Wednesday, May 17, 2017

Ayam kunyit

 BAHAN-BAHAN :
500g ayam kampung @ ayam organik Az-Zain
1 Tbsp serbuk kunyit Baba's
2 tsp serbuk kari daging
garam laut @ garam bukit secukup rasa
1 tsp minyak

CARA-CARA :
Ayam dibuang kulit dan lemak.
Potong kecil.
Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit, serbuk kari dan juga sedikit garam.
Ketepikan selama 20 minit.
Sebelum dimasukkan ke dalam air fryer, lumurkan ayam dengan minyak supaya tidak melekat.
Masak dengan suhu 170'c selama 15-20 minit.
Sedia dihidangkan.

Jus epal dan celery

 BAHAN-BAHAN :
1 biji epal hijau (buang tangkai)
1 batang celery 
500 ml air mineral beralkali

CARA-CARA :
Hiris nipis epal dan celery.
Kisar bersama biji epal, celery dan air sehingga hancur.
Tapis dan sedia dihidangkan.

Tuesday, May 16, 2017

Bening betik mengkal

  
 BAHAN-BAHAN :
1/2 biji betik separuh masak (saiz kecil)
1/2 jug blender air
1 tbsp ikan bilis
1/2 labu bawang besar (hiris)
segenggam daun selasih
1/2 tangkai cili merah
garam laut @ garam bukit secukup rasa

DIKISAR :
1/2 labu bawang besar (saiz kecil)
1/2 tsp lada hitam

CARA-CARA :
Potong panjang betik dan hiris nipis setebal 1 cm.
Jerangkan air bersama bahan tumbuk, ikan bilis dan juga betik.
Masukkan bawang hiris dan masak lagi sehingga betik lembut.
Tambahkan cili hiris, daun selasih dan garam secukup rasa.
Sedia dihidangkan bersama nasi.

Ayam gulai kuning

 BAHAN-BAHAN :
5 ketul daging ayam
2 batang serai (ketuk)
2 helai daun limau purut (carik)
1 keping asam gelugur
1 kotak santan KARA
2 gelas air
garam laut @ garam bukit secukup rasa

DIKISAR :
1 labu bawang besar (sederhana)
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 cm kunyit hidup

CARA-CARA :
Masukkan ayam ke dalam periuk bersama dengan serai dan bahan kisar.
Tuangkan air dan 1/2 kotak santan.
Didihkan.
Kacau selalu.
Kemudian masukkan asam gelugur, baki santan dan daun limau purut.
Masak lagi sehingga daging ayam empuk. 
Sebelum di matikan api, masukkan garam secukup rasa.
Pastikan garam dimasukkan akhir sekali supaya tidak menjadi racun di dalam badan.
Sedia dinikmati.

Ayat Al-Quran penawar kanser


Assalamualaikum sahabat yang dikasihi semua. Mohon maaf dari saya kerana sudah lama tidak update blog yang amat saya sayangi ini. Hari ini adalah hari ke 8 pembedahan saya.
Sebenarnya sejak disahkan menghidap kanser payudara tahap 2, perasaan malas mula menyelubungi diri walaupun rutin harian saya sama seperti biasa.
Saya tetap memasak untuk menu saya dan juga memasak untuk orang-orang di sekeliling saya.
Tiada apa yang berubah dengan kehidupan saya. Sebenarnya saya amat bersyukur kerana ALLAH SWT telah memilih saya. DIA telah memberikan saya SIGNAL di atas segala kealpaan saya, PERINGATAN untuk saya menukar cara hidup saya ke arah yang lebih baik. ALHAMDULILLAH. Dengan izinnya saya masih di sini, sedang menaip entri ini heheeee.
Saya tidak bercadang untuk melakukan KEMOTERAPI kerana saya percaya ubat yang paling mujarab adalah DOA dan juga mengamalkan cara hidup yang sihat. Tidak boleh berada dalam keadaan STRESS dan juga mengamalkan pemakanan sihat. Makan dan minum dari bahan yang bersifat ALKALI kerana sel kanser tidak boleh hidup dalam persekitaran ini.
BERSENAM supaya badan lebih banyak menerima OKSIGEN.
Jangan lupa untuk mengambil SUPPLEMEN terutamanya untuk anti kanser.
Paling penting BANYAKKAN BERDOA & MEMBACA AL-QURAN supaya jiwa kita lebih tenang.
Akhir kata jumpa lagi di entri yang akan datang...MOHON DOA DARI SEMUA...terima kasih.

