Tuesday, November 13, 2012

Biasa-biasa je

Laksa pendek lagi, tapi kali ni letak cendawan telinga. Masak simple je, letak ayam, meatball, kicap cair, sos tiram n kicap pekat. Ketuk bawang putih je. Pantas tapi sedap.

goreng basah-basah sikit.

daging goreng basah stail Kelantan...goreng dengan garam kunyit, bawang putih ngan halia sikit, letak sos tiram n kicap manis sikit. Mayang la bawang besar ngan cili hijau...emm sedapnya jangan lupa air kena lebih..kasi basah

sambal nenas ikan bawal...nanti free makcik letak tutorial

sup cendawan dan karot, ketuk bawang putih je, letak stok ayam, dah boleh makan

kue tiaw rad na cara ringkas, yang ni pun ada tutorial

yang ni pulak spagethi goreng lada hitam. Nanti ada tutorial

nasi sosej ni masak sambil dukung tembam....ingat nak buat nasi hujan panas tapi lauk pulak xsempat buat.Senang cerita buat je one pot dish...ringkas..perut pun kenyang

ayam dan ikan tongkol goreng berempah, 

asam pedas ikan merah ambik dari my resipi, cara Melaka. Nanti ada tutorial....

Thursday, November 8, 2012

Main air di kolam air panas pedas





Tembam ku sayang.....

Gambar ni diambil masa tembam umur 7 bulan gituu..berat lebih kurang 8 kilo. Rasa macam susut je..

yang ni pulak baru ambik minggu lepas, berat rasanya lebih kurang je sebab selalu demam berjangkit ngan hero2 lain kat dlm umah ni. Dah pandai dah menyulur n nak belajar merangkak, dah duduk senget2 gitu hero ibu nie.

Tuesday, November 6, 2012

Laksa sardin untuk Cik NP




BAHAN-BAHAN :

  • 2 tin sardin cap ayam
  • 1 biji bawang besar holland
  • sedikit belacan
  • cili boh ikut suka (makcik leta 1 sdb)
  • 7 keping asam keping (boleh tambah jika kurang masam)
  • sedikit daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 1 1/2  blender air
  • 1 paket laksa eka (rendam semalaman)
****kuah ni cukup untuk 1 paket laksa eka dan lebih enak jika dibiarkan semalaman****
laksa yang direndam semalaman

rebus laksa sehingga lembut, nak senang guna periuk nasi je tapi xpayah tutup

jirus di bawah air mengalir dan sejat

CARA MEMBUAT KUAHNYA :

untuk kuahnya, masukkan sardin bersama sosnya ke dalam blender. Tambahkan juga bawang dan belacan. Kisar.

tuang ke dalam periuk

tambahkan 1/2 blender air lagi

masukkan cili kisar dan juga asam keping, didihkan

masukkan juga daun kesum dan bunga kantan. Makcik suka jika bunga kantan tu dihiris sebab senang nak makan

masak hingga mendidih

rasa kuahnya, tambahkan asam jika kurang masam. Masukkan garam dan perasa secukupnya. Jika suka boleh juga masukkan sedikit petis udang

kuah laksa yang telah masak dan sedia untuk dihidangkan. Jangan lupa baca BISMILLAH ya Cik NP sebelum mamam....

Sunday, October 28, 2012

MALAIKAT MENUNJUKKAN GAMBARAN SYURGA KEPADA ASIAH

DALAM sejarah tokoh kekafiran yang paling dahsyat adalah Firaun. Ia bukan sahaja tidak mengakui adanya Tuhan tetapi ia menganggap dirinya sebagai tuhan yang berhak disembah sehingga tergamak ia menyatakan di hadapan rakyat jelata, "Akulah tuhan kamu yang maha tinggi."

Thursday, October 25, 2012

AI SUPPORT....

Anak buah makcik ada kat sini..kembang kempis lubang idong makcik yg sememangnya dah kembang...eloklaa sambil berdakwah.. sidia 2 dari kiri..

KELUARGA BAHAGIA.....


LAYANN....


LAYANN...


lAYANN...


LAYANN...


Melayan perasaan....xdapat balik kg


 
Feberet en suami......

Untuk para isteri....


Rileks sebentar....


Wednesday, October 24, 2012

Biasa-biasa je..

Kalau xsedap badan, makan apa yang sedap ye...kalau makcik laa ini aje yang makcik cari...makan ngan cili potong..xpun ngan cili jeruk..ummph sedapnya...

ada gak bubur kacang untuk Syabil cicah ngan roti

rasam telur untuk ayah

Tuesday, October 23, 2012

biasa-biasa je

laksa ni makcik buat guna sardin cap ayam je...xde stok ikan. Tapi sangat sedap bagi tekak makcik laa sbb manis sardin tu terasa..nanti free makcik buat tutorial khas untuk anak2 yang  baru nak belajar masak.

Monday, October 22, 2012

Banana Bread


BAHAN-BAHAN :
  • 1 cawan lemak sayuran (shortening)
  • 2 cawan gula halus
  • 2 biji telur
  • 2 tbsp mayonis
  • 6 biji pisang masak + sedikit kurma (dikisar)
  • 3 cawan tepung serbaguna (diayak)
  • 1/2 tsp garam (ayak)
  • 1 tsp baking powder (ayak)
  • 2 tsp baking soda (ayak)
CARA-CARA :
 Di dalam mixer, krimkan shortening dan gula


sehingga putih dan

gebu

masukkan telur

sebiji demi sebiji

dan putar hingga ringan

tambahkan mayonis dan juga

pisang

masukkan tepung bersama bahan ayak

sedikit demi sedikit

kacau rata

masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dilengser mentega dan dialas kertas minyak

masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 10 minit.

bakar lagi

dan lagi

test kek dgn mencucuk dengan lidi di bahagian tengah. Jika belum masak, bolehlah letakkan aluminium foil di atas kek untuk mengelakkan bahagian atas hangus

kek yang baru keluar dari oven

panas-panas lagi dah potong..tak tahan makcik nengoknye