Saturday, August 19, 2017

Asam rebus keladi

 BAHAN-BAHAN :
1 pokok keladi (siat kulit ari, rebus bersama asam & garam, tos)
4 ekor ikan pelaling
1 batang serai (ketuk)
3 tangkai daun kesum
2 Tbsp cili boh PUTERI
asam keping secukupnya
1/2 jag blender air

DIKISAR :
1 labu bawang besar kecil
1 ulas bawang putih
1/2 cm belacan

CARA-CARA :
 Masukkan air ke dalam periuk bersama cili boh, serai dan bahan kisar.
Masak hingga mendidih dan hilang bau cili.
Kemudian masukkan ikan, asam keping, daun kesum dan juga keladi.
Masak hingga mendidih sekali lagi.
Perasakan secukupnya dan sedia dihidangkan bersama nasi, ikan masin dan sambal belacan.


Friday, August 18, 2017

Bening cendawan busut

 BAHAN-BAHAN :
10 kuntum cendawan busut (bersihkan)
1 biji petola (buang kulit keras, hiris)
1 labu bawang besar sederhana (tumbuk)
1 tsp lada hitam (tumbuk)
1 tangkai cili merah (hiris)
segenggam daun selasih
3 Tbsp budu SEDAP
secukupnya air untuk kuah
garam laut secukup rasa

 CARA-CARA :
Renihkan air dan bahan tumbuk sehingga mendidih.
Masukkan semua bahan lain dan masak sehingga cendawan dan petola lembut.
Tambahkan budu dan garam secukup rasa.
Matikan api dan enak dihidangkan bersama nasi dan ikan kembung goreng.

Monday, August 14, 2017

Sup petola dan suun

 BAHAN-BAHAN :
2 biji petola saiz kecil (bersihkan, hiris)
sedikit suun
5 ulas bawang putih (cincang)
serbuk lada hitam & serbuk lada putih secukup rasa
1/2 tsp serbuk pati ayam
garam laut secukup rasa
secukupnya air untuk kuah

CARA-CARA :
Didihkan air bersama bawang putih.
Setelah menggelegak, masukkan petola dan perasa.
Kemudian masukkan suun secukupnya.
Biarkan seketika, matikan api dan bolehlah dihidang bersama nasi @ dinikmati begitu sahaja.

Udang sambal

 BAHAN-BAHAN :
15 ekor udang sederhana besar (buang urat)
2 biji kentang (belah 8, rebus & goreng)
1 biji terung kecil (belah 2, hiris & goreng)
20 biji petai (belah 2, goreng)
2 Tbsp cili kisar
sedikit air asam jawa
1/2 labu bawang besar (hiris)
1 biji tomato (hiris)
garam laut & gula secukup rasa
minyak kelapa untuk menumis

DIKISAR :
1/2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 tsp belacan 
20 tangkai cili api hijau @ lebih

CARA-CARA :
 Panaskan minyak kelapa di dalam kuali.
Tumis bahan kisar sehingga terbit bau.
Masukkan udang, kentang, terung dan juga petai.
Masak sehingga udang kecut.
Kemudian masukkan air asam jawa, tomato dan juga bawang hiris.
Perasakan secukupnya.
Setelah sambal terbit minyak bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama nasi dan pelengkap.


Wednesday, August 2, 2017

Susu kambing kurma

 
BAHAN-BAHAN :
250ml susu kambing asli
4 biji kurma

CARA-CARA :
Saya menggunakan susu kambing sachet jenama WILDAN.
Bancuh susu bersama 250ml air suam.
Masukkan ke dalam pengisar dan kisar bersama kurma yang telah dibuang biji.
Tapis dan sedia diminum.

Ikan celok pedas

 BAHAN-BAHAN :
4 keping ikan selar papan
1 biji terung panjang (belah 2, hiris serong)
1 biji tomato (belah 4)
air asam jawa secukupnya
air sama paras dengan ikan (untuk kuah)
garam laut

DIKISAR :
1 labu bawang besar saiz kecil
3/4 tsp biji ketumbar
5 tangkai cili api
1 inci kunyit
1 inci belacan bakar

CARA-CARA :
Masukkan air, bahan kisar dan juga terung ke dalam periuk.
Tenggekkan di atas api sederhana sehingga terung lembut.
Masukkan ikan, tomato dan air asam jawa.
Setelah mendidih perasakan dengan garam secukupnya.
Sedia dihidangkan dengan nasi dan sambal belacan.

