Firaun berserta tenteranya mendapat kehancuran pada hari Rabu. Ketika Nabi Musa as berserta pengikutnya bangsa Bani Israil yang berjumlah 70 000 orang pergi menuju ke tepi sungai Nil, mereka dikejar oleh Firaun dan tenteranya yang berjumlah 2 000 000 orang. Ketika mereka merasa tidak dapat melarikan diri maka berkatalah pengikut Nabi Musa :"Sesungguhnya kita benar-benar akan bertempur dengan Firaun."
Friday, October 21, 2011
Breakfast pagi nie..
Spaghetti ni menu yang wajib ada kat umah nie. Budak2 suka mak budak pun terlebih sukee. Kali ni tomato yan sebiji2 dlm tin tu xde stok jadi Nasya ganti ngan tomato soup. Puri tomato duchef tu tetap pujaan hatiku..campur je la...daging lak Nasya lebih suka guna daging burger Ramly sbb dah ada perisa....resepi mcm biasa...
Ini roti sosej celup dalam tepung rangup..sedap makan panas2 cicah sos cili..
Ini roti sosej celup dalam tepung rangup..sedap makan panas2 cicah sos cili..
Menu semalam....
Pagi semalam breakfast goreng kuetiaw jerr...Nasya beli kuetiaw kering pastu celur air panas sat. Pastu goreng ler apo laie...
Haaa yang ni plak daging goreng kunyit. Taruk la sos tiram sikit, kicap cair sikit, garam n perasa sikit. Jangan lupa bawang ngan cili, masuk sekali..
Malas nak masuk lauk lain...senang citer jerang je semua sekali dalam periuk. Ni la dia kupang masak lomak cili api ngan buncis. Resepi...alaaaa sama je..kupang + buncis + serai + cili + santan pekat...jerang atas dapur, letak asam sekeping letak le garam. Dah siap. Magic kannn..
Udang ni lak kirim kat kawan suruh dia beli kat airport Kota Kinabalu. 80 hinggit sekilo you...emmm setaon sekali bole la makan..
Tangan siapakah yang comey ituwww???
Panggang biasa je letak marinade ngan keju. Panggang 2 ekor je sorang satu ngan Nabil. Nasib baik ayah xterliur..katanya xmenepati citarasa dia. Dia nak makan kari...ok lah kalu cam tu sedap je ibu mencekik sorang2..bukan sonang nak dapek nie..

Wednesday, October 19, 2011
RASULULLAH SAW SENTIASA MEMIKIRKAN UMATNYA
Menurut suatu riwayat, wafatnya Rasulullah SAW disebabkan oleh sakit kepala yang dialami selama 18 hari pada bulan Safar. ALLAH SWT kemudian memerintahkan Malaikat Maut mencabut roh Nabi Muhammad SAW dengan penuh kelembutan dan kehalusan
Tuesday, October 18, 2011
Sup udang dan kobis
BAHAN-BAHAN :
- 1 mangkuk udang saiz sederhana
- 1/4 biji kobis (dipotong kecil)
- 1/2 batang karot (dihiris serong)
- 1 biji kentang (potong 6)
- sedikit daun sup dan daun bawang
- 1 inci halia + 2 ulas bawang merah + 2 ulas bawang putih (dihiris)
- sedikit minyak bijan, kicap cair, sedikit sos tiram, lada sulah dan serbuk pati ayam
- garam secukup rasa
- air secukupnya
- minyak untuk menumis
- Panaskan minyak, tumis bahan hiris hingga wangi. Masukkan air, kentang dan udang. Masak hingga mendidih dan kentang empuk. Tambahkan karot, kobis dan juga bahan perasa. Setelah sayur sedikit layu bolehlah matikan api.
