Saturday, March 31, 2018

Nasi goreng jawa

 BAHAN-BAHAN :
700g nasi sejuk
100g tempe (1 bungkus, hiris nipis, goreng)
4 helai kobis cina (hiris)
3 tangkai cili api (hiris)
4 biji telur (kocok)
1/2 labu bawang besar (tumbuk)
1 cm belacan (tumbuk)
kicap manis secukup rasa
garam bukit/ serbuk lada putih
minyak untuk menumis


CARA-CARA :
 Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bahan tumbuk sehingga wangi.
Masukkan telur yang telah dikocok dan kacau hingga berketul.
Tambahkan nasi, kobis, cili dan juga bahan perasa.
Masak sehingga kobis lembut.
Akhir sekali masukkan tempe yang telah digoreng garing.
Gaul rata dan sedia dihidangkan bersama keropok.

Sayur asam

 BAHAN-BAHAN :
300g pucuk keledek
5 tangkai kacang panjang
1 tongkol jagung manis (potong 5)
10 biji belimbing jeruk
10 biji bebola ikan
sedikit budu
1 asam keping
2 liter air tapis
garam laut @ bukit

DITUMBUK :
1 biji bawang besar sederhana
2 tangkai cili merah
sebesar ibu jari belacan
sedikit lada hitam
sedikit lada sulah


CARA-CARA :
 Masukkan bahan tumbuk, jagung dan tuangkan air ke dalam periuk.
Masak di atas api sederhana sehingga mendidih.
Kemudian masukkan asam keping, bebola ikan, jeruk belimbing dan juga kacang panjang yang telah dihiris.
Setelah kacang layu barulah dimasukkan pucuk keledek.
Perasakan dengan garam dan sedikit budu (jika suka).
Matikan api dan sedia dinikmati bersama nasi dan ikan goreng.

Friday, March 30, 2018

Sup ikan salmon

 BAHAN-BAHAN :
2 keping isi ikan salmon
3 biji ubi kentang saiz kecil (potong kecil)
2 batang lobak merah saiz kecil (potong kecil)
2 batang leek (hiris serong nipis)
1 batang celery (hiris nipis)
20g halia (hiris batang mancis)
3 ulas bawang putih (ketuk)
sedikit daun sup (hiris)
2 Tbsp kicap cair
serbuk lada hitam/serbuk lada putih
garam bukit
1 liter air tapis
minyak untuk menumis


 CARA-CARA :
 Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
Tumis bawang putih dan halia sehingga wangi.
Tuangkan air, masukkan kentang dan lobak merah.
Masak sehingga kuah mendidih dan sayur lembut.
Kemudian masukkan leek, celery dan juga ikan.
Biarkan seketika sehingga ikan masak.
Perasakan dengan kicap cair dan juga serbuk lada secukupnya.
Jika kurang masin masukkan sedikit garam.
Setelah sebati matikan api.
Masukkan sup ke dalam pinggan dan taburkan daun sup sebelum dihidangkan.


Roti manja

 1 bungkus roti benggali @ roti hailam (bakar)
secukupnya planta
secukupnya kaya Yeo's
serbuk lada sulah/kicap cair
secukupnya telur ayam Nutriplus


 CARA-CARA :
 Rebus telur bersama sedikit garam selama 5-6 minit.
Masukkan telur ke dalam mangkuk berisi air.
Ketepikan.
Bakar roti dengan menggunakan toaster.
Sapu planta di permukaan roti.
Kemudian sapu nipis kaya.
Pecahkan telur 1/2 masak di atas roti.
Renjiskan dengan serbuk lada sulah dan sedikit kicap cair.
Sedia dinikmati untuk sarapan.

