Saturday, February 16, 2013

Kentang goreng bertelur

 BAHAN-BAHAN :

  • 3 biji kentang (kupas kulit & hiris jejari)
  • 2 biji telur (kocok)
  • 1 tbsp serbuk kari daging indra
  • 1 tbsp sos tiram
  • 1/2 biji bawang besar (cincang)
  • 1 genggam daun selasih
  • 1 tangkai cili hijau (hiris)
  • sedikit air untuk mengempukkan kentang
  • garam dan serbuk perasa
  • minyak untuk menumis


CARA :

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bawang cincang hingga wangi. 
  2. Masukkan kentang dan gaul rata. Tambahkan serbuk kari dan goreng sekejap.
  3. Tuangkan air sekadar untuk mengempukkan kentang. Setelah kentang empuk, masukkan sos tiram, telur dan juga bahan perasa.
  4. Sebelum diangkat taburkan daun selasih dan cili hiris. Gaul sebati dan sedia dihidangkan bersama nasi panas.

Bihun goreng belacan

BAHAN-BAHAN :

  • 1 keping bihun (bukan 1 paket ye)
  • 400 gm isi ayam
  • 1/2 biji bawang besar (hiris)
  • 1/2 tbsp bawang putih kisar
  • 1 tbsp cili kisar
  • 1 tsp serbuk belacan bakar
  • 1 tbsp sos tomato
  • 1 tbsp sos cili
  • kicap cair secukup rasa
  • garam 
  • secukupnya air untuk merebus ayam
  • minyak untuk menumis
CARA :

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang hiris dan juga bahan kisar sehingga garing.
  2. Masukkan ayam dan juga sedikit air. Masak sehingga ayam empuk. 
  3. Tambahkan bihun yang telah direndam, sos-sos, serbuk belacan dan juga kicap cair. Gaul rata. Rasa dahulu sebelum memasukkan garam.
  4. Setelah agak sebati bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama cili potong dan limau kasturi.


Thursday, February 14, 2013

Baby Izz 11 bulan sudah........



Baby Izz dah pun 11 bulan tanggal 14 Feb 2013. Ada 2 batang gigi kat bawah , dah pandai joget2 dondang sayang. Tak berapa nak makan bubur dah, nak makan makanan yang sama cam orang tua...mcik sumbat jerr..

gambar xberapa elok sebab guna fon
Mat Tengah dengan rambut serabai......

Monday, February 11, 2013

Mangkuk tingkat NaSya......sila LIKE kami di fb. Tq

Salamekom kepada semua tetamu yang sudi menjengah dapur usang saya, terima kasih juga kepada pengunjung yang telah sudi "like"mangkuk tingkat saya yang akan mula beroperasi Mac depan. Kalau yang belum "like " lagi tuu ehem-ehemm paham2 je lahh, malu aiih mcik nak cakap kui..kui...kui....insyaallah dalam masa yang terdekat akan ku update semua yang berkaitan dan yang seangkatan dengannya...nantikan kemunculan mcik yang akan memakai apron siap dengan tanjak di atas kepala...yang dok kat area Nilai, Kota Seriemas, Enstek, Lbj dan juga Salak...sudi-sudikanlah menelepon ye. Doakan yang terbaik ye buat mcik dan akhir kata "Majulah mangkuk tingkat NaSya untuk kesejahteraan mcik sekeluarga" tq






MANGKUK TINGKAT NASYA
TERMA DAN SYARAT SYARAT
Terma
> MangkuktingkatNaSya dimiliki dan diuruskan oleh GLOBAL SURF SERVICES
> Segala urusan pembayaran @ pesanan boleh dibuat keatas 
GLOBAL SURF SERVICES
AKAUN BANK CIMB NO. 1227-0001591-055
Syarat
> Langganan hanya berbentuk tempahan mingguan dan bulanan iaitu dari hari Isnin hingga  Jumaat sahaja
>Tiada perkhidmatan pada hari Sabtu dan Ahad serta cuti umum
>Menu sajian ditetapkan oleh pihak MangkuktingkatNaSya tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa
>MangkuktingkatNaSya berhak menukar menu sajian disaat akhir tanpa memberi sebarang notis kepada pelanggan
>Deposit sebanyak RM50.00 untuk set Mangkuk Tingkat tidak akan dikembalikan jika terdapat apa apa kerosakan atau hilang

Sunday, February 10, 2013

Biasa-biasa je.....

