Saturday, August 13, 2016

Nasi goreng belacan


 BAHAN-BAHAN :
2 pinggan nasi
1 labu bawang besar saiz kecil
2 ulas bawang putih
5 tangkai cili api
sebesar ibu jari belacan
2 biji telur
1 tbsp sos tiram
garam 
serbuk pati ayam
minyak untuk menumis

CARA-CARA :
 Tumbuk kasar bawang, belacan cili api.
Ketepikan.
Sementara itu, panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
Masukkan sos tiram.
Gaul rata.
Pecahkan telur dan tunggu hingga telur berketul baru dikacau.
Masukkan nasi dan kacau sebati.
Tambahkan garam dan serbuk pati ayam secukup rasa.
Sedia dihidangkan bersama keropok dan pelengkap.

Gulai ayam dan pucuk ubi


 BAHAN-BAHAN :
1/2 ekor ayam (potong kecil)
1 mangkuk kecil pucuk ubi (celur)
1 kotak santan KARA
2 kotak air
1 keping asam gelugur
2 helai daun limau purut (koyak)
garam dan gula 
minyak untuk menumis

DIKISAR :
1/2 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
sehiris lengkuas
1 tsp biji ketumbar
5 tangkai cili api @ ikut citarasa

CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan terbit minyak.
Masukkan ayam dan masak hingga ayam kecut.
Tambahkan santan, air, asam keping dan renihkan.
Kacau selalu agar santan tidak pecah minyak.
Kemudian masukkan pucuk ubi celur dan bahan perasa secukupnya.
Kacau sebentar dan sedia dihidangkan bersama nasi, budu dan ulaman.

Puding roti kaya durian

BAHAN-BAHAN :
10 biji telur (gred c)
1 tin susu cair
225g kaya durian
2 keping roti
secubit garam

KARAMEL :
4 tbsp gula pasir
9 tbsp air panas

CARA-CARA : 
Masak gula di atas api perlahan sehingga keperangan. tambahkan air panas dan masak hingga gula hancur.
Tuangkan ke dalam acuan yang telah di sapukan mentega.
Ketepikan.
Sementara itu, kisar semua bahan untuk puding sehingga hancur.
Masukkan ke dalam acuan yang diketepikan tadi.
Bakar di dalam ketuhar menggunakan teknik STEAM BATH iaitu dengan meletakkan acuan ke dalam bekas berisi air panas.
Enak dihidangkan untuk minum petang.

Ketam bercili



 BAHAN-BAHAN :
5 ekor ketam (bersihkan, belah 2)
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci halia
sebesar ibu jari belacan
3 tbsp cili kisar
2 tbsp sos cili
2 tbsp sos tomato
1 tbsp sos tiram
1/2 c air
1 biji telur
garam dan gula
minyak untuk menumis

 CARA-CARA :
 Kisar bawang, halia, belacan dan serai bersama sedikit air.
 Panaskan minyak di dalam kuali
 tumis bahan kisar bersama cili sehingga
 wangi dan 
 terbit minyak
 masukkan ketam
 gaul rata dan masak hingga berubah warna
kemudian tambahkan sos-sos 
 gaul sebati
 masukkan air dan 
bahan perasa secukupnya
 pecahkan telur sambil
 dikacau-kacau. Sedia diangkat dan dihidangkan
 
 bersama nasi @ di ratah begitu sahaja.

Monday, August 8, 2016

ikan tongkol kukus masak kicap masam manis

 BAHAN-BAHAN :
6 keping ikan tongkol (rebus bersama sedikit air, garam kasar, gula dan asam keping)
3 ulas bawang putih (ketuk)
1 labu bawang besar (hiris)
1 tangkai cili hijau (hiris)
1 tbsp sos cili
kicap pekat manis secukup rasa
gula
sedikit air rebusan
minyak untuk menumis

 CARA-CARA :
Goreng ikan yang telah direbus sebentar. 
Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bawang putih dan bahan hiris hingga layu.
Masukkan ikan, sos cili, kicap dan sedikit air rebusan.
Tambahkan gula secukup rasa.
Sedia diangkat dan dihidangkan.