Sotong goreng kari
BAHAN-BAHAN :
- 10 ekor sotong sederhana (dibersihkan dan dipotong bulat)
- 1 labu bawang besar + 1 biji cili hijau (dihiris)
- 1 inci halia + 4 ulas bawang merah + 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 1 sdb serbuk kari ikan
- sedikit sos tiram
- 7 biji cili api (diketuk)
- garam dan perasa secukupnya
- sedikit minyak untuk menumis
- Panaskan minyak. Tumis bahan yang ditumbuk sehingga garing. Masukkan rempah kari dan sotong, masak di atas api yang besar hingga sotong kecut dan rempah keluar minyak.
- Masukkan garam, sos tiram dan juga bahan yang dihiris. Sebelum ditutup apinya masukkan cili api yang telah diketuk.
- Sedia dihidangkan bersama nasi panas.
Sup kentang bebola ikan
BAHAN-BAHAN :
- 5 biji kentang (dipotong 4)
- 1 batang saderi (dipotong kecil)
- 1 paket fishball
- sedikit fucuk tauhu (direndam sebentar, ditoskan)
- 1 biji cili merah (dihiris)
- sedikit daun sup dan daun bawang (untuk tabur)
- air secukupnya
- sedikit minyak untuk menumis
- garam dan serbuk pati ayam secukup rasa
- 2 cm halia
- 3 ulas bawang putih
- 2 ulas bawang merah
- Panaskan minyak, tumis bahan yang ditumbuk sehingga wangi. Masukkan air, ubi kentang dan sup bunjut. Masak lagi hingga mendidih dan kentang empuk.
- Setelah itu bolehlah ditambah bahan lain. Jika suka pedas boleh taburkan sedikit serbuk lada sulah secukup rasa. Sebelum menghidang taburkan sedikit daun sup dan daun bawang.
- Sedia dihidangkan untuk anak-anak kecil.
Monday, October 17, 2011
Masak lomak cili api ikan keli versi malasssss....
BAHAN-BAHAN :
- 3 ekor ikan keli (dicuci bersih bersama garam dan jus limau)
- 2 bungkus santan (paket kecil)
- 4 batang serai (di ketuk)
- 10 biji cili api + 2 cm kunyit hidup (ditumbuk)
- jus limau kasturi secukupnya (Nasya letak 5 bijik sbb tekak ni nak benda masam jerr)
- garam dan sedikit perasa
- Masukkan ikan bersama bahan yang ditumbuk ke dalam belanga. Masak di atas api yang perlahan hingga air ikan kering. Kemudian masukkan santan dan bahan lain masak lagi hingga mendidih. Masakan ini hendaklah selalu dikacau agar santan tidak pecah minyak.
- Tambahkan bahan perasa secukupnya dan sebelum diangkat jangan lupa untuk memasukkan sedikit jus limau kasturi. Sedia dihidangkan bersama nasi dan ulam-ulaman serta sambal belacan.
- MASAKAN INI LEBIH ENAK JIKA IKAN KELI DISALAI SEBENTAR DI ATAS BARA.
MALAIKAT MUNGKAR DAN NANGKIR MENYOAL INSAN YANG BERIMAN
Sewaktu seseorang berada di dalam kubur akan datanglah dua malaikat tiap-tiap seorang yang baru saja dikuburkan iaitu Malaikat Mungkar dan Nangkir. Kedua-dua malaikat ini sengaja ditugaskan oleh ALLAH untuk menanyakan setiap mayat yang baru saja dikuburkan itu.
HARI RAYA PARA MALAIKAT
Diriwayatkan dari Abi Umamah Al-Bahili dia berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:"Apabila datang bulan Syaaban, maka bersihkanlah dirimu dan perbaikilah niatmu di dalamnya."
Hadith dari Usamah ra:"Aku berkata; Ya Rasulullah SAW aku tidak pernah melihatmu berpuasa satu bulan dari bulan-bulan ini seperti puasa dalam bulan Syaaban." Sabda Rasulullah SAW :"Wahai Usamah, itu adalah satu bulan yang kebiasaannya manusia lengah darinya antara Rejab dan Ramadan. Syaaban adalah satu bulan yang di dalamnya diangkat amal-amal ini kepada Tuhan seru sekalian alam, maka sebab itu aku suka kalau amalku diangkat sedang aku dalam keadaan puasa."

