Tuesday, March 5, 2013

Udang goreng kunyit, biasa-biasa je....

Hari Ahad sudah, en suami dan anak2 p kenduri, mcik skrg ni kalau ada kenduri memang xpernah ikut sbb ye laa susahkan dengan hero kecik nie...nak makan pun xboleh. Jadik mcik masak laa simple2 untuk tekak makcik yang ekslusif nie, udang besor pemberian sahabat dari Sandakan dok ada lagi, kita buat laa goreng kunyit. Sedap woo cicah ngan cili kicap, potong bawang sikit. Tapi mcik dapat makan kulit ngan kepala je sbb hero tengah dan bongsu dah cekik dulu.....hu...hu...hu...

Lauk orang kampung lagi.....

 Jemput makan ya semua...

Menu mangkuk tingkat Selasa, 5 Mac 2013

 cendawan tumis
tomyam ayam
sup bebola ikan dan cendawan tiram
telur bungkus dan juga para pelakon tambahan, sambal belacan, ikan masin dan ulaman.

Lauk orang kampung...makan bawah pokok pisang enaknye, Ady temankan boley?

 kesian asam pedas tu dah xde kuah. Makan nasik ngan ayam goreng kunyit, ikan masin bulu ayam dan juga ulam kacang botor dan timun, sedapnya....

Menu mangkuk tingkat Isnin, 4 Mac 2013

 Lauk biasa aje, asam pedas ikan kembung
 pakchoy sos tiram 
dan ayam goreng kunyit. Pelengkapnya sambal belacan, ulam dan ikan masin

Ayam masak kicap simple

Ayam secukupnya disapu garam kunyit dan goreng 1/2 masak. Rencahnya, bawang merah, bwg putih dan halia kisar. bawang besar hiris dan cili api yang diketuk ikut suka. Kicap manis kipas udang, sos cili dan garam secukup rasa...dah siapp. Kalau nak letak sos tomato sikit pun takpe, masam manis rasanya.

Saturday, March 2, 2013

Nasi bungkus

 Buat dinner untuk 40 orang makan, simple dan lauk pujaan ramai....ayam masak kicap
 kobis goreng bersos tiram
 seb baik hero cina ngan korea x mengacau orang wat kerja
simple kan.....kannnnn...semua orang pun bole buat hu...hu...hu...

Nasi bungkus

 Masak untuk lunch tadi untuk customer seramai 40 orang. Masak biasa aje, masak lemak kobis ngan tauhu dan juga ikan cencaru bakar sumbat sambal.....mmmm cicah ngan air asam @ sambal kicap sedap weyy...

Sambal ikan bilis berpetai....rq dari Kak Nik

Kak Nik mintak tolong buatkan sambal ikan bilis berpetai, barang semua Kak Nik kasi mcik tinggal godek2 je. Tak tau laa kena ke tak ngan selera Kak Nik hu...hu....

Menu mangkuk tingkat Jumaat, 1 Mac 2013

 ayam masak merah, dalca daging, ayam goreng berempah dan pelakon pembantu yang lain...gambar xsempat nak snap pun sbb bz n letih dengan tempahan customer utk bfast, lunch dan dinner utk 40 orang makan. Berpeluh gak laa ketiak hu...hu...hu...

Wednesday, February 27, 2013

Angin sepoi2 bahasa...makan nasik bawah pokok kelapa, gedebuk kena hempap ngan tandan kelapa...sakitnyaaa

 Lauk orang kampung lagi....mcik nak tunjuk sampai korang termuntah uwekk...uwekkk, jangan pitam sudahh 
masak lemak kobis bersama fucuk dan suun, daging masak merah stail kedai tomyam, sambal belacan yang boleh bikin hidung merenyam dan juga ikan kembung sumbat sambal (belacan lagi, mmg tekak kampung hu...hu....)

Menu mangkuk tingkat Khamis, 28 Feb 2013

 Hari ni masak lauk kedai siam... daging masak merah
 gaya kampung memang xboleh tinggal, ni masak lemak kobis dengan fucuk dan suun
 sambal belacan bersama ulam timun dan pucuk janggus
ikan kembung sumbat sambal bersama dengan ikan masin. Kalau dapat budu lagi best sebenarnya makan dengan masak lemak ni tapi rasa malas nak tuang dalam mangkuk...(mmmm mcik memang mangkuk hayun hu...hu...hu....)

