Tuesday, November 15, 2011

Kacang panjang goreng


BAHAN-BAHAN :
1 ikat kacang panjang (potong serong)
1 mangkuk kecil hirisan daging ayam
1/2 biji bawang holland (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)
sedikit serbuk kunyit
sedikit sos tiram
garam
lada sulah
sedikit air
minyak untuk menumis
CARA-CARA :

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, masukkan isi ayam. Masak hingga isi ayam kecut. Tambahkan sedikit air, serbuk kunyit dan garam.

Kemudian tambahkan bahan lain dan juga perasa. Masak hingga kacang sedikit layu tetapi masih rangup. Jika kurang masin boleh tambah garam.

Kacau rata dan 

sedia dihidangkan.

Sambal udang tomato


BAHAN-BAHAN :
10 ekor udang kertas (diperap bersama 1 sdt serbuk kunyit dan sedikit garam)
1/2 biji bawang holland (dihiris bulat)
1/4 cawan sos tomato kimball
1/2 cawan santan
sedikit air
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

BAHAN KISAR :
7 biji cili merah
1.5 cm halia
1/2 biji bawang holland
2 ulas bawang putih


CARA-CARA :

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, goreng udang sebentar hingga kering airnya. Kemudian

ketepikan udang. Dengan menggunakan baki minyak gorengan, tumis bawang yang telah dimayang hingga wangi. Selepas itu masukkan 

bahan yang telah dikisar halus. Tumis hingga cili garing dan naik baunya.

Masukkan sos tomato, sedikit air dan santan. Kacau rata.

Setelah kuah agak pekat bolehlah masukkan udang yang telah digoreng, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih dan keluar minyak barulah diangkat.

Sedia dihidangkan. Masakan ini sangat sesuai untuk anak-anak kerana tidak pedas.

Syabil dan asam pedas

Tak pedas ke sayang...

Arr hirup lagi puas-puas....kalau tak puas guna sudu tu hirup je guna mangkuk takde sapa marah

Sedap la ibu...lain kali buat lagi ek asam pedas ceroi niii...

Asam pedas ayam versi ceroi


BAHAN-BAHAN :
1/2 ekor ayam (dipotong kecil)
1 batang serai (diketuk)
4 helai daun limau purut
 asam jawa secukupnya
tomato ceri 
air untuk kuah secukupnya
garam secukup rasa
1 sdk serbuk pati ayam
minyak untuk menumis

BAHAN KISAR :
11 biji cili kering yang telah direbus
1/2 biji bawang holland (bawang besar kuning)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit
1/2 inci halia
sedikit belacan

CARA-CARA :


Panaskan minyak di dalam periuk, tumiskan serai bersama bahan kisar sehingga wangi dan garing.
Kemudian

masukkan ayam dan masak lagi hingga ayam

kecut dan pecah minyak. Setelah itu

tambahkan air yang telah dibancuh bersama asam jawa. Masak lagi sehingga

mendidih dan ayam empuk. Masukkan perasa, tomato dan juga daun limau purut. Jika suka boleh juga masukkan sayur seperti bendi dan juga terung. Rasa asam dan garamnya.

Setelah kuah elok naik minyaknya, bolehlah dimatikan api.

Sedia dihidangkan bersama nasi panas, sambal belacan, ulam-ulaman dan juga ikan masin.

Masak lemak sotong dan pucuk keledek

BAHAN-BAHAN :

  • 1 mangkuk besar pucuk keledek yang telah disiang
  • 5 ekor sotong sederhana (dipotong bulat)
  • 1/2 kg santan
  • 2 biji cili merah (dihiris kasar)
  • 1 batang bunga kantan (dihiris halus)
  • garam secukup rasa
DITUMBUK :

  • 6 ulas bawang merah
  • 1 sdk lada hitam
  • 1 inci belacan
CARA-CARA :

  • Jerang semua bahan di dalam periuk kecuali pucuk keledek dan cili hiris. Jerang di atas api yang sederhana hingga mendidih. Kacau selalu agar santan tidak pecah minyak.
  • Kemudian bolehlah masukkan pucuk keledek, cili dan juga garam secukupnya.
  • Sedia dihidangkan bersama nasi panas, ikan goreng dan semestinya...budu..



maggi kari goreng

BAHAN-BAHAN :

  • 2 paket maggi perencah kari (gunakan 1 paket serbuk seasoning)
  • 2 biji telur
  • 2 pokok sawi (hiris kecil)
  • 3 ekor sotong
  • 3 ulas bawang merah (dihiris)
  • 1 sdk sos tiram nona
  • sedikit minyak untuk menumis
CARA-CARA :

  • Rebus maggi dalam air mendidih sehingga tiga suku masak. Toskan.
  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bawang hingga wangi. Tambahkan sotong dan goreng hingga sotong kecut kemudian pecahkan telur dan tunggu hingga telur berketul.
  • Masukkan sawi dan masak lagi hingga sawi layu. Masukkan mi, perasa dan juga sos tiram. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan bersama cili jeruk.

