Friday, April 20, 2018

Sambal tomato

BAHAN-BAHAN :
1/2 labu bawang besar (hiris)
1 biji tomato masak ranum (hiris)
2 tangkai cili merah (potong 3)
7 tangkai cili api (potong 2)
3 cm belacan
garam bukit & gula merah secukup rasa
sedikit minyak


CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis semua bahan sehingga layu.
Perasakan secukupnya.
Kemudian lenyekkan sambal bersama minyaknya sekali di dalam lesung.
Masukkan ke dalam mangkuk dan sedia dinikmati bersama nasi, ulaman dsbnya.

Tempe goreng

 BAHAN-BAHAN :
200g tempe (hiris nipis, serong)
1 Tbsp biji ketumbar (tumbuk)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
1/2 tsp garam bukit
100ml air tapis
4 Tbsp tepung rangup BESTARI perisa bawang putih
minyak untuk menggoreng


CARA-CARA :
Perap tempe bersama bahan tumbuk dan garam sekurang-kurangnya 30 minit.
Sementara itu, bancuh tepung rangup bersama 100ml air.
Panaskan secukupnya minyak di dalam kuali.
Celupkan tempe ke dalam bancuhan tepung dan goreng sehingga rangup.
Enak dihidangkan bersama sambal kicap ataupun sambal tomato.

Thursday, April 19, 2018

Telur berlada petai

 BAHAN-BAHAN :
6 biji telur (rebus, goreng sehingga berkulit)
40g isi petai (belah 2)
4 biji belimbing buluh (hiris)
2 Tbsp cili kisar
1 Tbsp kicap manis kipas udang
1/2 Tbsp gula
garam bukit
minyak untuk menumis

DIKISAR :
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar saiz sederhana
1 biji tomato masak
10 tangkai cili api
1cm belacan


 CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis cili kisar bersama bahan kisar sehingga wangi dan terbit minyak.
Masukkan telur, belimbing dan juga petai.
Masak sehingga sebati.
Tambahkan gula, kicap dan garam secukup rasa.
Gaul rata.
Sedia dihidangkan bersama nasi.

Biasa-biasa je.......

 
 Lauk untuk makan tengahari minggu lepas.
Rasa letih dan x larat sangat nak memasak. Makanya buatlah yang simple-simple asalkan perut kenyang. Kangkung masak kicap, udang goreng kunyit dan tauhu goreng cicah sambal tomato. Ok laa...habis la jugak sepinggan.

Wednesday, April 18, 2018

Nasi goreng

BAHAN-BAHAN :
1 pinggan nasi sejuk
3 tangkai kacang panjang (potong pendek)
1/2 batang lobak merah kecil (potong batang mancis)
1 biji telur
secubit serbuk pati ayam
garam bukit
minyak untuk menumis

DITUMBUK :
4 ulas bawang putih
1 tangkai cili hijau
1 Tbsp ikan bilis


CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi.
Pecahkan telur dan kacau hingga telur berketul.
Kemudian masukkan nasi dan juga sayuran.
Masak hingga nasi lembut.
Perasakan secukupnya dan sedia dihidangkan untuk sarapan.

Bening pucuk manis

 BAHAN-BAHAN :
180g pucuk cekak manis
100g cendawan enoki
2 ulas bawang merah (hiris)
10 ekor ikan bilis besar (belah 2)
2 gelas air
garam laut


CARA-CARA :
Rebus ikan bilis bersama bawang hiris dan 2 gelas air sehingga mendidih.
Masukkan cendawan dan juga pucuk manis.
Perasakan secukupnya.
Setelah sayur lembut bolehlah ditutupkan api.
Sedia dinikmati

Tuesday, April 17, 2018

Ikan aya masam manis

 BAHAN-BAHAN :
2 keping ikan aya rebus (belah 4, goreng)
1 biji lada benggala hijau (hiris panjang)
1 biji tomato (belah 6)
2 Tbsp sos tomato kimball
2 Tbsp sos tiram
1/2 Tbsp gula
2 helai daun limau purut (carik)
minyak untuk menumis


 CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak dan masukkan sambal kantan bersama sos-sos.
Tambahkan ikan yang telah digoreng, tomato dan juga kapsikum.
Masukkan gula dan daun limau purut.
Setelah sebati matikan api dan sedia dihidangkan bersama nasi.