 Rempah beriani hampeh, apa ke namanye lupa dah..tapi xde rasa langsung ! rugi beras basmati mcik seb baik ada kurma kering tuu sebagai pelakon pembantu..kalau x memang  xlaku. Dalam xlaku pun habih gak sebab xbaik membazirkann...kann....

Biasa-biasa je.....

 Menu biasa lagi, tiada yang luarbiasa.....ada nasi goreng telur, roti bom segera dan nugget lagi. Mcik suka ngan roti bom tuu, beli kat Mydin..lembut n gebu je..cicah ngan susu.
Mcik sekali telan 2 bijik, yelah roti tu kecik hu..hu...hu...

Biasa-biasa je....

Bekfes minggu lepas, bihun goreng gaya makcik kantin dan nugget Ramly...nyumm..nyumm...

nanti datang angin taufan rajin tu kita tepek la resepinya ye..sekarang ni tengah lemau pasal perut kenyang..

Biasa-biasa je....

 Ni laa salah satu menu kegemaran yang xdapat dipisahkan dengan diriku yang  ehem-ehem nie.....macam mat gian ngan ganja laa perumpamaannya. (Serius tahap gaban nie) itu yang makin lama makin nyanyuk hu..hu..hu...apa-apa pun akan ku cuba lupa-lupakan sedikit demi sedikit tabiat yang buruk ini...
xdapat makan megi bole menggeletor kepala lutut woooo....

Mi hailam

BAHAN-BAHAN :

  • 1 paket mi kuning (basuh dan celur sekejap)
  • 1/2 tbsp bawang putih kisar
  • 1 tbsp halia kisar
  • 4 helai daun kobis + 1 karot saiz kecil + 2 kelopak bunga kobis (hiris seperti di atas)
  • 1 biji tomato hijau (potong  baji)
  • 1 mangkuk kecil isi ayam (dadu)
  • 1/2 paket sosej (potong bulat)
  • 1 senduk sos tiram
  • 1 tbsp kicap pekat
  • 1 tbsp pati ayam
  •  serbuk lada sulah secukup rasa
  •  2 tbsp sos cili kimball
  • 4 tbsp penuh tepung jagung (jadikan pes)
  • 1 biji telur (pukul sedikit)
  • kicap cair secukup rasa
  • garam secukupnya dan sedikit gula
  • 5 cawan air
  • daun sup dan daun bawang dan juga limau kasturi untuk perah
  • minyak untuk menumis
CARA :


Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga garing
masukkan isi ayam dan masak hingga ayam kecut
tambahkan sosej
dan juga air, masak lagi
hingga mendidih
tuangkan sos-sos dan juga pati ayam
masukkan sayur-sayuran
gaul rata. Tambahkan pes tepung jagung.
Rasa garam dan gulanya. Kemudian siramkan telur yang telah dipukul tadi ke dalam kuah.

Kacau rata dan masukkan tomato.
Sedia disiram ke atas mi yang telah dicelur....hidangkan bersama cili potong untuk rasa yang lebih pedasssss



Thursday, February 7, 2013

Biasa-biasa je....

Arghhh malasnya menaip hu..hu....mi hailam ni masak dah lama tapi simpan dulu buat pekasam. Nanti kalau dah rajin2 mcik update laa sebab ada tutorial. Cer teka yg ada cili jeruk ni sape punye? yang ni cik abe nye...
 yang ni lak Nabil punya........nnnn
yang banyak cabai melaka nie makcik yang punyer...yahoo yabba dabba doo..sedap bila dah perah limau kasturi especially dari pokok yang tanam sendiri..nanti laa ye resepinya, mcik dilanda kemalasan melampau..

Biasa-biasa je....