Tuesday, August 1, 2017

Jus beetroot

BAHAN-BAHAN :
1 biji ubi bit saiz sedehana (kupas, hiris nipis)
700ml air beralkali

CARA-CARA :
Kisar ubi bit bersama air sehingga hancur.
Tapis dan sedia diminum.

Kerabu betik mengkal

 BAHAN-BAHAN :
1/2 biji betik separuh masak (sagat, ramas dengan air garam)
1 Tbsp udang baring
2 ulas bawang putih (tumbuk pecah2)
2 biji tomato masak (buang biji, potong baji tumbuk pecah2)
5 tangkai cili api @ ikut citarasa (tumbuk pecah2)
1 Tbsp gula kabung
sos ikan secukup rasa
jus limau kasturi secukup rasa

CARA-CARA :
Masukkan betik, udang baring dan bahan tumbuk ke dalam mangkuk besar.
Satukan gula kabung, sos ikan dan juga jus limau.
Tuangkan ke dalam mangkuk yang berisi betik tadi.
Gaul rata dan enak dihidangkan bersama nasi @ diratah begitu sahaja.

Monday, July 31, 2017

Jus epal & mangga

 BAHAN-BAHAN :
1/2 biji mangga masak
1 biji epal hijau
700ml air beralkali

CARA-CARA :
Kisar semua bahan.
Tapis dan hidangkan.


Lemak putih pucuk meranti

 BAHAN-BAHAN :
1 ikat pucuk meranti (ambil bahagian lembut)
2 biji terung panjang saiz kecil (hiris serong)
1 tangkai cili merah (belah 4)
segenggam ikan bilis
2 batang serai (ketuk)
1 kotak santan KARA
2 1/2 kotak air
10 biji lada hitam (tumbuk)
1/2 labu bawang besar (tumbuk)
garam laut secukup rasa

CARA-CARA :
 Jerangkan santan bersama air di atas api perlahan.
Masukkan serai, bahan tumbuk dan juga ikan bilis.
Kacau selalu.
Tambahkan terung dan masak sehingga terung lembut.
Kemudian masukkan pucuk meranti dan juga cili merah.
Perasakan secukupnya.
Setelah sayur layu, bolehlah dihidangkan bersama nasi, ikan masin dan sambal belacan.


Thursday, July 27, 2017

Jus epal lobak merah

 BAHAN-BAHAN :
1 batang lobak merah (hiris)
1 biji epal hijau (hiris)
300ml air beralkali

CARA-CARA :
Kisar kesemua bahan dan tapis.
Sedia dinikmati.

Hati goreng kunyit

 BAHAN-BAHAN :
300g hati lembu (hiris nipis)
3 inci halia (hiris batang mancis)
4 ulas bawang putih (cincang kasar)
1 labu bawang besar (hiris)
1 tangkai cili merah (hiris)
1 biji peria katak (buang biji, hiris)
1 tsp serbuk kunyit Baba's
garam/gula
minyak kelapa untuk menumis

CARA-CARA :
 Panaskan minyak kelapa di dalam kuali.
Tumis bawang putih dan halia sehingga terbit bau.
Kemudian masukkan hati dan serbuk kunyit.
Masak sehingga kering sedikit air.
Tambahkan peria, bawang dan juga cili hiris.
Perasakan secukupnya dan sedia diangkat dan dihidangkan.
***MENGGORENG HATI TIDAK BOLEH TERLALU LAMA NANTI AKAN MENJADI KERAS***

Wednesday, July 26, 2017

Jus epal aprikot

 BAHAN-BAHAN :
1 biji epal hijau
2 biji aprikot segar
700ml air beralkali

CARA-CARA :
Hiris epal dan aprikot bersama kulitnya.
Kisar bersama air sehingga hancur.
Tapis dan sedia dinikmati.

Bening labu air

 BAHAN-BAHAN :
1 biji labu air saiz kecil (kupas, potong kecil)
1 labu bawang besar saiz kecil (kisar)
1 tsp lada hitam (kisar)
4 tangkai daun selasih
1 Tbsp budu
3 cawan air
garam 

CARA-CARA :
Rebus labu bersama air dan bahan kisar sehingga empuk.
Masukkan budu dan daun selasih.
Biarkan mendidih sekali lagi.
Masukkan garam secukup rasa.
Sedia dihidangkan bersama nasi dan ikan masin.