Tuesday, May 2, 2017

Kerabu sarai @ kerabu rumpai laut

 
 BAHAN-BAHAN :
2 genggam sarai (rendam, cuci bersih)
jus limau kasturi secukup rasa
hirisan bunga kantan (jika ada)
tumis budu secukupnya
sambal ikan secukupnya
hirisan cili api (jika suka pedas)
garam/gula jika perlu

CARA-CARA :
Sediakan sedikit air suam-suam kuku.
Celupkan sarai yang telah dicuci bersih dan terus tos.
Masukkan sarai ke dalam pinggan hidang.
Taburkan sambal ikan dan juga bunga kantan.
Curahkan sedikit tumis budu dan perah limau kasturi secukupnya.
Gaul kerabu sarai, jika kurang manis@ masin barulah ditambahkan perasa.
Kerabu sarai mestilah mempunyai rasa masam-masam manis.

**Sarai @ rumpai laut senang didapati di pasar-pasar di Kelantan**

Sambal ikan nasi kerabu

BAHAN-BAHAN :
2 genggam kelapa parut putih
1/2 labu bawang besar (hiris)
1 ekor ikan kembung (bakar tanpa garam)
garam/gula

CARA-CARA :
Sangai kelapa bersama bawang sehingga kekuningan.
Tumbuk lumat bersama ikan bakar.
Perasakan secukupnya.
Sedia dimakan bersama nasi kerabu.

**Sangai = goreng tanpa minyak **

Tumis budu nasi kerabu

BAHAN-BAHAN :
10 tangkai cili kering (rebus, kisar)
1 labu bawang besar (kisar)
2 batang serai (kisar)
1 inci halia (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
2 1/2 C santan
1 keping asam gelugur
2 Tbsp budu
garam/gula 

CARA-CARA :
Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk.
Masak di atas api perlahan sehingga terbit minyak dan pekat.
Perasakan secukupnya.
Sedia dinikmati bersama nasi kerabu @ boleh juga jika dicicah bersama ulaman.

Monday, May 1, 2017

Kuci daging tetel

 BAHAN-BAHAN :
300g daging tetel (hiris & rebus empuk)
5 tangkai kacang panjang (potong 3cm)
1 C air rebusan daging
air asam jawa secukup rasa
garam/gula
minyak untuk menumis

DIKISAR :
7 tangkai cili api
3 tangkai cili kering rebus
1 hiris nipis kunyit
1/2 labu bawang besar sederhana
2 ulas bawang putih

CARA-CARA :
 Panaskan secukupnya minyak di dalam periuk.
Tumis bahan kisar sehingga wangi dan terbit minyak.
Masukkan daging dan air rebusan.
Renihkan sehingga pekat.
Kemudian masukkan kacang panjang, air asam jawa dan garam serta gula secukup rasa.
Setelah kacang panjang layu, bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama nasi dan pelengkap.


Sunday, April 30, 2017

Sambal telur puyuh

BAHAN-BAHAN :
20 biji telur puyuh (rebus bersama sedikit garam dan setitis cuka)
1/2 labu bawang besar (hiris)
3 tangkai cili hijau (hiris)
gula/garam
air asam jawa secukup rasa
minyak untuk menumis  

DIKISAR :
1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1cm belacan
15 tangkai cili kering rebus

CARA-CARA :
Kupas telur puyuh dan goreng di dalam minyak sehingga berkulit.
Ketepikan.
Ambil sedikit minyak baki gorengan dan tumis bahan kisar.
Masukkan gula supaya warna sambal merah dan cantik.
Masak sehingga wangi dan terbit minyak.
Kemudian masukkan air asam, telur puyuh dan juga bahan hiris.
Perasakan dengan garam secukupnya.
Setelah bawang layu dan sambal pekat, bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Saturday, April 29, 2017

Ikan kerisi sambal hijau

 BAHAN-BAHAN :
2 ekor ikan kerisi (potong 2, garam kunyit, goreng)
1/2 labu bawang besar (hiris)
1 keping asam gelugur (hiris nipis)
1 Tbsp sos tiram
garam/gula
minyak untuk menumis

DITUMBUK KASAR :
segenggam cili api hijau
3 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar

CARA-CARA :
 Panaskan sedikit minyak lebihan ikan goreng.
Tumis bahan tumbuk sehingga wangi dan hilang bau cili.
Masukkan asam keping, sos tiram dan juga bawang hiris.
Kemudian masukkan ikan yang telah digoreng.
Perisakan secukupnya.
Sedia dihidangkan.


