Wednesday, October 26, 2011

JIBRIL MENGAJAR TASBIH, TAHMID DAN TAKBIR

Kehidupan Ali bin Abi Talib ra sangat sederhana sekali. Dia memang salah seorang di antara para sahabat yang miskin. Ini dapat dimaklumi kerana Ali tiada masa untuk bekerja atau berniaga bagi mencari duit seperti sebahagian sahabat-sahabat lainnya.

Monday, October 24, 2011

Breakfast pagi nie...

Pagi ni malas nak membasuh periuk belanga maka breakfast dengan makanan flight je la..yang ni nasi goreng dengan ayam panggang

Yang ni plak ribbon pasta dengan ratatouille

Aktiviti seharian...

Ni laa aktiviti seharian Nasya kalau kat umah...jual jajan. Ha..ha..ha... daripada terlopong xdak buat apa sambil2 makan untuk diri sendiri elok gak kalau dijual kann..kann..sebab tu la gg orang2 kat umah ni semuanya rongak. KASIHAN...

Di samping tu ada gak eskrim Malaysia..tinggal eskrim asam boi je. Iskhh malas betul la nak buat..

Ni la pengunjung setia kedai Nasya..pagi2 lagi dah selongkar tabung cari syiling....anak siapa agaknya yer ???

Sunday, October 23, 2011

IZRAIL MEMASUKKAN ROH KE DALAM TUBUH ADAM AS

Dijadikan pada tubuh Adam ada  sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang di kepala dan dua buah liang di bawah badan letaknya. Tujuh buah letaknya di kepala : Dua liang mata, dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut. Yang dua macam di bawah : Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Sambal pauh Kelantan

BAHAN-BAHAN :

  • 3 biji pauh muda (lebih sedap jika menggunakan mangga telur - dikupas kulit dan dihiris kasar)
  • 1 ekor ikan kembung (dibakar tawar)
  • segenggam cili kampung
  • garam dan gula secukup rasa
CARA-CARA  :

  • Semua bahan ditumbuk kasar-kasar. Jika suka lebih masam boleh tambahkan jumlah mangga begitu juga sebaliknya. Ikut citarasa masing-masing.

Sayur masak manis

BAHAN-BAHAN :

  • 1 biji keledek (kupas dan potong besar)
  • 1 biji petola (kupas kulit dan potong kecil)
  • 1 ikat pucuk keledek (disiang)
  • 2 sdb budu atau lebih
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa
DITUMBUK KASAR :

  • 1 sdb udang kering
  • 1/2 sdb lada hitam
  • 4 ulas bawang merah
CARA-CARA :

  • Jerang air secukupnya di dalam periuk. Tunggu hingga keledek empuk baru dimasukkan bahan-bhan lain.. Biarkan mendidih.
  • Bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama ikan goreng dan sambal pauh.




Breakfast tadi...loh shu fen goreng lagi...

Tadi masak biasa2 je. Rasa nak makan mi, masaklah laksa pendek ni tapi Nasya letak cokodok bawang sikit potong kecik2 ala-ala mamak gitu. Goreng cam biasa je..

Friday, October 21, 2011

JIBRIL MENUTUP MULUT FIRAUN DENGAN TANAH

Firaun berserta tenteranya mendapat kehancuran pada hari Rabu. Ketika Nabi Musa as berserta pengikutnya bangsa Bani Israil yang berjumlah 70 000 orang pergi menuju ke tepi sungai Nil, mereka dikejar oleh Firaun dan tenteranya yang berjumlah 2 000 000 orang. Ketika mereka merasa tidak dapat melarikan diri maka berkatalah pengikut Nabi Musa :"Sesungguhnya kita benar-benar akan bertempur dengan Firaun."

Breakfast pagi nie..

Spaghetti ni menu yang wajib ada kat umah nie. Budak2 suka mak budak pun terlebih sukee. Kali ni tomato yan sebiji2 dlm tin tu xde stok jadi Nasya ganti ngan tomato soup. Puri tomato duchef tu tetap pujaan hatiku..campur je la...daging lak Nasya lebih suka guna daging burger Ramly sbb dah ada perisa....resepi mcm biasa...
Ini roti sosej celup dalam tepung rangup..sedap makan panas2 cicah sos cili..

Menu semalam....

