Friday, October 6, 2017

Makaroni goreng

 BAHAN-BAHAN :
1 paket makaroni (rebus separuh masak dan toskan)
1 tin sos spaghetti prego tomato, basil & bawang putih (300g)
4 ulas bawang merah (tumbuk)
8 ulas bawang putih (tumbuk)
1 Tbsp cili boh Puteri
secubit belacan
1 paket daging kisar Ramly
1 Tbsp sos tiram
2 biji kapsikum (dadu)
garam/gula
minyak kelapa untuk menumis


CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bahan tumbuk sehingga wangi.
Masukkan cili boh dan belacan, goreng sehingga terbit minyak.
Kemudian masukkan daging kisar dan masak sehingga daging kecut.
Tuangkan sos Prego dan masukkan juga sos tiram.
Masak hingga mendidih.
Setelah itu masukkan makaroni yang telah ditos.
Goreng sehingga makaroni lembut.
Tambahkan kapsikum dadu, gaul rata.
Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Sedia dihidangkan.

Sotong masak kicap

 BAHAN-BAHAN :
10 ekor sotong bersama dakwat
2 Tbsp cili boh Puteri
1 labu bawang besar (hiris)
1 tangkai cili merah (hiris)
1 biji tomato (belah 6)
100ml kicap lemak manis kipas udang
200ml air
2 tangkai daun kari
garam/gula jika perlu
minyak kelapa untuk menumis
***jika menggunakan cili kisar, masukkan sedikit air asam jawa***

BAHAN KISAR :
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia

CARA-CARA :
 Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
Tumis bahan kisar dan daun kari sehingga garing dan terbit bau.
Masukkan cili boh dan masak lagi sehingga terbit minyak.
Tuangkan kicap dan air masak sehingga mendidih.
Setelah mendidih, tambahkan sotong, tomato dan bahan hiris.
Masak sehingga sotong kecut.
Rasa dahulu sebelum memasukkan bahan perasa.
Matikan api dan sedia dinikmati bersama nasi dan pelengkap.



Thursday, October 5, 2017

Kek cawan pisang yogurt

 BAHAN-BAHAN :
200g mentega
120g gula kastor
1/4 tsp garam bukit halus
100g pisang emas (lecek halus)
4 biji telur A
200g tepung gandum
1 tsp esen vanilla
1 tsp serbuk penaik
75g yogurt tawar
70g cip coklat

CARA-CARA :
Ayak tepung gandum bersama garam dan serbuk penaik. 
Ketepikan.
Pukul mentega dan gula sehingga sehingga lembut lebih kurang 7 minit.
Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul sehingga kembang.
Kemudian masukkan pisang lecek sedikit demi sedikit.
Tambahkan esen vanilla.
Masukkan tepung gandum berselang seli dengan yogurt sambil dipukul perlahan sehingga rata.
Masukkan cip coklat dan gaul sehingga coklat merata.
Tuangkan adunan di acuan muffin yang dialas cawan kertas.
Masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
Bakar kek dengan suhu 180'c sehingga masak.
Sedia dihidangkan untuk minum petang.

Tuesday, August 22, 2017

Gulai khopeh ayam

 BAHAN-BAHAN :
1 kg bahagian tulang ayam (kaki, kepak, tulang belakang)
1 paket kecil rempah gulai darat kg.Langgar @ rempah kari
2 batang serai (ketuk)
1 gelas pati santan
2 keping asam gelugur
1/3 jag blender air
gula kabung dan garam laut secukup rasa
2 Tbsp minyak kelapa

BAHAN KISAR :
1 labu bawang besar sederhana
1 Tbsp cili boh
2 inci halia
3 ulas bawang putih
sehiris lengkuas
1 inci kunyit
1 tangkai cili merah

CARA-CARA :
 Panaskan minyak kelapa di dalam periuk.
Tumiskan serai bersama bahan kisar sehingga wangi.
Masukkan rempah kari dan juga tulang ayam.
Masak sehingga ayam kecut dan terbit minyak.
Kemudian tuangkan air dan masukkan asam gelugur.
Masak sehingga mendidih.
Akhir sekali tambahkan pati santan dan perasakan secukupnya.
Biarkan mendidih sekali lagi dan sedia dihidangkan.
Enak diratah-ratah @dicicah bersama roti.

Monday, August 21, 2017

Goreng kobis dan terung

 BAHAN-BAHAN :
1/2 biji terung panjang (belah 2, hiris)
5 helai kobis cina (hiris)
1 tangkai cili merah (hiris)
6 biji bebola ikan (belah 4)
1 tsp bawang putih cincang
sedikit air
garam laut secukup rasa
1 Tbsp minyak kelapa

CARA-CARA :
 Panaskan minyak kelapa di dalam kuali.
Goreng terung sehingga layu dan lembut.
Angkat dan ketepikan.
Di dalam kuali yang sama, tumis bawang putih sehingga wangi.
Masukkan kobis, cili merah, bebola ikan dan juga terung.
Masak sehingga kobis lembut.
Tambahkan sedikit air jika perlu.
Perasakan dengan garam laut secukupnya.
Sedia dihidangkan.


