Thursday, March 16, 2017

Lala Rebus Pedas

 BAHAN-BAHAN :
1 kg lala (rendam dan bersihkan)
4 batang serai (ketuk)
4 ulas bawang putih (ketuk)
3 cm halia (hiris)
3 tangkai cili api (belah 2)
secubit serbuk kunyit
1/2 tsp serbuk secukup rasa
garam secukup rasa
400ml air

 CARA-CARA :
 Didihkan air bersama serai, halia, serbuk kunyit dan bawang putih sehingga mendidih.
Kemudian masukkan lala, cili api dan juga bahan perasa secukupnya.
Masak seminit @ sehingga isi lala mengecut.
Sendukkan ke dalam mangkuk dan sedia dihidangkan.

Wednesday, March 15, 2017

Roti Marmalade (Bread Maker)


BAHAN-BAHAN :
1 2/3 C air
3 Tbsp susu tepung
3 Tbsp minyak zaitun perahan pertama
3 Tbsp gula
1/2 tsp garam halus
1 tsp bread improver (jika ada)
1 tsp dough softener (jika ada)
4 1/4 C tepung roti
4 tsp yis segera Mauripan
4 Tbsp marmalade kumquats (ikut suka)

CARA-CARA :

 Masukkan bahan-bahan ke dalam mesin pembuat roti mengikut aturan yang telah ditetapkan.
Gunakan kaedah QUICK BREAD dan tekan MEDIUM CRUST.
Jika suka kerak yang gelap boleh tekan DARK CRUST.
Enak dicicah kopi O @ dinikmati bersama jem.
**BOLEH JUGA JIKA DIULI SECARA MANUAL DAN DIBAKAR DI DALAM OVEN SEPERTI BIASA MENGGUNAKAN LOYANG LOAF**



Tuesday, March 14, 2017

Daging Masak Kari Pole


 BAHAN-BAHAN :
500g daging (hiris nipis)
1 tbsp halba campur
5 tangkai daun kari
1 tsp serbuk ketumbar
1 tsp serbuk jintan manis
1 tsp serbuk jintan putih
1 tsp serbuk kaskas
1/2 c sos tomato
1 gelas air
2 tomato (belah 6)
1 biji terung (hiris serong)
garam/gula
minyak untuk menumis

DIKISAR :
3 labu bawang besar (saiz kecil)
segenggam cili kering (rebus)
3 ulas bawang putih
2 cm halia

CARA-CARA :
 Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis halba campur bersama daun kari.
Masukkan bahan kisar bersama serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih dan kas-kas.
Biarkan garing seketika.
Kemudian masukkan daging, sos tomato dan juga air.
Renihkan sehingga daging empuk.
Tambah air jika perlu.
Masukkan terung dan masak sehingga terung lembut.
Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan tomato yang telah dibelah.
Kacau sebati dan bolehlah dihidangkan bersama nasi @ roti.

Kerabu Ayam

 BAHAN-BAHAN :
1 ketul dada ayam (rebus bersama sedikit garam, carik isi)
1/2 batang lobak merah (hiris batang mancis)
1/2 batang timun Jepun (hiris batang mancis)
3 tangkai cili api @ lebih (hiris)
1 labu bawang besar (hiris)
2 tbsp gula halus
1 tbsp sos ikan
garam secukup rasa
jus limau secukupnya

CARA-CARA :
 Di dalam mangkuk, campurkan semua bahan dan gaul rata.
Sebatikan rasanya dan sedia dihidangkan bersama nasi @ dimakan begitu sahaja.

Monday, March 13, 2017

Udang Masak Sos Worchestershire


 BAHAN-BAHAN :
350g udang (buang muncung, bersihkan)
1/2 labu bawang besar (cincang)
4 ulas bawang putih (cincang)
5 tangkai cili kering (rendam, potong kecil)
1 biji tomato (buang biji (belah 6)
1 tbsp sos Lea & Perrins
1 tbsp sos tomato
1 tbsp sos tiram
50ml air
garam/lada sulah/gula secukup rasa
minyak untuk menumis

 CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bawang besar, bawang putih dan cili kering sehingga garing dan terbit aroma.
Masukkan udang dan masak sehingga udang berubah warna.
Tambahkan tomato dan kacau sehingga tomato setengah layu.
Kemudian masukkan sos-sos dan juga bahan perasa.
Kacau rata.
Tuangkan air dan masak lagi sehingga kuah sedikit pekat.
Matikan api dan sedia dihidangkan.

