Thursday, February 8, 2018

Sambal jantan @ jate

 BAHAN-BAHAN :
370g cili api 
400ml cuka makan
150g gula pasir
50g garam bukit


 CARA-CARA :
Kisar semua bahan sehingga hancur.
Hidangkan sambal bersama nasik belauk @ laksam @ nasi kerabu.

Gulai ayam nasik belauk

BAHAN-BAHAN :
6 ekor ayam (potong 12, cuci bersama tepung gandum)
250g rempah kari ayam Baba's
100g rempah gulai darat
300g cili kisar
2kg pati santan
1 liter air tapis
ubi kentang (pilihan)
180g garam kasar
120g gula melaka
20g asam keping
500ml minyak masak

DIKISAR BERSAMA AIR SECUKUPNYA :
1kg bawang besar
1 labu bawang putih
100g halia bentong
40g lengkuas

REMPAH PENUMIS :
30g kulit kayu manis
7g bunga lawang
4g buah pelaga
2g bunga cengkih
7g cabai jawa (xde xpe)


CARA-CARA :

Panaskan minyak di dalam periuk besar. (Periuk 40cm)
Masukkan rempah tumis dan tumis sehingga harum.
Masukkan pula bahan kisar.

Gaul rata bahan kisar dan tumis sehingga bawang garing dan pecah minyak.

Kemudian masukkan pula cili kering yang telah direbus dan dikisar. Jika inginkan kuah gulai yang tidak pedas bolehlah kurangkan jumlah cili.

Masak lagi sehingga cili garing dan 

hilang bau cili. Kacau selalu.

Setelah itu, masukkan pula kedua-dua rempah.

Gaul sebati. Masukkan separuh daripada garam kasar dan gula melaka pada langkah ini.

Masak sehingga rempah terbit minyak. Ore kelate kata mmati awas.

Kacau selalu supaya rempah tidak hangit.

Kemudian masukkan ayam yang telah dicuci bersih dan ditos.

Gaul ayam bersama rempah sehingga rata dan masak sehingga air ayam keluar atau ayam kecut.

Tuangkan air dan biarkan kuah mendidih.

Jika suka boleh masukkan kentang.

Masukkan asam keping

dan juga pati santan. Tambahkan juga baki garam kasar dan gula melaka .

Masak sehingga gulai menggelegak

dan santan pecah minyak. Matikan api

 dan sedia dihidangkan bersama nasi @ roti jala.

***HIDANGAN INI MENCUKUPI UNTUK 65-70 ORANG MAKAN***

Wednesday, February 7, 2018

Jus nenas, celery, halia & epal

 BAHAN-BAHAN :
1 biji epal hijau
1 hiris nenas manis
1/2 batang celery
2 inci halia Bentong (kupas kulit)
600ml air bertapis (ph alkali)

CARA-CARA :
Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin pengisar.
Kisar sehingga hancur.
Tapis sebelum dihidangkan.


Tauge ikan masin

 BAHAN-BAHAN :
1 mangkuk sederhana tauge (buang ekor, bersihkan)
1 keping ikan tenggiri jeruk
1 tangkai cili merah (hiris)
4 pokok daun bawang (hiris 2cm)
1 Tbsp bawang putih cincang
garam bukit/gula (jika perlu)
minyak untuk menumis


 CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bawang putih sehingga kekuningan.
Masukkan ikan masin dan goreng sehingga ikan masak.
Tambahkan bahan lain dan kacau rata.
Rasa dahulu sebelum memasukkan perasa.
Matikan api dan sedia dihidangkan bersama nasi putih.

Monday, February 5, 2018

Lempeng cokodok

 BAHAN-BAHAN :
700g pisang masak lembik (lecek @ kisar)
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan air
1/2 tsp garam bukit
1/2 cawan gula
1 tsp soda bikarbonat
sedikit marjerin untuk melengser kuali


CARA-CARA :
 Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar.
Adun sehingga sebati.
Jika terlalu lembik boleh masukkan sedikit tepung gandum lagi.
Panaskan kuali dan lengser sedikit marjerin.
Masukkan satu senduk adunan dan tunggu sehingga garing baru diterbalikkan.
Masak sehingga garing di kedua-dua belah.
Sedia dicicah bersama kuah kari. (Cara orang Kedah)