Pagi semalam breakfast goreng kuetiaw jerr...Nasya beli kuetiaw kering pastu celur air panas sat. Pastu goreng ler apo laie...
Haaa yang ni plak daging goreng kunyit. Taruk la sos tiram sikit, kicap cair sikit, garam n perasa sikit. Jangan lupa bawang ngan cili, masuk sekali..
Malas nak masuk lauk lain...senang citer jerang je semua sekali dalam periuk. Ni la dia kupang masak lomak cili api ngan buncis. Resepi...alaaaa sama je..kupang + buncis + serai + cili + santan pekat...jerang atas dapur, letak asam sekeping letak le garam. Dah siap. Magic kannn..
Udang ni lak kirim kat kawan suruh dia beli kat airport Kota Kinabalu. 80 hinggit sekilo you...emmm setaon sekali bole la makan..
Tangan siapakah yang comey ituwww???
Panggang biasa je letak marinade ngan keju. Panggang 2 ekor je sorang satu ngan Nabil. Nasib baik ayah xterliur..katanya xmenepati citarasa dia. Dia nak makan kari...ok lah kalu cam tu sedap je ibu mencekik sorang2..bukan sonang nak dapek nie..

Wednesday, October 19, 2011

RASULULLAH SAW SENTIASA MEMIKIRKAN UMATNYA

Menurut suatu riwayat, wafatnya Rasulullah SAW disebabkan oleh sakit kepala yang dialami selama 18 hari pada bulan Safar. ALLAH SWT kemudian memerintahkan Malaikat Maut mencabut roh Nabi Muhammad SAW dengan penuh kelembutan dan kehalusan

Tuesday, October 18, 2011

Sup udang dan kobis

BAHAN-BAHAN :
  • 1 mangkuk udang saiz sederhana
  • 1/4 biji kobis (dipotong kecil)
  • 1/2 batang karot (dihiris serong)
  • 1 biji kentang (potong 6)
  • sedikit daun sup dan daun bawang
  • 1 inci halia + 2 ulas bawang merah + 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • sedikit minyak bijan, kicap cair, sedikit sos tiram, lada sulah dan serbuk pati ayam
  • garam secukup rasa
  • air secukupnya
  • minyak untuk menumis
CARA-CARA :

  • Panaskan minyak, tumis bahan hiris hingga wangi. Masukkan air, kentang dan udang. Masak hingga mendidih dan kentang empuk. Tambahkan karot, kobis dan juga bahan perasa. Setelah sayur sedikit layu bolehlah matikan api.



Sotong goreng kari

BAHAN-BAHAN :

  • 10 ekor sotong sederhana (dibersihkan dan dipotong bulat)
  • 1 labu bawang besar + 1 biji cili hijau (dihiris)
  • 1 inci halia + 4 ulas bawang merah + 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sdb serbuk kari ikan
  • sedikit sos tiram
  • 7 biji cili api (diketuk)
  • garam dan perasa secukupnya
  • sedikit minyak untuk menumis
CARA-CARA  :

  • Panaskan minyak. Tumis bahan yang ditumbuk sehingga garing. Masukkan rempah kari dan sotong, masak di atas api yang besar hingga sotong kecut dan rempah keluar minyak.
  • Masukkan garam, sos tiram dan juga bahan yang dihiris. Sebelum ditutup apinya masukkan cili api yang telah diketuk. 
  • Sedia dihidangkan bersama nasi panas.

Sup kentang bebola ikan

BAHAN-BAHAN :

  • 5 biji kentang (dipotong 4)
  • 1 batang saderi (dipotong kecil)
  • 1 paket fishball
  • sedikit fucuk tauhu (direndam sebentar, ditoskan)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • sedikit daun sup dan daun bawang (untuk tabur)
  • air secukupnya
  • sedikit minyak untuk menumis
  • garam dan serbuk pati ayam secukup rasa
DITUMBUK :

  • 2 cm halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
CARA-CARA :

  • Panaskan minyak, tumis bahan yang ditumbuk sehingga wangi. Masukkan air, ubi kentang dan sup bunjut. Masak lagi hingga mendidih dan kentang empuk.
  • Setelah itu bolehlah ditambah bahan lain. Jika suka pedas boleh taburkan sedikit serbuk lada sulah secukup rasa. Sebelum menghidang taburkan sedikit daun sup dan daun bawang.
  • Sedia dihidangkan untuk anak-anak kecil.

Monday, October 17, 2011

Masak lomak cili api ikan keli versi malasssss....