Sunday, March 12, 2017

Marmalade Kumquats

 BAHAN-BAHAN :
1 mangkuk limau kumquats yang dihiris (mangkuk aiskrim 1 L)
2 tbsp sunquick
gula ikut suka (sama berat dengan limau @kurangkan)
air separas limau


 CARA-CARA:
 Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan renihkan di atas api sederhana sehingga limau lembut dan pekat.
Boleh kisar separuh hancur @ biarkan dalam bentuk hirisan.
Masukkan ke dalam balang dan sterilkan di dalam air mendidih selama 30 minit.
Sejukkan dan simpan di dalam peti ais. 
Sesuai digunakan untuk sapuan @ dicampurkan ke dalam sebarang resepi kek @ roti.

Saturday, March 11, 2017

Omelette

 BAHAN-BAHAN :
6 biji telur
sedikit susu segar
garam/serbuk lada hitam
kuah spaghetti pekat (untuk inti)
taburan keju parut
sedikit butter untuk mendadar

SALAD :
daun salad 
zaitun hitam/hijau
tomato masak (buang biji, hiris)
kuah salad Italian dressing

CARA-CARA :
Pecahkan telur di dalam mangkuk dan pukul bersama garam, lada hitam dan sedikit susu segar.
Panaskan sedikit mentega di dalam kuali leper, dadarkan telur sehingga setengah masak.
Kemudian intikan dengan kuah spaghetti yang disediakan lebih awal.
Lipat dua telur.
Masukkan ke dalam pinggan dan taburkan dengan parutan keju.
Hidangkan bersama salad dan juga sosej.

Mi Udon & Wantan

 BAHAN-BAHAN :
1 paket mi udon 

BAHAN WANTAN :
1 paket kulit wantan
1 pokok daun bawang (hiris halus)
1 inci halia (parut)
1 mangkuk kecil isi udang (cincang)
garam/gula
sedikit air (utk basahkan bahagian tepi kulit wantan)

BAHAN KUAH :
3 ulas bawang putih (cincang)
2 inci halia (ketuk)
chili flakes (secukup rasa)
serbuk pati ayam secukup rasa
kicap cair/sos tiram
garam/serbuk lada putih
daun sup/daun bawang
air secukupnya untuk kuah
minyak untuk menumis

CARA-CARA :
 Untuk menyediakan wantan, campurkan semua bahan dan gaul sebati. 
Perasakan. 
 Ambil sekeping kulit wantan, isikan sedikit inti dan basahkan bahagian tepi dan cantumkan.
Buat sehingga habis dan rebus wantan sehingga timbul di dalam air mendidih.
Toskan dan ketepikan.
Sementara itu, di dalam periuk yang berasingan tumis bawang putih dan kepingan cili sehingga wangi.
Tuangkan air untuk kuah dan masukkan bahan perasa secukupnya.
Masak sehingga mendidih.
Matikan api.
Di dalam mangkuk masukkan mi udon dan wantan.
Tuangkan kuah sup dan hiaskan dengan hirisan daun sup dan daun bawang.
Jika suka lebih pedas bolehlah taburkan chili flakes.
Sedia dihidangkan.




Friday, March 10, 2017

Kutlet Ayam


 BAHAN-BAHAN :
2 ketul dada ayam tanpa tulang
1/2 labu bawang besar (sederhana)
1 tsp serbuk paprika
1 tsp sos Lea n Perrins
1/2 tsp italian dry herbs
1 tsp stok ayam
garam/serbuk lada hitam
sedikit minyak untuk menggoreng

 CARA-CARA :
Kisar semua bahan di dalam food processor sehingga halus.
Basahkan tangan, ambil sedikit adunan dan bentukkan bulat @ ikut kreativiti sehingga habis.
Panaskan sedikit minyak @ mentega di dalam kuali leper.
Goreng kutlet sehingga garing tetapi masih berjus.
Enak dihidangkan bersama kentang goreng @ boleh juga dilapiskan ke dalam roti burger.


Thursday, March 9, 2017

Kepah Masam Manis

 BAHAN-BAHAN :
500g kepah (rendam semalaman)
2 tbsp sos cili
1 tbsp sos tiram
sedikit air rebusan (larutkan bersama sedikit tepung jagung)
sedikit jus limau kasturi
segenggam daun selasih
garam/gula/madu
minyak untuk menumis

BAHAN KISAR :
1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering @lebih (rebus)
sedikit belacan

CARA-CARA : 
Celur kepah di dalam air panas sehingga terbuka kulitnya.
Toskan.
Di dalam kuali, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi dan terbit minyak.
Masukkan sos-sos, kepah, perasa dan juga daun selasih.
Kacau rata.
Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung.
Gaul sebati.
Sebelum di angkat masukkan perahan limau kasturi jika suka.
Sedia dihidangkan untuk ratah-ratah @ dinikmati bersama nasi.