Bingka durian

BAHAN-BAHAN :

  • 6 biji telur
  • 7 ulas isi durian D24
  • 2 helai daun pandan (diramas bersama bancuhan)
  • sedikit pewarna kuning telur
  • sedikit bijan (untuk tabur)
  • 1 kotak santan kara
  • 2 kotak air
  • 1 1/2 cawan tepung gandum @ secukupnya (adunan kuih-muih melayu mestilah turun laju apabila diangkat dengan sudu (bukan cair))
  • 1 cawan gula @ secukup rasa
  • sedikit garam
  • sedikit mentega (untuk melengser)
CARA-CARA :

  • Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali daun pandan dan mentega. Kisar sehingga adunan hancur.
  • Setelah itu, tuangkan adunan kedalam mangkuk dan ramas sebentar dengan daun pandan untuk mendapatkan aromanya.
  • Jerang di dalam kuali tanpa lekat sehingga naik wap.(sebentar sahaja)
  • Sementara itu lengser loyang sebelum memasukkan adunan. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dan jangan lupa untuk menaburkan bijan.
  • Sedia dihidangkan untuk minum petang.

Wednesday, November 9, 2011

KISAH NABI : IKAN MASAK HIDUP SEMULA

Kisah ini dipetik dari surah Al-Kahfi dari ayat 60 dan hadis Nabi Muhammad SAW yang menceritakan kejadian itu kepada para sahabatnya, cerita ini memberikan pengajaran yang berguna untuk kita, bahawa setiap kisah akan membawa kita memikirkan tentang sesuatu kejadian itu ada hikmahnya bahawa setiap insan ada peranan masing-masing, ALLAH menganugerahkan kelebihan kepada seseorang manusia seperti kepakaran tertentu, seperti juga kepada setiap para nabi ada kelebihan dan mukjizat tersendiri dan ada yang mempunyai beberapa mukjizat seperti Nabi Muhammad SAW.

Monday, October 31, 2011

PEKIKAN JIBRIL AS MEMATIKAN SYADAD BIN 'AAD

Dikisahkan bahawa 'Aad mempunyai dua orang putera, yang pertama bernama Syadid dan yang kedua bernama Syadad. Syadad adalah seorang yang suka membaca kitab. Pada suatu ketika ia membaca tentang sifat-sifat syurga, kemudian ia berkata dalam hatinya: "Pada suatu saat nanti aku akan membuat di permukaan bumi ini suatu syurga seperti yang dijelaskan dalam kitab ini."

Sunday, October 30, 2011

Untuk mu sayang....Rabilshah

BALASAN SEKALIAN PENDERHAKA DI DALAM NERAKA

Disebutkan dalam sebuah kitab bahawa pada hari kiamat nanti akan kedengaran suara yang akan memanggil-manggil :Datanglah Fulan bin Fulan. "Kemudian akan datanglah Firaun yang mana di kepalanya dikenakan songkok yang diperbuat dari api neraka, kemudian akan berseru lagi suara itu: "Di manakah orang-orang yang sombong dan takbur?"     

 

Saturday, October 29, 2011

Goreng telur masin

BAHAN-BAHAN :

  • 2 biji telur masin yang masih baru
  • 2 biji telur biasa
  • 1 biji bendi (potong serong)
  • 5 biji terung ulam (potong 4)
  • 2 biji bawang besar saiz kecil (dimayang)
  • 8 biji cili api (dihiris)
  • sedikit serbuk kunyit
  • sedikit serbuk perasa dan minyak untuk menumis
CARA-CARA :

  • Panaskan minyak dan tumis bawang hingga garing. Pecahkan kesemua telur dan kacau hingga telur berketul.
  • Tambahkan serbuk kunyit, bendi dan juga terung. Masak lagi hingga telur garing dan sayur empuk. Sebelum diangkat masukkan sedikit serbuk perasa dan taburkan cili hiris.
  • Kacau rata dan sedia diangkat dan dihidangkan bersama nasi panas. 

