Sunday, May 19, 2019

Laksa goreng

 BAHAN-BAHAN :
1/2 paket laksa JUARA (High Pressure 25 minit, bilas & tos)
1/2 c isi ayam dadu
1/2 c isi kerang
8 ekor udang
1/2 c tauge (buang ekor)
2 pokok kucai (potong 3cm)
1 biji telur
4 ulas bawang putih (tumbuk)
1 ulas bawang merah (tumbuk)
1/2 Tbsp cili giling Puteri
1 Tbsp sos tiram Jalen
kicap kipas udang secukup rasa
sedikit kicap pekat Tamin
1 tsp gula @ secukup rasa
sedikit sos ikan
minyak untuk menumis

CARA-CARA :
 Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bawang sehingga wangi.
Tambahkan cili giling dan tumis sebentar.
Masukkan isi ayam, kerang dan juga udang.
Masak sehingga kecut.
Tambahkan telur dan gaul sebati.
Kemudian masukkan laksa dan juga sos-sos.
Perasakan secukupnya.
Akhir sekali tambahkan tauge dan daun kucai.
Kacau sebentar, matikan api dan sedia dihidangkan bersama cili potong dan limau kasturi.





Saturday, May 18, 2019

Tomyam putih

 BAHAN-BAHAN :
500g ayam (potong kecil)
150g cendawan white crab (1 paket)
1 liter air bertapis
3 hiris lengkuas (ketuk)
4 batang serai (ketuk)
1 labu bawang holland (dadu)
1 biji tomato masak (belah 6)
3 tangkai cili api @ lebih (belah 2)
6 helai daun limau purut (carik)
3 helai daun ketumbar-vietnam-sawtooth (hiris halus)
garam bukit/ jus limau kasturi secukup rasa

CARA-CARA :
 Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk.
Masak sehingga mendidih dan ayam lembut.
Perasakan secukupnya.
Sedia dihidangkan untuk sahur.


Tumis peria & buncis

 BAHAN-BAHAN :
1/2 biji peria saiz sederhana (belah 2, hiris)
10 tangkai kacang buncis (hiris serong)
3 biji telur (pukul dengan garfu)
2 ulas bawang putih (hiris)
3 ulas bawang merah (hiris)
garam bukit, secubit gula
secubit serbuk pati ayam
minyak untuk menumis

CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bawang sehingga wangi dan keemasan.
Masukkan telur yang telah dipukul.
Kacau sehingga telur bergumpal.
Kemudian masukkan peria dan buncis.
Gaul rata.
Jika suka boleh masukkan sedikit air.
Perasakan secukupnya.
Sedia dihidangkan untuk dinikmati bersama nasi @ diratah.

Saturday, March 2, 2019

Mi kari

 
 BAHAN-BAHAN :
450g mi kuning (cuci bersih, celur & tos)
5 biji telur (rebus, belah 2)
1 kg kerang (rebus, ambil isi)
500g udang (bersihkan, celur)
15 biji taupok (belah 2)
3 biji tauhu (goreng garing, belah 2 & hiris nipis)
3 pokok sawi (celur, hiris)
1 mangkuk tauge (buang ekor)
daun sup/ daun bawang / limau kasturi (jika suka)
1/2 ekor ayam (potong kecil)

BAHAN KUAH :
5 kuntum cengkih
3 biji pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 batang serai (ketuk)
3 Tbsp serbuk kari
1 Tbsp serbuk cili
200ml santan KARA
1 paket kecil bebola ikan (belah 2)
2 liter air rebusan ayam
1 asam keping
garam/gula
sedikit minyak untuk menumis

DITUMBUK :
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
sehiris lengkuas


CARA-CARA :
Panaskan secukupnya minyak untuk menumis.
Tumis bahan tumbuk bersama pelaga, kayu manis, cengkih dan juga bunga lawang sehingga harum.
Masukkan serai yang telah diketuk.
gaul rata.
Kemudian masukkan pula serbuk kari dan serbuk cili yang telah digaul bersama sedikit air.
Masak sehingga terbit minyak dan hilang bau rempah.
Masukkan ayam dan masak sehingga kecut.
Tuangkan santan dan air rebusan dan biarkan sehingga mendidih.
Tambahkan asam keping, bebola ikan dan juga perasakan secukupnya.
Setelah kuah agak sebati bolehlah dimatikan api.
Sedia dihidangkan.