***lempeng ini lebih menyerupai cokodok kerana kaya dengan pisang. Jika tidak menyukainya anda bolehlah mengurangkan jumlah pisang***

Lontong

 BAHAN-BAHAN :
Nasi kapit  secukupnya
sambal tumis secukupnya
beberapa biji telur rebus (dibelah 2, jika ada)

KUAH LODEH :
4 kelopak kobis (hiris)
1 batang lobak merah (potong julienne)
1 biji terung panjang (belah 2, hiris serong)
10 tangkai kacang panjang (potong 3cm)
2 keping fucuk @ tauhu kering (rendam, potong)
1 paket kecil suhun (rendam)
300g udang kecil (buang kulit)
500ml santan
1/2 jag blender air
2 helai daun limau purut (carik)
garam bukit
1 tsp stok ayam

BAHAN KISAR :
1/2 labu bawang besar
1 inci kunyit
1cm halia
1 batang serai


CARA-CARA :
 Tuangkan bahan kisar ke dalam periuk berisi santan.
Tambahkan air dan renihkan di atas api sederhana sehingga mendidih.
Kemudian masukkan udang dan sayur-sayuran.
Masak sehingga sayur lembut.
Masukkan pula fucuk, daun limau purut dan juga suun.
Kacau rata.
Tambahkan garam dan juga stok ayam.
Setelah sebati bolehlah dimatikan api.
Untuk menghidang, masukkan nasi kapit ke dalam mangkuk.
Curahkan kuah lodeh secukupnya.
Sudukan sedikit sambal tumis dan hiasi dengan telur rebus.
Sedia dinikmati sebagai sarapan @ untuk minum petang.


Saturday, February 3, 2018

Lepat pisang

 BAHAN-BAHAN :
500g pisang awak masak ranum 
200g gula pasir
sedikit garam
1 cawan air
200g tepung gandum
daun pisang secukupnya 

BAHAN INTI :
kelapa parut putih secukupnya
sedikit garam

CARA-CARA :
Lap daun pisang dengan kain lembap yang bersih.
Layurkan di atas api dan potong mengikut saiz yang dikehendaki.
Ketepikan.
Kisar pisang bersama air dan gula.
Masukkan bancuhan ke dalam mangkuk berisi tepung.
Tambahkan sedikit garam.
Gaul bancuhan rata-rata.
Sementara itu campurkan kelapa parut bersama garam dan ketepikan untuk intinya.
Panaskan periuk pengukus dan ketepikan.
Ambil daun pisang yang telah dilayur, masukkan 1 Tbsp bancuhan pisang.
Letakkan sedikit kelapa parut ditengahnya dan tutup dengan 1 Tbsp bancuhan.
lipat daun pisang.
Ulang langkah sehingga habis adunan.
Kukus lepat selama 30minit @ sehingga masak.
Sedia dihidangkan untuk minum petang.

Tumis peria dan kacang panjang

 BAHAN-BAHAN :
1 biji peria katak (belah 2, hiris)
5 tangkai kacang panjang (hiris serong 2cm)
1 tangkai cili merah (hiris serong)
1 keping kek ikan (hiris)
3 ulas bawang merah (hiris)
1 ulas bawang putih (hiris)
1 tsp sos tiram
garam bukit/gula
minyak untuk menumis

CARA-CARA :
 Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bawang sehingga layu.
Masukkan kek ikan, kacang panjang, cili dan juga peria.
Gaul rata.
Tambahkan sos tiram, garam dan secubit gula jika suka.
Kacau rata-rata.
Matikan api dan sedia dihidangkan bersama nasi.

Friday, February 2, 2018

Sup ikan singgang

 BAHAN-BAHAN :
4 ketul ikan aya @ tongkol
1 tsp ketumbar (tumbuk)
4 ulas bawang putih (hiris)
1 inci kunyit (hiris)
1 hiris lengkuas (hiris)
3 keping asam gelugur
beberapa tangkai cili api
garam kasar secukup rasa
air tapis separas ikan

CARA-CARA :
 Masukkan ikan dan semua bahan ke dalam periuk.
Renihkan di atas api sederhana sehingga masak.
Enak dinikmati bersama nasi panas, budu dan ulaman.