Friday, April 28, 2017

Kari udang & terung

 BAHAN-BAHAN :
12 ekor udang XL (buang urat)
1/2 tsp halba campur
2 tangkai daun kari
2 Tbsp serbuk kari ikan & udang
4 Tbsp yogurt
2 gelas air
1 biji terung (jika suka)
garam/gula 
1/2 C minyak untuk menumis

DIKISAR :
1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 tangkai cili merah
1 inci halia
1 biji tomato masak

 CARA-CARA :
 Panaskan minyak di dalam periuk.
Tumis daun kari bersama halba campur sehingga meletup-letup.
Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis sehingga wangi.
Masukkan pula rempah kari dan tuangkan sedikit air.
Masak lagi sehingga rempah garing dan terbit minyak.
Setelah itu masukkan air, yogurt dan juga terung.
Masak sehingga terung layu.
Akhir sekali barulah masukkan udang dan perasakan secukupnya.
Setelah ekor dan kepala udang bertemu, bolehlah diangkat dan dihidangkan.


Thursday, April 27, 2017

Masak lemak daging tetel & mangga muda

 
 BAHAN-BAHAN :
600g daging tetel (rebus empuk)
2 biji mangga telur (kupas kulit, belah 2)
2 gelas pati santan
1 gelas santan cair
3 batang serai (ketuk)
2cm kunyit hidup (tumbuk)
segenggam cili api @ ikut suka (tumbuk)
garam kasar/gula 
2 keping asam gelugur

CARA-CARA :
 Masukkan daging bersama bahan tumbuk, serai dan juga santan cair ke dalam periuk.
Jerang sehingga mendidih.
Kemudian masukkan mangga muda, santan pekat dan juga asam keping.
Kacau selalu supaya santan tidak pecah minyak.
Perasakan dengan garam kasar dan juga sedikit gula.
Setelah mangga empuk bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Wednesday, April 26, 2017

Paru goreng cili

 
 BAHAN-BAHAN :
400g paru @ pelepung (rebus, hiris nipis & goreng garing)
1 Tbsp sos tiram
air asam jawa secukup rasa
garam/gula
sedikit minyak untuk menumis

DIKISAR :
1 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
2 tangkai cili merah
segenggam cili api

CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bahan kisar sehingga garing dan wangi.
Masukkan sos tiram, air asam dan juga paru.
Gaul rata.
Perisakan secukupnya.
Matikan api dan sedia dinikmati bersama nasi lemak.

Tuesday, April 25, 2017

Sawi raja goreng sos tiram

 BAHAN-BAHAN :
300g sawi raja 
3 ulas bawang putih (cincang)
2 Tbsp sos tiram Nona
3 Tbsp air
secubit garam
sedikit serbuk lada putih
sedikit minyak untuk menumis

CARA-CARA :
 Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bawang putih sehingga wangi.
Masukkan sawi raja, sos tiram dan juga air.
Kacau rata.
Rasa dahulu sebelum memasukkan garam.
Perisakan.
Matikan api dan sedia dihidangkan.



Monday, April 24, 2017

Sambal tumis bilis dan petai

 
 BAHAN-BAHAN :
segenggam ikan bilis
2 papan petai (belah 2)
1 labu bawang besar (hiris)
1C air + sedikit asam jawa
garam/gula
1/2C minyak untuk menumis

DIKISAR :
segenggam cili kering (rebus)
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
sebesar ibu jari belacan
1C air

  CARA-CARA :
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar.
Masukkan gula secukupnya supaya warna sambal cantik.
Tumis sehingga cili garing dan terbit minyak.
Kemudian masukkan ikan bilis yang telah dicuci bersih.
Gaul rata.
Tuangkan air asam jawa.
Tambahkan bawang hiris dan masak sehingga bawang layu.
Perisakan dengan garam secukupnya.
Jika kurang manis boleh tambah sedikit gula.
Akhir sekali barulah masukkan petai.
Kacau sekejap dan sedia dihidangkan bersama nasi putih @ nasi lemak.

