14 Mac itu hari genaplah usia Baby Izz 2 tahun. Cepatnya masa berlalu huuu....apa-apa pun semoga anak2 ibu menjadi anak yang soleh dan bahagia dunia dan akhirat. Amin.
Sunday, April 20, 2014
Daging dendeng
BAHAN-BAHAN :
700g daging (rebus, hiris nipis dan ketuk. Goreng garing)
2 labu bawang holland + 7 tangkai cili merah (tumbuk kasar)
5 kuntum bunga cengkih
sedikit serbuk lada hitam kasar
air asam secukupnya
gula merah dan garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
CARA-CARA :
Panaskan kuali dan tumis bahan tumbuk juga cengkih hingga wangi.
Masukkan daging, lada hitam, air asam dan juga perasa.
Masak hingga garing dan pecah minyak.
Sedia dihidangkan bersama nasi panas @ diratah begitu sahaja.
Sayur air kulat pusu (busut)
Soul food ni....cendawan ni tumbuh kat busut time musim hujan. Payah nak jumpa sekarang ni. Hari tu ada orang jual rm5 seikat. Apalagi beli laa...masaknya macam biasa...bawang merah, lada hitam, ikan bilis (tumbuk) letak laa keledek, pucuk manis, pucuk cili padi. Sayur ni mesti letak budu...garam dah tak payah masuk......sedap sungguh...slurpp....slurpp.....
Kuih tangkup resepi Pn Wila
Resepi ni pun dah pernah publish dulu. Bezanya kali ni makcik tambah durian dalam kastard.....fuhh bertambah-tambah kolesterol...takpe janji sedapkan...kann...intai kat sini ya.
Ikan percik putih
Resepi biasa aje dah pernah post sebelum ni...kalau berkenan boleh check kat sini ye darling. Ubah suai le mana yang patut ok.....
Friday, April 18, 2014
Biasa-biasa aje........
Menu biasa untuk yang cari idea nak masak apa......
ikan kembung bakar tawar cicah budu ngan durian, ulam timun dan celur bendi dan tomyam putih.
Sedap xterkata.....
Tuesday, February 25, 2014
Kuzi ayam NaSya
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam (potong kecil, perap dengan bawang putih, garam dan halia, goreng 1/2 masak)
2 labu bawang holland (kalau boleh)
2 ulas bawang putih (ditumbuk untuk lumur ayam)
2 inci halia (ditumbuk untuk lumur ayam)
1 paket rempah kuzi cap Selising
1 genggam kismis kuning (basuh dan goreng sebentar)
5 tbsp sos tomato kimball
1 tbsp susu pekat manis
1 tin susu cair
1 senduk minyak sapi
sedikit minyak masak
1 mangkuk kecil badam, rendam, buang kulit dan belah 2 (makcik xde stok...guna badam kisar je)
CARA :
Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk.
Gorengkan bawang besar yang telah dihiris hingga layu. (Jangan garing)
Kisar bawang hingga hancur.
Sementara itu, goreng ayam menggunakan minyak yang sama
sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Di dalam periuk yang sama, masukkan kembali bawang yang telah dimesin
masukkan juga rempah kuzi dan masak hingga terbit minyak
tambahkan susu pekat
sos tomato, kismis dan juga badam. Gaul rata.
Tambahkan ayam dan juga susu cair
masukkan garam secukup rasa
masak sehingga pekat dan terbit minyak
Enak dicicah bersama roti.
Tuesday, January 7, 2014
sup ayam simple
BAHAN-BAHAN :
1/2 kg ayam
4 biji kentang
1 sup bunjut adabi
3 ulas bawang merah ( hiris)
4 ulas bawang putih ( hiris)
3 inci halia ( hiris)
1 tbsp ketumbar biji (tumbuk)
1/ 2 tbsp jintan manis (tumbuk)
1/ 2 tbsp jintan putih ( tumbuk)
1 batang kayu manis
6 kuntum cengkih
Sedikit minyak untuk menumis
1 tsp lada hitam ( tumbuk)
Daun sup Dan daun bawang
Garam secukup rasa
2 mangkuk besar air
CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
Tumis bahan hiris dan bahan tumbuk sehingga wangi.
Masukkan juga bunga cengkih dan kayu manis.
Tuangkan air.
Masukkan sup bunjut adabi dan masak sehingga air mendidih.
Kemudian masukkan ayam dan juga kentang.
Masak sehingga kentang empuk.
Perasakan secukupnya.
Taburkan daun sup dan daun bawang sebelum menghidang.