***pernah menjadi kegemaran saya suatu ketika dahulu....tetapi sekarang saya hanya mampu melihat anak-anak menikmatinya. Bagi pesakit KANSER, makanan yang tidak dimasak dengan sepenuhnya boleh mengundang malapetaka. Sekiranya doktor telah mengesahkan anda bebas daripada kanser sekalipun...penyakit ini boleh kembali jika anda mengambil makanan yang separuh masak @ anda tidak dapat mengawal stress***


Tuesday, March 27, 2018

Rebus pegaga

BAHAN-BAHAN :
Segenggam ulam pegaga (potong akar)
5 tangkai kacang panjang 
1 genggam daun ketumbar Vietnam (saw tooth coriander)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
1/2 tsp lada hitam (tumbuk)
500ml air tapis
garam bukit/laut


CARA-CARA :
Didihkan air bersama bahan tumbuk.
Masukkan pegaga, kacang panjang dan ketumbar vietnam.
Masak sehingga sayur lembut.
Akhir sekali perasakan secukupnya.
Sedia dihidangkan.

Monday, March 26, 2018

Nasi goreng cili api

 BAHAN-BAHAN :
1 pinggan nasi sejuk
1 ekor lebihan ikan goreng (ambil isi)
4 ulas bawang putih (tumbuk)
2 tangkai cili api (tumbuk)
1 cm belacan (tumbuk)
garam bukit/laut
sedikit minyak


CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bahan tumbuk sehingga wangi.
Masukkan ikan goreng dan juga nasi.
Perasakan dengan garam secukupnya.
Kacau rata dan sedia dihidangkan. 

Sunday, March 25, 2018

Kerabu beko pauh muda

 BAHAN-BAHAN :
3 biji buah beko saiz kecil (hiris nipis, celur)
1 ekor ikan kembung (rebus)
1/2 kotak santan Harmoni (100ml)
1 tsp lada hitam biji
1 labu bawang besar
5 tangkai cili api (hiris)
2 kuntum bunga kantan (mayang halus)
1 biji mangga muda (sagat)
garam bukit, gula
sedikit cuka


CARA-CARA :
 Tumbuk isi ikan bersama bawang dan lada hitam.
Masukkan ke dalam periuk bersama santan.
Masak sebentar sehingga naik wap.
Matikan api.
Kemudian campurkan semua bahan-bahan lain.
Gaul hingga rata.
Perasakan secukupnya dan sedia dinikmati bersama nasi.

Friday, March 23, 2018

Megi goreng pedas

 BAHAN-BAHAN :
2 keping mi telur 
1 genggam tauge
2 pokok siew pak choy
1 biji tomato (belah 6)
2 Tbsp minyak tumis
1 Tbsp sos tiram
2 Tbsp kicap manis kipas udang
sedikit kicap pekat Tamin
1 cawan air


CARA-CARA :
Panaskan  minyak di dalam kuali.
Tumis sambal lombok ijo.
Tuangkan 1 cawan air dan masukkan mi telur.
Biarkan seketika sehingga air kering dan mi lembut.
Masukkan pakchoy, sos tiram, kicap manis dan juga kicap pekat.
Gaul sebati.
Kemudian tambahkan tomato dan juga tauge.
Kacau rata dan matikan api.
Sedia dinikmati.

Thursday, March 22, 2018

Jus epal & tembikai

 BAHAN-BAHAN :
2 biji epal hijau
3 gelas tembikai dadu
2 biji tomato masak
800ml air tapis ph alkali


CARA-CARA:
Kisar epal hijau bersama tomato dan air sehingga hancur.
Tapis. 
Masukkan tembikai ke dalam blender bersama jus yang telah ditapis.
Kisar sekali lagi.
Tuangkan jus ke dalam gelas dan sedia dihidangkan.

Kuih siput

 BAHAN-BAHAN :
250g tepung gandum
2 Tbsp tepung beras (membumbung)
100ml santan KARA (1/2 kotak)
2 Tbsp minyak jagung
1 biji telur A
1 Tbsp serbuk pati ayam
2 Tbsp daun kari (hiris)
2 Tbsp serbuk kari daging BABA'S (membumbung)
25ml air
minyak untuk menggoreng


CARA-CARA : 
 Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar.
Uli sehingga bercampur rata.
Bulatkan kecil-kecil dan gelekkan di atas acuan siput.
Ketepikan.
 Tuangkan secukupnya minyak untuk menggoreng terendam.Masukkan siput dan barulah dinyalakan api.
Goreng sehingga siput timbul dan keperangan.
Matikan api dan masukkan siput barulah dinyalakan api kembali.
Tos siput dan sedia dikunyah sambil menonton tv.

