Jabir bin Abdullah berkata :"Pada suatu hari sewaktu saya bersama baginda Rasulullah SAW maka tiba-tiba datang seorang lelaki yang berwajah putih bersih, rambutnya pula sangat cantik dan dia memakai pakaian yang putih. Lalu dia menghampiri Rasulullah SAW dengan berkata :"Assalamualaikum ya Rasullullah, apakah ertinya dunia itu?"
Maka Rasulullah SAW pun bersabda :"Dunia itu adalah impian orang-orang yang tidur."
Bertanya orang itu lagi :"Apakah ertinya akhirat itu ya Rasulullah SAW?"
Bersabda Rasulullah SAW :"Satu kumpulan manusia yang berada dalam Syurga dan satu kumpulan lagi berada dalam Neraka Sa'ir".
Orang itu bertanya lagi :"Apakah syurga itu?"
Bersabda Rasulullah SAW :"Sebagai ganti dunia untuk mereka yang menjauhkan dunia, kerana sesungguhnya nilai harga Syurga itu sama dengan menjauhkan dunia ini."
Bertanya orang itu lagi :"Apakah Jahannam itu?"
Maka bersabda Rasulullah SAW :"Jahannam itu adalah sebagai ganti dunia bagi mereka yang mencarinya."
Bertanya orang itu lagi :"Siapakah sebaik-baik umat ini?"
Bersabda Rasulullah SAW :"Sebaik-baik umat ialah yang taat kepada Allah SWT."
Orang itu bertanya lagi :"Bagaimana yang dikatakan orang yang taat itu?"
Bersabda Rasulullah SAW :"Orang yang berusaha bersungguh-sungguh sebagaimana orang yang mencari kafilah."
Orang itu bertanya lagi :"Seberapakah ketentuan taat itu ?"
Bersabda Rasulullah SAW :"Seperti kira-kira perbezaan dari kafilah."
Bertanya orang itu lagi :"Berapa jarak jauhnya Dunia dengan Akhirat itu ?"
Bersabda Rasulullah SAW :"Hanya sekadar memejamkan mata sahaja."
Jabir melanjutkan ceritanya :"Setelah orang itu pergi kami tidak lagi mel.ihat orang itu selepas itu."
Rasulullah SAW bersabda :"Orang lelaki yang datang tadi adalah Jibril as, dia datang kepada kamu supaya kamu semua menjauhkan diri dari dunia dan supaya kamu mencintai akhirat."
Bersabda Rasulullah SAW lagi :"Sesungguhnya ALLAH SWT tidak menciptakan makhluk yang lebih dibenci selain dunia, bahkan Dia (Allah) tidak melihatnya sejak Dia menciptakannya."
Dunia ini adalah satu alam khayalan yang mana satu masa nanti ianya juga akan musnah, jadi apalah gunanya kita mengejar dunia setelah kita tahu bahawa akhirat sahaja yang kekal.
Gunakanlah dunia ini untuk kita mengumpul bekalan amal untuk dibawa ke akhirat, janganlah kita menjadi orang bodoh, sebab orang yang bodoh hanya suka mengejar dunia. Seluruh masa dan tenaganya dihabiskan semata-mata untuk mendapatkan dunia.
Thursday, August 11, 2011
Sunday, August 7, 2011
Pelecing kangkung
Sumber : dapoerkoe
Di olah semula oleh NaSya
BAHAN-BAHAN :
Di olah semula oleh NaSya
BAHAN-BAHAN :
- 1 mangkuk kangkung (dipotong pendek dan dicelur)
- 5 biji cili hijau
- segenggam cili api
- 2 ulas bawang putih
- 3 ulas bawang merah
- sebesar ibu jari belacan
- jus limau secukupnya
- garam dan gula secukup rasa
- sedikit minyak untuk menumis
- Semua bahan untuk sambal ditumis, kemudian ditumbuk dan perahkan jus limau secukupnya.Masukkan juga sedikit garam dan juga gula. Susun kangkung yang dicelur didalam pinggan. Tuangkan bahan sambal di atas kangkung, hidang segera.
Easy mix butter cake
Source : Recipe land.com
Combine all ingredients in a small bowl.
Beat with electric mixer on low until blended, then beat at high speed for 2 mins.
Grease round cake tin and line the base with greaseproof paper.
Pour mixture into tin and bake in moderate oven for about 30-40mins.
Your choice if you want to leave plain or put incing on top.