Tuesday, July 25, 2017

Asam rebus kulit tembikai

 Assalamualaikum buat sahabat2 yang saya kasihi sekalian. Lama betul x update dapur saya. Hari ni adalah hari ke 13 kemoterapi saya untuk 1st cycle. Rasa bertenaga sedikit berbanding minggu lepas. Alhamdulillah. Sekiranya saya menyepi ...itu bermakna saya sedang berperang dengan REJIM KEMOTERAPI yang adakalanya mencabar kesabaran saya. Saya minta maaf banyak2...hari ni rambut saya mula gugur seperti dedaun kering yang dihembus bayu..tapi itu tidak penting, yang paling utama saya masih gembira dan positif. Mohon sahabat doakan saya agar sembuh sepenuhnya...Aminn...

 BAHAN-BAHAN :
1 mangkuk sederhana kulit ari tembikai
1 labu kecil bawang besar (kisar)
belacan sebesar jari kelingking (kisar)
2 hiris nipis kunyit (kisar)
1 Tbsp cili kisar
1 batang serai (ketuk)
segenggam ikan bilis
1 kuntum bunga kantan (belah 2)
sedikit daun kesum
2 keping asam gelugur
3/4 blender air
garam laut @ garam bukit

CARA-CARA :
Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan didihkan dengan api perlahan sehingga kulit tembikai lembut.
Perasakan dengan  garam secukup rasa.
Enak dihidangkan bersama nasi panas, ikan goreng dan sambal belacan.

Thursday, June 15, 2017

BISMILLAH 5

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
.
“Bismillaahir rohmaanir rohiim, Bismillaahisy syafi, bismillaahil kaafi bismillaahil mu’aafi, Bismillaahil la-dzi laa ya-dhur-ru ma’as-mihi syai-un fil ardhi walaa fis-samaa’i wahuwas samii’ul aliim
.
Bismillah 5 adalah pendinding dan ayat penyembuh (syifa) segala penyakit serta amat bermanfaat dan amat baik dijadikan sebagai amalan seharian.
.
.

Fadhilat Bismillah 5

.
Kelebihan dan kebaikan ‘Bismillah 5’ adalah seperti berikut:
.
1. Menghalang jin dan syaitan
2. Terpelihara dari bahaya dan musuh
3. Penawar pelbagai racun dan bisa.
4. Penawar penyakit gila meroyan.
5. Melegakan bengkak dan benjol.
6. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
7. Mengubati penyakit bisa-bisa di dalam badan.
8. Penawar segala jenis racun, santau dan bisa binatang
9. Boleh digunakan untuk mengubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.
.
.

Kaedah Merawat

.
  1. Letakkan tangan di tempat yang sakit.
  2. Baca ‘Bismillah 5’ ini sebanyak tujuh kali dengan hati yang ikhlas dan khusyuk.
  3. Hembuskan juga pada segelas air lalu diberi minum dan disapu di tempat yang berkenaan.
  4. Sapukan di tempat yang sakit ataupun disapukan ke satu badan.
  5. Sekiranya anggota yang sakit tidak boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa anggota tersebut adalah angota yang sakit.
  6. Bagi kes kecemasan, boleh dibacakan terus ‘Bismillah 5’ sambil meletakkan tangan di tempat tersebut.
  7. Jika kepala anak benjol sebab terhantuk, baca ‘Bismillah 5’ ini sekali sambil tuamkan ais batu atau air suam di tempat sakit. InsyaAllah dapat melegakan.
  8. Bacalah selawat ke atas Nabi Muhamad  Sallallahu Alaihi Wasallam  dan ayat ini sertakan doa kepada Allah agar disembuhkan segala penyakit.
.
.

Amalan Bismillah 5 

.
  1. Ayat ‘Bismillah 5’ ini diletak sebagai doa dan boleh dibaca sebelum memakan atau minum ubat.
  2. Amalkan membaca ‘Bismillah 5’ kemudian baca ‘Bismillah 6’, sebanyak 33 kali setiap kali lepas solat.
  3. Sekiranya ‘Bismillah 5’ diamalkan secara istiqamah, ianya boleh menolak santau dalam makanan dan minuman.
  4. Bekas berisi makanan/minuman yang dihidangkan akan pecah dengan sendirinya jika dipegang  oleh pengamal ‘Bismillah 5’.
  5. Bacalah dengan yakin dan khusyuk dan hanya kepada Allah SWT sajalah kita bergantung harap.
.
‘Allah Maha Mengasihani dari segala-galanya dan Dia adalah sebaik-baik Pemelihara dan Maha Memberi Pertolongan.’