Kembung berlada

 BAHAN-BAHAN :
3 ekor ikan kembung (potong 2, sapu garam kunyit & goreng)
2 keping nanas manis (hiris dadu)
1 helai daun limau purut (carik)
1 keping asam gelugur (hiris halus, pilihan)
1 Tbsp sos tiram
sedikit kicap cair
garam bukit/gula
minyak untuk menumis

DIKISAR KASAR :
8 tangkai cili api merah
3 tangkai cili merah
1 labu bawang besar saiz sederhana
3 ulas bawang putih
1 biji tomato masak

 CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak untuk menumis.
Tumis bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan asam keping hiris, sos tiram dan juga sedikit kicap cair.
Kacau rata.
Kemudian tambahkan nanas dan daun limau purut.
Perasakan secukupnya.
Setelah agak sebati, masukkan ikan goreng yang diketepikan tadi.
Gaul sehingga sambal bercampur rata.
Matikan api dan sedia dihidangkan bersama nasi panas dan masak lemak putih.

Thursday, February 1, 2018

Ikan aya rebus

 BAHAN-BAHAN :
4 keping ikan aya @ tongkol @ tuna
1/3 Tbsp garam kasar1/3 Tbsp gula @ gula melaka (pilihan)
7 keping asam gelugur @ secukupnya
100ml air (pilihan)


CARA-CARA :
Masukkan ikan dan asam keping ke dalam periuk.
Kemudian taburkan garam dan sedikit gula.
Tuangkan sedikit air.
Masak di atas api perlahan.
Enak dinikmati keesokan harinya.

***IKAN REBUS INI SESUAI UNTUK DIGULAI, DIMASAK PEDAS @ DIGORENG BERSAMA CILI DAN BAWANG. SAYA MENAMBAHKAN GULA DAN SEDIKIT AIR KERANA SAYA MENIKMATINYA DENGAN CILI POTONG, BAWANG HIRIS DAN KICAP MANIS. JIKA TIDAK MENAMBAHKAN AIR PUN TIDAK MENGAPA KERANA IKAN AKAN MENGELUARKAN AIRNYA SENDIRI SEMASA DIMASAK***

Acar jantung pisang


BAHAN-BAHAN :
1 biji jantung pisang (belah 4)
1/2 labu bawang besar (belah 4)
2 Tbsp cili kisar
1 kotak santan KARA
1/2 jag blender air
2 Tbsp cuka
garam bukit/gula
minyak untuk menumis

DIKISAR :
1/2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 Tbsp udang kering (basuh)

CARA-CARA :
Rebus jantung pisang sebentar bersama air bercampur sedikit garam dan cuka.
Ketepikan. (Rebus setengah empuk)

Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis bahan kisar sehingga wangi dan terbit minyak.

Tuangkan santan 

dan air. Masak sehingga mendidih.

Kemudian masukkan jantung pisang dan juga bawang besar.

Gaul rata dan kemudian masukkan cuka, gula dan juga garam secukup rasa.
Setelah sebati bolehlah dimatikan api.

Sedia dinikmati.


Wednesday, January 31, 2018

Masak lemak keladi dan etak

 
 BAHAN-BAHAN :
500g etak segar (rendam)
1 pokok keladi sayur (hiris, rebus bersama air +asam keping dan tos)
500ml santan
2 batang serai (ketuk)
garam bukit

DITUMBUK :
1/2 labu bawang besar saiz sederhana
1cm halia
sedikit lada hitam


 CARA-CARA :
Jerang santan bersama bahan tumbuk dan serai sehingga mendidih di atas api sederhana.
Kacau selalu.
Masukkan keladi dan etak.
Masak sehingga etak terbuka kulitnya.
Perasakan dengan garam secukup rasa.
Sebatikan dan sedia diangkat dan dihidangkan bersama nasi, budu dan ikan rebus goreng.

Etak

Etak merupakan sejenis cengkerang yang senang didapati di pinggir sungai terutamanya di sungai Kelantan. Jika ke Kelantan anda akan mendapati penjaja menjual etak salai di tepi-tepi jalan. Jika anda seorang rakyat Kelantan sejati seperti saya, anda akan menikmati etak seperti menikmati kacang goreng. Sungguh enak dan mengasyikkan ...lebih sedap lagi jika dilawan bersama nasi kerabu. Sayangnya saya tidak dapat lagi menikmati etak salai kerana dikhuatiri tidak masak sepenuhnya dan akan mengundang bahaya kepada penyakit saya. Akan tetapi saya boleh menikmatinya jika dimasak bermacam cara.