Tuesday, February 26, 2013

Makanan orang kampung...makan tepi sungai pun best juge...

 Macam biasa lauk kampung juge...belum masuk bandar lagi. Kerabu jantung pisang , ikan masak lomak cili api, ayam goreng berempah, ikan gelama masin dan juga sambal dan ulam.
Mcik belum makan laie nie, tunggu pakcik koo balik dari antar makanan kat customer. Sapa2 yang nak makan bole join sekali, sila angkat tangan ya tuan-tuan...jangan malu jangan segan...

Menu mangkuk tingkat Rabu, 27 Feb 2013

 Hari ni kita buat kerabu jantung pisang cara orang Kelantan
 Ni, ayam goreng berempah request dari Knik. Yang ni kita nak makan sebab tu kecik2. Kalu yang meniaga ayam kita potong 10
masak lomak cili api ikan kembung & keli. Belimbing buluh xde, bacang pun xde, mangga muda pun sama hu...hu...ikan kembung tuu pasai Jue xmakan ikan sungai tu yang ganti ngan cik kembung kita. Ulam, ikan masin dan sambal lupe nak snap. Selamat menjamu mata.

Lauk orang kampung....makan tepi bendang sedap nie

Lauk biasa aje tapi kalau perut tengah lapor 2 pinggan bole abis. Hero dalam menu nie mesti laa ikan masin tuu...mak aii sodapp..tapi mintak maap ye, dah finish.

Menu mangkuk tingkat, Selasa 26 Feb 2013

 Macam biasa juga, lauk orang kampung. Yang ni ikan kembung kuah kicap
 asam pedas daging tetel
 sambal penyet, jantung pisang celur, ulam pucuk ketereh dan juga pembuka selera ikan selar kuning masin
kailan ikan masin (yang ni mcik xletak garam sebab ikan tenggiri jeruk dah masin cuma tumis dengan bawang putih dan sos tiram sahaja)
Selamat menjamu mata

Monday, February 25, 2013

Menu mangkuk tingkat, Isnin 25 Feb 2013

 Seperti biasa, kita orang kampung maka lauk pun lauk kampung juga. Ni ikan kembung gulai kunyit lengkuas, lauk yang xpedas
 Ikan gelama masin, celur peria katak dan juga sambal belacan nenas
pucuk paku goreng belacan ni special request dari kak Nik
ini lak ayam goreng berempah. Selamat menjamu mata ya tuan2....

Sunday, February 24, 2013

Tukang kemas rumah


Ni antara aksi2 tukang kemas rumah nie. Dah laa hari tu ada cubaan membunuh diri, ada ke patut kita tgh dok bz nak kemas dapur dia lakk pi jerut leher ngan tali apron...nie mesti banyak nengok movie nie hu...hu...
Bila dah ada ramai hero nie memang masakk sesangat ngan telatah dan aksi2 ganas diaorang
pandai pulak belen badan, kaki tu ekceli dia sangkut kat tepi palang walker sbb tu xjatuh....
aaa kutip jangan xkutip. Kaloo jatuh bangun sendiri.

Menu mangkuk tingkat Jumaat 22 Mac 2013

 Ni antara lauk untuk mangkuk tingkat hari Jumaat lepas. Yang ini ayam masak sambal tomato. Mudah saja, ayam digaram kunyit n goreng 1/2 masak. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan serai bersama buah tomato. Letak juga sos cili dan cili kisar sikit yang penting ada rasa masam manis.
 Yang ini pulak sayur campur, tumis ngan sos tiram dan pati ayam je. Ketuk bawang putih sikit. Jika suka boleh percik sikit minyak bijan tapi mcik xletak sbb takut customer xsuka.
 Yang ini pulak masak tambahan sebab ada last minit order. Tumis sawi ngan bunga kobis. Ketuk bawang putih, letak sos tiram dah siap.
Ini kari ikan ayam2. Ikan sembunyi kat bawah. Hari tu ulamnya pucuk ulam raja ngan sambal belacan. Ikan masin lak goreng ikan masin dari Tawau (yang cam keropok tuh)

Friday, February 22, 2013

Roti jala botol muncung

 singgah umah Ady...Ady hidang roti jala ngan kari daging..xleh jadik nie. Kita pun ada gak wat roti jala itu hari sbb ada masak kari ikan pastu roti benggali lak finish, hajat hati nak mencicah terpaksaaaaa la menjala. (keinginanku mmg xleh tahan)

ini kari ikan kembung, manis2 lagi isinya sedap betul. Sambil makan roti jala sambil gigit cili tu..emmmm tatau nak citer ape
cam biasa xde sukatan semuanya last minute. Kalau nak resepi sila ke rumah sepupu saya Ady. Jangan lupe kirim salam kat dia tauu he...he...