Kerabu jantung pisang stail Kelantan

BAHAN-BAHAN :

  • 1 biji jantung pisang (rebus bersama sedikit garam dan cuka, toskan airnya dan perah)
  • 1 ekor ikan kembung saiz besar (dibakar tawar. ambil isi)
  • 1 cawan pati santan (panaskan sebentar supaya kerabu lambat basi)
  • 1 tbsp kerisek kelapa
  • secukupnya perahan jus limau nipis
  • cili api dipotong2 (ikut citarasa)
  • garam dan gula secukup rasa
DITUMBUK :

  • 1/2 biji bawang besar
  • sebesar ibu jari belacan bakar (kalau nak hidung gatal...lebihkan sikit)
  • 2 batang serai (hiris halus)
  • 1/2 tbsp lada hitam 
  • sedikit ciliapi @ cili merah
CARA :

  1. Hiris halus jantung pisang.
  2. Masukkan kesemua bahan untuk ditumbuk ke dalam lesung bersama dengan isi ikan bakar. 
  3. Tumbuk bersama dengan garam dan juga gula. Perahkan jus limau, tambahkan kerisek dan ulek dengan anak lesung sehingga sebati.
  4. Kemudian di dalam mangkuk yang berasingan, campurkan jantung pisang yang telah dihiris bersama dengan pati santan dan juga bahan tumbuk.
  5. Gaul sebati (jangan lupa pakai gloves). Rasa apa yang kurang. Jika ingin lebih pedas boleh tambahkan hirisan cili api yang telah dipotong2 seperti di atas.
  6. Selamat mencuba ya terutamanya brader Ady yang nun jauh di Kota Singa.......

Tuesday, February 26, 2013

Makanan orang kampung...makan tepi sungai pun best juge...

 Macam biasa lauk kampung juge...belum masuk bandar lagi. Kerabu jantung pisang , ikan masak lomak cili api, ayam goreng berempah, ikan gelama masin dan juga sambal dan ulam.
Mcik belum makan laie nie, tunggu pakcik koo balik dari antar makanan kat customer. Sapa2 yang nak makan bole join sekali, sila angkat tangan ya tuan-tuan...jangan malu jangan segan...

Menu mangkuk tingkat Rabu, 27 Feb 2013

 Hari ni kita buat kerabu jantung pisang cara orang Kelantan
 Ni, ayam goreng berempah request dari Knik. Yang ni kita nak makan sebab tu kecik2. Kalu yang meniaga ayam kita potong 10
masak lomak cili api ikan kembung & keli. Belimbing buluh xde, bacang pun xde, mangga muda pun sama hu...hu...ikan kembung tuu pasai Jue xmakan ikan sungai tu yang ganti ngan cik kembung kita. Ulam, ikan masin dan sambal lupe nak snap. Selamat menjamu mata.

Lauk orang kampung....makan tepi bendang sedap nie

Lauk biasa aje tapi kalau perut tengah lapor 2 pinggan bole abis. Hero dalam menu nie mesti laa ikan masin tuu...mak aii sodapp..tapi mintak maap ye, dah finish.

Menu mangkuk tingkat, Selasa 26 Feb 2013

 Macam biasa juga, lauk orang kampung. Yang ni ikan kembung kuah kicap
 asam pedas daging tetel
 sambal penyet, jantung pisang celur, ulam pucuk ketereh dan juga pembuka selera ikan selar kuning masin
kailan ikan masin (yang ni mcik xletak garam sebab ikan tenggiri jeruk dah masin cuma tumis dengan bawang putih dan sos tiram sahaja)
Selamat menjamu mata

Monday, February 25, 2013

Menu mangkuk tingkat, Isnin 25 Feb 2013

 Seperti biasa, kita orang kampung maka lauk pun lauk kampung juga. Ni ikan kembung gulai kunyit lengkuas, lauk yang xpedas
 Ikan gelama masin, celur peria katak dan juga sambal belacan nenas
pucuk paku goreng belacan ni special request dari kak Nik
ini lak ayam goreng berempah. Selamat menjamu mata ya tuan2....

Sunday, February 24, 2013

Tukang kemas rumah


Ni antara aksi2 tukang kemas rumah nie. Dah laa hari tu ada cubaan membunuh diri, ada ke patut kita tgh dok bz nak kemas dapur dia lakk pi jerut leher ngan tali apron...nie mesti banyak nengok movie nie hu...hu...
Bila dah ada ramai hero nie memang masakk sesangat ngan telatah dan aksi2 ganas diaorang
pandai pulak belen badan, kaki tu ekceli dia sangkut kat tepi palang walker sbb tu xjatuh....
aaa kutip jangan xkutip. Kaloo jatuh bangun sendiri.

Menu mangkuk tingkat Jumaat 22 Mac 2013

 Ni antara lauk untuk mangkuk tingkat hari Jumaat lepas. Yang ini ayam masak sambal tomato. Mudah saja, ayam digaram kunyit n goreng 1/2 masak. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan serai bersama buah tomato. Letak juga sos cili dan cili kisar sikit yang penting ada rasa masam manis.
 Yang ini pulak sayur campur, tumis ngan sos tiram dan pati ayam je. Ketuk bawang putih sikit. Jika suka boleh percik sikit minyak bijan tapi mcik xletak sbb takut customer xsuka.
 Yang ini pulak masak tambahan sebab ada last minit order. Tumis sawi ngan bunga kobis. Ketuk bawang putih, letak sos tiram dah siap.
Ini kari ikan ayam2. Ikan sembunyi kat bawah. Hari tu ulamnya pucuk ulam raja ngan sambal belacan. Ikan masin lak goreng ikan masin dari Tawau (yang cam keropok tuh)