Enjoy.
Ingredients
| 2 | each | eggs | |
| 125 | grams | butter | |
| 1 | cup | sugar | |
| 2 | cups | cake flour | |
| 2/3 | cup | milk | |
| 1 | teaspoon | vanilla extract |
Directions
Preheat oven to 180.Combine all ingredients in a small bowl.
Beat with electric mixer on low until blended, then beat at high speed for 2 mins.
Grease round cake tin and line the base with greaseproof paper.
Pour mixture into tin and bake in moderate oven for about 30-40mins.
Your choice if you want to leave plain or put incing on top.
Enjoy.
Acar timun dan tomato
BAHAN-BAHAN :
- 1 biji timun jepun (buang empulur dan didadu)
- 2 biji tomato (buang biji dan didadu)
- segenggam daun ketumbar (dipatahkan kasar-kasar)
- sedikit garam
- jus limau secukupnya
- Semua bahan diaduk rata. Simpan di dalam peti ais sebentar sebelum dihidangkan.
Thursday, August 4, 2011
Jasamu tetap dikenang
Oven yang telah banyak berjasa dari zaman bujang lagi...kalu xsilap dah 11 tahun pun umur dia tapi masih berfungsi dengan baik. Oven ni Nasya redeem kupon cosway.
Yang ni plak hadiah dari ayah sbb raya dah nak dekat..tapi tatau la buat ke x kue raya....hero kecik kuat mengacau..

Sunday, July 31, 2011
Tumis ayam dan cendawan
BAHAN-BAHAN :
- 3 ketul paha ayam (potong kecil)
- 15 biji bebola daging @ bakso
- 1 paket cendawan tiram (dikoyak-koyak)
- 1/2 biji bawang besar (hiris)
- 1 biji tomato (belah 6)
- 3 biji cili hijau (hiris)
- 1/2 sdk serbuk kunyit
- sos tiram secukupnya
- garam secukup rasa
- sedikit air
- minyak untuk menumis
- Panaskan minyak di dalam kuali, goreng ayam sehingga masak kemudian masukkan bakso. Kacau lagi.
- Setelah itu masukkan bahan yang dihiris, cendawan, serbuk kunyit dan bahan perasa. Tambahkan sedikit air agar berkuah. Sebelum ditutupkan apinya masukkan buah tomato.
- Bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Saturday, July 30, 2011
Nabeyaki udon ala Nasya
BAHAN-BAHAN :
- 1 paket mi udon
- 3 helai daun kobis cina (dihiris)
- 1 paket kecil bebola ikan
- 2 pokok daun bawang (hiris)
- 1 paket cendawan enoki (potong akar dan leraikan)
- 1 batang saderi (hiris)
- 5 batang filamen ketam
- 3 gelas air
- 1/2 sdb serbuk pati ikan bilis
- 1/2 sdb serbuk pati ayam
- 4 sdb kicap cair @ secukup rasa
- Panaskan air di dalam periuk bersama semua bahan untuk sup. Biar sehingga mendidih.
- Masukkan semua bahan lain termasuk mi dan masak lagi hingga mendidih kali kedua. Jika suka bolehlah pecahkan sebiji telur ke dalam sup ini.
- Angkat dan hidangkan panas. (Sup ini sepatutnya dimasak menggunakan periuk tanah)
Friday, July 29, 2011
Roti pizza segera
BAHAN-BAHAN :
- 4 biji roti manis
- sos spaghetti secukupnya
- parutan keju cheddar
- Potong 2 roti, sapu dengan sedikit sos dan taburkan parutan keju di atasnya.
- Bakar dengan api atas sebentar. Sedia dimakan.
Singgang asam pedas
SUMBER : VARIASI MASAKAN PANTAI TIMUR
OLEH : PN. NORZAILINA NORDIN
BAHAN-BAHAN :
- 4 ekor ikan kerisi
- 1 biji timun ladang / timun kuning
- 1 biji tomato (hiris)
- 450 ml air
- 1 keping asam gelugur
- 1 sdt gula pasir
- garam secukup rasa
- 5 tangkai cili kering (dibuang biji dan direndam)
- 3 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 2 cm halia
- 2 cm kunyit hidup
- Buang empulur timun dan potong 5 cm panjang dan 1 cm lebar. Ketepikan.
- Masukkan bahan (A), air, asam gelugur, gula pasir dan garam ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
- Bubuh ikan dan timun. Kacau sekali-sekala hingga ikan masak dan timun empuk.