Wednesday, March 8, 2017

Pisang Goreng

 BAHAN-BAHAN :
1 sikat pisang nangka (belah 2)
1/2 c tepung beras
1/4 c tepung gandum
1/4 c kelapa parut kering (jika suka)
1 biji putih telur
1 tsp soda bikarbonat
garam/gula
air sejuk secukupnya
minyak untuk menggoreng terendam

SAMBAL KICAP :
segenggam cili api
2 ulas bawang putih
sedikit garam
gula/ kicap manis secukupnya
**KISAR SEMUA BAHAN**


 CARA-CARA :
Bancuh semua bahan untuk adunan. (tidak terlalu cair@pekat)
Panaskan minyak di dalam kuali.
Celupkan pisang ke dalam adunan dan masukkan ke dalam minyak yang sudah panas.
Goreng sehingga garing dan keemasan.
Enak dicicah bersama sambal kicap.

Masak Lemak Siput & Keladi

 BAHAN-BAHAN :
400g siput sedut (rendam semalaman bersama hampas kelapa, buang hujung)
2 pokok keladi ( direbus bersama asam keping )
1 kotak santan KARA
2 kotak air
2 keping asam gelugur

DIKISAR :
1 labu bawang besar
1 inci halia
1 inci kunyit
5 tangkai cili api
segenggam kelapa parut
1 batang serai

CARA-CARA :
 Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama santan dan air.
Tambahkan siput, asam gelugur dan masak hingga menggelegak.
Kemudian masukkan keladi dan juga perasa.
Gaul rata dan sedia dihidangkan.


Tuesday, March 7, 2017

Gulai Lemak Ketam & Nenas

 BAHAN-BAHAN :
5 ekor ketam (bersihkan, belah 2)
1 kotak santan KARA
2 1/2 kotak air
2 keping asam gelugur
1 helai daun kunyit (carik, simpul)
1/2 biji nanas masak (hiris )
garam/gula
minyak untuk menumis

DIKISAR :
1 labu bawang besar (saiz kecil)
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 cm kunyit
2 batang serai
7 tangkai cili kering (rebus)
1 tbsp ketumbar biji
1 inci belacan

 CARA-CARA :
 Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
Tumis bahan kisar sehingga garing dan terbit minyak.
Tuangkan santan dan air.
Masak sehingga mendidih.
Kemudian masukkan ketam dan asam gelugur.
Masak sehingga ketam berubah warna.
Tambahkan nenas hiris, daun kunyit dan juga bahan perasa.
Masak sehingga nenas lembut.
Matikan api dan sedia dihidangkan bersama nasi, ayam goreng dan sambal belacan.

Masak Lemak Pucuk Keledek

 BAHAN-BAHAN :
1 ikat pucuk keledek (ambil bahagian lembut)
2 batang serai (ketuk)
1 gelas pati santan (kotak)
1 1/2 gelas air
garam/gula

DITUMBUK :
4 ulas bawang merah
1 tbsp ikan bilis
sedikit lada hitam

CARA-CARA :
Masukkan bahan tumbuk dan serai ke dalam periuk.
Tuangkan santan dan air.
Renihkan sehingga mendidih.
Kemudian masukkan pucuk keledek, garam dan gula secukup rasa.
Masak sehingga sayur layu.
Ketepikan dari api dan sedia dihidangkan bersama nasi, ikan masin goreng dan sambal belacan.

Asam Rebus Ikan Kembung

 BAHAN-BAHAN:
8 ekor ikan kembung pelaling
6 tangkai bendi (hiris serong)
sehiris kunyit
3 tangkai cili api @ lebih
1 labu bawang besar sederhana (hiris)
2 batang serai (ketuk)
1 cm belacan
3 keping asam gelugur
900 ml air (untuk kuah)
garam, knorr secukup rasa

 CARA-CARA :
Tumbuk kunyit bersama cili api, belacan dan serai.
Masukkan ke dalam periuk bersama hirisan bawang, asam keping dan juga air.
Didihkan.
Kemudian tambahkan ikan, bendi dan juga bahan perasa.
Didihkan sekali lagi.
Sedia dihidangkan bersama nasi panas, ulaman dan ikan masin.

Monday, March 6, 2017

Kek Kopi

 BAHAN-BAHAN :
130g tepung berserbuk penaik
100g gula kastor
2 biji telur A
80g mentega
4 tbsp susu segar perisa coklat
2 tbsp serbuk Nescafe
secubit garam

CARA-CARA :
 Ayak tepung kek bersama serbuk Nescafe dan garam halus.
Ketepikan.
Di dalam mangkuk pengadun, pukul mentega bersama gula kastor sehingga kembang.
Masukkan telur sebiji demi sebiji.
Pukul lagi sehingga gebu.
Tambahkan bahan ayak sesudu demi sesudu berselang seli dengan susu segar.
Kaup balik sehingga rata.
Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah dilengserkan dengan marjerin.
Masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
Bakar sehingga masak.
Sedia dihidangkan untuk minum petang.