Saturday, February 2, 2019

Gulai nangka muda

 BAHAN-BAHAN :
400g nangka muda (rebus empuk, tos)
250ml pati santan segar
500ml air tapis
5 helai daun limau purut (carik)
2 batang serai (ketuk)
1 asam keping
garam laut/gula
minyak untuk menumis

DIKISAR:
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 tangkai cili merah
2 ruas jari cekur
3cm kunyit hidup
3 biji buah keras
2cm halia tua
1/2 Tbsp ketumbar (sangai)


CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
Tumis bahan kisar bersama serai sehingga wangi dan pecah minyak.
Tuangkan air dan pati santan.
Kacau.
Masukkan nangka dan renihkan sehingga sebati.
Tambahkan daun limau purut, asam keping dan perasakan secukupnya.
Setelah mendidih dan terbit minyak bolehlah dimatikan api.
Sedia dinikmati.

Biasa-biasa je...

 
 Lauk kampung sentiasa menjadi pilihan saya dan suami. Nangka dan ulam raja yang ditanam sendiri. Nak makan tinggal petik sahaja. Cukuplah dengan lauk ikan rebus goreng, gulai nangka muda dan ulam raja cicah sambal belacan. Nangka antara buah yang bersifat anti kanser selain durian....Alhamdulillah syukur dengan rezeki Allah SWT.


Sunday, January 27, 2019

Sup ayam ringkas

 BAHAN-BAHAN :
500g potongan kecil ayam
1 batang lobak putih kecil (kupas, hiris bulat)
3 helai daun kobis cina (hiris)
1 biji tomato (belah 6)
1 batang serai (ketuk)
6 ulas bawang putih (ketuk)
3 ulas bawang merah (hiris)
1 tangkai daun sup (hiris)
1 ruas jari halia tua (ketuk)
700ml air tapis
serbuk lada sulah
garam laut
sedikit maggi seasoning (opt)
jus limau kasturi (untuk perah, opt)
sedikit minyak


 CARA-CARA :
 Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
Tumis bawang putih, bawang merah, serai dan juga halia sehingga wangi.
Tuangkan air dan masak sehingga air mendidih.
Tambahkan ayam dan juga lobak putih.
Masak sehingga lobak empuk dan ayam lembut.
Kemudian masukkan kobis, tomato dan perasakan secukupnya.
Setelah kobis layu matikan api.
Taburkan daun sup dan perah jus limau kasturi sebelum dinikmati.


Thursday, December 27, 2018

Masak lemak kerang & pucuk paku

 BAHAN-BAHAN :
1 kg kerang (rendam air + 2 cili api)
300g pucuk paku (patahkan bahagian lembut)
2 batang serai (ketuk)
1 kotak santan kara 200ml 
2 1/2 kotak air tapis


DIKISAR :
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 ruas jari halia tua
1 inci kunyit hidup
2 biji buah keras sangai
1 ruas jari cekur
1 Tbsp minyak

CARA-CARA :
Cuci kerang bersih-bersih dan rebus bersama sedikit air sehingga kerang terbuka sedikit.
Bilas kerang, tos dan ketepikan.
Masukkan bahan kisar bersama serai, santan dan air ke dalam periuk.
Didihkan di atas api sederhana dan kacau selalu.
Masukkan kerang dan juga pucuk paku.
Masak sehingga kerang terbuka sepenuhnya dan pucuk paku lembut.
Perasakan secukupnya.
Matikan api dan sedia dihidangkan bersama nasi, ikan kembung goreng dan sambal belacan.

***Tujuan memasukkan cili api ke dalam air rendaman ialah supaya kerang memuntahkan semua selut dan pasir-pasir halus***

Wednesday, December 19, 2018

Masak lemak telur ikan

 BAHAN-BAHAN :
600g telur ikan
2 batang serai (ketuk)
1 kotak santan KARA 200ml + 2 kotak air
1 Tbsp minyak
garam laut / gula
1 asam keping

DIKISAR :
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 hiris nipis lengkuas
1 inci halia tua
1 inci kunyit hidup
3 tangkai cili merah


CARA-CARA :
 Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali asam keping dan telur ikan.
Masak dengan api sederhana sehingga mendidih dan pecah minyak.
Kemudian masukkan telur ikan dan juga asam keping.
Didihkan di atas api perlahan.
Perasakan secukupnya.
Setelah telur ikan mengeras, matikan api dan sedia dihidangkan bersama nasi.