- Tambah garam jika perlu, kemudian angkat.
Thursday, July 28, 2011
Kebun kesayanganku
Ini pokok terung pepel. Tatau la bulat ke lonjong.
Ini lak serai.
Yang ni bendi.
Ini pokok jagung..
Ini pokok mangga panjang..kata orang yang jual tu laa..kena tunggu lagi setaon dua baru tau betul ke idak..
Cikonan lagi..
Ini pokok rambutan untuk anak-anak yang rajin ke skolah..
Nangka madu
Ini mangga apa aaaaarr dah lupe..
ini pokok cikonan yang merajuk pasai buah dia asyik kena rembat jerr....
Rambutan gula batu baru belajar berbuah
Ini daun selasih
Ini lak pokok yang melukut tepi gantang..tapi jangan pandang rendah wooo buat ubat kencing manis nih..caranya makan sebagai ulam
Sunday, July 24, 2011
ANTARA SABAR DAN MENGELUH
Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.
"Demi ALLAH, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya,"Apakah katamu hai saudaraku ? Demi ALLAH aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."
Abul Hassan bertanya,"Bagaimana hal yang merisaukanmu?"
Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata kepada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"
Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara antara mereka semua."
Lalu Abul Hassan bertanya,"Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu?"
Wanita itu menjawab,"Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada ALLAH dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari ALLAH. Kerana itu Rasulullah saw bersabda dalam firman ALLAH dalam sebuah hadith qudsi ;
"Tidak ada balasan bagi hambaku yang mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dariahli dunia kemudian dia sabar, melainkan syurga baginya."
Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah saw bersabda ;
"Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap ALLAH, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."
Dan sabdanya pula, "Mengeluh itu termasuk kebiasaan jahilliyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka ALLAH akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)
Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

KUBUR BERKATA SEWAKTU JENAZAH FATIMAH AZ-ZAHRA HENDAK DIKEBUMIKAN
Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. mennggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antaranya :-
Maka berkata kubur," Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (aku akan layan dia dengan seburuk-buruknya)."
Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari seksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-
Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam seksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan ALLAH. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.
Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada ALLAH dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh Malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab," Ah mudah saja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."
Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca Al-Quran, maka Al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.
- Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a.)
- Hasan (anak Fatimah r.a.)
- Husin (anak Fatimah r.a.)
- Abu Dzafrin Al-Ghifary r.a
Maka berkata kubur," Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (aku akan layan dia dengan seburuk-buruknya)."
Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari seksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-
- Hendaklah ia menjaga solatnya
- Hendaklah dia bersedekah
- Hendaklah dia membaca Al-Quran
- Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia dapat menyinari kubur dan melapangkannya.
- Jangan berdusta
- Jangan mengkhianat
- Jangan mengadu domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
- Jangan kencing sambil berdiri
Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam seksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan ALLAH. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.
Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada ALLAH dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh Malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab," Ah mudah saja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."
Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca Al-Quran, maka Al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.
NABI IDRIS MENIKAM MATA IBLIS
Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa pada suatu hari sedang Nabi Idris as duduk menjahit bajunya, maka dengan tiba-tiba berdiri di hadapan pintu rumah Nabi Idris seorang lelaki yang tidak dikenali dan ditangan orang itu memegang sebiji telur, lalu orang itu berkata ;" Wahai Nabi ALLAH Idris ! bolehkah Tuhan kamu memasukkan dunia ini ke dalam telur yang aku pegang ini ?" Apabila Nabi Idris mendengar kata-kata orang itu maka tahulah ia bahawa yang sedang bercakap dengannya itu adalah iblis.
Lalu Nabi Idris pun berkata padanya :" Datanglah dekat denganku dan tanyalah apa yang kamu hendak ketahui." Setelah iblis menghampiri Nabi Idris, lalu iblis pun berkata :" Wahai Nabi ALLAH Idris, bolehkah Tuhanmu itu memasukkan dunia ke dalam telur ini !"