KISAH MALAIKAT MALIK DENGAN API NERAKA
Mansur bin Amar berkata :"Telah sampai kepadaku riwayat bahawa malaikat Malik yang ditugaskan menjaga neraka itu mempunyai tangan yang banyak sekali seramai bilangan penghuni neraka, dan pada tiap-tiap kaki malaikat Malik terdapat tangan yang mendirikan, mendudukkan dan mengikat dengan rantai."
Sunday, October 16, 2011
JIBRIL MENGKHABARKAN TENTANG SEKSA ALLAH (Nabi Yahya sangat takut)
Nabi Zakaria as ketika mengajar memberi nasihat supaya takut kepada ALLAH SWT, beliau akan memanang ke kanan dan ke kiri. Apabila Nabi Zakaria mendapati anaknya Nabi Yahya as tidak ada maka beliau akan membaca ayat-ayat yang menunjukkan seksa ALLAH SWT. Dan apabila Nabi Zakaria melihat anaknya ada bersama dalam majlis itu maka beliau tidak akan membacakan ayat-ayat yang menunjukkan seksa ALLAH SWT.
Friday, October 14, 2011
Tumis sawi jepun dan noi
BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor noi (sotong katak) saiz sederhana (dipotong panjang)
- 1 ikat sawi jepun
- 10 biji tomato ceri (dibelah 2)
- sedikit sos tiram
- garam dan perasa jika suka
- minyak untuk menumis
- 2 biji cili merah
- 4 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci belacan
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan yang ditumbuk hingga wangi dan garing. Kemudian masukkan noi (gunakan api besar untuk mengeringkan air noi), kacau selalu agar tidak hangit.
- Setelah noi masak, tambahkan sayur dan bahan perasa. Kacau rata. Sebelum diangkat masukkan tomato ceri dan segera tutupkan api agar tomato kekal rangup. Sedia dihidangkan bersama nasi putih.
Gulai ketam
BAHAN-BAHAN :
- 3 ekor ketam saiz sederhana (bersihkan, potong 2 dan diketuk sedikit)
- 2 sdb serbuk kari ikan
- 1 sdb serbuk cili
- santan dari 2 biji kelapa
- sedikit lada hitam yang baru dikisar
- minyak untuk menumis secukupnya
- 1 asam keping
- garam dan serbuk perasa jika suka
- 2 biji cili merah (dipotong 2)
- bendi jika suka (lebih sedap jika menggunakan nenas tapi Nasya xberani lagi nak makan)
- 5 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 batang serai
- Panaskan minyak secukupnya untuk menumis. Tumis bahan yang dikisar hingga garing bersama serbuk kari dan juga serbuk cili. Masukkan sedikit air dan masak hingga pecah minyak.
- Tambahkan santan dan tunggu hingga santan mendidih. Setelah itu bolehlah masukkan ketam, asam keping dan juga bahan perasa.
- Setelah kuah agak pekat dan ketam masak bolehlah masukkan bendi dan cili. Terus tutup api supaya bendi tidak lembik. Enak diratah begitu saja atau dicicah dengan roti.
Thursday, October 13, 2011
MALAIKAT RIDHWAN HAIRAN SEORANG MUKMIN YANG ENGGAN MASUK SYURGA
Dalam sebuah hadith menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti ALLAH SWT akan memerintahkan akan memerintahkan kepada dua orang mukmin yang hadir dihadapanNya. Seorang adalah yang taat kepada perintah ALLAH SWT manakala yang seorang lagi ialah yang derhaka kepada ALLAH SWT. Kedua-dua mereka mati dalam keadaan beriman.