Wednesday, March 21, 2018

Jus epal dan halia

BAHAN-BAHAN :
2 biji epal hijau saiz L
30g halia bentong (kikis kulit)
1 biji timun (230g)
550ml air tapis ph alkali


CARA-CARA :
Hiris halia, epal dan juga timun.
Masukkan ke dalam blender dan kisar sehingga hancur.
Tapis sebelum dihidangkan.

Biskut bijirin oat

 BAHAN-BAHAN :
250g mentega
150g gula perang
2 biji telur A
300g quaker oats
100g tepung gandum unbleached
50g tepung jagung
1 tsp esen vanilla
1 tsp baking soda
1 tsp baking powder
1 cawan cip coklat


CARA-CARA :
Di dalam sebuah mangkuk, pukul mentega bersama gula perang dengan menggunakan senduk kayu.
Pukul sehingga gula hancur.
Pecahkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati.
Kemudian masukkan semua bahan lain dan gaul rata.
Masukkan bancuhan ke dalam peti ais selama 30 minit.
Setelah itu, keluarkan adunan dan sudukan ke atas loyang yang telah dilapik dengan kertas minyak.
Masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
Bakar dengan suhu 160'c selama 15-20 minit atau sehingga bahagian bawah biskut  keperangan.
Sejukkan di atas redai sebelum disusun ke dalam balang.



Tuesday, March 20, 2018

Jeruk belimbing buluh

 
BAHAN-BAHAN :
1.25kg belimbing buluh (bersihkan, belah 2)
1/2 cawan garam kasar
2 cawan gula pasir
6 tangkai cili api (belah 2)

CARA-CARA :
Gaul rata semua bahan dan masukkan ke dalam balang.
Biarkan semalaman.
Simpan jeruk di dalam peti ais dan sedia digunakan untuk masak pindang, masak lemak dsbnya.

***tidak perlu memasukkan air kerana belimbing akan mengeluarkan jus***

Ayam tusuk

 
BAHAN-BAHAN :
350g isi ayam (dadu)
1/2 tsp serbuk paprika
1 Tbsp sos tiram
1 Tbsp sos cili kimball
1 Tbsp jem raspberi Dalfour
1/2 tsp oregano kering
1/2 tsp basil kering
1/4 tsp serbuk rempah lima
1/2 tsp garam bukit
1 Tbsp gula pasir
sedikit serbuk lada hitam
sedikit marjerin
10 cucuk lidi sate


CARA-CARA :
Perap isi ayam bersama semua bahan sekurang-kurangnya 1 jam kecuali marjerin.
Cucuk isi ayam dengan lidi sate.
Lengserkan sedikit marjerin di atas kuali.
Panggang sehingga masak.
Nikmati bersama mayonis atau sos lada hitam.

Biasa-biasa je....

 Lauk makan tengahari untuk hari ni. Masak simple aje tapi yang tak tahannya kalau lauk simple gini makannya banyak. Apa-apapun lepas ni kena buat exercise huhuuuu...
dari atas kanan tempe goreng, rebus pegaga, ayam goreng kunyit, sambal belacan, sambal penyet dan juga ulaman. (terung hijau, ketumbar kampung, ketumbar vietnam dan timun)

 Alhamdulillah kenyang...mata pun dah mula layu.....

