Friday, September 2, 2011

Gulai kulit lembu dan rebung


                                          kulit lembu yang telah siap diproses
BAHAN-BAHAN :

  • 1 bungkus kulit lembu yang sedia dimasak
  • 2 ketul rebung tin (dicelur air panas dan dihiris nipis)
  • 7 ulas bawang merah + 2 ulas bawang putih + 1 cm kunyit + 1 cm halia (dikisar)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 10 biji cili kering (direndam air panas dan dikisar)
  • 1 kg santan
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 sdk serbuk pati ayam 
  • garam secukup rasa
  • 2 helai daun kunyit + 3 helai daun limau purut (disiat)
CARA-CARA :

  • Jerangkan semua bahan di dalam periuk di atas api yang sederhana kecuali daun kunyit dan daun limau purut. Tunggu sehingga mendidih dan gulai pecah minyak.
  • Rasa masam masinnya dan bolehlah dimasukkan daun-daun. Sedia dihidangkan bersama ikan pekasam goreng dan sambal belacan.

Wednesday, August 17, 2011

Makan-makan nasi arab di Nasi Arab Damsyik, taman bougainvilla, Seremban

 Sebenarnya bulan ni aje dah 3 kali Nasya gi makan nasi arab kat sini. Nasinya sangat sedap dan wangi, cukup perisa..ayamnya pulak besar dan cantik. Sambal tomato pun sedap sangat. Mintak maaf sebab gambar xsempat amik banyak sebabnya tempat kitaorang dah ada orang amik...kita dah buat reservation pun orang amik jugak tu yang xde gambar air semua tu..nasi pun xcukup kena oder lain. Emmmm....sekarang ni, ni la tempat baru kalu Nasya nak makan nasi arab..kat Nilai rasa dia dah terpesong sikit..kat Saba ayam dia kering..Kalau kawan2 nak datang bukak posa seeloknya tepon dulu sbbnya takut xde kerusi.
Kedai ni beroperasi di rumah 2 tingkat. Kalau dari seremban tu, p Ampangan lepas tu p depan lagi sampai jumpa kompleks sukan ...jalan lagi sampai jumpa traffic light dan caltex (kalu xsilap) di sebelah kanan. Amik kanan terus lagi, jumpa pusat dakwah jemaah islamiah. Kat depan sikit je ....( no.tepon 014-2657313)

                                    Cantik x nasi dan ayam dia...tu belum makan lagi tu...condiment pun xsempat amik
                                     gambar..dah nak bukak posa

Ayam panggang bbq

BAHAN-BAHAN :

  • 6 ketul ayam (sapu sedikit garam & goreng setengah masak)
  • 1 sdb madu
  • 1 sdb sos tomato
  • 1 sdb serbuk cili (kurangkan, ikut citarasa)
  • 1 sdk daun thyme
  • sedikit garam
  • sedikit air
  • garam secukupnya
CARA-CARA :

  • Semua bahan dicampurkan sekali di dalam periuk, masak di atas api yang perlahan hingga kuah pekat.
  • Sedia dihdangkan.

Friday, August 12, 2011

Krim puff

SUMBER : MAJALAH RASA
RESEPI : KENCANA DEWI

BAHAN-BAHAN :

  • 60 gm tepung gandum
  • 45 gm mentega (dipotong kecil)
  • 100 ml air
  • 2 biji telur
BAHAN KRIM KASTARD :

  • 1 sdb mentega
  • 2 sdb tepung jagung
  • 2 sdb tepung gandum
  • 200 gm gula pasir
  • 250 ml susu segar
  • 1 biji telur
CARA MEMASAK :

  • Panaskan periuk dan masak air bersama sedikit mentega hingga mendidih.
  • Apabila mendidih, tutup apinya dan masukkan tepung. Kacau rata.
  • Masukkan telur dan kacau pantas hingga adunan mesra.
  • Apabila adunan sebati, masukkan ke dalam piping beg dan paipkan di atas dulang yang telah disapu mentega dan sedikit tepung.
  • Spray permukaan krim puff dengan sedikit air dan bakar dalam ketuhar pada suhu 200'c selama 15 minit .(suhu ikut ketuhar masing2)
  • Apabila masak, biarkan sejuk sebelum dimasukkan krim kastard.
  • Untuk kastard krimnya, campurkan kedua tepung bersama gula dan gaulkan rata.
  • Masukkan susu dan telur, kacau hingga adunan rata.
  • Tuangkan krim ke dalam mangkuk, bungkuskan dengan plastik dan masak di dalam ketuhar gelombang dengan suhu yang tinggi.
  • Kacau dan biarkan hingga masak dan adunan pekat.
  • Apabila masak, hiris krim puff dan masukkan intinya.
*****Setelah krim puff masak, Nasya gunting sedikit hujungnya supaya wap panas keluar,jika tidak puff akan lembik dan benyot*****
*****Nasya menggunakan kastard segera untuk inti iaitu 100 gm tepung kastard segera dimasak bersama 250 ml susu segar sehingga kental*****

