Thursday, February 7, 2013

Biasa-biasa je....

Arghhh malasnya menaip hu..hu....mi hailam ni masak dah lama tapi simpan dulu buat pekasam. Nanti kalau dah rajin2 mcik update laa sebab ada tutorial. Cer teka yg ada cili jeruk ni sape punye? yang ni cik abe nye...
 yang ni lak Nabil punya........nnnn
yang banyak cabai melaka nie makcik yang punyer...yahoo yabba dabba doo..sedap bila dah perah limau kasturi especially dari pokok yang tanam sendiri..nanti laa ye resepinya, mcik dilanda kemalasan melampau..

Biasa-biasa je....

 Ni menu minggu lepas, masak biasa2 je. Ada asam rebus ikan kembung ngan keladi (keladi ni yang kita tanam sendiri tau...sedap), ada hati lembu goreng ngan kacang panjang dan juga ayam goreng berempah...budu pun ada juge...wajib ada tuu hu..hu...
Resepinya nanti dulu laa ye...malam ni perut panasss...lemak tengah terbakar sebab pakai Felinna...nak jengah dapur kengkawan sat, babai...

Apam gula hangus

 Dah banyak kali dah kita mengapam guna resepi Hazz ni tapi macam biasa.. bawak tupperware amik kat umah K Ros. Oleh kerana makcik malas nak menaip..mintak izin menepek ye Kros n Hazz...lap uolls mmuahh....



Bahan-bahan
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air (kak rose buh 3/4 cup jer)
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 sudu teh soda bikarbonat.
  • 1 1/2 cawan tepung gandum.


Cara-cara 
  1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan
  2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit
  3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
  5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit. (kak rose kukualam 15mts sbb guna acuan kecik2)
  6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik.
  7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.

******kita lebihkan gula lagi 1/2 cawan, biasa laa anak branak semut hu..hu...*******


Tuesday, February 5, 2013

Ayam ungkep Dana

 RESEPI ASAL :Dana
SKODENG DARI DAPUR : Kak Ratna

KAK....MINTAK IZIN TEPEK KAT SINI YE KAK..MMUAHH ..I LAP UU



Ayam Ungkep
Resepi : Norhidana


Bahan2 nya
500 gm/ 1/2 ekor ayam saiz kecil/sederhana - dibersihkn & potong saiz kesukaan
1 sudu besar serbuk kari
1 btg serai di titik
1 helai daun kunyit ~ dihiris / dikoyak2
1 sudu kecik asam jawa ~ bancuh dengan air
1 1/2 cwn air
sedikit gula n garam utk perasa
sedikit minyak masak

Bahan2 ditumbuk lumat
1/2 inci kunyit
1 inci halia
3 ulas bwg putih
5 biji bwg merah kecik
(jika suka terasa pedas boleh tambah beberapa biji cili padi juga semasa menumbuk ramuan)
  
Cara2 menyediakan
1. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 yg ditumbuk bersama serai & serbuk kari sehingga naik bau.  Masukkan ayam & gaulkan.  Tambahkan air, air asam jawa, garam, gula & perasa.  Gaul sebati.
2. Tutup kuali & sesekali buka & gaul sebati & tunggu hingga ayam nampak masak.  Masukkan hirisan daun kunyit & gaul sebati. Bila cukup pekat & ayam empuk bolehlah dimatikan api & hidang.  Jika suka berkuah sikit.. bolehlah matikan api lebih awal tanpa tunggu kuah pekat.  Sedap dihidang bersama nasi putih & lauk sampingan yang lain.

***Sedap lauk ni..simple n sat je dah boleh makan...

Tumis bunga kucai

 BAHAN-BAHAN :

  • 1 ikat bunga kucai
  • 5 ulas bawang putih ketuk
  • sos tiram secukup rasa
  • sedikit renjisan minyak bijan
  • minyak untuk menumis
CARA :





  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan bunga kucai dan sos tiram, gaul rata. Renjiskan sedikit minyak bijan dan bolehlah dihidangkan.






Bunga kucai

 Ni laa rupa bunga kucai kalau ada anak2 yang xkenal. Sayur ni jarang jumpa kat pasar kekadang je. Sedap kalau buat kacau goreng, rangup...