Sunday, August 20, 2017

Bubur lambuk

 BAHAN-BAHAN :
1/2 C beras
secukupnya air untuk merebus beras
sedikit daging rebus bersama air rebusan
1 Tbsp serbuk kari daging
sedikit pati santan
segenggam sayur cekur manis
2 biji kurma (hiris nipis)
sedikit isi jagung
garam laut secukup rasa

CARA-CARA:
Masak beras bersama air dan serbuk kari sehingga hancur.
Masukkan daging rebus bersama air rebusan dan masak lagi sehingga mendidih.
Kacau selalu.
Tambahkan pati santan, jagung, kurma dan juga cekur manis.
Jika bubur agak pekat bolehlah tuangkan air mengikut kesesuaian.
Perasakan secukupnya dan bolehlah dihidangkan telur masin @ sambal tumis.

Saturday, August 19, 2017

Asam rebus keladi

 BAHAN-BAHAN :
1 pokok keladi (siat kulit ari, rebus bersama asam & garam, tos)
4 ekor ikan pelaling
1 batang serai (ketuk)
3 tangkai daun kesum
2 Tbsp cili boh PUTERI
asam keping secukupnya
1/2 jag blender air

DIKISAR :
1 labu bawang besar kecil
1 ulas bawang putih
1/2 cm belacan

CARA-CARA :
 Masukkan air ke dalam periuk bersama cili boh, serai dan bahan kisar.
Masak hingga mendidih dan hilang bau cili.
Kemudian masukkan ikan, asam keping, daun kesum dan juga keladi.
Masak hingga mendidih sekali lagi.
Perasakan secukupnya dan sedia dihidangkan bersama nasi, ikan masin dan sambal belacan.


Friday, August 18, 2017

Bening cendawan busut

 BAHAN-BAHAN :
10 kuntum cendawan busut (bersihkan)
1 biji petola (buang kulit keras, hiris)
1 labu bawang besar sederhana (tumbuk)
1 tsp lada hitam (tumbuk)
1 tangkai cili merah (hiris)
segenggam daun selasih
3 Tbsp budu SEDAP
secukupnya air untuk kuah
garam laut secukup rasa

 CARA-CARA :
Renihkan air dan bahan tumbuk sehingga mendidih.
Masukkan semua bahan lain dan masak sehingga cendawan dan petola lembut.
Tambahkan budu dan garam secukup rasa.
Matikan api dan enak dihidangkan bersama nasi dan ikan kembung goreng.

Monday, August 14, 2017

Sup petola dan suun

 BAHAN-BAHAN :
2 biji petola saiz kecil (bersihkan, hiris)
sedikit suun
5 ulas bawang putih (cincang)
serbuk lada hitam & serbuk lada putih secukup rasa
1/2 tsp serbuk pati ayam
garam laut secukup rasa
secukupnya air untuk kuah

CARA-CARA :
Didihkan air bersama bawang putih.
Setelah menggelegak, masukkan petola dan perasa.
Kemudian masukkan suun secukupnya.
Biarkan seketika, matikan api dan bolehlah dihidang bersama nasi @ dinikmati begitu sahaja.

Udang sambal

 BAHAN-BAHAN :
15 ekor udang sederhana besar (buang urat)
2 biji kentang (belah 8, rebus & goreng)
1 biji terung kecil (belah 2, hiris & goreng)
20 biji petai (belah 2, goreng)
2 Tbsp cili kisar
sedikit air asam jawa
1/2 labu bawang besar (hiris)
1 biji tomato (hiris)
garam laut & gula secukup rasa
minyak kelapa untuk menumis

DIKISAR :
1/2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 tsp belacan 
20 tangkai cili api hijau @ lebih

CARA-CARA :
 Panaskan minyak kelapa di dalam kuali.
Tumis bahan kisar sehingga terbit bau.
Masukkan udang, kentang, terung dan juga petai.
Masak sehingga udang kecut.
Kemudian masukkan air asam jawa, tomato dan juga bawang hiris.
Perasakan secukupnya.
Setelah sambal terbit minyak bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama nasi dan pelengkap.


Wednesday, August 2, 2017

Susu kambing kurma

 
BAHAN-BAHAN :
250ml susu kambing asli
4 biji kurma

CARA-CARA :
Saya menggunakan susu kambing sachet jenama WILDAN.
Bancuh susu bersama 250ml air suam.
Masukkan ke dalam pengisar dan kisar bersama kurma yang telah dibuang biji.
Tapis dan sedia diminum.