Tumis jantung pisang dan hati pedal

 BAHAN-BAHAN :
1 biji jantung pisang (saiz kecil)
150g hati dan pedal ayam (hiris kecil, rebus)
1 tbsp sos tiram
sedikit kicap manis
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

DIKISAR :
1/2  labu bawang besar
1 ulas bawang putih
1 inci halia
sehiris nipis kunyit hidup
1 batang serai
6 tangkai cili api
1 tsp ketumbar biji

CARA-CARA :
Rebus jantung pisang bersama garam dan sedikit cuka.
Perah dan hiris nipis.
Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bahan kisar sehingga wangi dan terbit minyak.
Masukkan hati pedal yang telah direbus.
Kemudian tambahkan jantung pisang dan semua bahan lain. 
Masak hingga sebati dan perasakan secukupnya.
Sedia dihidangkan bersama nasi panas dan bahan pelengkap.

Biskut cornflakes choc rice


 BAHAN-BAHAN :
250g mentega
80 g gula aising
secubit garam
175g tepung naik sendiri
150g tepung gandum
1/2 tsp baking soda
1/2 tbsp serbuk koko
50g cornflakes (ramas kasar)
50g kepingan badam (sangai)
80g coklat urai @choc chips
sedikit cornflakes utk hiasan (ramas)

CARA-CARA :
Pukul mentega bersama gula aising dan secubit garam hingga gebu.
Masukkan bahan-bahan lain dan gaul sebati.
Bulat-bulatkan dan golek ke dalam cornflakes yang telah di ramas kasar.
Bakar di dalam ketuhar sehingga garing.

Wednesday, August 3, 2016

Kerabu pegaga dan mangga muda

 BAHAN-BAHAN :
1 ikat pegaga, 200g (mayang halus)
1 biji mangga muda (hiris panjang)
jus limau kasturi secukup rasa
garam dan gula 

DISANGAI @ GORENG TANPA MINYAK :
1/2 labu bawang besar 
1 inci belacan
5 ketul temu kunci@halia kg (sebesar ibu jari)
2 batang serai (hiris)
1 tangkai cili merah
10 tangkai cili api
2 genggam kelapa parut
sedikit lada hitam, jika suka

CARA-CARA
 Tumbuk @ kisar kering bahan yang telah disangai.
Gaulkan bersama mangga muda dan pegaga.
Tambahkan jus limau, garam dan juga gula secukupnya.
Sedia dihidangkan bersama nasi panas.

Ayam masak taucu Kelantan

 BAHAN-BAHAN :
500g kepak, kaki, hati dan pedal ayam (potong kecil)@ bahagian bertulang yang lain
1 kotak santan
air secukupnya
3 biji tomato hijau (hiris)
5 tangkai cili hijau (hiris)
1 labu bawang besar (hiris)
secekak kacang panjang (potong pendek)
putik jagung (hiris nipis, jika ada)
1 asam keping
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR :
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
sehiris kunyit hidup
sehiris lengkuas
3 batang serai
segenggam penuh cili api
sebesar ibu jari belacan
2 tbsp taucu
1tsp udang kering @udang basah(lebihkan)


CARA-CARA:
 
 Panaskan secukupnya minyak untuk menumis.
Tumis bahan kisar sehingga wangi dan terbit minyak.
Masukkan ayam dan masak sehingga ayam kecut.
Tambahkan santan, air dan asam keping.
Renihkan sehingga kuah sedikit pekat.
Rasa dahulu kuah sebelum memasukkan bahan perasa.
Perasakan secukupnya.
Kemudian masukkan kacang panjang, tomato, bawang dan cili hiris.
Gaul rata. 
Setelah kacang agak layu, bolehlah diangkat dan dihidangkan.
 **masakan ni mesti ada kombinasi pedas, manis, masin. Pedas mesti lebih**


Cendawan tumis bersama udang

 BAHAN-BAHAN :
1 tin cendawan bulat (belah 4)
1 biji kapsikum (hiris)
10 ekor udang 
2 tsp bawang putih kisar
2 tsp bawang merah kisar
garam dan serbuk pati ayam
minyak untuk menumis

CARA-CARA :
 Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bawang kisar sehingga naik bau.
Masukkan udang dan gaul rata.
Kemudian tambahkan kapsikum dan cendawan.
Masak hingga cendawan layu dan tambahkan bahan perasa secukupnya.
Sedia dihidangkan.