Jika suka boleh juga ditabur dengan sedikit cili api hiris dan diperah limau.
Saturday, December 28, 2013
Ayam madu dan mana pegi gambor2 ku hu...hu....
Ayam madu masak mcm biasa tapi hati makcik sedih luar biasa.....ada sapa2 tau macamana gambor boleh hilang ye...penat lelah makcik tersungkur mlm2 buta hilang cam tu jerr. Ermmmmm ada hikmah la kot....Insyaallah kalau ada masa nanti makcik upload balik ye darling2...nak kena check folder balik...
Untuk resepi ayam ni senang aje, makcik humban je ayam beku 1/2ekor dlm magic cooker. Pastu letak sos cili 2tbsp, sos tiram 2tbsp, sos tomato 2 tbsp, sos lada hitam 2tbsp, madu 2tbsp, mixed herb 2 tsp @lebih, garam halus 1tsp kfc tuu. Dah tu guna high pressure 30 minit. Lepaskan tekanan tu dan sambung lagi guna stir fry jap utk kasi pekat. Ayam tu keluarkan laa ganti pulak ngan sosej n bebola....siaplaaaa. Kalau xde magic cooker buatla cara biasa wokess...mmuahh. ..sayang korang...
Untuk resepi ayam ni senang aje, makcik humban je ayam beku 1/2ekor dlm magic cooker. Pastu letak sos cili 2tbsp, sos tiram 2tbsp, sos tomato 2 tbsp, sos lada hitam 2tbsp, madu 2tbsp, mixed herb 2 tsp @lebih, garam halus 1tsp kfc tuu. Dah tu guna high pressure 30 minit. Lepaskan tekanan tu dan sambung lagi guna stir fry jap utk kasi pekat. Ayam tu keluarkan laa ganti pulak ngan sosej n bebola....siaplaaaa. Kalau xde magic cooker buatla cara biasa wokess...mmuahh. ..sayang korang...
Saturday, October 19, 2013
Kue tiaw basah
Sukenye ngan benda basah-basah nie. Bukan apa ...senang nak telan xyah kunyah-kunyah. Licin je masuk tekak he...he...
sedap kalu taruk tomato banyak2. Masyam2 gitu hu...hu....jemput semua.
Siakap masak cendawan
Siakap masak cendawan...masak cam biasa cuma tambah cendawan. Korang rasa bole agak x??? alaa tumis bawang putih, bawang merah, halia sikit...cili....tambah la sos tiram. Ikan tu lak goreng garing2. Pandai2 korang la ekk. Makcik dah ingat2 lupe.
Sunday, October 13, 2013
Damai laundry.....hadiah dari yang tersayang
pakaian kita kalau ada kedut sikit dimaafkan tapi pakaian orang xboleh. Customer bayar koo. Rm 1 utk sehelai kemeja @ seluar. Kalau jubah lak Rm 2.
pembantu yang perlu dibantu....makcik gak yang sakit jiwa sebenarnya...
baju yang di dry cleaning
kena keringkan betul2. Xboleh masuk dryer.
nampak saujana mata memandangkan......tapi sekarang dah sempit sebab dah tambah mesin.
Udang celup tepung
Apa masalahnya dengan udang celup tepung.....xde masalah apenya...cuma sedap. Cepat habis. Sebab tu mesti ada bintang undangan yang lain. Kalau x makcik makan kulit udang je laa...
Asam pedas ikan kerisi
Asam pedas ikan kerisi...dah lama jadi zat pun. Saja nak menunjuk-nunjuk. (sifat dari azali) korang xterliur ke makan ngan nasik panas berkepul asap. Ada lak ulam cicah sambal belacan... ikan gelama jeruk masin....makan lak kat tepi pantai...bawah pohon nyior yang melambai-lambai.....uihhh sedapnyerrrr.
Karipap gergasi....bukan makcik buat...
Ok laa..sejibik tu bole makan satu famili. (famili makcik laa)
mi basah lagi
Mi goreng basah...malas nak tulis resepi. Dah selalu sangat buat. Mesti korang pun dah muak kan. Layan gambar je laa kasi perut lapar.
sedapnya makan ngan cili potong...nyumm...nyummm
pavlova
pavlova...orang buat makcik pun nak buat gakk. Tapi rasanya xkena ngan tekak makcik yang pelik ni. Jilat krim sikit je. Yang lain tu anak2 yang habiskan.....
macam makan marshmallow je....
Subscribe to:
Posts (Atom)











