Saturday, September 6, 2014

Nasi kapit bersambal...biasa-biasa aje

 Teka lauk apa...ada ikan sardin, nenas manis cicah asam boi dan juga sup ayam dan bunga kobis. Ni kira malas sangat la ni nak masak. 

 Ni pulak nasi kapit bersambal... sambalnya cukup senang nak buat. Ikan kembung bakar,kelapa muda parut, bawang merah, halia sikit, serai, lada hitam sikit jika suka, gula melaka dan juga garam sikit je. Mula-mula sangai kelapa dan bawang, halia, serai hingga kelapa garing. Kemudian tumbuk bersama ikan dan juga gula melaka. Kalau boleh biarlah sehingga agak berminyak. Dah sedia dicicah dengan nasi kapit.

Biasa-biasa aje....

 Besok lunch masak apa ya.....apa kata kalau masak simple macam ni. Mau makan bertambah jugakkan...jangan pening kepala nak masak apa ..gini dah cukup...
ikan kerisi goreng, sup petola, sotong goreng bersama  kacang panjang dan xlupa sambal belacan. sedap... 

Biasa-biasa aje....

 Siapa suka makan bihun sup Utara...angkat tangan...
resepi macam sup biasa juga tapi mesti ada sambal merah, tauhu goreng dan lobak masin. Bihun pulak mesti kaler kuning. Kalau kaler putih jadi bihun sup aje...xde Utara.
Resepi dah pernah letak kat sini korang godek la ye. Sama gak ngan kuih kaswi tu...selamat mencuci mata anak-anak semua... 

Kailan tumis bawang putih....fresh dari kebun

 BAHAN-BAHAN :
1 ikat kailan
7 ulas bawang putih
sedikit kicap cair
secubit garam dan gula
sedikit minyak untuk menumis
CARA-CARA :
Panaskan minyak dan tumis bawang hingga wangi.
Masukkan sayur bersama bahan-bahan perasa.
Kacau rata dan sedia dihidangkan bersama nasi @ diratah begitu sahaja.

Peria rangup


 Peria rangup macam yang dok ada kat kedai mamak tu....selalunya makcik proses ni bukan untuk makan ngan nasi tapi sebagai kudapan sambil tengok tv...bahan-bahan biasa aje, peria katak, tepung goreng pedas jenama bistari, pewarna merah sikit. Peria tu makcik sagat nipis-nipis..basuh ngan air garam, lepas tu perah. Golekkan dalam tepung rangup dah siap....sedia untuk digoreng.

Donat

 Donat ni sebenarnya makcik gentel dah lama...lupe lak guna resepi saper...
nanti laa makcik recall balik ye...

Corn dog

 BAHAN-BAHAN :
sosej secukupnya
1/2 c tepung suji
1/3 c tepung gandum
sedikit garam
sedikit serbuk pati ayam
sedikit serbuk penaik
1 biji telur
air secukupnya (bancuhan agak pekat)
minyak untuk menggoreng terendam
CARA-CARA :
Bancuh semua bahan di dalam bekas tinggi (cth; gelas @ jag)
Celupkan sosej dan goreng terendam.
Sedia dihidangkan panas-panas bersama sos cili.

Wednesday, August 6, 2014

Lamb chop dalam sos

 Lamb chop ni makcik masak guna pressure cooker. 45 minit gerenti siap.

BAHAN-BAHAN :
2 paket lamb chop (lebih kurang rm30)
3 tbsp sos tomato kimball
2 tbsp madu
3 tbsp sos tiram nona
2 tbsp sos lada hitam
sedikit mixed herbs
garam secukup rasa
1 cawan air
1 tbsp tepung jagung

 CARA-CARA :
Masukkan semua bahan kecuali tepung jagung ke dalam periuk tekanan. 
Gunakan high pressure selama 45 minit.
Off kan fungsi HIGH PRESSURE dan lepaskan tekanan.
Keluarkan chop kambing dan susun ke dalam pinggan.
Satukan tepung jagung bersama sedikit air.
Off kan fungsi HP dan gunakan mod STIR FRY.
Tuangkan bancuhan ke dalam kuah.
Kacau sebentar dan tuangkan ke atas chop tadi.
Enak dicicah bersama roti perancis.

Sos spaghetti ala Nasya

 BAHAN-BAHAN :
5 keping daging burger Ramly (dihancurkan)
1 labu bawang holland (bawang besar kuning)
1 tin sederhana pati tomato Duchef
1 tin cendawan
1 biji cili benggala (jika suka)
lada hitam, mixed herbs dan daun bay
sedikit air
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang yang didadu sehingga layu.
Masukkan daging dan kacau sebentar.
Tuangkan pati tomato dan sedikit air. 
Tambahkan lada hitam tumbuk, sedikit mixed herbs dan sehelai daun bay.
Masukkan juga cendawan dan lada benggala. 
Renihkan di atas api sederhana sambil dikacau selalu.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Sedia dihidangkan bersama spaghetti @ dicicah bersama roti......