Monday, December 10, 2018

Ikan singgang pedas

 
 BAHAN-BAHAN :
1 ekor ikan merah sederhana
1 biji timun tua (belah 2, hiris)
4 biji belimbing buluh (belah 2)
1 helai daun kunyit (hiris)
3 C air tapis
garam laut/ secubit gula

DIKISAR :
4 bawang merah
3 tangkai cili api @ lebih
2 tangkai cili merah
1/2 inci kunyit hidup
1 tsp belacan bakar
4 keping asam gelugur


CARA-CARA :
 Masukkan bahan kisar bersama air ke dalam periuk.
Masak sehingga mendidih.
Kemudian masukkan ikan, timun tua, daun kunyit, belimbing buluh dan juga asam keping.
Renihkan di atas api sederhana sehingga ikan masak.
Perasakan secukupnya. 
Matikan api dan sedia dinikmati.

Sunday, December 9, 2018

Kailan tumis bawang putih

 BAHAN-BAHAN :
1 ikat sayur kailan
6 ulas bawang putih (cincang)
1 tsp sos worchestershire
sedikit garam bukit
1 Tbsp minyak untuk menumis


CARA-CARA :
Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga terbit bau.
Masukkan batang kailan dan masak sehingga empuk.
Tambahkan daun kailan, sos dan juga secubit garam.
Gaul rata, matikan api dan sedia dinikmati bersama nasi.

Biasa-biasa je...

 Menu biasa sekadar memberi idea buat teman-teman pengunjung yang setia....ikan merah singgang pedas, tumis sawi dan cendawan dan ayam goreng buat anak-anak.
Alhamdulillah...syukur dengan rezeki Allah SWT.

Jus epal & nenas

 BAHAN-BAHAN :
1 biji nenas josephine (kupas, hiris kecil)
3 biji epal hijau (hiris kecil)

CARA-CARA :
Masukkan buah berselang seli ke dalam mesin pengisar.
Pati buahan sedia diminum.
(Saya menggunakan Panasonic cold presser)
Jika menggunakan blender, tambahkan air tapis secukupnya dan tapis sebelum menghidangkannya.


Saturday, December 8, 2018

Sotong kicap

  
BAHAN-BAHAN :
400g sotong segar (buang dakwat)
90ml kicap manis kipas udang
1 batang serai (ketuk)
2 helai daun limau purut (carik)
sedikit serbuk lada sulah
garam bukit @ gula (jika perlu)
minyak untuk menumis

DIKISAR :
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 ruas jari kunyit hidup
2 biji buah keras
5 tangkai cili merah


CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
Tumiskan bahan kisar bersama serai sehingga garing dan terbit bau.
Masukkan sotong, kicap manis, serbuk lada sulah dan juga daun limau purut.
Masak sehingga mendidih dan sotong sedikit kecut.
Matikan api dan sedia dinikmati bersama nasi, ikan gelama jeruk dan sayur campur.

Saturday, November 17, 2018

Bengkang

 BAHAN-BAHAN :
2 gelas tepung gandum
1 gelas gula pasir
2 gelas pati santan segar @ 200ml santan KARA + 300ml air
1 gelas jus pandan (kisar dari 10 helai daun pandan + 250ml air)
3 biji telur saiz A
2 Tbsp mentega
1 sudu kfc garam bukit (rata)
sedikit bijan (untuk tabur)
***GUNAKAN GELAS 250ML***

CARA-CARA :
Kisarkan kesemua bahan kecuali bijan sehingga hancur.
Tapis dan didihkan di atas dapur sehingga naik wap.
Lengserkan loyang dengan sedikit marjerin.
Tuang adunan dan bakar dengan suhu 180'c selama 15 minit.
Kemudian taburkan bijan dan bakar kuih sehingga garing dan masak.
Sejukkan dahulu kuih sebelum dipotong dan dihidangkan.  

Friday, November 9, 2018

Sup kobis dan enoki

 BAHAN-BAHAN :
4 helai kobis (potong)
100g cendawan enoki (1 paket)
3 ulas bawang putih (cincang)
1 tangkai cili merah (hiris serong)
3 tangkai daun sup (hiris)
garam laut/ serbuk lada sulah
800ml air tapis
minyak untuk menumis


CARA-CARA :
Masukkan sedikit minyak ke dalam periuk.
Tumis bawang putih sehingga wangi.
Tuangkan air dan biarkan mendidih.
Kemudian masukkan kobis.
Masak sehingga lembut.
Tambahkan cendawan dan juga cili merah.
Perasakan secukupnya.
Setelah cendawan layu matikan api.
Taburkan hirisan daun sup sebelum dinikmati.

