Saturday, May 21, 2016

Bubur Arab idea Kak Bam

 BAHAN-BAHAN :
2 c beras
1kg tulang lembu bercampur daging
1 kiub pati daging  
2 tbsp minyak sapi
2 tbsp serbuk kari daging baba's
1 batang lobak merah (dadu kecil)
1/2 labu bawang besar (hiris halus)
6 ulas bawang putih (hiris halus)
garam dan serbuk lada putih secukup rasa
daun sup dan daun bawang secukupnya
telur masin rebus
air secukupnya untuk merebus daging

 CARA-CARA :
 Rebus tulang bersama daging sehingga empuk dan terlerai dari tulang.
Ketepikan daging.
Rebus beras bersama air rebusan sehingga beras hancur. 
Masukkan lobak merah dadu.
Ketepikan.
Sementara itu, panaskan minyak sapi dan tumis bawang hiris hingga harum. 
Tambahkan serbuk kari dan tuangkan ke dalam periuk berisi bubur.
Gaul rata, masukkan kiub daging, garam, serbuk lada putih dan perasakan secukupnya.
Masukkan daging dan tulang, tabur daun sup dan daun bawang.
Sedia dihidangkan bersama telur masin.


Kek cawan coklat


 BAHAN-BAHAN :
2 biji telur gred A (80g)
125ml susu segar berperisa coklat
3/4 c gula kastor
1 tsp esen vanilla
1 c tepung berserbuk penaik (ayak)

CARA-CARA :
Putar telur bersama gula kastor dengan kelajuan tinggi sehingga putih dan pucat.
Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung berselang seli dengan susu sedikit demi sedikit.
Masukkan juga esen vanilla.
Kaup balik dan masukkan ke dalam kertas muffin.
Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu. 
Bakar sehingga masak.

Gulai ikan kekek dan pucuk paku

 BAHAN-BAHAN :
6 ekor ikan kekek masin (direndam bersama air garam)
6 biji terung telunjuk
1 ikat pucuk paku (ambil bahagian lembut)
500 ml santan dari sebiji kelapa
1 batang serai (ketuk)
1 keping asam gelugur
garam dan gula secukup rasa
DIKISAR :
5 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
4 tangkai cili api

CARA-CARA :
 Jerang santan bersama bahan kisar dan serai.
Kacau selalu.
Masukkan bahan-bahan lain dan masak lagi.
 Tambahkan bahan perasa secukupnya.
Sedia dihidangkan.


Masak lemak cili api nangka muda dan daging

BAHAN-BAHAN :
400g nangka muda (rebus bersama sedikit garam dan asam keping)
300g daging (rebus empuk, simpan sedikit air rebusan)
1 kotak santan HARMUNI
9 tangkai cili api (tumbuk)
2 tbsp bawang merah kisar
1/2 tbsp serai kisar
1/2 tbsp halia kisar
1 tsp kunyit kisar
1 keping asam gelugur
sedikit minyak untuk menumis
secukupnya air rebusan
garam dan gula secukup rasa
CARA-CARA :

Panaskan sedikit minyak di dalam periuk
tumis bahan kisar dan cili tumbuk sehingga garing
masukkan daging rebus
dan juga sedikit air rebusan. Masak hingga menggelegak
Tambahkan 1 kotak santan dan selebih air rebusan. (kuantiti agak2, tidak terlalu cair @pekat)
masukkan nangka rebus, asam gelugur dan juga bahan perasa.
Setelah terbit minyak, bolehlah 
diangkat dan dinikmati bersama nasi panas, ulaman dan ikan masin.

Friday, April 1, 2016

Kambing grill pedas

 BAHAN-BAHAN ;
5 keping lamb chop (pressure cook selama 35 minit sehingga lembut)
1 tsp dried rosemary
1 tsp dried oregano
sedikit serbuk lada hitam kasar
kicap cair secukupnya
cili flakes mengikut citarasa (nak pedas, lebihkan)
3 tbsp sos dari ayam butterfly

CARA-CARA :
 Campurkan kesemua bahan bersama daging yang telah ditos.
Grill di atas kuali sehingga garing.
Sedia dihidangkan sebagai bekal untuk perkelahan.