Monday, February 4, 2013

Biasa-biasa je....

 Ni lauk makan minggu lepas... kat atas tu ayam masak ungkep kita amik kat dapur kak Ratna nanti bila dah rajin kita tepek laa resepinya. Masak gak sayur bunga kucai sebab itu hari pegi Mydin ada jual...buat laa tumis ngan bawang putih, sedap rangup jerr..dan yang paling kecur liur tentu laa ikan pekasam goreng...yang penting letak cili banyak-banyak...hu...hu...sedapp.

Biasa-biasa je

 Seronok sesangat buat kue cara ni...bukan apa, banyak mulut yang dok nganga. Siap je habih..siap je habih....hari tu xde la sukat2 cuma letak tepung, santan ngan daun pandan kisar.letak garam sikit. Makcik letak planta sikit sebelum kisar...mmmm bila xsukat nie elok pulak lembut gebunya......mmm len kali nak sukat laa..untuk rujukan ken dian hari

Gulai udang dan timun

BAHAN-BAHAN :

  • 400 g udang (dibersihkan)
  • 1 kotak santan Naco + 1 kotak air
  • sedikit serbuk belacan jika suka
  • 1 asam keping
  • 1/2 biji timun (hiris serong)
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
DIKISAR :

  • 1 biji bawang besar
  • 1 hiris lengkuas
  • 1/2 tbsp halia kisar
  • 2 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai 
  • 4 tangkai @ lebih cili merah

CARA :

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga garing dan wangi. 
  2. Masukkan santan dan air, masak hingga mendidih.
  3. Kemudian tambahkan asam keping, udang dan juga garam secukup rasa.
  4. Sebelum diangkat tambahkan timun dan biarkan sebentar.
  5. Sedia diangkat dan dihidangkan bersama nasi panas dan sambal belacan.

Biasa-biasa je

Hari ni datang angin rajin nak menepek gambor2......biar laa buat beger bodo pun...nak kasi meriah suasana sikit hu...hu...

Nasi goreng ikan

BAHAN-BAHAN :

  • 3 cawan nasi
  • 8 tangkai cili api + 1/2 biji bawang besar + sedikit belacan bakar (tumbuk)
  • 2 ekor lebihan ikan goreng (diambil isi)
  • sedikit sayur kangkung
  • garam dan serbuk perasa
  • minyak untuk menumis


 CARA :

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
  2. Masukkan kangkung, isi ikan dan juga nasi. Gaul rata. 
  3. Tambahkan bahan perasa secukupnya dan sedia dihidangkan bersama daging burger dan telur mata.


Biasa-biasa je

 Lama dah sebenarnya masak tomyam ni guna rempah basah yang beli kat brader siam. Saja je nak tepek gambar...kasi orang terliur sikit he..he..

Friday, February 1, 2013

Biasa-biasa je

Hari ni saja je nak nunjuk menu orang malas masak....tapi kekadang yang simple macam ni laa yang buat kita makan xhingat hu..hu...yang penting, ada budu ngan durian...

Saturday, January 19, 2013

Teresek jantung pisang

BAHAN-BAHAN :

  • 1 biji jantung pisang (hiris nipis, rendam air garam dan perah)
  • 500 g campuran hati, pedal dan bahagian ayam yang bertulang (khopeh kata ore kelate)
  • 1 tbsp cili kisar
  • 1 1/2 tbsp serbuk kari daging (makcik guna cap Indra)
  • 1 asam keping
  • 2 tbsp kerisek
  • 1 gelas santan pekat (boleh dikurangkan jika taknak berkuah)
  • sedikit air
  • gula melaka dan garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
DIKISAR :

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 1 hiris lengkuas
CARA :
Jantung pisang dihiris nipis macam ni

  1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali, tumis bahan kisar sehingga garing dan harum. Masukkan sedikit garam pada langkah ini.
  2. Kemudian tambahkan cili kisar dan juga serbuk kari. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak.
  3. Setelah itu, tambahkan ayam dan masak lagi sehingga ayam kecut.


