Thursday, February 22, 2018

Laksa goreng

 BAHAN-BAHAN :
550g laksa yang telah direbus
1mangkuk sederhana kangkung
1 biji tomato (belah 6)
10 ekor udang besar
10 biji bebola ikan (belah 2)
1 Tbsp bawang putih cincang
1 tsp cili kisar
1 Tbsp sos tomato
1 Tbsp sos tiram
3 Tbsp kicap manis cap kipas udang
1 Tbsp kicap cair
sedikit kicap pekat
garam/gula jika perlu
minyak untuk menumis


CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bawang cincang sehingga wangi.
Masukkan cili kisar.
Tumis hingga terbit minyak.
Masukkan pula udang, bebola ikan dan juga sos-sos.
Biarkan seketika.
Tambahkan kangkung, tomato dan juga laksa.
Gaul sebati dan masak sehingga kangkung lembut.
Matikan api dan sedia dihidangkan bersama cili potong.

Wednesday, February 21, 2018

Sambal telur sotong bersantan

 BAHAN-BAHAN :
1/2 kg telur sotong
1 labu bawang besar (hiris)
3 Tbsp pati santan
air asam jawa secukup rasa
garam bukit/gula
minyak untuk menumis

DIKISAR :
30 tangkai cili kering (rebus)
1 labu bawang besar saiz besar
2 ulas bawang putih
1/2 tsp belacan

CARA-CARA :
 Panaskan secukupnya minyak untuk menumis di dalam kuali.
Tumis bahan kisar sehingga wangi.
Masukkan sedikit gula pada langkah ini.
Masak sehingga terbit minyak.
Masukkan telur sotong, bawang hiris dan juga air asam jawa.
Gaul rata dan biarkan seketika.
Kemudian tambahkan santan, garam dan gula secukupnya.
Masak sehingga pecah minyak dan bawang layu.
Matikan api dan sedia dihidangkan bersama nasi putih @ nasi lemak.


Tuesday, February 20, 2018

Kek flan

BAHAN-BAHAN KEK :
3/4 cawan mentega
3/4 cawan telur
3/4 cawan gula perang
1 cawan tepung gandum
1/2 tsp serbuk penaik
50g serbuk koko
1 tsp coklat emulco

BAHAN-BAHAN PUDING :
5 biji telur
1/2 tin susu pekat manis
1/2 tin air
1 tsp esen vanilla

BAHAN KARAMEL :
1/2 cawan gula
2 Tbsp air


CARA-CARA :
Panaskan gula untuk membuat karamel di atas api perlahan.
Masukkan air dan masak sehingga gula bertukar keperangan.
Tuangkan karamel ke dalam loyang yang telah dioles dengan sedikit mentega.
Ketepikan.
Sementara itu sediakan kek.
Ayak tepung bersama dengan serbuk penaik dan serbuk koko.
Ketepikan.
Di dalam mangkuk pengadun pukul mentega bersama gula sehingga berkrim.
Pecahkan telur sebiji demi sebiji dan putar lagi sehingga gebu.
Masukkan coklat emulco dan juga bahan kering sedikit demi sedikit.
Putar sehingga adunan sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang yang berisi karamel tadi.
Ketepikan.
Sediakan pula puding dengan cara mengisar semua bahan menggunakan blender.
Kacau hingga bercampur rata dan tapis bancuhan puding ke tengah-tengah loyang kek.
Panaskan ketuhar pada suhu 180'c selama 10 minit.
Bakar kek menggunakan kaedah BAIN MARIE.
Masukkan loyang yang berisi air panas ke dalam ketuhar kemudian letakkan loyang berisi kek di tengah-tengah loyang tersebut.
Bakar kek selama 45 minit sehingga masak. (kek @ puding tidak melekat pada lidi)

Monday, February 19, 2018

Nasi arab


BAHAN-BAHAN :
4 cawan beras basmati (rendam 1 jam air +garam)
1/2 kg daging kambing bertulang
2 keping paha ayam
1 labu bawang besar (belah 4)
2 inci halia (ketuk)
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
5 kuntum bunga lawang
1/2 Tbsp rempah kabsa @ mandy
1 Tbsp stok ayam
2 Tbsp minyak sapi
5 1/2 cawan air
garam bukit secukup rasa
sedikit pewarna oren