Monday, November 5, 2018

Kerutuk ayam

BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam saiz sederhana (potong 10)
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum cengkih
4 biji pelaga
1 kuntum bunga lawang
2 batang serai (ketuk)
1 Tbsp ciliboh PUTERI
2 Tbsp rempah kerutuk cap SELISING (@ jenama lain dari Kelantan)
1/2 C air
1 Tbsp kerisek kelapa
3 Tbsp santan KARA
2 Tbsp kicap manis JALEN
garam laut/ gula merah
minyak 

DIKISAR :
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 inci halia tua
sehiris lengkuas


CARA-CARA :
Cuci ayam dengan cuka dan bilas beberapa kali sehingga hilang hanyir.
Toskan.
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk dan tumis bahan kisar bersama rempah tumis sehingga harum.
Masukkan serai yang telah diketuk. 
Masak sehingga bawang garing.
Masukkan pula ciliboh dan tumis sehingga pecah minyak.
Kemudian tambahkan rempah kerutuk dan sedikit air.
Masak lagi sehingga hilang bau rempah.
Masukkan ayam yang telah ditos dan biarkan di atas dapur sehingga ayam kecut.
Masukkan santan dan air.
Kacau sekali sekala.
Setelah ayam empuk masukkan kerisek, gula merah dan perasakan secukupnya.
Biarkan mendidih sekali lagi dan kuah sedikit pekat.
Matikan api dan sedia dinikmati bersama nasi @ pulut kuning.

Thursday, November 1, 2018

Sup tulang pedas berempah

 
 BAHAN-BAHAN :
1 kg tulang lembu 
1 bungkus sup bunjut tulang
1 bungkus sup bunjut
4 liter air tapis
1 kiub pati lembu
3 inci halia bentong (ketuk)
 1 Tbsp biji jintan putih (tumbuk)
1 Tbsp biji jintan manis (tumbuk)
biji lada hitam secukup rasa (tumbuk)
1 labu bawang Holland (rebus, kisar)
1 batang lobak merah (rebus, kisar)
4 biji kentang (rebus, kisar)
3 Tbsp puri tomato
3 Tbsp cili boh PUTERI
1 tsp italian herbs
sedikit daun sup (hiris halus)
garam bukit/ gula


CARA-CARA :
 Masukkan tulang, air, sup bunjut, kiub lembu, bahan tumbuk, halia, cili boh dan juga puri tomato ke dalam periuk tekanan.
Masak dengan mode High Pressure selama 45 minit.
Setelah cukup 45 minit, lepaskan tekanan dan tekan mode Stir fry.
Tambahkan bahan kisar dan juga italian herbs.
Masak sehingga mendidih dan kuah sedikit pekat.
Akhir sekali perasakan secukupnya.
Sebelum dihidangkan taburkan hirisan daun sup.
Enak dinikmati bersama cicahan roti Perancis.

Monday, October 22, 2018

Kerabu mangga berkacang

 BAHAN-BAHAN :
500g mangga muda (sagat halus)
1/2 C kacang tanah goreng (tumbuk kasar)
2 kuntum bunga kantan (mayang halus)
1 labu bawang besar (mayang halus)
3 batang serai (mayang halus)
7 tangkai cili api (tumbuk)
3 biji tomato (buang biji, potong baji)
sejemput udang baring (pilihan)
garam bukit/ gula


CARA-CARA :
 Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk besar.
Perasakan dengan garam dan juga gula secukupnya.
Sebatikan.
Sedia dinikmati bersama nasi dan pelengkap.

Wednesday, October 17, 2018

Masak air kobis & jagung muda

 BAHAN-BAHAN :
1/2 biji kobis saiz M (hiris)
6 tangkai putik jagung (hiris serong)
1 tangkai cili merah (hiris)
1/2 labu bawang besar (hiris)
10 biji lada hitam (tumbuk)
air tapis separas sayur
garam laut secukup rasa


CARA-CARA :
Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan renihkan dengan api sederhana sehingga sayur layu.
Perasakan secukupnya.
Sedia dihidangkan.