Ayam panggang butterfly


 BAHAN-BAHAN ;
1 ekor ayam (potong tulang belakang, tekan hingga leper)
1 tsp serbuk 5 spice
1 tsp serbuk bawang putih
1 tsp dried oregano
1 tsp serbuk lada hitam
2 tsp garam
1/2 tbsp serbuk pati ayam
sedikit butter untuk sapuan

CARA-CARA :
Perap ayam dengan kesemua bahan di atas sekurang2nya 1/2 jam. Lebih enak jika diperap semalaman.
Balut ayam dengan aluminium foil.
Panggang ayam di dalam ketuhar sehingga masak.
15 minit terakhir, bukak foil dan perangkan kulit ayam sehingga garing. 

BAHAN SOS :
Lebihan jus dari dulang ayam panggang
lada hitam kisar secukupnya
sos lada hitam
sos cili kimball
mix apple n grape juice (jika ada)
stok ayam
garam dan gula secukup rasa

CARA-CARA :
Renihkan bahan di atas sehingga pekat.

Murtabak mini


 BAHAN-BAHAN :
kulit popia secukupnya
telur secukupnya (kocok)
4 keping daging burger Ramly (hancurkan)
1/2 labu bawang besar (cincang)
2 ulas bawang putih (cincang)
sedikit halia (cincang)
1 tbsp serbuk kari daging @ serbuk kurma
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

BAHAN ACAR BAWANG :
1 labu bawang besar (hiris)
sedikit pewarna merah
sedikit air panas
cuka, garam dan gula secukupnya
****CAMPURKAN SEMUA BAHAN DAN KETEPIKAN****

 CARA-CARA :
Panaskan minyak di dalam kuali.
Tumis bahan cincang hingga wangi.
Masukkan rempah kari dan sedikit air. 
Kacau hingga terbit minyak.
Tambahkan daging burger, garam dan gula secukup rasa.
Ketepikan.
Sementara itu, bentang kulit popia.
Didalam mangkuk kecil campurkan sedikit inti bersama sedikit telur.
Gaul rata dan sudukan ke dalam kulit popia. 
Lipat dan masak di atas kuali yang telah dilengser sedikit minyak hingga garing.
Sedia dicicah bersama acar bawang.

Thursday, March 3, 2016

Kerabu pauh

 
 BAHAN-BAHAN :
2 biji mangga epal muda (parut memanjang)
2 biji tomato (buang biji, hiris memanjang)
1/2 labu bawang besar (hiris nipis memanjang)
7 tangkai cili api @ lebih (hiris bulat)
segenggam daun ketumbar (hiris kasar)
garam, gula dan sos ikan secukup rasa
jus limau kasturi secukupnya

CARA-CARA :
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.
Gaul rata.
Sedia dihidangkan bersama nasi @ diratah begitu sahaja.




Gulai lemak sotong dan buah ketereh


 BAHAN-BAHAN :
10 biji buah gajus @ketereh (hiris, rendam air garam, rebus & perah. Tos)
5 ekor sotong sederhana (hiris)
2 batang serai (ketuk)
1 labu bawang besar, saiz kecil (tumbuk)
sedikit lada hitam (tumbuk)
2 gelas santan

CARA-CARA :
Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan renihkan di atas api sederhana.
Kacau selalu agar tidak pecah minyak.
Tambahkan bahan perasa.
Matikan api dan enak dihidangkan bersama nasi panas, ikan goreng dan sambal belacan.

Masak lemak cendawan dan labu


 BAHAN-BAHAN :
1/4 biji labu kuning kecil (dadu besar)
10 tangkai cendawan shitake segar (belah 2)
1 batang serai (ketuk)
500ml santan
segenggam daun selasih
segenggam ikan bilis
garam secukup rasa

DITUMBUK :
1/2 labu bawang besar
1/2 tsp lada hitam
1/2 tsp halia

CARA-CARA :
Masukkan labu ke dalam periuk bersama santan, ikan bilis, serai dan bahan tumbuk.
Renihkan di atas api sederhana sehingga labu separuh empuk.
Kacau selalu supaya tidak pecah minyak.
Kemudian tambahkan bahan-bahan lain dan masak sehingga cendawan lembut.
Masukkan garam secukup rasa dan akhir sekali masukkan pula daun selasih.
Matikan api dan sedia dihidangkan bersama nasi, budu, sambal dan ikan masin......