Maka Nabi Idris pun berkata :" Tuhanku boleh memasukkan dunia ke mana saja, jangankan dalam telur yang kamu pegang itu, bahkan ia dapat memasukkan dunia ini ke dalam jarum yang aku pegang." Setelah menjawab soalan yang dikemukakan oleh iblis itu Nabi Idris dengan pantas mencucuk mata iblis dengan jarum yang ada di tangannya. Maka terperanjat iblis itu sebab tidak diduga sama sekali bahawa Nabi Idris telah mencucuk matanya dengan jarum yang dipegangnya, lalu iblis itu pun lari meninggalkan Nabi Idris yang telah membutakan sebelah matanya. Iblis itu buta sebelah matanya sehingga tibalah dibangkitkan Junjungan kita Nabi Muhammad SAW.

Saturday, July 23, 2011
Laksa jerr...
Semalam masak laksa jerr...hero kecik jenis yang xmoo makan nasik, kalu nasik arab makan laa...last2 masak laksa la sbb kalu laksa pandai lak dia makan..banyak lak tuu...nak masak nasik arab..belajar belum khatam..tok guru pengsann!!!
Hantu duriannnnn
Sampai sepet-sepet mata si DIDI ni makan doyan...nak makan buah hebat-hebat pisang kek belakang umah tu xmau lak
Nasib baik kau dah murah sekarang...kalau x ...xlalu nak makan yang kampung yo..berat kulit dari isi
Pulut doyan ni Ayah yang oder..ibu makan gak tapi xmau sangat..dah abih musim baru meroyan nak makan pulut doyan
Hero-hero untuk iklan doyan yang tengah meroyan makan doyan..
Nasib baik kau dah murah sekarang...kalau x ...xlalu nak makan yang kampung yo..berat kulit dari isi
Pulut doyan ni Ayah yang oder..ibu makan gak tapi xmau sangat..dah abih musim baru meroyan nak makan pulut doyan
IBLIS MENGGODA NABI AYUB AS
Para malaikat memuji akan sikap dan keperibadian Nabi Ayub as yang suka beribadah dan mengingat ALLAH swt. Hidupnya penuh dengan rasa kesyukuran yang mendalam atas nikmat yang dibahagikan oleh ALLAH swt kepadanya. Iblis mendengar pujian para Malaikat tersebut yang membuat hatinya menjadi panas kerana ia telah bersumpah dengan ALLAH untuk menggoda setiap anak cucu Adam. Oleh sebab itu ia tidak rela melihat manusia yang berada dipermukaan bumi ini beriman, beribadah dan beramal soleh.
Kemudian iblis menjumpai Ayub untuk melihat sendiri tentang apa yang diperkatakan oleh malaikat itu. Ternyatanya memang benar bahawa Nabi Ayub as memang patut menerima pujian tersebut. Nabi Ayub hidup dalam keadaan yang serba mewah dengan harta kekayaan yang banyak, hidup rukun dengan anak dan isterinya. Namun begitu Nabi Ayub tidak terlena dengan kekayaan dan anak isterinya itu, siang malam bibirnya tidak terlepas dari mengingat ALLAH swt bersujud dan bersyukur kepadaNya, serta memiliki rasa kasih sayang yang tinggi terhadap sesama makhluk.

Friday, July 22, 2011
KISAH KELEBIHAN BERPUASA PADA 10 MUHARRAM DAN PERISTIWA-PERISTIWA YANG BERLAKU PADA HARI TERSEBUT
Dari Ibnu Abbas r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda :" Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka ALLAH s.w.t akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka ALLAH s.w.t. akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah s.a.w. yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."
Lalu para sahabat bertanya Rasulullah s.a.w. :" Ya Rasulullah s.a.w., adakah ALLAH telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?." Maka berkata Rasulullah s.a.w. :" Ya memang benar, ALLAH TAALA menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan ALLAH s.w.t. menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, ALLAH s.w.t. menenggelamkan Firaun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s. pada hari Aasyura, ALLAH s.w.t. menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, ALLAH s.w.t. mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, ALLAH s.w.t. mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura!".

Thursday, July 21, 2011
IBLIS MEMPERDAYA SITI HAWA
IBLIS berusaha untuk bersemayam dalam setiap hati manusia, mengikuti gerak-gerinya dengan harapan akan dapat menghancurkan dan memusnahkan kehidupan seseorang.
Dalam sebuah cerita disebutkan bahawa pada suatu hari Nabi Adam as keluar rumah untuk mencari nafkah, maka datanglah iblis bersama anaknya yang bernama Khannas menemui Hawa. "Aku ingin menumpangkan anakku di sini, kerana ada satu keperluan yang penting, aku harus pergi sendiri," kata iblis. Kemudian Hawa menerima anak iblis tersebut.