Tuesday, August 2, 2016

Stew ayam dan cendawan

 BAHAN-BAHAN :
2 ketul paha ayam (thigh)
10 tangkai cendawan shitake segar
1 tbsp sos tiram
1 tbsp kicap cair
1 tbsp kicap pekat
1 tsp minyak bijan
garam dan serbuk lada putih
1 tsp tepung jagung + 1/3 c air
   
CARA-CARA :
 Potong kecil paha ayam.
Cendawan dibelah 2.
Perapkan ayam dan cendawan bersama semua bahan kecuali bancuhan tepung jagung selama 20 minit.
Masukkan ke dalam mangkuk kaserol.
Masak menggunakan kuasa MED HIGH selama 10 minit.(Buka penutup kaserol)
Keluarkan, kacau sebati.
Tambahkan bancuhan tepung jagung dan masak lagi MED HIGH selama 1 minit.
Gaul rata dan sedia dihidangkan.

Cucur karot


 BAHAN-BAHAN :
500g tepung gandum
1 tbsp serbuk penaik
1 biji telur
1 batang lobak merah 
1/2 labu bawang besar
1 pokok daun bawang
segenggam ikan bilis
garam dan gula secukup rasa
secukupnya air suam
minyak untuk menggoreng terendam

CARA-CARA :
Campurkan serbuk penaik ke dalam tepung.
 Pecahkan telur.
 Ketepikan.
 sementara itu, kisar kasar ikan bilis, bawang, lobak merah dan juga daun bawang.
 masukkan ke dalam mangkuk dan adun bersama bancuhan tepung.
 tambahkan air suam, garam dan juga gula secukupnya.
Gaul sehingga sebati.
panaskan minyak di dalam kuali dan goreng adunan cucur sehingga garing dan keemasan.
Enak dicicah bersama sos cili.

Saturday, July 30, 2016

Sup kaki ayam

 BAHAN-BAHAN :
8 ketul kaki ayam (bersihkan bersama air limau nipis)
1 bungkus sup bunjut
sedikit lada hitam tumbuk
sedikit kicap cair
beberapa titis kicap manis cap kipas udang
air secukupnya
garam secukup rasa
daun sup & daun bawang untuk tabur
sedikit minyak untuk menumis

BAHAN HIRIS ;
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia tua

CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
Tumis bahan hiris sehingga garing.
Masukkan kaki ayam, sup bunjut, lada hitam dan air.
Masak hingga mendidih dan kaki ayam empuk.
Tambahkan bahan perasa.
Taburkan daun sup dan daun bawang sebelum dihidangkan.

Stew daging dan kentang lecek

 BAHAN-BAHAN :
500g daging tenderloin (potong kiub besar, perap bersama garam, lada hitam, sos worchestershire)
1 tin cendawan butang (belah 2)
1 tin (350g) sos spaghetti
2 tbsp sos bbq
1 labu bawang besar (dadu)
1/2 tsp thyme kering
2 helai daun bay
secubit serbuk pala
1/2 tsp Italian herbs
2 tin air @ secukupnya
garam, gula, serbuk lada hitam dan sos worchestershire
sedikit minyak untuk menumis

CARA-CARA :
Tumis bawang sehingga layu di dalam periuk tekanan.
Masukkan daging, air, sos spaghetti dan herba-herba.
Masak menggunakan HIGH PRESSURE selama 35 minit.
Kemudian, lepaskan tekanan dan masukkan cendawan dan bahan-bahan perasa.
Masak sehingga kuah sedikit pekat menggunakan mod STIR FRY.
Sedia diangkat dan dihidangkan bersama kentang lecek dan garlic bread.

KENTANG LECEK:
6 biji kentang sederhana (buang kulit, rebus empuk)
2 tbsp mentega
secubit garam

CARA-CARA :
Lenyek kentang bersama mentega dan garam ketika masih panas.
Kacau sehingga adunan betul-betul lembut dan sebati.
Ketepikan.



Friday, July 29, 2016

Fritatta kentang

 BAHAN-BAHAN :
2 biji kentang saiz besar (rebus empuk, hiris)
4 biji telur (kocok dengan garfu)
6 keping keju (koyak-koyak)
1/2 biji zukini (sagat bentuk mancis, perah)
garam, serbuk pala dan lada sulah 
sedikit butter untuk melengser

CARA-CARA :
 Panaskan ketuhar.
Campurkan kesemua bahan di dalam mangkuk. 
Gaul dan perasakan secukupnya.
Lengser kaserol dengan sedikit butter.
Tuang adunan ke dalam kaserol dan masukkan ke dalam ketuhar.
Tutup dengan aluminium foil.
10 minit terakhir, buka foil dan bakar lagi sehingga bahagian atas garing dan kekuningan.
(Jika suka, boleh taburkan keju parut untuk rasa yang lebih umphh)
Enak dimakan dengan sos cili.