***Jika suka berkuah bolehlah dimasukkan sedikit air***

Monday, April 16, 2018

Sushee......dalam kenangan

 Alkisah Sashimee dan Sushee ni anak-anak Miss White A.k.A kucing terbiar yang tumpang beranak kat rumah. Kesian pulak bila tengok diorang ni..comey..mata bulat.
Bila dah menumpang ni nak dihalau kesian...kita bela ajelah sebab bela kucing ni murah rezeki...Insyaallah. Bila dah sayang sangat dugaan pun datang melanda.
 Seminggu ibu tidak bersiaran kerana menjaga Sushee yang sakit.
Tetapi apakan daya ....ajal maut ALLAH SWT jua yang menentukan. Tanggal 15 April Sushee pergi mengadap ilahi. Meninggalkan Sashimee tanpa teman bermain.
Dilahirkan pada 20 Februari bermakna Sushee belum pun genap 2 bulan tetapi Sushee memang bijak kerana Sushee pasti berlari-lari bila ibu panggil Sushee kann...rasa macam terbayang-bayang lagi Sushee...sedihnyaa.....selamat tinggal sayang...manja ibuuuu...

 aduhai....budak kecik mata biru huhuuuu


Beleda santan

 
 BAHAN-BAHAN :
30g agar-agar tali (rendam sehingga lembut)
1 liter air tapis
1 kotak santan KARA (200ml)
120g gula melaka
6 Tbsp gula pasir
1 tsp garam bukit
2 helai daun pandan (carik, simpul)
1 biji telur (kocok dengan garfu)


 CARA-CARA :
 Masak agar-agar bersama air, gula dan juga daun pandan sehingga gula hancur.
Masukkan santan dan juga garam.
Kacau sebati.
Sementara itu basahkan acuan dan tapiskan agar-agar ke dalam loyang.
Masukkan telur yang telah dikocok dan ketepikan sehingga agar-agar mengeras.
Sejukkan agar-agar di dalam peti ais sebelum dinikmati.

***Tujuan membasahkan acuan dengan air adalah supaya agar-agar senang dikeluarkan***


Wednesday, April 11, 2018

Kangkung sambal kantan

 BAHAN-BAHAN :
1 pinggan besar kangkung (yang telah disiang)
1/2 keping ikan talang @ tenggiri jeruk
minyak untuk menumis


CARA-CARA :
 Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis ikan masin jeruk sehingga wangi.
Masukkan sambal tumis bunga kantan dan juga kangkung.
Gaul sebentar sehingga kangkung layu.
Matikan api dan sedia dihidangkan bersama nasi dan pelengkap.

Sunday, April 8, 2018

Menghitung hari....Salamiah Hassan



Sambal tumis kantan dan petai

 
 BAHAN-BAHAN :
70g isi petai (belah 2)
1/2 cawan minyak masak
4 Tbsp gula pasir
2 tsp garam bukit
3 biji limau kasturi (jus)

DIKISAR :
30 tangkai cili kering rebus
1 kuntum bunga kantan
1 labu bawang besar
belacan sebesar ibu jari
200ml air tapis


CARA-CARA :
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar bersama gula sehingga wangi dan pecah minyak.
Tambahkan garam secukup rasa dan masukkan juga petai.
Masak sehingga sambal pekat.
Sebelum dimatikan api, masukkan jus limau kasturi dan gaul sebati.
Sedia dihidangkan.


***Anak-anak saya menikmati sambal ini dengan dicicah bersama cokodok bawang kerana rasanya yang manis-manis pedas. Jika ingin menggunakan sambal ini sebagai pes serbaguna, tidak perlulah memasukkan petai***

Saturday, April 7, 2018

Mawar putih tanda perpisahan...