Friday, April 21, 2017

Sup bebola ikan dan tauhu telur

 BAHAN-BAHAN :
250g bebola ikan
2 batang tauhu telur (potong 2)
sedikit suun
1 tangkai akar ketumbar (ketuk)
daun sup/ daun bawang (hiris)
1 tangkai cili merah (hiris)
1 tsp serbuk lada putih
1 tsp serbuk pati ayam
garam
1 Tbsp tepung jagung + sedikit air
5 gelas air
minyak untuk menumis

DIHIRIS HALUS :
3 ulas bawang putih
2cm halia
1 labu bawang besar

CARA-CARA :
 Panaskan sedikit minyak di dalam periuk dan tumiskan bahan hiris sehingga wangi.
Kemudian tuangkan air dan biarkan sehingga mendidih.
Masukkan tauhu telur, akar ketumbar dan juga bebola ikan.
Perisakan secukupnya.
Setelah menggelegak, tambahkan suun dan juga larutan tepung jagung.
Gaul sebati.
Setelah suun kembang bolehlah dimatikan api.
Taburkan hirisan cili dan juga daun sup & daun bawang sebelum menghidang.

Thursday, April 20, 2017

Daging goreng sos bbq

  
 BAHAN-BAHAN  :
400g daging (potong nipis, rebus lembut)
3 tangkai kacang panjang (potong panjang 4 cm)
1 tangkai cili merah (hiris)
sedikit minyak untuk menumis

SOS BBQ :
1 labu bawang besar kuning (cincang halus)
2 ulas bawang putih (cincang)
1/2 C kicap manis cap kipas udang
2 Tbsp sos tomato Kimball
3 Tbsp sos cili Kimball
1 Tbsp sos lada hitam

CARA-CARA :
Di dalam periuk sediakan sos bbq dengan cara menumis bawang di dalam sedikit minyak sehingga layu dan wangi.
Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan lain dan masak sehingga mendidih.
Jika suka sos bbq yang pedas bolehlah memasukkan sedikit serbuk cili.
Matikan api dan ketepikan.
Di dalam kuali yang lain panaskan sedikit minyak.
Masukkan daging yang telah direbus lembut.
Masukkan sedikit sahaja sos bbq @ mengikut citarasa.
Tambahkan kacang panjang dan juga cili hiris.
Masak sehingga kacang panjang layu.
Rasa garam gulanya dan masukkan garam hanya jika perlu.
Sedia diangkat dan dihidang.

***lebihan sos bbq boleh disimpan di dalam peti sejuk beku untuk digunakan sebagai bahan perapan dan sebagainya***

Ketam masak manis bersusu

  
 BAHAN-BAHAN :
1 kg ketam nipah (bersihkan)
1 Tbsp cili kisar
1 Tbsp pes serbaguna (boleh gunakan pes Namprik Phao)
1 Tbsp gula kabung putih (boleh guna gula biasa tetapi sesuaikan rasa)
garam jika perlu
1 C susu segar
2 helai daun limau purut (dicarik)
minyak untuk menumis

DIKISAR :
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 biji tomato masak 
sedikit air untuk mengisar

CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumiskan bahan kisar bersama cili sehingga wangi dan terbit minyak.
Tambahkan pes serbaguna (banyak dijual di pasaraya).
Gaul rata.
Masukkan ketam, gula kabung dan masak lagi sehingga kulit ketam berubah warna.
Tuangkan susu segar dan masak sehingga mendidih.
Rasa dahulu sebelum memasukkan garam.
Saya tidak meletakkan garam di dalam lauk ini kerana sos serbaguna sudah mengandungi garam.
Sebelum diangkat masukkan daun limau purut yang telah dicarik.
Biarkan mendidih sekali lagi dan sedia diangkat dan dihidangkan.
Enak dimakan ratah-ratah @ dinikmati dengan pasta.





Tuesday, April 18, 2017

Kuih bakar @ Bengkang

  
BAHAN-BAHAN :
10 helai daun pandan
 1 C air (250ml )
6 C santan 
6 biji telur
3 C tepung gandum
1 C gula 
1/2 C marjerin
sedikit garam
1 tsp pewarna hijau (jika suka)
sedikit bijan untuk tabur (jika suka)
**guna C bersukatan 250ml**


CARA-CARA :
Kisar daun pandan bersama 250ml air sehingga hancur.
Tapis. Ketepikan.
Kemudian kisar gula, telur, tepung, marjerin dan juga santan sehingga hancur.
Tapis dan masukkan ke dalam periuk.
Tuangkan air pandan, titiskan pewarna hijau dan masukkan sedikit garam.
Masak di atas dapur sekejap sehingga naik wap.
Kemudian alihkan adunan ke dalam loyang yang telah dilengser marjerin.
Masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
Bakar kuih selama 10 minit.
Taburkan bijan dan bakar sehingga kuih masak sempurna dan garing.