Ikan celok pedas

 BAHAN-BAHAN :
4 keping ikan selar papan
1 biji terung panjang (belah 2, hiris serong)
1 biji tomato (belah 4)
air asam jawa secukupnya
air sama paras dengan ikan (untuk kuah)
garam laut

DIKISAR :
1 labu bawang besar saiz kecil
3/4 tsp biji ketumbar
5 tangkai cili api
1 inci kunyit
1 inci belacan bakar

CARA-CARA :
Masukkan air, bahan kisar dan juga terung ke dalam periuk.
Tenggekkan di atas api sederhana sehingga terung lembut.
Masukkan ikan, tomato dan air asam jawa.
Setelah mendidih perasakan dengan garam secukupnya.
Sedia dihidangkan dengan nasi dan sambal belacan.

Tuesday, August 1, 2017

Jus beetroot

BAHAN-BAHAN :
1 biji ubi bit saiz sedehana (kupas, hiris nipis)
700ml air beralkali

CARA-CARA :
Kisar ubi bit bersama air sehingga hancur.
Tapis dan sedia diminum.

Kerabu betik mengkal

 BAHAN-BAHAN :
1/2 biji betik separuh masak (sagat, ramas dengan air garam)
1 Tbsp udang baring
2 ulas bawang putih (tumbuk pecah2)
2 biji tomato masak (buang biji, potong baji tumbuk pecah2)
5 tangkai cili api @ ikut citarasa (tumbuk pecah2)
1 Tbsp gula kabung
sos ikan secukup rasa
jus limau kasturi secukup rasa

CARA-CARA :
Masukkan betik, udang baring dan bahan tumbuk ke dalam mangkuk besar.
Satukan gula kabung, sos ikan dan juga jus limau.
Tuangkan ke dalam mangkuk yang berisi betik tadi.
Gaul rata dan enak dihidangkan bersama nasi @ diratah begitu sahaja.

Monday, July 31, 2017

Jus epal & mangga

 BAHAN-BAHAN :
1/2 biji mangga masak
1 biji epal hijau
700ml air beralkali

CARA-CARA :
Kisar semua bahan.
Tapis dan hidangkan.


Lemak putih pucuk meranti

 BAHAN-BAHAN :
1 ikat pucuk meranti (ambil bahagian lembut)
2 biji terung panjang saiz kecil (hiris serong)
1 tangkai cili merah (belah 4)
segenggam ikan bilis
2 batang serai (ketuk)
1 kotak santan KARA
2 1/2 kotak air
10 biji lada hitam (tumbuk)
1/2 labu bawang besar (tumbuk)
garam laut secukup rasa

CARA-CARA :
 Jerangkan santan bersama air di atas api perlahan.
Masukkan serai, bahan tumbuk dan juga ikan bilis.
Kacau selalu.
Tambahkan terung dan masak sehingga terung lembut.
Kemudian masukkan pucuk meranti dan juga cili merah.
Perasakan secukupnya.
Setelah sayur layu, bolehlah dihidangkan bersama nasi, ikan masin dan sambal belacan.


Thursday, July 27, 2017

Jus epal lobak merah

 BAHAN-BAHAN :
1 batang lobak merah (hiris)
1 biji epal hijau (hiris)
300ml air beralkali

CARA-CARA :
Kisar kesemua bahan dan tapis.
Sedia dinikmati.

Hati goreng kunyit

 BAHAN-BAHAN :
300g hati lembu (hiris nipis)
3 inci halia (hiris batang mancis)
4 ulas bawang putih (cincang kasar)
1 labu bawang besar (hiris)
1 tangkai cili merah (hiris)
1 biji peria katak (buang biji, hiris)
1 tsp serbuk kunyit Baba's
garam/gula
minyak kelapa untuk menumis

CARA-CARA :
 Panaskan minyak kelapa di dalam kuali.
Tumis bawang putih dan halia sehingga terbit bau.
Kemudian masukkan hati dan serbuk kunyit.
Masak sehingga kering sedikit air.
Tambahkan peria, bawang dan juga cili hiris.
Perasakan secukupnya dan sedia diangkat dan dihidangkan.
***MENGGORENG HATI TIDAK BOLEH TERLALU LAMA NANTI AKAN MENJADI KERAS***

Wednesday, July 26, 2017

Jus epal aprikot

 BAHAN-BAHAN :
1 biji epal hijau
2 biji aprikot segar
700ml air beralkali

CARA-CARA :
Hiris epal dan aprikot bersama kulitnya.
Kisar bersama air sehingga hancur.
Tapis dan sedia dinikmati.

Bening labu air

 BAHAN-BAHAN :
1 biji labu air saiz kecil (kupas, potong kecil)
1 labu bawang besar saiz kecil (kisar)
1 tsp lada hitam (kisar)
4 tangkai daun selasih
1 Tbsp budu
3 cawan air
garam 

CARA-CARA :
Rebus labu bersama air dan bahan kisar sehingga empuk.
Masukkan budu dan daun selasih.
Biarkan mendidih sekali lagi.
Masukkan garam secukup rasa.
Sedia dihidangkan bersama nasi dan ikan masin.