Siakap stim limau

 Resepi biasa saja...xrekod pun. Main agak2 aje ye.
yang penting cukup masam manisnya. Makcik letak cili api banyak2, bawang putih, serai, garam, gula,dan jus limau. Makcik taruk jus limau kasturi fresh from my garden. Ewwahhhhh.
Xpedas xsedap tau. 

Tuesday, August 5, 2014

Ayam rendang pedas

 BAHAN-BAHAN :
6 ketul ayam
1 kotak santan kara + 1 kotak air
air asam secukupnya
sehelai daun kunyit
garam dan gula melaka 
DIKISAR :
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 hiris lengkuas
1/2 inci halia
2 batang serai
15 tangkai cili kering (rebus)
CARA-CARA :
Masukkan semua bahan kedalam periuk kecuali daun kunyit.
Renih di atas api sederhana hingga ayam empuk dan kuah pekat.
Tambahkan daun kunyit yang diracik halus dan juga bahan perasa.
Sedia dihidangkan bersama ketupat @ nasi lemak.

Kari merah Thai

 Ayam kari merah masak guna rempah ready made aje. Senang dan cepat dimakan. Makcik cuma tambah kentang, daun selasih dan daun limau purut. Mudahkan...


Sunday, May 18, 2014

Gerodok telur

Kuih ni kuih tradisional Kelantan. Macam serimuka jugak cuma bezanya serikaya kat atas tu banyak telur....lemak berkrim. Kalau serimuka letak jus pandan, gerodok pulak letak gula melaka. Resepi lebih kurang serimuka juga.

Bingka pandan berempah


BAHAN-BAHAN :
10 helai daun pandan 
2 1/4 mangkuk kecil santan (guna bowl ikea yg kaler2 tuu)
1 mangkuk kecil tepung gandum (guna mangkuk yang sama)
4 biji telur gred A
13 tbsp gula (nak kurang sikit pun boleh)
1/2 tsp garam
hujung sudu teh serbuk kayu manis (sikit jerr)
hujung sudu teh serbuk jintan manis
1 tsp minyak sapi
sedikit bijan untuk tabur
CARA :
Kisar daun pandan bersama sedikit santan hingga hancur. Tapis.
Satukan kesemua bahan ke dalam pengisar dan kisar hingga hancur.
Masukkan ke dalam periuk dan tenggekkan di atas dapur sekejap hingga naik wap.
Masukkan ke dalam loyang yang telah disapu minyak dan dialas foil.
Taburkan bijan dan bakar hingga masak.
Kalau suka garing boleh guna grill atas selama 10 minit.
Biarkan sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.

Tuesday, May 6, 2014

Kangkung goreng lada hitam

 BAHAN-BAHAN :
1 ikat kangkung
300 g daging batang pinang (hiris nipis)
1 tangkai cili merah (hiris)
4 ulas bawang putih (ketuk)
2 tbsp sos tiram Nona
1 tsp @ lebih lada hitam (tumbuk pecah-pecah)
sedikit minyak untuk menumis
garam jika perlu
CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan daging, lada hitam dan juga sos tiram. 
Masak hingga daging empuk.
Tambahkan kangkung dan cili.
Kacau rata dan sedia dihidangkan bersama nasi panas @ dimakan begitu saja.

Lepat ohh lepat.....

 Lepat pisang.....kuih kegemaran orang2 Melayu. Senang sangat nak buat ni. Makcik takde sukatan pun main agak-agak aje. Apapun adunannya lebih kurang cokodok gitu tapi pekat sikit kot. Ahhh camner nak xplain ye. Tengah tu isi ngan kelapa parut muda gaul garam .
Delicioso.....

Thursday, May 1, 2014

Biasa aje....

 Kekadang jemu makan nasik je kan...apakata makan mi pulak. Senangkan....xyah masak lauk dah.

Seperiuk untuk makan 5 beranak.

Sunday, April 20, 2014

Busyuk-busyuk dah 2 tahun......

 14 Mac itu hari genaplah usia Baby Izz 2 tahun. Cepatnya masa berlalu huuu....apa-apa pun semoga anak2 ibu menjadi anak yang soleh dan bahagia dunia dan akhirat. Amin.



Daging dendeng

 BAHAN-BAHAN :
700g daging (rebus, hiris nipis dan ketuk. Goreng garing)
2 labu bawang holland + 7 tangkai cili merah (tumbuk kasar)
5 kuntum bunga cengkih
sedikit serbuk lada hitam kasar
air asam secukupnya
gula merah dan garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
CARA-CARA :
Panaskan kuali dan tumis bahan tumbuk juga cengkih hingga wangi.
Masukkan daging, lada hitam, air asam dan juga perasa.
Masak hingga garing dan pecah minyak.
Sedia dihidangkan bersama nasi panas @ diratah begitu sahaja.

Sayur air kulat pusu (busut)

Soul food ni....cendawan ni tumbuh kat busut time musim hujan. Payah nak jumpa sekarang ni. Hari tu ada orang jual rm5 seikat. Apalagi beli laa...masaknya macam biasa...bawang merah, lada hitam, ikan bilis (tumbuk) letak laa keledek, pucuk manis, pucuk cili padi. Sayur ni mesti letak budu...garam dah tak payah masuk......sedap sungguh...slurpp....slurpp.....