  1. Seperti di dalam gambar.

  1. Tambahkan santan dan juga sedikit air. Masak hingga mendidih. Jangan lupa letak asam keping.

  1. Masukkan kerisek, gula melaka dan masak lagi.

  1. Tambahkan jantung pisang yang telah diperah tadi.
  1. Masak hingga jantung pisang lembut dan rasa dahulu sebelum menambah garam.
  1. Kalau suka agak kering boleh masak lama sikit tapi makcik suka berkuah.
dah siap

sedia untuk dihidangkan

Biasa-biasa je

 Hari malas makan nasi...buat roti telur cili bawang (bukan buat laa tapi guna roti canai segera tapi tepek ngan telur), buat kari ayam...sedap cicah-cicah sambil minum teh tarik
wajah2 yang kegembiraan dapat makan roti canai segera...hu..hu...hu...

Tuesday, January 15, 2013

Biasa-biasa je

 Menu biasa je...tekak orang kampung....ada teresek jantung pisang (ni makanan tradisi kelate ni especially kalau ada bekwah), ada ikan nyok-nyok goreng kunyit, celur pucuk ubi (fresh dari kebun) dan juga sambal belacan limau kasturi. Alhamdulillah, jantung pisang sebiji tapi dapat byk gak siap boleh share ngan neber2. Rezeki ALLAH SWT.

Kue tiaw hitam basah-basah

BAHAN-BAHAN :

  • 1 paket kue tiaw (dibasuh dan toskan)
  • 2 genggam tauge
  • 1 mangkuk kecil isi kupang
  • kicap manis cap kipas udang secukupnya
  • sos tiram secukupnya
  • sedikit sos cili kimball
  • kicap cair secukupnya (makcik xletak garam)
  • sedikit kicap pekat
  • sedikit air untuk kasi basah
  • minyak untuk menumis
DIHIRIS :

  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
CARA :

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris hingga wangi. Masukkan kupang dan masak sebentar. 
  2. Tambahkan kue tiaw dan juga bahan perasa. Masukkan sedikit air. Setelah kue tiaw agak lembut masukkan tauge. Kacau rata dan terus  matikan api supaya tauge kekal rangup.
  3. Enak dihidangkan bersama cili potong dan juga perahan limau kasturi.


Pembetulan.....

 Pembetulan ya ibu.....ai dah tumbuh gigi la ibu..ibu je yang xperasan sebab ai xpernah gigit ibu...tapi baru kuar sikit kat gusi bawah, nanti dah kuar panjang sikit ai try gigit ibu yaa...
geram btoi ai macamana ibu bole terlepas pandang anak bongsu ibu nie...hu...hu....

Nasi goreng hitam itu menawan

BAHAN-BAHAN :

  • 2 cawan nasi
  • sedikit isi petai (belah 2)
  • kicap manis cap kipas udang secukup rasa
  • sedikit kicap pekat
  • garam jika perlu
  • sedikit minyak untuk menumis
  • sedikit daun sup dan daun bawang
DIKISAR :

  • 4 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 tbsp udang kering
  • 1 tangkai cili merah
CARA :

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sehingga garing. Masukkan nasi, petai, kicap dan gaul rata. Rasa dahulu, jika kurang masin baru masukkan garam.
  2. Setelah sebati rasanya bolehlah dihidangkan bersama drummet ayam segera dan juga soseeeej. Jangan lupa taburkan hirisan daun sup dan juga cili potong.



Monday, January 14, 2013

Tumis petai dan terung telunjuk

BAHAN-BAHAN :

  • 2 papan petai (kikis sedikit kulit &belah 2)
  • 4 biji terung telunjuk (hiris serong)
  • 1/2 biji bawang besar (hiris)
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
DITUMBUK KASAR :

  • 1/2 biji bawang besar
  • segenggam cili api
  • 4 ulas bawang putih
  • segenggam ikan bilis
CARA :

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga garing dan harum. Masukkan petai dan goreng hingga kecut.
  2. Tambahkan terung telunjuk dan masak lagi. Rasa dahulu sebelum memasukkan garam. Jika suka boleh juga masukkan sedikit air asam jawa.
  3. Kacau rata dan sedia dihidangkan bersama nasi panas.