Bantal buruk @ ketayap

buat kue bantal golek buruk nie dah lama tapi biasa laa kat umah nie byk gangguan, berebut pc pun ye (lappy xmendapat tempat kat umah nie sbb kecik) terpaksa la peram bagi basi dulu

mcik selalu buat last minute kekadang tu dah larut malam baru gatai nak godek makanya xde sukatan..( kitaorang ni spesies burung punggok dari yang tua sampai yang kecik 1 am baru nak lelap)kalo nak resepi jemput le ke rumah sepupu2 kat bwh noo

 tgh melempeng
ni lak inti kelapa..letak doyan sikit kasi harum

Thursday, February 21, 2013

Lauk mangkuk tingkat semalam

 Ada keli balado, singgang daging dan juga kerabu tauge dan kerang. Sambal, ulam dan ikan masin xmoo posing. Customer kita ramai yang bwk mangkuk masing2...xpe asal tulis nama. Yang ni untuk mcik n the kuncu2 mencekik
 kerabu pedas menyengat sampai 'cokngek ekor'
 singgang daging Kelantan
 ikan keli dengan sambal cili api
pasangan yang sepadan

Contoh menu mangkuk tingkat dan model mangkuk tingkat

 Ni lauk untuk mangkuk tingkat itu hari, asam pedas ikan nyok2 dan juga pelakon xtra yang lain
 Yang ni pulak modelnya...mahal tau bayar untuk posing seksi macam ni sampai xmenyempat tuu nak pake seluor hu..hu...
 Lengkap dengan pelakon tambahan
 Ikan masin xsempat posing dah habis

Sedapnya peteney celur nie cicah sambal nyumm..nyumm...

Monday, February 18, 2013

Biasa-biasa je....

 Seronok kalau dapat makan nasik ngan sayur kangkung...sukahati mengalahkan rabbit, nape yerr mcik suka kangkung?? jangan ditanya...kangkung kan sayur orang susah, hari2 bole makan hu...hu.... Kalau asparagus tuu lain laa jarang-jarang-kadang-kadang...
sedap bila tumis ngan kicap manis cang gini

Biasa-biasa je.....

 Ikan goreng siram ngan sambal petai...sedap ooooo lauk 2 dalam 1
 sangat sesuai bagi orang yang kurengg rajin cam mcik nie...tapi nasik bole bertambah tau..makan sampai lupa diri. Makan petai sekali ngan kulit2 dia...jangan segan-segan

Puding karamel susu coklat

 BAHAN-BAHAN :

  • secukupnya gula dihanguskan bersama sedikit air (ikut citarasa, mcik lebihkan sbb suka hirup karamel tuu)
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 6 biji telur saiz A
  • 1 kotak kecil susu dutch lady perisa coklat (250 ml tu)
  • 1/2  tin air


 CARA :

  1. Tuangkan gula hangus ke dalam loyang dan biar sejuk. Sementara itu kisar kesemua bahan untuk puding. Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 40 minit.
  2. Setelah 40 minit, cucuk bahagian tengahnya dengan lidi. Jika lidi bersih bermakna puding telah masak jika sebaliknya kukus sebentar lagi.
  3. Enak dihidangkan sejuk tapi mcik terus ngapp tak sabar rasanya hu..hu...


Saturday, February 16, 2013

Kentang goreng bertelur

 BAHAN-BAHAN :

  • 3 biji kentang (kupas kulit & hiris jejari)
  • 2 biji telur (kocok)
  • 1 tbsp serbuk kari daging indra
  • 1 tbsp sos tiram
  • 1/2 biji bawang besar (cincang)
  • 1 genggam daun selasih
  • 1 tangkai cili hijau (hiris)
  • sedikit air untuk mengempukkan kentang
  • garam dan serbuk perasa
  • minyak untuk menumis


CARA :

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bawang cincang hingga wangi. 
  2. Masukkan kentang dan gaul rata. Tambahkan serbuk kari dan goreng sekejap.
  3. Tuangkan air sekadar untuk mengempukkan kentang. Setelah kentang empuk, masukkan sos tiram, telur dan juga bahan perasa.
  4. Sebelum diangkat taburkan daun selasih dan cili hiris. Gaul sebati dan sedia dihidangkan bersama nasi panas.

Bihun goreng belacan

BAHAN-BAHAN :

  • 1 keping bihun (bukan 1 paket ye)
  • 400 gm isi ayam
  • 1/2 biji bawang besar (hiris)
  • 1/2 tbsp bawang putih kisar
  • 1 tbsp cili kisar
  • 1 tsp serbuk belacan bakar
  • 1 tbsp sos tomato
  • 1 tbsp sos cili
  • kicap cair secukup rasa
  • garam 
  • secukupnya air untuk merebus ayam
  • minyak untuk menumis
CARA :

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang hiris dan juga bahan kisar sehingga garing.
  2. Masukkan ayam dan juga sedikit air. Masak sehingga ayam empuk. 
  3. Tambahkan bihun yang telah direndam, sos-sos, serbuk belacan dan juga kicap cair. Gaul rata. Rasa dahulu sebelum memasukkan garam.
  4. Setelah agak sebati bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama cili potong dan limau kasturi.