Thursday, August 11, 2011

JIBRIL BERTANYA KEPADA RASULULLAH SAW JARAK ANTARA DUNIA DAN AKHIRAT,

Jabir bin Abdullah berkata :"Pada suatu hari sewaktu saya bersama baginda Rasulullah SAW maka tiba-tiba datang seorang lelaki yang berwajah putih bersih, rambutnya pula sangat cantik dan dia memakai pakaian yang putih. Lalu dia menghampiri Rasulullah SAW dengan berkata :"Assalamualaikum ya Rasullullah, apakah ertinya dunia itu?"
Maka Rasulullah SAW pun bersabda :"Dunia itu adalah impian orang-orang yang tidur."
Bertanya orang itu lagi :"Apakah ertinya akhirat itu ya Rasulullah SAW?"
Bersabda Rasulullah SAW :"Satu kumpulan manusia yang berada dalam Syurga dan satu kumpulan lagi berada dalam Neraka Sa'ir".
Orang itu bertanya lagi :"Apakah syurga itu?"
Bersabda Rasulullah SAW :"Sebagai ganti dunia untuk mereka yang menjauhkan dunia, kerana sesungguhnya nilai harga Syurga itu sama dengan menjauhkan dunia ini."
Bertanya orang itu lagi :"Apakah Jahannam itu?"
Maka bersabda Rasulullah SAW :"Jahannam itu adalah sebagai  ganti dunia bagi mereka yang mencarinya."
Bertanya orang itu lagi :"Siapakah sebaik-baik umat ini?"
Bersabda Rasulullah SAW :"Sebaik-baik umat ialah yang taat kepada Allah SWT."
Orang itu bertanya lagi :"Bagaimana yang dikatakan orang yang taat itu?"
Bersabda Rasulullah SAW :"Orang yang berusaha bersungguh-sungguh sebagaimana orang yang mencari kafilah."
Orang itu bertanya lagi :"Seberapakah ketentuan taat itu ?"
Bersabda Rasulullah SAW :"Seperti kira-kira perbezaan dari kafilah."
Bertanya orang itu lagi :"Berapa jarak jauhnya Dunia dengan Akhirat itu ?"
Bersabda Rasulullah SAW :"Hanya sekadar memejamkan mata sahaja."
Jabir melanjutkan ceritanya :"Setelah orang itu pergi kami tidak lagi mel.ihat orang itu selepas itu."
Rasulullah SAW bersabda :"Orang lelaki yang datang tadi adalah Jibril as, dia datang kepada kamu supaya kamu semua menjauhkan diri dari dunia dan supaya kamu mencintai akhirat."
Bersabda Rasulullah SAW lagi :"Sesungguhnya ALLAH SWT tidak menciptakan makhluk yang lebih dibenci selain dunia, bahkan Dia (Allah) tidak melihatnya sejak Dia menciptakannya."
Dunia ini adalah satu alam khayalan yang mana satu masa nanti ianya juga akan musnah, jadi apalah gunanya kita mengejar dunia setelah kita tahu bahawa akhirat sahaja yang kekal.
Gunakanlah dunia ini untuk kita mengumpul bekalan amal untuk dibawa ke akhirat, janganlah kita menjadi orang bodoh, sebab orang yang bodoh hanya suka mengejar dunia. Seluruh masa dan tenaganya dihabiskan semata-mata untuk mendapatkan dunia.

Sunday, August 7, 2011

Pelecing kangkung

Sumber : dapoerkoe
Di olah semula oleh NaSya
BAHAN-BAHAN :

  • 1  mangkuk kangkung (dipotong pendek dan dicelur)
  • 5 biji cili hijau
  • segenggam cili api
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • sebesar ibu jari belacan
  • jus limau secukupnya 
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
CARA-CARANYA :

  • Semua bahan untuk sambal ditumis, kemudian ditumbuk dan perahkan jus limau secukupnya.Masukkan juga sedikit garam dan juga gula. Susun kangkung yang dicelur didalam pinggan. Tuangkan bahan sambal di atas kangkung, hidang segera.

Easy mix butter cake

Source : Recipe land.com


Ingredients

2eacheggs
125gramsbutter
1cupsugar
2cupscake flour
2/3cupmilk
1teaspoonvanilla extract

Directions

Preheat oven to 180.
Combine all ingredients in a small bowl.
Beat with electric mixer on low until blended, then beat at high speed for 2 mins.
Grease round cake tin and line the base with greaseproof paper.
Pour mixture into tin and bake in moderate oven for about 30-40mins.
Your choice if you want to leave plain or put incing on top.
Enjoy.