ALLAH SWT menyuruh malaikat Ridhwan membawa orang yang taat kepada ALLAH SWT ke syurga dan memuliakannya dengan berfirman :" Aku merelakan dia."
Kemudian ALLAH SWT memerintahkan malaikat Zabaniah membawa yang seorang lagi ke neraka dan ALLAH SWT memerintahkan supaya orang itu diseksa dengan seksaan yang pedih. Firman ALLAH SWT yang bermaksud :" Sesungguhnya orang ini ialah peminum arak."
Orang yang taat kepada perintah ALLAH itu sangat gembira kerana dia telah dapat masuk ke syurga dengan rahmat ALLAH. Apabila orang itu hendak menjejakkan kakinya ke pintu syurga maka dia mendengar suara sahabatnya yang telah diputuskan ke neraka berkata :" Wahai sahabatku, wahai temanku, kasihanilah aku dan berikanlah pertolongan kepadaku."
Apabila orang itu mendengar rayuan sahabatnya itu maka dia tidak mahu masuk ke dalam syurga, malaikat Ridhwan berkata kepadanya :" Masuklah kamu ke dalam syurga dengan rahmat ALLAH SWT ."

Mi sup ekor
Mi sup ni pun Nasya buat semalam. Cik abang mintak nak makan bihun sup utara tapi daging dok kat bawah sekali. Nak kena memunggah la pulak...nasib baik ekor ada kat atas. Buat sup ekor je la lagi senang lepas tu selam je mi tu gedebuk..dah bole makan. Sup ni Nasya campur bunjut ngan rempah sup adabi. Bagi pekat. Halia kena letak lebih, agak2 laaaa 1/2 ketul ke...lada hitam Nasya letak 1 sdb. Nak sedap lagi letak pati ikan bilis sikit. Pak aji xyah letak dah. Masa rebus ekor tu jangan lupa ya letak sudu sekali baru la ekor tu cepat lembut xde la sampai berjanggut Nasya nak nunggu..xkuasa makcik. Apa2pun sebelum makan tu perah limau kasturi dan letak sambal kicap banyak2 mesti berasap. Cuba jangan xcuba yaaa.
Bubur kacang durian
Kelmarin Nasya masak bubur...bukan nak makan sangat pun tapi doyan yang kat dalam freezer tu dah memanggil-manggil...sayu je bunyinya. Kesian pulak..kan..kan...akhirnya sbb xmau la doyan tu kecik ati maka jadilah bubur ni. Durian ni Nasya beli dah lama masa doyan tgh bermusim hari tu. Nasya dapat D24 sekilo 6 hinggit je. Dengan perasaan yang tamak dan haloba Nasya beli la 90 hinggit. Ada lagi 3 tupperware kat dlm freezer. Emmmmm kat dapur ada lagi bubur ni. Akan ku jadikan kau eskrem plak lepas ni..anda setuju...???
Kerana koo si doyan..dah 2 hari aku xmakan ubat tau...kih..kih.kih..
Kerana koo si doyan..dah 2 hari aku xmakan ubat tau...kih..kih.kih..
Rich chocolate brownies
SOURCE : THE TASTE OF HOME BAKING BOOK
RECIPE : KAREN TRAPP, NORTH WEYMOUTH, MASSACHUSETTS
Prep :15 min Bake : 25 min + cooling Yield : 12 servings
This rich cocoa based brownies is fabulous. They'll go quickly as you serve them.
1 cup sugar
2 eggs
1/2 tsp vanilla extract
1/2 cup butter, melted
1/2 cup all purpose flour
1/3 cup baking cocoa
1/4 tsp baking powder
1/4 tsp salt
Frosting :
3 tbsp baking cocoa
3 tbsp butter, melted
1 tsp instant coffee granules
11/2 cups confectioners sugar
2 to 3 tbsp warm water
- In a large mixing bowl, beat the sugar, eggs and vanilla. Add butter, mix well. Combine the flour, cocoa, baking powder and salt, add to batter and mix well.