Mi goreng basah

 BAHAN-BAHAN :
500g mi kuning (bilas, tos)
1 bahagian paha ayam, thigh (potong kecil, rebus dengan 2 cup air)
10 ekor udang sederhana (buang urat)
air rebusan ayam
1 ikat kangkung 
2 biji tomato (belah 6)
3 Tbsp kicap lemak manis
2 Tbsp sos tiram
1 Tbsp sos cili kimball
1 Tbsp kicap pekat Tamin
2 Tbsp sos tomato kimball
1 tsp gula
minyak untuk menumis


CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Masukkan sambal lombok bersama air rebusan.
Kacau rata.
Kemudian masukkan udang, ayam, gula dan juga sos-sos.
Tambahkan kangkung, mi dan juga tomato.
Masak sehingga sayur lembut.
Matikan api dan sedia dinikmati bersama cili potong.

Thursday, April 5, 2018

Pindang kembung pedas

BAHAN-BAHAN :
 6 ekor ikan kembung 
10 tangkai bendi (hiris serong)
2 batang serai (ketuk)
1 hiris lengkuas (ketuk)
4 gelas air @ 1 liter
2 helai daun limau purut (carik)
2 keping asam gelugur
5 Tbsp air jeruk belimbing
5 Tbsp kicap manis
garam kasar secukup rasa

DITUMBUK :
1/2 labu bawang besar
4 tangkai cili api merah
1 cm belacan
1 cm kunyit hidup
1 cm halia bentong


CARA-CARA :
 Jerang air bersama serai, lengkuas dan bahan tumbuk sehingga mendidih.
Masukkan ikan dan bahan-bahan lain.
Masak sehingga ikan masak dan bendi lembut.
Perasakan secukupnya.
Sedia dinikmati bersama nasi.

Ayam goreng simple

 BAHAN-BAHAN :
850g potongan ayam
1 Tbsp kunyit kisar
1 Tbsp ketumbar biji (tumbuk)
5 ulas bawang putih (tumbuk)
1/4 Tbsp garam kasar
minyak untuk menggoreng terendam


CARA-CARA :
Perap ayam dengan kesemua bahan sekurang-kurangnya 30 minit.
Panaskan minyak untuk menggoreng.
Goreng ayam sehingga kuning keemasan.
Sedia dihidangkan.

Biasa-biasa je......

 Makan malam saya minggu sudah....ayam goreng simple, kangkung sambal kantan dan pindang ikan kembung pedas. Alhamdulillah...bertambah berat badan.

Kerabu epal hijau

 BAHAN-BAHAN :
2 biji epal hijau saiz besar (potong batang mancis)
2 biji tomato masak (belah 2, hiris nipis)
2 batang serai (mayang halus, bahagian putih)
1 kuntum bunga kantan (belah 2, mayang halus)
1 cekak daun ketumbar (hiris)
1 cekak ketumbar vietnam @ sawtooth (hiris)
10 tangkai cili api (hiris)
2 Tbsp gula 
5 Tbsp sos ikan
2 Tbsp cuka epal


 CARA-CARA :
Masukkan epal dan kesemua bahan hiris ke dalam mangkuk besar.
Di dalam bekas lain, sebatikan gula bersama sos ikan dan cuka epal.
Tuangkan ke dalam mangkuk berisi epal.
Gaul rata-rata dan sejukkan sebelum dinikmati.

Wednesday, April 4, 2018

Masak lemak ketam muda

 BAHAN-BAHAN :
1 kg ketam muda segar (belah 2, bersihkan)
2 kotak santan KARA (400ml)
5 tangkai kacang panjang
2 batang serai (ketuk)
20 biji jeruk belimbing buluh @ belimbing segar
1 helai daun kunyit (hiris)
1 liter air tapis
garam laut secukup rasa
minyak untuk menumis

KISAR BERSAMA 1 CAWAN AIR :
1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia bentong
1 cm belacan
3 tangkai cili merah


CARA-CARA :
 Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
Tumis bahan kisar bersama serai sehingga wangi dan pecah minyak.
Tuangkan santan bersama air sedikit demi sedikit.
Masak sehingga kuah mendidih.
Kemudian masukkan ketam dan masak sehingga ketam berubah warna.
Tambahkan kacang panjang yang telah dipotong, belimbing jeruk, daun kunyit dan perasakan secukupnya.
Setelah kacang panjang agak layu, matikan api dan sedia dihidangkan.

***Saya lebih suka menggunakan garam laut @ garam kasar untuk masakan berkuah kerana garam ini lebih lemak dan enak***