bawang putih
1 labung bawang besar
2 btg serai
4 biji tomato
2 sd sos tomato
kacang peas (pilihan)
bwg besar - potong gelang
minyak masak,
gula, garam
Cara:
1. Pijarkan minyak dlm kuali kemudian tumiskan bahan-bahan kisar hingga garing
2. Kemudian masukkan ayam, kcg peas, bawang, garam dll
3. Gaulkan hingga sebati & adjust le rasa mengikut kesukaan
4. Masak hingga kering mengikut kesesuaian & kesukaan
Mintak izin copypaste ya Noorma...tq
Bahan-bahan
1 ekor ayam - di potong kecil, bersihkan & digoreng
Bahan untuk dikisar:
10 tangkai cili kering
5 tangkai cili merah
3 cm halia
3 ulas bawang putih
1 labung bawang besar
2 btg serai
4 biji tomato
2 sd sos tomato
kacang peas (pilihan)
bwg besar - potong gelang
minyak masak,
gula, garam
Cara:
1. Pijarkan minyak dlm kuali kemudian tumiskan bahan-bahan kisar hingga garing
2. Kemudian masukkan ayam, kcg peas, bawang, garam dll
3. Gaulkan hingga sebati & adjust le rasa mengikut kesukaan
4. Masak hingga kering mengikut kesesuaian & kesukaan
Masak lemak tempoyak ikan kembung
BAHAN-BAHAN :
- 6 ekor ikan kembung
- 2 sdb tempoyak
- 10 biji cili api + 1 inci kunyit (kisar)
- 1 batang serai (diketuk)
- santan secukupnya
- 2 keping asam keping
- 2 helai daun kunyit (disiat)
- garam dan gula secukup rasa
- Didihkan bahan-bahan untuk kuah di atas api yang sederhana hingga menggelegak. Masukkan ikan, tunggu hingga mendidih sekali lagi. Masukkan bahan perasa, kacau rata dan sedia dihidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan ulam-ulaman.
Kulat sisir goreng
Kulat sisir goreng versi NaSya yang xberapa rajin
Inilah rupa kulat sisir yang selalunya tumbuh kat dahan-dahan kayu reput kat kampung2. Sekarang ni 1 tin susu tu harganya rm3 itu pun nasya beli masa balik kb hari tu..
Bahan-bahannya :
Inilah rupa kulat sisir yang selalunya tumbuh kat dahan-dahan kayu reput kat kampung2. Sekarang ni 1 tin susu tu harganya rm3 itu pun nasya beli masa balik kb hari tu..
Bahan-bahannya :
- 1 tin susu kulat sisir (direndam bersama air bercampur sedikit garam untuk membuang kotoran, basuh dan toskan)
- 2 ulas bawang merah (dihiris)
- 1 biji telur
- sedikit garam dan serbuk kunyit
- minyak untuk menumis
- Panaskan minyak, tumis bawang hiris hingga wangi masukkan kulat sisir, garam dan serbuk kunyit kacau rata. Setelah itu bolehlah pecahkan telur dan biar hingga telur mengental baru dikacau.
- Angkat dan hidangkan bersama nasi panas-panas.
Monday, September 26, 2011
Nasi goreng belacan
BAHAN-BAHAN :
- 1 pinggan nasi
- sedikit isi ikan tenggiri jeruk (didadu)
- 10 biji cili api + 2 ulas bawang merah + 2 ulas bawang putih + sebesar ibu jari belacan (dikisar)
- 8 biji sweet peas (dihiris serong)
- sedikit garam dan serbuk perasa
- minyak untuk menumis
- Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar hingga wangi dan garing tambahkan ikan masin, kacau rata.
- Masukkan nasi dan goreng lagi, tambahkan sayur dan perasa. Sebelum memasukkan garam rasa dahulu.
- Enak dihidangkan bersama keropok goreng.
Kailan ikan masin
BAHAN-BAHANNYA :
- 3 pokok kailan (dipotong kecil)
- 8 ulas bawang putih (diketuk)
- 2 biji cili merah (dihiris)
- 1 keping ikan tenggiri jeruk (didadu)
- minyak untuk menumis
- Panaskan minyak di dalam kuali, goreng ikan masin sehingga garing. Masukkan bawang yang telah diketuk dan masak lagi hingga wangi. Kemudian masukkan sayur dan bahan lain.