Acar timun dan tomato

BAHAN-BAHAN :

  • 1 biji timun jepun (buang empulur dan didadu)
  • 2 biji tomato (buang biji dan didadu)
  • segenggam daun ketumbar (dipatahkan kasar-kasar)
  • sedikit garam
  • jus limau secukupnya
CARA-CARANYA :

  • Semua bahan diaduk rata. Simpan di dalam peti ais sebentar sebelum dihidangkan.

Thursday, August 4, 2011

Jasamu tetap dikenang

 Oven yang telah banyak berjasa dari zaman bujang lagi...kalu xsilap dah 11 tahun pun umur dia tapi masih berfungsi dengan baik. Oven ni Nasya redeem kupon cosway.
Yang ni plak hadiah dari ayah sbb raya dah nak dekat..tapi tatau la buat ke x kue raya....hero kecik kuat mengacau..

Sunday, July 31, 2011

Tumis ayam dan cendawan


BAHAN-BAHAN :
  • 3 ketul paha ayam (potong kecil)
  • 15 biji bebola daging @ bakso
  • 1 paket cendawan tiram (dikoyak-koyak)
  • 1/2 biji bawang besar (hiris)
  • 1 biji tomato (belah 6)
  • 3 biji cili hijau (hiris)
  • 1/2 sdk serbuk kunyit
  • sos tiram secukupnya
  • garam secukup rasa
  • sedikit air
  • minyak untuk menumis
CARA-CARANYA :

  • Panaskan minyak di dalam kuali, goreng ayam sehingga masak kemudian masukkan bakso. Kacau lagi. 
  • Setelah itu masukkan bahan yang dihiris, cendawan, serbuk kunyit dan bahan perasa. Tambahkan sedikit air agar berkuah. Sebelum ditutupkan apinya masukkan buah tomato.
  • Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Saturday, July 30, 2011

Nabeyaki udon ala Nasya

BAHAN-BAHAN :

  • 1 paket mi udon
  • 3 helai daun kobis cina (dihiris)
  • 1 paket kecil bebola ikan
  • 2 pokok daun bawang (hiris)
  • 1 paket cendawan enoki (potong akar dan leraikan)
  • 1 batang saderi (hiris)
  • 5 batang filamen ketam
BAHAN KUAH SUP :

  • 3 gelas air
  • 1/2 sdb serbuk pati ikan bilis
  • 1/2 sdb serbuk pati ayam
  • 4 sdb kicap cair @ secukup rasa
CARA MEMASAKNYA :



  • Panaskan air di dalam periuk bersama semua bahan untuk sup. Biar sehingga mendidih.
  • Masukkan semua bahan lain termasuk mi dan masak lagi hingga mendidih kali kedua. Jika suka bolehlah pecahkan sebiji telur ke dalam sup ini. 
  • Angkat dan hidangkan panas. (Sup ini sepatutnya dimasak menggunakan periuk tanah)

Friday, July 29, 2011

Roti pizza segera

BAHAN-BAHAN :

  • 4 biji roti manis
  • sos spaghetti secukupnya
  • parutan keju cheddar
CARA :

  • Potong 2 roti, sapu dengan sedikit sos dan taburkan parutan keju di atasnya.
  • Bakar dengan api atas sebentar. Sedia dimakan.

Singgang asam pedas


SUMBER : VARIASI MASAKAN PANTAI TIMUR
OLEH : PN. NORZAILINA NORDIN
BAHAN-BAHAN :

  • 4 ekor ikan kerisi
  • 1 biji timun ladang / timun kuning
  • 1 biji tomato (hiris)
  • 450 ml air
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 sdt gula pasir
  • garam secukup rasa
BAHAN (A) DIKISAR :

  • 5 tangkai cili kering (dibuang biji dan direndam)
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 2 cm kunyit hidup
CARA MEMBUAT :

  • Buang empulur timun dan potong 5 cm panjang dan 1 cm lebar. Ketepikan.
  • Masukkan bahan (A), air, asam gelugur, gula pasir dan garam ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
  • Bubuh ikan dan timun. Kacau sekali-sekala hingga ikan masak dan timun empuk.
  • Tambah garam jika perlu, kemudian angkat. 

Thursday, July 28, 2011

Kebun kesayanganku

 Ini pokok terung pepel. Tatau la bulat ke lonjong.
 Ini lak serai.
 Yang ni bendi.

Ini pokok jagung..