BAHAN-BAHAN :

  • 3 ekor ikan keli (dicuci bersih bersama garam dan jus limau)
  • 2 bungkus santan (paket kecil)
  • 4 batang serai (di ketuk)
  • 10 biji cili api + 2 cm kunyit hidup (ditumbuk)
  • jus limau kasturi secukupnya (Nasya letak 5 bijik sbb tekak ni nak benda masam jerr)
  • garam dan sedikit perasa
CARA-CARA :

  • Masukkan ikan bersama bahan yang ditumbuk ke dalam belanga. Masak di atas api yang perlahan hingga air ikan kering. Kemudian masukkan santan dan bahan lain masak lagi hingga mendidih. Masakan ini hendaklah selalu dikacau agar santan tidak pecah minyak.
  • Tambahkan bahan perasa secukupnya dan sebelum diangkat jangan lupa untuk memasukkan sedikit jus limau kasturi. Sedia dihidangkan bersama nasi dan ulam-ulaman serta sambal belacan.
  • MASAKAN INI LEBIH ENAK JIKA IKAN KELI DISALAI SEBENTAR DI ATAS BARA.

MALAIKAT MUNGKAR DAN NANGKIR MENYOAL INSAN YANG BERIMAN

Sewaktu seseorang berada di dalam kubur akan datanglah dua malaikat tiap-tiap seorang yang baru saja dikuburkan iaitu Malaikat Mungkar dan Nangkir. Kedua-dua malaikat ini sengaja ditugaskan oleh ALLAH untuk menanyakan setiap mayat yang baru saja dikuburkan itu.

HARI RAYA PARA MALAIKAT

Diriwayatkan dari Abi Umamah Al-Bahili dia berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:"Apabila datang bulan Syaaban, maka bersihkanlah dirimu dan perbaikilah niatmu di dalamnya."
     Hadith dari Usamah ra:"Aku berkata; Ya Rasulullah SAW  aku tidak pernah melihatmu berpuasa satu bulan dari bulan-bulan ini seperti puasa dalam bulan Syaaban." Sabda Rasulullah SAW :"Wahai Usamah, itu adalah satu bulan yang kebiasaannya manusia lengah darinya antara Rejab dan Ramadan. Syaaban adalah satu bulan yang di dalamnya diangkat amal-amal ini kepada Tuhan seru sekalian alam, maka sebab itu aku suka kalau amalku diangkat sedang aku dalam keadaan puasa."

KISAH MALAIKAT MALIK DENGAN API NERAKA

Mansur bin Amar berkata :"Telah sampai kepadaku riwayat bahawa malaikat Malik yang ditugaskan menjaga neraka itu mempunyai tangan yang banyak sekali seramai bilangan penghuni neraka, dan pada tiap-tiap kaki malaikat Malik terdapat tangan yang mendirikan, mendudukkan dan mengikat dengan rantai."

Sunday, October 16, 2011

JIBRIL MENGKHABARKAN TENTANG SEKSA ALLAH (Nabi Yahya sangat takut)

Nabi Zakaria as ketika mengajar memberi nasihat supaya takut kepada ALLAH SWT, beliau akan memanang ke kanan dan ke kiri. Apabila Nabi Zakaria mendapati anaknya Nabi Yahya as tidak ada maka beliau akan membaca ayat-ayat yang menunjukkan seksa ALLAH SWT. Dan apabila Nabi Zakaria melihat anaknya ada bersama dalam majlis itu maka beliau tidak akan membacakan ayat-ayat yang menunjukkan seksa ALLAH SWT.

Friday, October 14, 2011

Tumis sawi jepun dan noi

BAHAN-BAHAN :

  • 1 ekor noi (sotong katak) saiz sederhana (dipotong panjang)
  • 1 ikat sawi jepun
  • 10 biji tomato ceri (dibelah 2)
  • sedikit sos tiram
  • garam dan perasa jika suka
  • minyak untuk menumis
DITUMBUK :

  • 2 biji cili merah
  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci belacan
CARA-CARA :

  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan yang ditumbuk hingga wangi dan garing. Kemudian masukkan noi (gunakan api besar untuk mengeringkan air noi), kacau selalu agar tidak hangit.
  • Setelah noi masak, tambahkan sayur dan bahan perasa. Kacau rata. Sebelum diangkat masukkan tomato ceri dan segera tutupkan api agar tomato kekal rangup. Sedia dihidangkan bersama nasi putih.