Sunday, April 8, 2018
Sambal tumis kantan dan petai
BAHAN-BAHAN :
70g isi petai (belah 2)
1/2 cawan minyak masak
4 Tbsp gula pasir
2 tsp garam bukit
3 biji limau kasturi (jus)
DIKISAR :
30 tangkai cili kering rebus
1 kuntum bunga kantan
1 labu bawang besar
belacan sebesar ibu jari
200ml air tapis
CARA-CARA :
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar bersama gula sehingga wangi dan pecah minyak.
Tambahkan garam secukup rasa dan masukkan juga petai.
Masak sehingga sambal pekat.
Sebelum dimatikan api, masukkan jus limau kasturi dan gaul sebati.
Sedia dihidangkan.
***Anak-anak saya menikmati sambal ini dengan dicicah bersama cokodok bawang kerana rasanya yang manis-manis pedas. Jika ingin menggunakan sambal ini sebagai pes serbaguna, tidak perlulah memasukkan petai***
Saturday, April 7, 2018
Mi goreng basah
BAHAN-BAHAN :
500g mi kuning (bilas, tos)
1 bahagian paha ayam, thigh (potong kecil, rebus dengan 2 cup air)
10 ekor udang sederhana (buang urat)
air rebusan ayam
1 ikat kangkung
2 biji tomato (belah 6)
2 Tbsp sambal lombok ijo
3 Tbsp kicap lemak manis
2 Tbsp sos tiram
1 Tbsp sos cili kimball
1 Tbsp kicap pekat Tamin
2 Tbsp sos tomato kimball
1 tsp gula
minyak untuk menumis
CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Masukkan sambal lombok bersama air rebusan.
Kacau rata.
Kemudian masukkan udang, ayam, gula dan juga sos-sos.
Tambahkan kangkung, mi dan juga tomato.
Masak sehingga sayur lembut.
Matikan api dan sedia dinikmati bersama cili potong.
Friday, April 6, 2018
Thursday, April 5, 2018
Pindang kembung pedas
BAHAN-BAHAN :
6 ekor ikan kembung
10 tangkai bendi (hiris serong)
2 batang serai (ketuk)
1 hiris lengkuas (ketuk)
4 gelas air @ 1 liter
2 helai daun limau purut (carik)
10 biji jeruk belimbing buluh
2 keping asam gelugur
5 Tbsp air jeruk belimbing
5 Tbsp kicap manis
garam kasar secukup rasa
DITUMBUK :
1/2 labu bawang besar
4 tangkai cili api merah
1 cm belacan
1 cm kunyit hidup
1 cm halia bentong
CARA-CARA :
Jerang air bersama serai, lengkuas dan bahan tumbuk sehingga mendidih.
Masukkan ikan dan bahan-bahan lain.
Masak sehingga ikan masak dan bendi lembut.
Perasakan secukupnya.
Sedia dinikmati bersama nasi.
Ayam goreng simple
BAHAN-BAHAN :
850g potongan ayam
1 Tbsp kunyit kisar
1 Tbsp ketumbar biji (tumbuk)
5 ulas bawang putih (tumbuk)
1/4 Tbsp garam kasar
minyak untuk menggoreng terendam
CARA-CARA :
Perap ayam dengan kesemua bahan sekurang-kurangnya 30 minit.
Panaskan minyak untuk menggoreng.
Goreng ayam sehingga kuning keemasan.
Sedia dihidangkan.
Biasa-biasa je......
Makan malam saya minggu sudah....ayam goreng simple, kangkung sambal kantan dan pindang ikan kembung pedas. Alhamdulillah...bertambah berat badan.
Kerabu epal hijau
BAHAN-BAHAN :
2 biji epal hijau saiz besar (potong batang mancis)
2 biji tomato masak (belah 2, hiris nipis)
2 batang serai (mayang halus, bahagian putih)
1 kuntum bunga kantan (belah 2, mayang halus)
1 cekak daun ketumbar (hiris)
1 cekak ketumbar vietnam @ sawtooth (hiris)
10 tangkai cili api (hiris)
2 Tbsp gula
5 Tbsp sos ikan
2 Tbsp cuka epal
CARA-CARA :
Masukkan epal dan kesemua bahan hiris ke dalam mangkuk besar.
Di dalam bekas lain, sebatikan gula bersama sos ikan dan cuka epal.
Tuangkan ke dalam mangkuk berisi epal.
Gaul rata-rata dan sejukkan sebelum dinikmati.
