Sunday, November 18, 2012

Bantulah Saudara Kita..

Seorang kakak yg cedera cuba menenangkan adik kecilnya.
adik: mana ibu dan ayah kita?
kakak: sabar dik, mereka di syurga
adik: T_T

Sedih betul bila tengok anak2 di Gaza/Palestin yang tak berdosa diserang oleh pihak zionis Israel..

Kepada ibu2 sekalian, jom kita tolong diorang dengan mendermakan harta kita. Sesiapa yang berminat, boleh bank in ke Aqsa Syarif di:

1)Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Swift code: MBBEMYKL
2) Akaun Bank Islam: 12 092 01 003490 4

Kemudian sila maklumkan ke admin@aqsasyarif.org.my




Ya ALLAH...selamatkan Gaza....musnahkan yahudi laknatullah..aminn

La Hawla Wala Quwwata Illa Billah..
Tubuh kecil si anak perempuan di pangkuan ayahnya dengan seukir senyuman ayah seolah mengucapkan "tidurlah dikau wahai sayangku.."
_________

Dr. Mithad Abbas, Pengarah Hospital Al-Shifa:
...Lihat seterusnya..

 — bersama Hatta Muhd



KISAH AMAR R.A DAN SUSU

Kisah Amar r.a. & Susu..

Ammar dan kedua-dua orang tuanya termasuk dalam golongan kaum Muslimin yang disaksikan oleh pemusuh-pemusuh Islam kerana menerima ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Mereka telah diazabkan diatas batu-batu dan tanah yang panas membakar. Apabila Rasullullah s.a.w. lalu berdekatan mereka Nabi Muhammad s.a.w. akan menggesa mereka supaya bersabar sambil memberi khabar gembira mengena
i syurga. Yasir, ayah kepada Ammar telah meninggal dunia setelah menerima penyiksaan yang berpanjangan. Ibunya yang telah tua pula ditikam mati dengan dengan lembing oleh Abu Jahal. Dia enggan meninggalkan agamanya walaupun disiksa dengan pedihnya. Dia merupakan wanita pertama yang syahid kerana mempertahankan agama.
Apabila Nabi Muhammad s.a.w. hendak berhijrah ke Madinah, Ammar telah menawarkan hendak membuat sebuah binaan dimana Nabi Muhammad s.a.w. boleh duduk, berehat diwaktu petang dan mengerjakan solat. Binaan ini didirikan dengan batu-batu yang dipungutkan oleh dirinya sendiri. Dia menentang musuh-musuh Islam dengan penuh keghairahan dan keberanian. Dalam suatu pertempuran dia telah berkata dengan gembiranya: "Aku akan menemui kawan-kawan aku tak lama lagi. Aku akan berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w. dan sahabat-sahabatnya."
Kemudian ia meminta air untuk diminum tetapi dia diberi susu. Sambil mengambil susu itu dia berkata: "Aku mendengar Nabi Muhammad s.a.w.. berkata padaku:"susu inilah minuman kau yang terakhir didunia!"
Dia bangun lalu meneruskan perjuangannya menentang musuh sehingga ia gugur. Pada masa itu dia telah pun berusia sembilan puluh empat tahun....








Dipetik dari fb Ustaz Azhar Idrus

Di manakah kitaaaa....

Photo: Like dan Share tanda anda prihatin

A: Bagaimana Israel berani mengebom rumah keluarga, penuh kanak-kanak, wanita dan orang tua?
B: anda mempunyai jawapan Encik A. Apatah lagi semua kerajaan Eropah bersama-sama dengan AS
dan kerajaan Australia menyokong Israel.

A: Untuk apa mereka menyokong Israel??
B: Untuk "mempertahankan diri"

A: Dari siapa?
B: Dari Palestin

A: Betul? Sebuah negara mempunyai senjata nuklear, kilang senjata, kapal terbang perang, Senjata pemusnah besar-besaran dan tangki keperluan sokongan! aneh
B: ya, ia memerlukan sokongan menentang keganasan khas di Gaza

A: Aha, Adakah Gaza telah senjata nuklear?
B: Tiada

A: Adakah Gaza mempunyai senjata kimia?
B: Tiada

A: Adakah Gaza mempunyai kilang-kilang senjata, kapal terbang perang, kereta kebal, senjata canggih?
B: Tiada

A: Kemudian, Adakah sasaran militan Israel di Gaza?
B: Ya

A: telah anda melihat gambar terakhir dari Gaza?
B: Tiada

A: OK, saya ingin memberitahu anda sesuatu, Israel telah membunuh lebih daripada 63 paling Palestin daripada mereka adalah kanak-kanak dan wanita, hanya satu jam yang lalu, Israel mengebom sebuah rumah awam, 10 ahli keluarga Al Dalou telah dibunuh termasuk 5 orang kanak-kanak, 3 wanita dan bapa dan ibu. medik ditarik mereka keluar dari bawah rubbles.
Jadi seperti yang anda lihat terdapat tiada militan dan anda perlu bangun dan menggunakan mata anda untuk melihat perkara-perkara di sekeliling, jangan menjadi bodoh percaya setiap perkara dalam media yang dikawal oleh Israel di seluruh dunia.
B: mengeluh

A: di sini anda adalah gambar hanya diambil minit yang lalu bercakap kuat dan menunjukkan kebenaran membunuh kanak-kanak dan tidak bersalah, mereka adalah anak-anak dari keluarga Al Dalou: (
B: Saya keluar perkataan: (
Bayangkan jika ini anak-anak anda...

gambar ini telah diberi amaran oleh FB utk di keluarkan.. Kami tetap menyebarkan nye ..