Gajus @jangguih @buah ketereh


Roti manis

 BAHAN-BAHAN :
1/2 c air suam
1/2 c susu segar suam
1 biji telur (kocok)
1/3 c mentega (lembut)
1/3 c gula
1 tsp garam
3 3/4 c tepung serbaguna
1 (.25oz) yis segera
1/4 c mentega lembut (untuk disapu semasa mencanai)
gula+serbuk kayu manis (jika suka)   
 CARA-CARA :
Campurkan ragi bersama air suam dan sedikit gula.
Ketepikan dan tunggu hingga berbuih.
Sementara itu, masukkan mentega, tepung, baki gula, garam, telur dan susu suam ke dalam mangkuk pengadun.
Adun menggunakan hook dengan kelajuan sederhana.
Masukkan bancuhan ragi dan adun lagi sehingga licin.
Ketepikan dan tunggu sehingga adunan kembang 2 kali ganda.
Kemudian, tumbuk2 adunan yang telah kembang untuk mengeluarkan angin.
Canai, sapukan mentega dan bolehlah ditaburi dengan gula yang telah digaul bersama serbuk kayu manis (jika suka)
Bentukkan mengikut citarasa.
Ketepikan lagi sehingga roti kembang dan bolehlah dibakar sehingga masak.
Enak dinikmati bersama secawan kopi pak belalang...





Tuesday, February 16, 2016

Kerutuk Ayam Kelantan

 BAHAN-BAHAN :
1/2 ekor ayam (potong kecil)
3 tangkai cili hijau (belah 2)
1 paket rempah kerutuk Kelantan
2 tbsp kerisek kelapa
1/2 kotak santan KARA
2 kotak air
1 labu bawang besar (belah 4)
1 labu bawang besar +2 ulas bawang putih (kisar)
1 tsp kunyit kisar
1 tbsp halia kisar
2 tbsp cili kisar
1 tsp lengkuas kisar
2 batang serai (ketuk)
2 asam keping
gula melaka dan garam secukup rasa
minyak untuk menumis

REMPAH TUMIS:
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum cengkih
5 kuntum bunga lawang


CARA-CARA :
Panaskan minyak di dalam periuk.
Tumis rempah tumis sehingga meletup-letup.
Masukkan bahan kisar dan serai tumis hingga garing.
Masukkan pula rempah kerutuk yang telah digaul bersama sedikit air.
Masak hingga rempah terbit minyak.
Masukkan ayam dan masak lagi sehingga ayam kecut.
Kemudian masukkan pula santan, asam keping dan juga air. 
Setelah mendidih tambahkan kerisek kelapa, gula melaka dan juga garam secukup rasa.
Akhir sekali masukkan bawang dan cili besar.
Masak sehingga bawang layu dan kuah sedikit pekat.
Enak dihidangkan bersama nasi panas @ dicicah bersama pulut kuning.

Siakap sos pedas

 BAHAN-BAHAN :
1 ekor ikan siakap (sapu garam kunyit, goreng terendam)
sos tiram secukupnya
sos cili secukupnya
garam dan gula secukup rasa
sedikit air
minyak untuk menumis

DIKISAR :
5 batang serai (hiris)
1 biji tomato masak
1/2 labu bawang besar
10 tangkai cili api @ lebih

CARA-CARA :
Panaskan minyak di dalam kuali.
Tumis bahan kisar hingga wangi dan naik bau.
Masukkan sos-sos dan juga air.
Perasakan.
Setelah kuah agak pekat, masukkan ikan yang telah digoreng.
Gaul rata.
Sedia dihidangkan.

Nasi goreng hitam manis

BAHAN-BAHAN :
2 pinggan nasi
2 pokok daun bawang (hiris 2cm)
2 biji telur
kicap manis 
garam
minyak untuk menumis

DITUMBUK :
segenggam ikan bilis
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 tangkai cili merah
1 inci belacan

CARA-CARA ;
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga garing.
Pecahkan telur dan kacau hingga berketul.
Masukkan nasi, daun bawang, garam dan kicap manis secukup rasa.
Gaul sebentar dan sedia dihidangkan.