Wednesday, April 4, 2018
Masak lemak ketam muda
BAHAN-BAHAN :
1 kg ketam muda segar (belah 2, bersihkan)
2 kotak santan KARA (400ml)
5 tangkai kacang panjang
2 batang serai (ketuk)
20 biji jeruk belimbing buluh @ belimbing segar
1 helai daun kunyit (hiris)
1 liter air tapis
garam laut secukup rasa
minyak untuk menumis
KISAR BERSAMA 1 CAWAN AIR :
1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia bentong
1 cm belacan
3 tangkai cili merah
CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
Tumis bahan kisar bersama serai sehingga wangi dan pecah minyak.
Tuangkan santan bersama air sedikit demi sedikit.
Masak sehingga kuah mendidih.
Kemudian masukkan ketam dan masak sehingga ketam berubah warna.
Tambahkan kacang panjang yang telah dipotong, belimbing jeruk, daun kunyit dan perasakan secukupnya.
Setelah kacang panjang agak layu, matikan api dan sedia dihidangkan.
***Saya lebih suka menggunakan garam laut @ garam kasar untuk masakan berkuah kerana garam ini lebih lemak dan enak***
Tuesday, April 3, 2018
Biasa-biasa je....
Lauk sehari-hari saya...lauk kampung yang biasa.
Masak lemak ketam muda bersama belimbing jeruk, bilis tamban goreng garing,
celur peteneh muda @ petola, sambal belacan tomato, ulam jering muda dan pucuk gajus.
Sedap wehhh...x jadi nak berdiet.....
Sup kepah
BAHAN-BAHAN :
850g kepah segar (rendam bersama air+secubit garam, 3 jam)
3 gelas air (untuk mencelur kepah)
1 Tbsp bawang putih cincang
3 biji kurma cina
1/2 batang celery (hiris)
1 batang lobak merah kecil (hiris nipis)
sedikit daun sup
serbuk lada hitam/ garam laut
secubit serbuk pati ayam
700ml air tapis
CARA-CARA :
Bersihkan kepah.
Tuangkan 3 gelas air ke dalam periuk dan masak air sehingga mendidih.
Matikan api.
Masukkan kepah ke dalam air mendidih sehingga kulit kepah sedikit terbuka.
Tapiskan kepah dan buang air rebusan.
Sementara itu didihkan 700ml air bersama kurma cina, bawang putih, celery dan juga lobak merah.
Setelah mendidih masukkan kepah dan biarkan kepah terbuka sepenuhnya.
Masukkan bahan perasa dan daun sup.
Matikan api dan sedia dinikmati.
Monday, April 2, 2018
Pengat keledek
BAHAN-BAHAN :
5 biji keledek Jepun (buang kulit, hiris tebal)
1 mangkuk air (mangkuk taufufah pasar malam)
1/2 mangkuk santan pekat (mangkuk sama)
2 helai daun pandan (carik, simpul)
4 keping nisam kerek kecil @ secukup manis (gula melaka)
sedikit garam
CARA-CARA :
Masukkan keledek bersama nisam, air dan daun pandan simpul ke dalam slow cooker.
Tekan (H) selama 1 jam.
Selepas 1 jam, masukkan pati santan dan kacau rata.
Putar tombol ke (H) dan masak selama sejam lagi.
Kemudian masukkan sedikit garam untuk menaikkan lemak.
Gaul sebati dan sedia dinikmati untuk minum petang.
Sotong masak hitam sambal ijo
BAHAN-BAHAN :
450g sotong kecil
3 Tbsp halia (potong batang mancis)
1 labu bawang besar saiz kecil (hiris)
2 Tbsp sos tiram
2 Tbsp sambal lombok ijo
garam bukit/ gula
minyak untuk menumis
CARA-CARA :
Masukkan sotong ke dalam kuali.
Masak sotong sebentar sehingga mengeluarkan air.
Tapis sotong dan ketepikan, buang airnya.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali yang sama.
Tumis halia dan bawang besar sehingga layu.
Masukkan sambal lombok, sos tiram dan juga sotong.
gaul rata.
Perasakan secukupnya.
Matikan api dan sedia dinikmati bersama nasi.
Tumis leek
BAHAN-BAHAN :
2 batang leek (hiris serong, bersihkan)
1 tsp bawang putih cincang
1 tsp bawang merah cincang
1 tsp halia cincang
1 Tbsp sos tiram
garam jika perlu
minyak untuk menumis
CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bahan cincang sehingga wangi.
Masukkan leek dan sos tiram.
Masak sehingga leek lembut.
Matikan api dan sedia dihidangkan.
Sunday, April 1, 2018
Pulut cicah ikan bilis...biasa-biasa je
Allahurobbi......sedapnya sarapan ibu pagi ni. Pulut tanak cicah ngan ikan bilis bawang pedas.
Lawan pulak dengan kopi Vietnam...makan sampai x berkelip.