CARA-CARA :
Panaskan minyak sapi di dalam periuk tekanan NOXXA menggunakan mod STIR FRY.
Tumis rempah tumis bersama bawang dan halia sehingga wangi.
Masukkan daging kambing, ayam, rempah nasi arab, stok ayam dan juga air.
Tutup periuk NOXXA dan tukar fungsi ke HIGH PRESSURE.
Set masa selama 20 minit.
Setelah kedengaran bunyi BEEP, buka periuk dan keluarkan ayam. Tutup kembali periuk dan HP lagi untuk 20 minit. Setelah bunyi BEEP, buka periuk dan masukkan beras yang telah dicuci dan ditos.
Tambahkan garam secukup rasa, gaul rata-rata dan tutup kembali periuk.
Set kan masa 12 minit menggunakan fungsi HIGH PRESSURE.
Setelah kedengaran bunyi BEEP biarkan nasi seketika dan barulah ditukar ke mod KEEP WARM.
Sementara itu lumurkan ayam dengan sedikit pewarna oren.
Panggang ayam seketika dan sedia dihidangkan bersama nasi.
Sedia dihidangkan bersama acar dan sambal tomato.







Sunday, February 18, 2018

Ayam panggang masam manis

 
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam (potong 4, ambil 3 bahagian sahaja)
2 biji limau kasturi (ambil jus)
1 tsp serbuk lada hitam
1/2 tsp serbuk allspice
1/2 tsp serbuk kulit kayu manis
2 Tbsp madu
2 Tbsp mentega
garam bukit secukup rasa

DIKISAR :
1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
4 cm halia bentong


CARA-CARA : 
Bancuh kesemua bahan dan lumur ayam sehingga rata.
Perap semalaman @ sekurang-kurangnya 1/2 jam.
Panggang ayam sehingga masak.

Saturday, February 17, 2018

Kek jagung

 BAHAN-BAHAN :
1 gelas tepung gandum
1 tsp serbuk penaik
2 biji telur A
3/4 gelas gula kastor
3/4 gelas mentega
1/2 tin jagung krim (tin 425g)
1 tsp esen vanilla

CARA-CARA :
Ayak tepung gandum bersama serbuk penaik.
Ketepikan.
Di dalam mangkuk pengadun, putar gula bersama mentega sehingga putih.
Pecahkan telur sebiji demi sebiji dan putar sehingga gebu.
Masukkan bahan ayak berselang seli dengan jagung krim.
Tambahkan juga esen vanilla.
Gaul hingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah dilapik dengan kertas minyak dan dioles mentega.
Masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
Bakar kek sehingga masak.

Friday, February 16, 2018

Kerabu megi


BAHAN-BAHAN :
3 bungkus maggi SERDA perisa tomyam
20 ekor udang saiz sederhana (buang urat)
1 biji mangga muda (sagat)
2 biji epal hijau (sagat)
2 labu bawang besar (hiris nipis)
2 biji tomato (hiris nipis, buang biji)
7 tangkai cili api (hiris)
1 tangkai cili merah (hiris nipis)
1 helai daun limau purut (racik halus)


CARA-CARA :
 Celur udang di dalam air mendidih sehingga masak.
Masukkan ke dalam mangkuk besar.
Celur pula mi sehingga lembut.
Tapis di bawah air mengalir, toskan dan masukkan ke dalam mangkuk bersama udang.
Masukkan semua bahan lain ke dalam mangkuk.
Ambil sedikit perencah megi dan perasakan.
Sedia dihidangkan.

Thursday, February 15, 2018

Jus nenas dan celery

BAHAN-BAHAN :
2 potong nenas manis
1/2 batang celery
500ml air ph alkali

CARA-CARA :
Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengisar.
Tapis jus dan sedia dihidangkan.

Sup ayam dan cendawan shitake

 
 BAHAN-BAHAN :
800g kepak dan paha ayam (potong kecil)
200g cendawan shitake segar (belah 4)
1/2 labu bawang besar saiz sederhana (cincang halus)
8 ulas bawang putih (cincang halus)
1 bungkus sup bunjut ADABI
1 batang celery (hiris)
4cm halia bentong (ketuk)
1 liter air tapis
serbuk lada hitam/serbuk lada putih
garam bukit
minyak untuk menumis

CARA-CARA :
 Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis bawang dan halia sehingga wangi dan garing.
Masukkan ayam dan sup bunjut.
Gaul rata.
Tuangkan air dan biarkan seketika,
Setelah sup mendidih masukkan cendawan.
Tambahkan celery dan juga serbuk lada hitam dan lada putih secukup rasa.
Masak lagi dan perasakan dengan garam secukupnya.
Matikan api dan sedia dinikmati bersama nasi atau mi.





