Friday, December 2, 2011

TOMYAM PUTIH


BAHAN-BAHAN :
1 mangkuk kecil isi ayam
6 ekor udang kertas
1 mangkuk sederhana bunga kobis (disiang dan direndam bersama air garam, ditoskan)
1 mangkuk kecil cendawan telinga (dipotong kecil, direndam sehingga lembut)
3 akar ketumbar (diracik halus)
1 batang serai (diketuk)
2 helai daun limau purut (disiat)
1 biji bawang besar (dipotong baji)
cili api mengikut citarasa (dibelah dua)
sos ikan secukupnya
1 sdk serbuk pati ayam
jus limau kasturi secukupnya
air secukupnya
CARA-CARA :
Masukkan secukupnya air ke dalam periuk . Didihkan bersama ayam, bawang, serai dan juga akar ketumbar.

Kemudian masukkan cendawan telinga dan juga udang. Masak lagi sehingga mendidih.

dan cendawan lembut. Tambahkan bunga kobis dan juga perasa.

Masukkan juga cili api mengikut kepedasan yang diingini. Sup ini tidak memerlukan garam kerana sos ikan sudah masin. Sebelum diangkat masukkan jus limau kasturi.

Sedia dihidangkan.

KWAY TEOW GORENG MUDAH



BAHAN-BAHAN :
1 bungkus kway teow (dicuci dan ditoskan)
1/2 ikat sawi (dipotong pendek)
10 biji bebola sotong (dipotong empat)
4 ulas bawang putih (dicincang)
2 biji telur
sos tiram
sos cili
sos tomato
kicap pekat
kicap manis kipas udang
kicap cair
minyak untuk menumis
CARA-CARA :


Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, pecahkan 2 biji telur

sambil dikacau hingga telur masak dan berketul. Ketepikan.

Di dalam kuali yang sama, tumiskan bawang putih yang telah dicincang sehingga naik bau. Kemudian

masukkan bebola sotong dan masak seketika. Jika ingin kway teow yang basah

masukkan sedikit air.

Setelah bebola sotong empuk, masukkan kesemua sos-sos. Jangan masukkan garam kerana rasa masin dari sos dan kicap sudah memadai.

Tambahkan kway teow dan sawi. Kacau rata dan masak sehingga

sawi layu. Setelah kway teow sebati dengan sos

masukkan telur yang diketepikan tadi.

Gaul rata. Matikan api.

Sedia dihidangkan bersama cili jeruk atau cili potong.

Saturday, November 26, 2011

MASAK LEMAK KOBIS DAN KUCAI



BAHAN-BAHAN :
1 biji kobis saiz kecil (dihiris ksar)
1 ikat daun kucai (dipotong 3 cm)
1/2 kg santan
1 mangkuk kecil isi udang
1 biji cili merah (dihiris)
DIKISAR :
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sdb udang kering
CARA-CARA :
Jerang santan dan bahan kisar hingga mendidih.

Kemudian masukkan kobis dan juga udang. Masak hingga kobis layu.

Kacau rata dan biarkan mendidih.

Tambahkan kucai dan juga cili hiris. Jangan lupa untuk memasukkan garam secukup rasa.

Setelah sayur agak layu bolehlah

diangkat dan dihidangkan.

Friday, November 25, 2011

MASAM MANIS IKAN AYA (TONGKOL)



BAHAN-BAHAN :
1 ekor ikan aya saiz kecil (dikukus bersama asam dan garam kemudian digoreng)
5 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 biji bawang besar (dihiris)
4 sdb cili boh
2 sdb sos tomato
kicap manis cap kipas udang secukupnya
garam dan gula secukup rasa
air jika perlu
sedikit minyak untuk menumis

CARA-CARA :
Tumis bahan kisar hingga garing dan wangi.

Masukkan cili boh dan sos tomato. Masak hingga terbit minyak.

Seperti ini. Bolehlah masukkan garam dan juga gula pada langkah ini.

Kemudian masukkan ikan dan juga bawang besar hiris. Kacau rata.

Sebelum memasukkan kicap manis rasa dahulu. Jika perlu bolehlah tambahkan sedikit air. Masak lagi hingga kuah bersalut.

Bolehlah dimatikan api.

Sedia dihidangkan bersama nasi panas atau nasi lemak.

Thursday, November 24, 2011

Keli bersiram kerabu mangga



BAHAN-BAHAN :
4 biji mangga muda
segenggam cili api
3 biji bawang besar
segenggam tomato ceri
2 pokok ketumbar (ambil daun dan batangnya-simpan akar untuk membuat tomyam)
sos ikan dan gula secukup rasa
jus limau nipis (jika suka lebih masam)
3 ekor ikan keli (diberi garam kunyit dan disalut sedikit tepung jagung supaya ikan tidak meletup-letup semasa menggoreng)
CARA-CARA :
Hiris atau sagat mangga seperti ini.

Bawang dan cili dihiris halus. Tomato dipotong 4 manakala daun ketumbar dihiris kasar-kasar.

Gaulkan mangga dan bahan kerabu rata-rata. Masukkan sos ikan dan juga gula secukup rasa. Ketepikan.

Sementara itu goreng ikan keli di dalam minyak panas hingga garing. 

Angkat. Curahkan kerabu mangga setelah anda sedia untuk menikmatinya.

Jika suka lebih masam, perahkan sedikit limau nipis mengikut selera.

SAYUR LABU AIR




BAHAN-BAHAN :
1 biji labu air saiz kecil (dibuang kulit, potong empat dan hiris kecil)
2 ekor ikan kembung (direbus dan ambil isinya)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sdb lada hitam
air secukupnya
sedikit garam dan gula

CARA-CARA :
Tumbuk isi ikan bersama bawang dan juga lada hitam.

Jerang air secukupnya di dalam periuk dan masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi.

Renih di atas api yang sederhana sehingga menggelegak.

Masukkan labu yang telah dipotong. Masukkan juga gula dan garam secukup rasa. Masak sehingga labu empuk .

Seperti ini. Jika suka anda boleh memasukkan sedikit budu untuk rasa yang lebih ummphh.
Bolehlah dimatikan api.

Enak dihidangkan bersama ikan goreng dan sambal belacan. Sayur ini juga sesuai untuk anak-anak kerana tidak pedas.