Monday, February 8, 2016

Ayam cili kering

 BAHAN-BAHAN ;
17 betis ayam (dilumur garam, goreng 1/2 masak)
10 tangkai cili kering (potong 3)
5 ulas bawang putih (cincang)
1/2 tsp lada hitam (tumbuk kasar)
1 tbsp sos cili
3 tbsp sos tiram NONA
2 tbsp sos tomato
1/2 c air
2 biji tomato (belah 6)
segenggam daun ketumbar
garam, gula dan sedikit kicap cair
minyak untuk menumis

 CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih bersama cili kering sehingga wangi.
Masukkan betis ayam dan juga sos-sos.
Tambahkan air dan gaul rata.
Masukkan juga lada hitam, tomato dan bahan perasa.
Masak sehingga betis ayam lembut.
Taburkan daun ketumbar sebelum menghidang.

Puding jagung

 BAHAN-BAHAN :
1 liter susu segar
150 g gula
130 g tepung kastad
1 1/2 tin jagung krim
sedikit garam (untuk menaikkan lemak)
2 helai daun pandan (carik, simpul)

CARA-CARA :
 Bancuh tepung kastad bersama sedikit susu segar,
Kacau sehingga larut.
Masukkan lebihan susu ke dalam periuk bersama gula dan didihkan di atas api kecil.
Masak hingga gula larut.
Tambahkan tepung kastad, jagung, daun pandan dan sedikit garam.
Kacau selalu sehingga adunan pekat.
Basahkan acuan puding, masukkan adunan kastad yang telah likat.
Sejukkan sebentar dan kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais.
Enak dihidangkan untuk minum petang.



Pulut serunding

 BAHAN-BAHAN :
2 c beras pulut  (dibasuh dan direndam)
secukupnya santan pekat
sedikit garam
minyak untuk menumis
1/2 biji kelapa parut
garam + gula 

DIKISAR :
1 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering (rendam)
5 batang serai (hiris)
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
sehiris nipis lengkuas
1 tsp jintan manis (sangai)
segenggam udang kering

CARA-CARA :
 Kukus pulut bersama santan pekat dan garam sehingga masak.
Kepalkan bulat-bulat. Ketepikan.
Sementara itu, panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bahan kisar sehingga garing dan wangi.
Masukkan kelapa parut dan masak sehingga serunding kering.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Pulut serunding lebih enak jika serundingnya sedikit manis.



Pakchoy sos tiram

 BAHAN-BAHAN :
3 pokok siew pakchoy (belah 2, cuci bersih)
6 ulas bawang putih (ketuk)
1/2 tsp serbuk pati ayam
sos tiram NONA secukup rasa
sedikit kicap cair (jika perlu)
1 tsp tepung jagung (bancuh bersama sedikit air)
minyak untuk menumis

CARA-CARA :
Panaskan air di dalam periuk. Masukkan sedikit garam.
Celur sawi sebentar, angkat dan masukkan ke dalam mangkuk berisi ais.
Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan pati ayam, sos tiram dan bancuhan tepung jagung.
Gaul rata.
Jika perlu masukkan sedikit kicap cair.
Toskan pakchoy, susun di dalam pinggan.
Tuangkan sos dan sedia dihidangkan.

Friday, February 5, 2016

Tumis sotong tin

 BAHAN-BAHAN :
1 tin besar sotong dalam kicap cair (REX)
2 ulas bawang putih (cincang)
1 labu bawang besar (hiris)
1 tangkai cili merah (hiris)
1 biji tomato (dadu)
sedikit sos tiram NONA
secubit garam (jika perlu)
sedikit kicap manis cap KIPAS UDANG
minyak untuk menumis


 CARA-CARA :
Hiris nipis sotong, tos dan ketepikan.
Tumiskan sedikit minyak di dalam kuali.
Masukkan bawang putih. 
Tumis hingga wangi.
Masukkan sotong, bahan hiris dan juga tomato.
Kacau rata.
Masukkan pula sos tiram dan kicap manis.
Sesuaikan rasanya.
Sedia dihidangkan.