Monday, February 12, 2018

Kerabu peria katak

 
 BAHAN-BAHAN :
1 biji peria katak (belah 2, hiris nipis)
1 kuntum bunga kantan (belah 2, hiris nipis)
3 batang serai (hiris halus bahagian putih)
1/2 labu bawang besar (hiris nipis)
2 tangkai cili api (hiris nipis)
2 cm belacan bakar (tumbuk)
1/2 Tbsp gula (tumbuk)
garam bukit secukup rasa
sedikit jus limau

CARA-CARA :
 Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.
Gaul rata dan sedia dinikmati.

***PERIA KATAK BILA DIHIRIS NIPIS-NIPIS TIDAK AKAN BERASA PAHIT MALAH LEBIH ENAK. JIKA TIDAK SUKA DENGAN RASANYA BOLEHLAH DIRENDAM BERSAMA AIR GARAM SEBENTAR DAN DIPERAH***

Sunday, February 11, 2018

Gulai udang kacang panjang

 BAHAN-BAHAN :
300g udang (buang urat)
7 tangkai kacang panjang (hiris serong 2cm)
1 tangkai cili merah (hiris serong)
2 ulas bawang putih (kisar)
1 labu bawang besar saiz kecil (kisar)
1cm halia (kisar)
2 Tbsp serbuk kari daging
1 kotak santan KARA
500ml air @ 2 gelas
1 keping asam gelugur
minyak untuk menumis
garam bukit/gula

 CARA-CARA : 
 Panaskan secukupnya minyak di dalam periuk.

 Tumis bahan kisar

 sehingga wangi

 Masukkan serbuk kari

 gaul rata dan tambahkan sedikit air. Tumis sehingga rempah terbit minyak.

 Tuangkan santan kotak

 kacau sebati

 dan masak sehingga mendidih.

 Masukkan udang yang telah dibersihkan

 dan juga 2 gelas air

 gaul dan biarkan seketika

 setelah kuah mendidih tambahkan asam keping, kacang panjang dan juga cili hiris
 tambahkan garam dan juga gula mengikut citarasa

 setelah sayur lembut

 bolehlah dimatikan api dan sedia dihidangkan.


 Ermmm enaknya ikan tamban beluru goreng bawang......


Thursday, February 8, 2018

Sambal jantan @ jate

 BAHAN-BAHAN :
370g cili api 
400ml cuka makan
150g gula pasir
50g garam bukit


 CARA-CARA :
Kisar semua bahan sehingga hancur.
Hidangkan sambal bersama nasik belauk @ laksam @ nasi kerabu.

Gulai ayam nasik belauk

BAHAN-BAHAN :
6 ekor ayam (potong 12, cuci bersama tepung gandum)
250g rempah kari ayam Baba's
100g rempah gulai darat
300g cili kisar
2kg pati santan
1 liter air tapis
ubi kentang (pilihan)
180g garam kasar
120g gula melaka
20g asam keping
500ml minyak masak

DIKISAR BERSAMA AIR SECUKUPNYA :
1kg bawang besar
1 labu bawang putih
100g halia bentong
40g lengkuas

REMPAH PENUMIS :
30g kulit kayu manis
7g bunga lawang
4g buah pelaga
2g bunga cengkih
7g cabai jawa (xde xpe)


CARA-CARA :

Panaskan minyak di dalam periuk besar. (Periuk 40cm)
Masukkan rempah tumis dan tumis sehingga harum.
Masukkan pula bahan kisar.

Gaul rata bahan kisar dan tumis sehingga bawang garing dan pecah minyak.

Kemudian masukkan pula cili kering yang telah direbus dan dikisar. Jika inginkan kuah gulai yang tidak pedas bolehlah kurangkan jumlah cili.

Masak lagi sehingga cili garing dan 

hilang bau cili. Kacau selalu.

Setelah itu, masukkan pula kedua-dua rempah.

Gaul sebati. Masukkan separuh daripada garam kasar dan gula melaka pada langkah ini.

Masak sehingga rempah terbit minyak. Ore kelate kata mmati awas.

Kacau selalu supaya rempah tidak hangit.

Kemudian masukkan ayam yang telah dicuci bersih dan ditos.

Gaul ayam bersama rempah sehingga rata dan masak sehingga air ayam keluar atau ayam kecut.

Tuangkan air dan biarkan kuah mendidih.

Jika suka boleh masukkan kentang.

Masukkan asam keping

dan juga pati santan. Tambahkan juga baki garam kasar dan gula melaka .

Masak sehingga gulai menggelegak

dan santan pecah minyak. Matikan api

 dan sedia dihidangkan bersama nasi @ roti jala.

***HIDANGAN INI MENCUKUPI UNTUK 65-70 ORANG MAKAN***