Ini pokok mangga panjang..kata orang yang jual tu laa..kena tunggu lagi setaon dua baru tau betul ke idak..
 Cikonan lagi..
 Ini pokok rambutan untuk anak-anak yang rajin ke skolah..
Nangka madu
 Ini mangga apa aaaaarr dah lupe..

 ini pokok cikonan yang merajuk pasai buah dia asyik kena rembat jerr....

Rambutan gula batu baru belajar berbuah


 Ini daun selasih
 Ini lak pokok yang melukut tepi gantang..tapi jangan pandang rendah wooo buat ubat kencing manis nih..caranya makan sebagai ulam

Sunday, July 24, 2011

ANTARA SABAR DAN MENGELUH

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.
"Demi ALLAH, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain itu pasti kerana tidak  pernah risau dan bersedih hati."
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya,"Apakah katamu hai saudaraku ? Demi ALLAH aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."
Abul Hassan bertanya,"Bagaimana hal yang merisaukanmu?"
Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata kepada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"
Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit  yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara antara mereka semua."
Lalu Abul Hassan bertanya,"Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu?"
Wanita itu menjawab,"Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada ALLAH dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari ALLAH. Kerana itu Rasulullah saw bersabda dalam firman ALLAH dalam sebuah hadith qudsi ;
"Tidak ada balasan bagi hambaku yang mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dariahli dunia kemudian dia sabar, melainkan syurga baginya."
Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah saw bersabda ;
"Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap ALLAH, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."
Dan sabdanya pula, "Mengeluh itu termasuk kebiasaan jahilliyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka ALLAH akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)
Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

KUBUR BERKATA SEWAKTU JENAZAH FATIMAH AZ-ZAHRA HENDAK DIKEBUMIKAN

Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. mennggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antaranya :-

  • Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a.)
  • Hasan (anak Fatimah r.a.)
  • Husin (anak Fatimah r.a.)
  • Abu Dzafrin Al-Ghifary r.a
Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrin Al-Ghifaryr.a berkata kepada kubur," Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah Az-Zahra, anak Rasulullah SAW."
Maka berkata kubur," Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (aku akan layan dia dengan seburuk-buruknya)."
Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari seksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

  • Hendaklah ia menjaga solatnya
  • Hendaklah dia bersedekah
  • Hendaklah dia membaca Al-Quran
  • Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia dapat menyinari kubur dan melapangkannya.
Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

  • Jangan berdusta
  • Jangan mengkhianat
  • Jangan mengadu domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
  • Jangan kencing sambil berdiri
Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud," Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan seksa kubur itu berpunca dari kencing."
Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam seksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan ALLAH. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.
Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada ALLAH dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh Malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab," Ah mudah saja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."
Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca Al-Quran, maka Al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.

NABI IDRIS MENIKAM MATA IBLIS

Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa pada suatu hari sedang Nabi Idris as duduk menjahit bajunya, maka dengan tiba-tiba berdiri di hadapan pintu rumah Nabi Idris seorang lelaki yang tidak dikenali dan ditangan orang itu memegang sebiji telur, lalu orang itu berkata ;" Wahai Nabi ALLAH Idris ! bolehkah Tuhan kamu memasukkan dunia ini ke dalam telur yang aku pegang ini ?" Apabila Nabi Idris mendengar kata-kata orang itu maka tahulah ia bahawa yang sedang bercakap dengannya itu adalah iblis.
     Lalu Nabi Idris pun berkata padanya :" Datanglah dekat denganku dan tanyalah apa yang kamu hendak ketahui." Setelah iblis menghampiri Nabi Idris, lalu iblis pun berkata :" Wahai Nabi ALLAH Idris, bolehkah Tuhanmu itu memasukkan dunia ke dalam telur ini !"
     Maka Nabi Idris pun berkata :" Tuhanku boleh memasukkan dunia ke mana saja, jangankan dalam telur yang kamu pegang itu, bahkan ia dapat memasukkan dunia ini ke dalam  jarum yang aku pegang." Setelah menjawab soalan yang dikemukakan oleh iblis itu Nabi Idris dengan pantas mencucuk mata iblis dengan jarum yang ada di tangannya. Maka terperanjat iblis itu sebab tidak diduga sama sekali bahawa Nabi Idris telah mencucuk matanya dengan jarum yang dipegangnya, lalu iblis itu pun lari meninggalkan Nabi Idris yang telah membutakan sebelah matanya. Iblis itu buta sebelah matanya sehingga tibalah dibangkitkan Junjungan kita Nabi Muhammad SAW.

Saturday, July 23, 2011

Laksa jerr...

 Semalam masak laksa jerr...hero kecik jenis yang xmoo makan nasik, kalu nasik arab makan laa...last2 masak laksa la sbb kalu laksa pandai lak dia makan..banyak lak tuu...nak masak nasik arab..belajar belum khatam..tok guru pengsann!!!