Kailan tumis

 BAHAN-BAHAN :
1 pokok kailan (hiris, batang potong nipis)
3 ulas bawang putih (cincang)
1 tsp minyak kelapa
100ml air
garam laut @ garam bukit secukup rasa

CARA-CARA :
Panaskan minyak kelapa di dalam kuali.
Masukkan bawang putih dan batang kailan.
Goreng sehingga lembut.
Masukkan daun kailan dan juga air.
Masak sehingga layu.
Sebelum di angkat dari api, taburkan garam secukup rasa.
Sedia dihidangkan.


***Semasa saya bertemu dengan KAUNSELOR untuk 2nd opinion rawatan kanser saya, beliau ada menyarankan agar saya mengamalkan PRINSIP 4S iaitu :
mengamalkan pemakanan SIHAT
mengamalkan pemakanan SEIMBANG
Makan SEDIKIT lebihkan sayuran dan buahan dalam menu.
(Makan sayuran dan buahan berwarna warni kerana khasiatnya berbeza)
Makan makanan seperti daging cuma SEKALI-SEKALA.
(Tidak menjadi masalah jika pesakit kanser ingin menikmati SEAFOOD dengan syarat tidak mengalami alahan dan ambillah dalam jumlah yang sedikit)
Elakkan makanan manis dan minuman 3 dalam 1.
Jika teringin minum kopi bolehlah mengambil kopi kampung dicampur madu asli @ PAL SWEET.
Jangan asingkan makanan pesakit dan orang lain...kerana ini akan menyebabkan kemurungan.
Ini kerana SEL KANSER akan bersifat AGRESIF sekiranya kita dalam keadaan MURUNG dan TERTEKAN......jadi elakkanlah pesakit daripada merasa sedih @ runsing.
Gembirakanlah mereka...juga elakkan menonton drama @ cerita-cerita yang membuatkan airmata menitis. Jika saya merasa stress, saya akan segera melayan JUST FOR LAUGH kerana saya tidak mahu terbawa-bawa dengan emosi. STRESS adalah pembunuh utama pesakit Kanser.

Edamame rebus

 
 BAHAN-BAHAN:
1/2 paket kacang edamame
minyak zaitun dara secukupnya
sedikit kisaran lada hitam

CARA-CARA:
 Rebus kacang edamame mengikut arahan dibungkusan.
Masukkan ke dalam pinggan dan tuangkan minyak zaitun dan sedikit lada hitam.
Sedia dihidangkan.

***Jika mengikut perubatan alternatif, sebarang jenis KEKACANG dan juga PISANG merupakan antara PANTANG TERBESAR bagi pesakit KANSER kerana makanan ini menggalakkan akar @ SEL-SEL KANSER berkembang. KICAP juga termasuk dalam kategori ini kerana mengandungi soya. Kacang panjang, botor, buncis juga harus dielakkan. Saya tidak lagi mengambil sebarang makanan berasaskan kacang dan pisang***


Jus epal,karot & celery

 BAHAN-BAHAN :
1 biji epal hijau (hiris nipis)
1 batang lobak merah (hiris tanpa dikupas)
1 batang celery (hiris)
300ml air mineral PH beralkali

CARA-CARA :
Kisar epal bersama bijinya.
Masukkan hirisan karot dan juga celery.
Kisar sehingga hancur dan tapis sebelum dihidangkan.
Jika suka rasa yang lebih manis bolehlah menambahkan sedikit madu asli.
(Gunakan sudu plastik untuk mencedok madu supaya khasiatnya tidak hilang)

Monday, June 12, 2017

Ayam madu ala Korea

  
 BAHAN-BAHAN :
1/2 ekor ayam (potong kecil)
2 Tbsp cili kisar@ Gochujang@ cili boh jenama Puteri
1 tsp Doenjang @ ganti dengan taucu lenyek
1/2 C air
sedikit pati asam jawa
madu secukup rasa
kicap cair secukup rasa
bijan untuk tabur
minyak untuk menggoreng ayam
**jika menggunakan cili boh jenama Puteri, tidak perlu meletakkan asam jawa**
CARA-CARA :
Panaskan minyak di dalam kuali.
Goreng ayam yang telah dibersihkan separuh masak.
Ketepikan.
Di dalam kuali yang lain, masukkan semua bahan kecuali bijan.
Renihkan.
Masukkan ayam dan gaul rata.
Masak sehingga kuah pekat.
Sebatikan rasanya.
Sebelum menghidang, taburkan bijan.
Sedia dinikmati.