Ketika Nabi Adam pulang, dia bertanya; "Anak siapakah ini?" Hawa menjawab ;"iblis menumpangkannya kepada ku." Adam menjadi marah, lalu Khannas dibunuhnya dan dipotong-potongnya. Kemudian setiap potongan badan Khannas disangkutnya di atas dahan-dahan pohon kayu. Setelah itu Adam pergi lagi.
Tidak lama kemudian iblis datang dan menanyakan tentang anaknya. Hawa menceritakan kepada iblis tentang apa yang telah terjadi. Lalu iblis memanggil nama anaknya maka kepingan-kepingan tubuh Khannas bersatu lagi, menyambut kedatangan ayahnya iblis.
Pada kesempatan yang lain ketika iblis ingin pergi kerana keperluannya, ia menumpangkan anaknya lagi kepada Hawa. Hawa menolak untuk menerima anaknya itu. Tapi dasar iblis pandai merayu, sekali lagi Hawa menerima anak iblis tersebut. Ketika Nabi Adam pulang dari mencari nafkah didapatinya anak iblis itu masih ada lagi. Adam menjadi marah sebenar-benar marah. Dibunuh anak itu, mayatnya dibakar, abunya dibuang ke sungai-sungai dan ke merata tempat.
Ketika Adam telah pergi iblis datang lagi menanyakan tentang anaknya. Kemudian ia memanggil nama anaknya, dan seluruh abu tadi bersatu kembali dan anak itu hidup lagi. Kemudian menumpangkan anak itu kepada Hawa lagi. "Kali ini pastilah Adam akan membunuhku," kata Hawa. Namun iblis yang pandai merayu itu dapat melemahkan hati Hawa sehingga dapat menerima kembali anak tersebut. Kemudian Adam pulang, kemarahannya sudah tidak tertahan, lalu anak iblis itu disembelihnya dan dimasaknya. Kemudian sebahagian dimakannya dan sebahagian lagi diberikannya kepada Hawa.
Ketika iblis datang , Hawa menceritakan apa yang telah terjadi. "Inilah yang kuinginkan", kata iblis. "Aku ingin bersemayam di dada Adam, dan kini hasrat itu telah terkabul. Sejak saat itu iblis selalu berada dalam diri manusia.
Iblis termasuk makhluk yang tabah dalam menggoda manusia. Ia berusaha berbagai upaya untuk memperdayakan manusia, dan bahkan ia bermohon kepada ALLAH agar hidup sampai hari kiamat untuk melakukan hasratnya itu. Namun tidak semua orang terpedaya dengan bisikan dan rayuan iblis ini. Orang-orang yang beriman dan beramal soleh selalu menjaga dirinya dari mengikut jejak langkah iblis. Contohnya Nabi Ayub yang merupakan lambang "kesabaran" sebab beliau tetap sabar menerima cubaan.

Kangkung ikan masin
BAHAN-BAHAN :
- 1 mangkuk kangkung (dipotong kecil)
- 1/2 biji bawang besar + 4 ulas bawang putih + 5 biji cili api(dimayang)
- seekor ikan gelama jeruk (dipotong 4)
- sedikit garam dan serbuk perasa
- sedikit minyak untuk menumis
- Panaskan minyak, goreng ikan masin kemudian ketepikan ditepi kuali. Tumis bawang hingga wangi masukkan kangkung dan cili, goreng hingga kangkung layu. Tambahkan bahan perasa dan gaul semua bahan hingga rata.
- Bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Tomyam daging
BAHAN-BAHAN :
- 300 gm daging lembu (direbus & dihiris nipis)
- 10 biji cendawan butang (potong 4)
- 1 biji tomato masak (belah 6)
- 1/2 ulas bawang besar (didadu besar)
- 4 batang serai (diketuk pangkal)
- 4 helai daun limau purut (dicarik)
- cili api secukupnya
- segenggam daun ketumbar (dipatah-patahkan)
- jus limau secukupnya
- 2 sdb pati tomyam mae pranom
- 2 sdb pati tomyam knorr
- air rebusan daging secukupnya
- garam jika perlu
- Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk kecuali jus limau dan daun ketumbar. Masak hingga mendidih. Jika kurang masin bolehlah dimasukkan sedikit garam.
- Setelah mendidih bolehlah masukkan jus limau nipis. Angkat dan taburkan daun ketumbar sebelum menghidang.
Subscribe to:
Posts (Atom)