 Ni menu minggu lepas, masak biasa2 je. Ada asam rebus ikan kembung ngan keladi (keladi ni yang kita tanam sendiri tau...sedap), ada hati lembu goreng ngan kacang panjang dan juga ayam goreng berempah...budu pun ada juge...wajib ada tuu hu..hu...
Resepinya nanti dulu laa ye...malam ni perut panasss...lemak tengah terbakar sebab pakai Felinna...nak jengah dapur kengkawan sat, babai...

Apam gula hangus

 Dah banyak kali dah kita mengapam guna resepi Hazz ni tapi macam biasa.. bawak tupperware amik kat umah K Ros. Oleh kerana makcik malas nak menaip..mintak izin menepek ye Kros n Hazz...lap uolls mmuahh....



Bahan-bahan
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air (kak rose buh 3/4 cup jer)
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 sudu teh soda bikarbonat.
  • 1 1/2 cawan tepung gandum.


Cara-cara 
  1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan
  2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit
  3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
  5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit. (kak rose kukualam 15mts sbb guna acuan kecik2)
  6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik.
  7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.

******kita lebihkan gula lagi 1/2 cawan, biasa laa anak branak semut hu..hu...*******


Tuesday, February 5, 2013

Ayam ungkep Dana

 RESEPI ASAL :Dana
SKODENG DARI DAPUR : Kak Ratna

KAK....MINTAK IZIN TEPEK KAT SINI YE KAK..MMUAHH ..I LAP UU



Ayam Ungkep
Resepi : Norhidana


Bahan2 nya
500 gm/ 1/2 ekor ayam saiz kecil/sederhana - dibersihkn & potong saiz kesukaan
1 sudu besar serbuk kari
1 btg serai di titik
1 helai daun kunyit ~ dihiris / dikoyak2
1 sudu kecik asam jawa ~ bancuh dengan air
1 1/2 cwn air
sedikit gula n garam utk perasa
sedikit minyak masak

Bahan2 ditumbuk lumat
1/2 inci kunyit
1 inci halia
3 ulas bwg putih
5 biji bwg merah kecik
(jika suka terasa pedas boleh tambah beberapa biji cili padi juga semasa menumbuk ramuan)
  
Cara2 menyediakan
1. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 yg ditumbuk bersama serai & serbuk kari sehingga naik bau.  Masukkan ayam & gaulkan.  Tambahkan air, air asam jawa, garam, gula & perasa.  Gaul sebati.
2. Tutup kuali & sesekali buka & gaul sebati & tunggu hingga ayam nampak masak.  Masukkan hirisan daun kunyit & gaul sebati. Bila cukup pekat & ayam empuk bolehlah dimatikan api & hidang.  Jika suka berkuah sikit.. bolehlah matikan api lebih awal tanpa tunggu kuah pekat.  Sedap dihidang bersama nasi putih & lauk sampingan yang lain.

***Sedap lauk ni..simple n sat je dah boleh makan...

Tumis bunga kucai

 BAHAN-BAHAN :

  • 1 ikat bunga kucai
  • 5 ulas bawang putih ketuk
  • sos tiram secukup rasa
  • sedikit renjisan minyak bijan
  • minyak untuk menumis
CARA :





  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan bunga kucai dan sos tiram, gaul rata. Renjiskan sedikit minyak bijan dan bolehlah dihidangkan.






Bunga kucai

 Ni laa rupa bunga kucai kalau ada anak2 yang xkenal. Sayur ni jarang jumpa kat pasar kekadang je. Sedap kalau buat kacau goreng, rangup...

Monday, February 4, 2013

Biasa-biasa je....

 Ni lauk makan minggu lepas... kat atas tu ayam masak ungkep kita amik kat dapur kak Ratna nanti bila dah rajin kita tepek laa resepinya. Masak gak sayur bunga kucai sebab itu hari pegi Mydin ada jual...buat laa tumis ngan bawang putih, sedap rangup jerr..dan yang paling kecur liur tentu laa ikan pekasam goreng...yang penting letak cili banyak-banyak...hu...hu...sedapp.