- Jika agak kering bolehlah dimasukkan sedikit air. Jika kurang masin bolehlah tambahkan sedikit garam.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Sunday, September 25, 2011
Ikan kepal sos tiram
BAHAN-BAHAN :
- 6 ekor ikan kepal (disapu garam kunyit dan digoreng)
- 4 ulas bawang putih + 1/2 biji bawang besar (hiris)
- 1 biji cili hijau + 1 biji cili merah (hiris)
- sos tiram secukupnya
- sedikit air
- sedikit gula dan 1 biji jus limau kasturi
- minyak untuk menumis
- Panaskan minyak dan tumis semua bahan2 sehingga layu. Tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng .
- Sedia dimakan mudah dan pantas.
Kacang botor goreng hati ayam
BAHAN-BAHAN :
- 8 biji kacang botor (dipotong serong)
- 3 ulas bawang merah + 3 ulas bawang putih (mayang)
- 1 biji cili merah (dihiris)
- 6 ketul hati dan pedal ayam (potong kecil)
- sedikit serbuk kunyit dan serbuk lada putih
- garam dan serbuk perasa
- minyak untuk menumis
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumiskan bawang hingga wangi. Kemudian masukkan hati dan pedal ayam, masak hingga sedikit garing.
- Tambahkan bahan-bahan lain, kacau rata dan angkat sebelum sayur layu.
Saturday, September 24, 2011
Masak lemak tulang ikan masin
BAHAN-BAHAN :
- 7 keping tulang ikan masin talang (direndam bersama air bercampur sedikit garam untuk mengurangkan masin)
- 3 ulas bawang merah + 2 cm halia + 2 cm kunyit + sedikit lengkuas (kisar)
- 1 batang serai (titik)
- santan dari sebiji kelapa
- 2 biji cili hijau (belah tidak putus)
- 1 asam keping
- sedikit garam dan gula
- Semua bahan dijerangkan di atas api yang sederhana. Kacau selalu agar tidak pecah minyak.
- Rasa dahulu kuah sebelum memasukkan garam.
- Enak dihidangkan bersama nasi panas, ulaman dan sambal belacan.
Friday, September 23, 2011
Tumis petola
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji petola (dikupas & dipotong kecil)
- 2 ulas bawang merah + 4 ulas bawang putih (mayang)
- 1 biji cili merah (dihiris)
- 1 paket suun
- sedikit air
- garam & serbuk pati ayam
- minyak untuk menumis
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bawang hingga wangi. Masukkan petola dan sedikit air masak hingga petola lembut kemudian tambahkan bahan-bahan lain.
- Angkat dari api dan hidangkan segera.
Gulai udang batang keladi
BAHAN-BAHAN :
- 1 pokok keladi sayur (disiang dan direbus bersama asam keping dan sedikit garam, toskan)
- 1 mangkuk udang saiz sederhana
- 3 ulas bawang merah + 2 batang serai + 1 inci kunyit (dikisar)
- sedikit belacan
- 1 sdb cili giling
- santan dari sebiji kelapa
- 1 asam keping
- garam dan gula secukupnya
- Semua bahan dimasukkan ke dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana. Kacau selalu agar santan cantik dan tidak pecah minyak.
- Rasa garam dan gulanya sebelum diangkat dan dihidangkan bersama nasi panas dan sambal belacan.
Thursday, September 22, 2011
Bingka jagung
SUMBER : 1 HARI 1 RESIPI OLEH CHEF HANIELIZA
Bahan-bahan :
Bahan-bahan :
- 1 cawan susu cair
- 11/2 cawan air
- 2 biji telur
- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung kastard
- 1 tin jagung krim
- 3/4 cawan gula
- 2 sudu makan mentega @ marjerin cair
- Panaskan ketuhar 180c dan sapukan minyak pada loyang bersaiz 8x8 inci ataupun loyang bulat 8 inci.
- Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau hingga rata.
- Tuangkan bahan ke dalam loyang.
- Bakar selama 1 jam.
- Sejukkan dan potong sebagai hidangan minum petang.
Subscribe to:
Posts (Atom)