Masak lemak tempoyak pucuk paku

BAHAN-BAHAN :

  • 2 ikat pucuk paku
  • 1/2 kg santan
  • 3 sdb tempoyak 
  • 8 biji belimbing buluh
  • 2 ketul  ikan tongkol
  • jus dari 2 biji limau kasturi
  • garam dan gula secukup rasa
DIKISAR :

  • 8 biji cii api 
  • 1 cm kunyit
  • 4 batang serai
CARA-CARA :

  • Jerang semua bahan di dalam periuk di atas api yang sederhana hingga keluar minyak.
  • Kacau selalu. Sebelum diangkat masukkan jus limau kasturi secukup rasa. 
  • Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Rendang kerang dan kupang

Bahan-bahan :

  • 150 gm isi kupang
  • semangkuk kecil isi kerang
  • 1/2 kg santan
  • segenggam buncis (potong serong 3)
  • 1 sdb kerisek
  • 1 asam keping
  • 1 helai daun kunyit 
  • garam dan gula secukup rasa
Dikisar :

  • 10 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 hiris lengkuas
  • 1 cm halia
  • 1 cm kunyit
  • 5 batang serai
  • 5 biji cili kering
  • cili api ikut citarasa
Cara-cara :

  • Masukkan semua bahan ke dalam kuali kecuali buncis dan daun kunyit. Masak atas api yang sederhana sehingga kering.
  • Sebelum diangkat masukkan buncis dan daun kunyit.
  • Sedia dihidangkan.

Friday, October 28, 2011

Nasi goreng udang kering

BAHAN-BAHAN :

  • 2 pinggan nasi 
  • 1 papan petai (belah 2)
  • 10 batang buncis (potong kecil)
  • 2 biji telur
  • garam dan serbuk pati ayam secukupnya
  • sedikit minyak
DITUMBUK :

  • 1 genggam udang kering
  • 4 ulas bawang merah
  • sebesar ibu jari belacan
  • 1 biji cili merah
CARA-CARA :

  • Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga garing dan wangi. Pecahkan telur dan biar sebentar hingga telur mengental baru dikacau.
  • Masukkan nasi, bahan perasa dan sayur. Kacau rata.
  • Bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama keropok segera.

Mi lada hitam gaya Nasya

BAHAN-BAHAN :

  • 2 paket mi kuning (dicelur sebentar dan ditoskan)
  • 15 ekor udang saiz sederhana
  • 20 biji bebola ikan (saiz besar)
  • 4 sdb sos cili @ lebih
  • 2 sdb sos tomato
  • 2 sdb sos tiram
  • 1 senduk kicap cair
  • 5 gelas air
  • 1 labu bawang putih + 1 1/2 sdb lada hitam (ditumbuk)
  • sedikit garam
  • sawi bunga secukupnya
  • limau kasturi secukupnya
  • daun sup dan daun bawang (jika suka)
  • minyak untuk menumis
CARA-CARA :

  • Panaskan minyak di dalam periuk, tumis bawang putih dan lada hitam hingga garing. Kemudian masukkan udang dan sos-sos.
  • Setelah itu bolehlah dimasukkan air dan juga bebola ikan. Biarkan mendidih. Rasa kuahnya. Masakan ini mesti ada rasa pedas, masam dan manis yang seimbang. Jika kurang, boleh tambahkan sos-sos ikut selera anda.
  • Sebelum di angkat masukkan sawi. Angkat sebelum sawi layu.
  • Sedia dihidangkan.

BERKORBAN DENGAN SEEKOR LALAT MASUK NERAKA

Di salah satu kesempatan, Rasulullah SAW mengatakan kepada para sahabat :"Ada seorang lelaki masuk ke syurga sebab lalat, dan ada juga seorang lelaki masuk ke neraka juga sebab lalat."

Thursday, October 27, 2011

Kek suka-suka

Baby comot seminggu dua ni asyik mintak nak kek je..ibu dia ni tangan keras...bukan macam Aunt Naz nun...pandai buat kek..kue...etc. Nak sonang pi la kedai kek. Beli sebijik. Tak sangka plak sekali makan dua beradik ni sampai separuh kek yang 1/2 kilo. Haii...makan laa puas-puas. Tak cukup besok ibu beli lagi...tapi kek yang harga 5 kupang je la..
Kek kopi sebab ibu suka bau kopi
Abang dah get ready nak p semayang jumaat...cuba tengok kat coffee table tu..buku resepi sapa agaknya yang menimbun tuuuu...
Syok ye dapat makan kek...ibu masa kecik2 dulu kek pun tak kenal...tapi xpe bulan 11 nanti ibu buat birthday party..tapi untuk ibu laaa
Ohhh...sungguh comot...
Aaaaaaa...sengih sampai pengsan..