- Pour into a greased 8-in square baking pan. Bake at 350'f for 25 -30 minutes or until a toothpick inserted near the center comes out clean. Cool on a wire rack.
- For frosting, combine the cocoa, butter and coffee. Gradually stir in confectioners sugar and enough water to achieve a spreading consistency. Frost brownies.
Wednesday, October 12, 2011
MALAIKAT MEMBERITAHU UZAIR BERAPA LAMA IA TIDUR
Pada suatu hari ketika Uzair memasuki kebunnya yang menghijau dengan pokok-pokok tamar dan tiba-tiba hatinya telah terpesona serta tertarik untuk memikirkan rahsia keindahan dan keajaiban alam ini.
Sesudah memetik buah-buahan dia pun pulang dengan keldainya sambil menikmati keindahan-keindahan alam sekitarnya sehingga keldai yang ditungganginya sudah tersesat jalan. Setelah sekian lama barulah dia sedar bahawa dia telah berada di suatu daerah yang tidak dikenali oleh beliau serta sudah jauh dari negerinya sendiri, sebaik saja dia sampai di daerah itu dilihatnya kampung itu baru sahaja diserbu oleh musuh-musuh sehingga menjadi rosak binasa sama sekali.
Di tapak atau bekas runtuhan itu terdapat mayat-mayat manusia bergelimpangan yang sudah busuk serta hancur. Melihat kejadian yang mengerikan itu, dia pun turun dari keldainya dengan membawa dua bakul buah-buahan. Manakala keldainya ditambat di situ, kemudian dia pun duduk bersandar pada dinding sebuah rumah yang sudah runtuh untuk melepaskan penatnya. Dalam pada itu fikirannya mulai memikirkan mayat manusia yang sudah busuk itu.
"Bagaimanakah orang yang sudah mati dan hancur akan dihidupkan oleh Tuhan kembali di negeri akhirat."
Begitulah pertanyaan yang datang dalam fikirannya dan tidak terjawab olehnya sehingga dia menjadi lemah longlai dan kemudian terus tertidur. Dalam tidur itu dia seakan-akan bertemu dengan semua arwah (roh-roh) orang-orang yang sudah meninggal itu. Tidurnya amat luarbiasa sekali, bukan hanya sejam atau semalam, tetapi dia telah tidur terus tanpa bangun-bangun selama seratus tahun lamanya.
Dalam masa dia tertidur itu, keadaan di sekitarnya sudah ramai penduduk baru, rumah serta bangunan-bangunan telah banyak yang didirikan. Dalam masa seratus tahun itu segala-galanya sudah berubah, manakala Uzair tetap terus tidur tersandar di dinding buruk itu manjadi jasad (tubuh) yang tidak bernyawa lagi. Dagingnya sudah hancur dan tulang belulangnya sudah hancur lebur berderai.

Tuesday, October 11, 2011
Menu tergendala......
Yang ni asam pedas ikan siakap..permintaan dari ayah (suami). Ikan ni beli kat zemart masa sale ari tu, kalu xsilap Nasya la 9.90 je sekilo. Puas hati betul la makan sbb ikan ni baru sampai manis betul.ummmphh..asyiknya..
ayam goreng pun ada untuk budak2. Nasya perap ngan serbuk kari sat..
kangkung ikan masin..kangkung pun murah 0.40 sen je seikat.
ada ulam terung, petai rebus dan juga kerdas. Ayah xberapa gemar la yang bau wangi2 nie. Sbb tu Nasya rebus dulu petai tu sekejap. Terung tu pulak hasil dok bercucuk tanam tepi umah. Merasa la gak jiran-jiran...
tak lupa juga menu istimewa ini...maggi asam laksa tapi Nasya campur ngan kuah asam pedas...uuiihhh nikmat sungguh...

Subscribe to:
Posts (Atom)