Pulut tu pastikan direndam sekejap.
Kemudian ditanak dengan api kecil. Pastikan air sama paras dengan beras pulut.
Jika beras masih berbutir...renjiskan sedikit air.
Ikan bilis pula disiram air, toskan dan goreng garing.
Ketepikan.
Bawang dan lada dihiris dan digoreng sehingga layu.
Jangan dicampurkan bawang dan bilis...nanti bilis jadi lemau.
Nak makan baru digaul...ok.
Alhamdulillah...perut kenyang hati pun senang.
Saturday, March 31, 2018
Nasi goreng jawa
BAHAN-BAHAN :
700g nasi sejuk
100g tempe (1 bungkus, hiris nipis, goreng)
4 helai kobis cina (hiris)
3 tangkai cili api (hiris)
4 biji telur (kocok)
1/2 labu bawang besar (tumbuk)
1 cm belacan (tumbuk)
kicap manis secukup rasa
garam bukit/ serbuk lada putih
minyak untuk menumis
CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bahan tumbuk sehingga wangi.
Masukkan telur yang telah dikocok dan kacau hingga berketul.
Tambahkan nasi, kobis, cili dan juga bahan perasa.
Masak sehingga kobis lembut.
Akhir sekali masukkan tempe yang telah digoreng garing.
Gaul rata dan sedia dihidangkan bersama keropok.
Sayur asam
BAHAN-BAHAN :
300g pucuk keledek
5 tangkai kacang panjang
1 tongkol jagung manis (potong 5)
10 biji belimbing jeruk
10 biji bebola ikan
sedikit budu
1 asam keping
2 liter air tapis
garam laut @ bukit
DITUMBUK :
1 biji bawang besar sederhana
2 tangkai cili merah
sebesar ibu jari belacan
sedikit lada hitam
sedikit lada sulah
CARA-CARA :
Masukkan bahan tumbuk, jagung dan tuangkan air ke dalam periuk.
Masak di atas api sederhana sehingga mendidih.
Kemudian masukkan asam keping, bebola ikan, jeruk belimbing dan juga kacang panjang yang telah dihiris.
Setelah kacang layu barulah dimasukkan pucuk keledek.
Perasakan dengan garam dan sedikit budu (jika suka).
Matikan api dan sedia dinikmati bersama nasi dan ikan goreng.
Friday, March 30, 2018
Sup ikan salmon
BAHAN-BAHAN :
2 keping isi ikan salmon
3 biji ubi kentang saiz kecil (potong kecil)
2 batang lobak merah saiz kecil (potong kecil)
2 batang leek (hiris serong nipis)
1 batang celery (hiris nipis)
20g halia (hiris batang mancis)
3 ulas bawang putih (ketuk)
sedikit daun sup (hiris)
2 Tbsp kicap cair
serbuk lada hitam/serbuk lada putih
garam bukit
1 liter air tapis
minyak untuk menumis
CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
Tumis bawang putih dan halia sehingga wangi.
Tuangkan air, masukkan kentang dan lobak merah.
Masak sehingga kuah mendidih dan sayur lembut.
Kemudian masukkan leek, celery dan juga ikan.
Biarkan seketika sehingga ikan masak.
Perasakan dengan kicap cair dan juga serbuk lada secukupnya.
Jika kurang masin masukkan sedikit garam.
Setelah sebati matikan api.
Masukkan sup ke dalam pinggan dan taburkan daun sup sebelum dihidangkan.
Roti manja
1 bungkus roti benggali @ roti hailam (bakar)
secukupnya planta
secukupnya kaya Yeo's
serbuk lada sulah/kicap cair
secukupnya telur ayam Nutriplus
CARA-CARA :
Rebus telur bersama sedikit garam selama 5-6 minit.
Masukkan telur ke dalam mangkuk berisi air.
Ketepikan.
Bakar roti dengan menggunakan toaster.
Sapu planta di permukaan roti.
Kemudian sapu nipis kaya.
Pecahkan telur 1/2 masak di atas roti.
Renjiskan dengan serbuk lada sulah dan sedikit kicap cair.
Sedia dinikmati untuk sarapan.
***pernah menjadi kegemaran saya suatu ketika dahulu....tetapi sekarang saya hanya mampu melihat anak-anak menikmatinya. Bagi pesakit KANSER, makanan yang tidak dimasak dengan sepenuhnya boleh mengundang malapetaka. Sekiranya doktor telah mengesahkan anda bebas daripada kanser sekalipun...penyakit ini boleh kembali jika anda mengambil makanan yang separuh masak @ anda tidak dapat mengawal stress***
Subscribe to:
Posts (Atom)