-gambar gadis palestin 11 berumur tahun

Seorang Pasukan penyelamat berusaha menarik keluar kanak-kanak yang tertimbus dibawah runtuhan bangunan.




Ya ALLAH Selamatkan Palestine !
Ini Paling kejam !!

1 Share = 1 Anda Bom Israel !!!!!
update info terkini di --> Berita Dari Palestin


Shaheeda Haneen Tafesh, 10 bulan, di Hospital As Shifa - 16 November 2012

Jenazah Waleed Al-Abadlah, 2 tahun, didukung ketika masjlid pengkebumian di Khan Younis pada 15 November.

Pasta berkuah




BAHAN-BAHAN :

1/2 paket pasta spiral (direbus dan ditos)
1/2 biji bawang besar (dadu)
2 ulas bawang putih (cincang)
sedikit cili giling (ikut citarasa)
1 tin sup tomato kimball
1 tin air @ secukupnya
daging ayam dan fish ball secukupnya
10 biji cendawan butang (belah 4)
1 biji kapsikum (dadu)
2 biji telur (jika suka)
hirisan daun sup
garam, gula dan pati ayam secukup rasa
minyak untuk menumis 

CARA :
panaskan minyak

tumis bawang yang telah dicincang

hingga garing, masukkan cili kisar

kacau hingga garing dan hilang bau cili. Tambahkan ayam dan fish ball

masak hingga daging ayam kecut

masukkan cendawan butang

kacau rata dan masukkan kapsikum.

tuangkan jus tomato

dan masukkan air secukupnya 

renih hingga menggelegak dan masukkan bahan perasa secukupnya

jika suka boleh pecahkan telur dan biarkan telur 

masak dengan sendiri

sedia dihidangkan.

Friday, November 16, 2012

SYAHID UNTUK RAKYAT PALESTIN






Allahuakhbar! Keajaiban di Peperangan Gaza

Ini kisah benar yang diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.

Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza : 


Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3

Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4

Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik! Allahu Akhbar!

Peristiwa 5

Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

Peristiwa 6

Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!". MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?

Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.

Allahu Akbar!!!

Tuesday, November 13, 2012

Biasa-biasa je

Laksa pendek lagi, tapi kali ni letak cendawan telinga. Masak simple je, letak ayam, meatball, kicap cair, sos tiram n kicap pekat. Ketuk bawang putih je. Pantas tapi sedap.

goreng basah-basah sikit.

daging goreng basah stail Kelantan...goreng dengan garam kunyit, bawang putih ngan halia sikit, letak sos tiram n kicap manis sikit. Mayang la bawang besar ngan cili hijau...emm sedapnya jangan lupa air kena lebih..kasi basah

sambal nenas ikan bawal...nanti free makcik letak tutorial

sup cendawan dan karot, ketuk bawang putih je, letak stok ayam, dah boleh makan

kue tiaw rad na cara ringkas, yang ni pun ada tutorial

yang ni pulak spagethi goreng lada hitam. Nanti ada tutorial

nasi sosej ni masak sambil dukung tembam....ingat nak buat nasi hujan panas tapi lauk pulak xsempat buat.Senang cerita buat je one pot dish...ringkas..perut pun kenyang

ayam dan ikan tongkol goreng berempah, 

asam pedas ikan merah ambik dari my resipi, cara Melaka. Nanti ada tutorial....

Thursday, November 8, 2012

Main air di kolam air panas pedas





Tembam ku sayang.....

Gambar ni diambil masa tembam umur 7 bulan gituu..berat lebih kurang 8 kilo. Rasa macam susut je..

yang ni pulak baru ambik minggu lepas, berat rasanya lebih kurang je sebab selalu demam berjangkit ngan hero2 lain kat dlm umah ni. Dah pandai dah menyulur n nak belajar merangkak, dah duduk senget2 gitu hero ibu nie.

Tuesday, November 6, 2012

Laksa sardin untuk Cik NP




BAHAN-BAHAN :

  • 2 tin sardin cap ayam
  • 1 biji bawang besar holland
  • sedikit belacan
  • cili boh ikut suka (makcik leta 1 sdb)
  • 7 keping asam keping (boleh tambah jika kurang masam)
  • sedikit daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 1 1/2  blender air
  • 1 paket laksa eka (rendam semalaman)
****kuah ni cukup untuk 1 paket laksa eka dan lebih enak jika dibiarkan semalaman****
laksa yang direndam semalaman

rebus laksa sehingga lembut, nak senang guna periuk nasi je tapi xpayah tutup

jirus di bawah air mengalir dan sejat

CARA MEMBUAT KUAHNYA :

untuk kuahnya, masukkan sardin bersama sosnya ke dalam blender. Tambahkan juga bawang dan belacan. Kisar.

tuang ke dalam periuk

tambahkan 1/2 blender air lagi

masukkan cili kisar dan juga asam keping, didihkan

masukkan juga daun kesum dan bunga kantan. Makcik suka jika bunga kantan tu dihiris sebab senang nak makan

masak hingga mendidih

rasa kuahnya, tambahkan asam jika kurang masam. Masukkan garam dan perasa secukupnya. Jika suka boleh juga masukkan sedikit petis udang

kuah laksa yang telah masak dan sedia untuk dihidangkan. Jangan lupa baca BISMILLAH ya Cik NP sebelum mamam....