Dada Ayam Panggang Berkrim

 BAHAN-BAHAN :
4 keping dada ayam
1 tsp thyme kering
1 tsp serbuk lada hitam
1 tbsp mentega
garam
1 sachet sup krim ayam segera Campbells
2 keping keju cheddar
1 c air panas
hirisan kapsikum secukupnya
makaroni yang telah direbus secukupnya

 CARA-CARA:
 Lumur dada ayam bersama thyme, lada hitam dan sedikit garam.
Panggang sebentar di atas kuali yang telah dipanaskan dengan mentega.
Ketepikan.
Di dalam kaserol, tuangkan 1 c air panas bersama sup krim ayam.
Gaul sehingga tidak berketul.
Masukkan hirisan keju, kapsikum dan susun dada ayam.
Perasakan secukupnya.
Bakar di dalam ketuhar sehingga ayam masak sepenuhnya.
Sedia dimakan begitu sahaja @ dinikmati bersama makaroni rebus.

Saturday, March 4, 2017

 BAHAN-BAHAN :
2 ekor ikan kerapu
2 ulas bawang putih (ketuk)
1/2 labu bawang besar (hiris)
1/2 biji kapsikum merah, hijau, kuning (hiris panjang)
1/2 tbsp cili kisar
2 tbsp sos tomato
2 tbsp sos cili
1 tbsp sos tiram
garam/gula
sedikit air
sedikit tepung jagung
minyak untuk menumis

CARA-CARA :
Bersihkan ikan dan sapu sedikit garam.
Golekkan ikan dalam tepung jagung.
Goreng dalam minyak terendam sehingga garing.
Ketepikan.
Di dalam kuali berasingan, masukkan 3 tbsp minyak baki gorengan.
Tumis bawang putih dan bawang hiris sehingga harum.
Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga terbit minyak.
Tambahkan sos-sos, sedikit air dan juga garam/gula sekiranya perlu.
Akhir sekali baru masukkan kapsikum dan masak sehingga layu.
Curahkan kuah ke atas ikan yang telah digoreng tadi. 
Sedia dihidangkan bersama nasi dan pelengkap lain.

Sup Ayam & Cendawan


 BAHAN-BAHAN :
500g ayam (potong kecil)
1 paket cendawan shitake
1 biji kentang (dadu kecil)
1 bungkus sup bunjut
1 pokok akar ketumbar (ketuk)
3 ulas bawang putih jeruk
serbuk lada hitam / serbuk lada putih
sedikit serbuk pati ayam
kicap cair/ garam
4 gelas air
daun sup untuk hiasan
minyak untuk menumis

DIHIRIS :
4 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
3 cm halia

 CARA-CARA :
 Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
Tumis bahan hiris sehingga wangi.
Masukkan ayam, kentang, air, akar ketumbar, sup bunjut dan bawang jeruk.
Masak hingga mendidih.
Tambahkan cendawan dan bahan perasa.
Renihkan sehingga cendawan lembut.
Matikan api dan sedia dihidangkan bersama nasi @ mi.


Dinner Rolls

 
 BAHAN-BAHAN :
6 hingga 6 1/2 c tepung gandum
4 1/2 tsp yis kering
1/3 c + 1 tsp gula 
1/2 c air suam-suam kuku
1 1/4 c susu suam
1/2 c lemak sayuran @ shortening
1 1/2 tsp garam 
2 biji telur

CARA-CARA:
Di dalam mangkuk kecil, campurkan ragi bersama 1 tsp gula dan air suam.
Ketepikan sehingga berbuih.
Di dalam mangkuk pengadun (guna HOOK) campurkan tepung bersama bahan-bahan lain.
Uli sehingga bercampur rata.
Kemudian tambahkan bahan yis dan adun sehingga menjadi doh.
 Keluarkan adunan dan masukkan ke dalam mangkuk besar. 
Sapukan sedikit minyak di keliling mangkuk supaya doh tidak melekat. 
Tutup doh dengan plastik wrap.
Ketepikan sehingga doh naik sekali ganda.
Setelah itu, kempiskan adunan dan bentukkan bulat-bulat.
Tabur bijan hitam (jika suka) 
biarkan naik lagi sekali ganda.
Glis doh dengan sedikit susu cair yang dicampurkan dengan kuning telur.
Bakar sehingga masak.
**spray roti dengan sedikit air supaya roti kelihatan cantik dan tidak hangus**