Wednesday, February 3, 2016

Gulai daging dan nangka muda

BAHAN-BAHAN :
500g daging (hiris nipis, rebus hingga lembut)
2 paket nangka muda (hiris, rebus bersama asam keping, tos)
2 tbsp serbuk kari daging
1 kotak santan KARA
air rebusan daging secukupnya
1 asam keping
sedikit rempah tumis (kulit kayu manis, pelaga, cengkih, bunga lawang)
garam dan gula
minyak untuk menumis

BAHAN KISAR :
1 labu bawang besar (sederhana)
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 tangkai cili merah

CARA-CARA :
Panaskan minyak di dalam periuk.
Tumis rempah tumis.
Masukkan bahan kisar dan masak sehingga garing.
Tambahkan serbuk kari yang telah dicampur bersama sedikit air rebusan.
Masak sehingga terbit minyak.
Kemudian masukkan daging, asam keping, santan dan juga air rebusan.
Masak sehingga mendidih.
Masukkan nangka rebus dan juga bahan perasa.
Gaul rata dan sedia dihidangkan.

Sup kobis


BAHAN-BAHAN :
1/4 biji kobis kecil (hiris)
1 kotak tofu (dadu besar)
3 ulas bawang putih (ketuk)
1/2 labu bawang besar (hiris)
1 tangkai cili merah (hiris)
1 tbsp serbuk pati ayam
air secukupnya untuk kuah
garam
sedikit minyak untuk menumis

CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu.
Masukkan air secukupnya.
Tunggu hingga mendidih.
Kemudian masukkan kobis, cili dan bahan perasa.
Masak hingga kobis lembut.
Akhir sekali masukkan tofu, kacau rata.
Sedia dihidangkan.

Kembung tiga rasa



BAHAN-BAHAN ;
4 ekor ikan kembung (sapu garam kunyit, goreng)
1 tbsp sos tiram
2 helai daun limau purut (hiris halus)
sedikit nanas tin (hiris)
jus limau kasturi secukup rasa
garam dan gula
minyak untuk menumis

BAHAN KISAR :
15 tangkai cili api hijau
20 tangkai cili api merah
2 batang serai (hiris)
1 inci halia
1 labu bawang besar (sederhana)
3 ulas bawang putih

CARA-CARA :
Tumis bahan kisar sehingga garing. 
Masukkan sos tiram, garam, gula, nenas dan daun limau purut.
Gaul rata.
Matikan api.
Tambahkan ikan yang telah digoreng.
Perahkan jus limau kasturi dan sedia dihidangkan bersama nasi panas.

Singgang asam pedas nanas

BAHAN-BAHAN :
1/2 kg ikan tongkol
1 mangkuk kecil nanas muda (celur, toskan)
1 hiris lengkuas (ketuk)
3 batang serai (ketuk)
1 inci kunyit (hiris)
asam keping
2 tangkai daun kesum
air secukupnya untuk kuah
garam dan gula secukup rasa

DIKISAR :
1/2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
cili api dan cili besar (ikut citarasa)
sedikit belacan bakar

CARA-CARA :
Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
Didihkan di atas api sederhana sehingga menggelegak.
Tambahkan bahan perasa secukupnya.
Sedia dihidangkan bersama nasi panas, ulaman dan sambal belacan.

Udang goreng kunyit

 BAHAN-BAHAN ;
15 ekor udang besar (bersihkan)
1/2 tbsp kunyit kisar
1/2 tbsp halia kisar
garam secukup rasa
1 labu bawang besar (hiris)
1 tangkai cili hijau (hiris)
sedikit minyak untuk menumis

CARA-CARA :
Perap udang bersama garam, kunyit dan halia kisar. 
Ketepikan 15 minit.
Panaskan minyak di dalam kuali.
Goreng udang menggunakan api besar sehingga udang kecut.
Masukkan bahan hiris dan matikan api.
Sedia dihidangkan.

Kari ayam stail kering


 BAHAN-BAHAN :
1/2 ekor ayam (potong kecil)
2 paket kecil serbuk kari ayam
2 biji kentang (potong dadu)
1 tangkai cili merah (hiris)
1 c air
1/2 c susu cair
1 tbsp sos tomato
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

DIKISAR :
1 labu bawang besar (sederhana)
1 inci halia
2 ulas bawang putih


CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
Masukkan serbuk kari dan sedikit air.
Kacau sehingga naik minyak.
Tambahkan ayam dan kentang.
Masak sehingga ayam kecut.
Kemudian masukkan air, susu cair, sos tomato dan juga perasa.
Gaul rata dan masak sehingga kuah sedikit kering.
Akhir sekali masukkan cili hiris jika suka. 
Sedia dihidangkan bersama nasi @ pulut kuning.

Tuesday, February 2, 2016

Jika kau rasa getarnya....


Nur Kasih....


Kurnia...


Kembali Terjalin


Masih terserlah ayumu


Dirantai digelangi rindu


Rahsia pohon cemara


Skodeng.....


Saling merindu....


Sayang anakku sayang....

 Ini nukilan anak sulung saya sewaktu berumur 5 tahun.
Sekarang dah berumur 13 tahun...segala surat2 dan cenderahati drp beliau semuanya saya simpan. Besok nak tunjuk kat cucu-cucu pulak.



 ha...ha....di samakan dengan ikan paus.

 kad raya...ki..ki...


 Paling menyentuh hati...harap2 kalau dah kawin besok pun Ibu tetap  No 1

Angah dan Abam Miki

Comelkan ...yang mana satu lagi comel ki...ki...
budak Miki ni sekarang dah comot, suka merayau. 2 hari lepas siap bwk balik kertas gam tikus. Siap ada bangkai tikus lagi melekat kat bontot hu...hu...
2-3 hari jugak la dok mandikan...gunting bulu..xmau hilang2 kesan gam.
Apa laa budak comot ni.....

Dapatkan kopi pak belalang di sini...

Untuk penggemar-penggemar kopi pak belalang...jika anda berada di Ampangan bolehlah berkunjung ke NURSAFAS di persiaran BAKAWALI. Dapatkan stok anda di sini. Berdekatan dengan STADIUM PAROI...bersebelahan dengan Pusat Rawatan GT HERBS.

Selamat maju jaya anakanda Nabil Yusuf...


 Gambar tahun lepas, semasa pendaftaran Nabil di YAYASAN AS SOFA 15DEC2015.
Anak yang sulung....diharap dapat menjadi contoh yang baik kepada adik-adik. Moga dapat membimbing ibu dan ayah juga ke arah kehidupan yang lebih diredhai...selamat berjuang anakku...DOA IBU SENTIASA BERSAMA MU...


Udang sambal manis bermadu

 BAHAN-BAHAN :
20 ekor udang sederhana besar
1 tbsp kicap pekat manis
2 tbsp madu
1 asam keping
8 biji belimbing buluh
sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa

BAHAN KISAR :
segenggam cili kering (rebus)
8 tangkai cili api
1 labu bawang besar saiz sederhana
1 ulas bawang putih
secubit belacan

CARA-CARA :
 Panaskan minyak di dalam kuali.
Tumiskan bahan kisar bersama sedikit gula sehingga garing.
Masukkan udang, kicap, madu dan asam keping.
Tambahkan garam secukupnya, rasa apa yang kurang.
Setelah itu, masukkan belimbing buluh.
Masak hingga sebati.
Sedia dihidangkan.