Monday, March 19, 2018

Kari kepala ikan salmon

 BAHAN-BAHAN :
1 kg kepala ikan salmon
7 Tbsp serbuk kari ikan Baba's (membumbung)
1 Tbsp serbuk cili (rata)
1 kotak santan KARA + 1 c air
1200ml air
100g asam jawa + 1 c air (tapis)
1 Tbsp halba campur
1/2 labu bawang besar (hiris)
1 inci halia bentong (hiris)
2 tangkai daun kari
2 biji tomato (belah 6)
2 biji terung (belah 2, hiris panjang)
garam bukit/gula
1 c minyak untuk menumis

DIKISAR :
1/2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 inci halia bentong


 CARA-CARA :
 Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis halba campur bersama daun kari sehingga meletup-letup.
Masukkan bawang dan halia hiris.
Gaul rata.
Kemudian masukkan pula bahan kisar dan tumis sehingga wangi.
Tambahkan serbuk kari dan serbuk cili.
Tuangkan sedikit air dan masak sehingga tumisan terbit minyak dan hilang bau rempah.
Tuangkan air sedikit demi sedikit dan biarkan mendidih.
Kemudian masukkan pula santan yang telah dibancuh dan juga air asam jawa.
Tambahkan terung dan juga bahan perasa.
Setelah terung lembut barulah dimasukkan ikan dan juga tomato.
Didihkan di atas api sederhana sehingga ikan masak.
Matikan api dan sedia dihidangkan dengan nasi bersama toyu.


Sunday, March 18, 2018

Cencaru bakar lombok ijo

 BAHAN-BAHAN :
2 ekor ikan cencaru (belah belakang)
2 tsp serbuk kunyit (lumur ikan)
2 Tbsp sambal lombok ijo
3 Tbsp kicap manis kipas udang
2 Tbsp sos tiram
1 Tbsp gula
1 tsp garam bukit


CARA-CARA :
Campurkan sambal lombok bersama kicap, sos tiram, garam dan juga gula.
Masukkan campuran ke dalam perut ikan.
Bakar ikan di dalam ketuhar sehingga masak.
Sedia dihidangkan bersama nasi putih dan ulaman.

Saturday, March 17, 2018

Sambal lombok ijo @ cili hijau

 BAHAN-BAHAN :
140g cili api hijau
1 biji tomato hijau (140g)
1 labu bawang holland (90g)
3 ulas bawang putih (10g)
5 helai daun limau purut
1/2 cawan minyak untuk menumis
1 Tbsp cuka
1 Tbsp gula
2 tsp garam bukit @ secukup rasa


CARA-CARA :
 Rebus cili api bersama tomato dan bawang sehingga layu.
Kisar sehingga halus.
Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar bersama daun limau purut sehingga wangi.
Masukkan bahan perasa dan sejukkan dahulu sebelum dimasukkan ke dalam balang.

***saya menggunakan sambal ini sebagai rencah serbaguna untuk menggoreng nasi dsbnya. Jika ingin menikmati sambal ini sebagai pencicah lebih sedap sekiranya sambal ini ditumbuk pecah-pecah sahaja. Enak juga jika dinikmati bersama bakso***

Friday, March 16, 2018

Jus oren lobak merah

 BAHAN-BAHAN :
1 biji oren (kupas)
1/2 batang lobak merah (saiz kecil, hiris)
300ml air tapis ph alkali

CARA-CARA :
Masukkan semua bahan ke dalam blender.
Kisar dan tapis sebelum dihidangkan.

***hampas buah jangan dibuang, boleh dijadikan baja untuk tanaman***


Sambal udang dan kacang panjang

 BAHAN-BAHAN :
25 ekor udang sederhana  (buang urat tengah)
4 tangkai kacang panjang (hiris serong)
2 asam keping
gula/garam bukit
minyak untuk menumis

DIKISAR :
1 labu bawang besar (saiz besar)
sebesar ibu jari belacan
2  tangkai cili merah
8 tangkai cili api merah
1 Tbsp cili kisar


CARA-CARA :
 Panaskan secukupnya minyak untuk menumis.
Tumis bahan kisar bersama sedikit gula sehingga wangi dan keluar minyak.
Masukkan asam keping dan juga udang.
Gaul rata.
Tambahkan kacang panjang, garam dan juga gula secukupnya.
Setelah agak sebati dan kacang lembut bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama nasi putih @ nasi lemak.