"Setelah Adam diciptakan ALLAH s.w.t di dalam syurga, lalu ALLAH memerintahkan kepada semua Malaikat, supaya sujud kepada Adam a.s. maka sujudlah para semua Malaikat, kecuali yang enggan dan sombong dan tergolong yang kafir iaitu iblis laknatullah."
(Al-Baqarah : 34)
Tinggallah Adam a.s. sendirian di dalam syurga. Namun ALLAH mengetahui jika Adam merasa kesepian kemudian ALLAH menciptakan seorang wanita iaitu Hawa. ALLAH s.w.t. berfirman bermaksud :
"Hai Adam diamilah oleh kamu dan isteri mu syurga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik yang mana saja kamu sukai, dan jangan kamu dekati pohon ini yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim."
(Al-Baqarah : 35)
Kenyataan menunjukkan bahawa Adam a.s. tidak lama bertahan di syurga, lantaran tergoda oleh pujukan syaitan (iblis) dengan rayuannya. Dilanggarnya perintah ALLAH, didekatinya pohon khuldi yang terlarang itu kemudiannya dimakannya buah pohon tersebut. Kemudian keduanya dikeluarkan dari syurga.
ALLAH berfirman bermaksud :
"Maka syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya apa yang tertutup dari mereka iaitu auratnya dan syaitan berkata :
"Tuhan kamu tidak melarang mu dari mendekati pohon ini, melainkan supaya kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang-orang yang kekal (dalam syurga)."
(Al-A'raf : 20)
Kemudian syaitan memujuk kepada Adam a.s.dan Hawa dengan bersumpah bahawa sesungguhnya termasuk orang-orang yang memberi nasihat.
"Tatkala keduanya telah merasai buah kayu itu, nampaklah bagi kedua-duanya aurat-auratnya, dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun syurga. Kemudian Tuhan mereka menyeru mereka :"Bukankah Aku telah melarang kamu berdua daripada pohon kayu itu dan Aku katakan kepada mu "Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu."
(Al-A'raf : 22)
Pohon khuldi yang dilarang ALLAH s.w.t. untuk mendekatinya itu, ada yang mengertikan sebagaimana nama yang diertikan oleh syaitan dalam surah Thaha ayat 120. Syajaratulkhuldi atau pohon kekekalan, kerana menurut syaitan orang yang memakannya akan kekal tidak akan mati. Namun ada yang berpendapat bahawa khuldi tersebut hanyalah merupakan kiasan, sesungguhnya yang dimaksudkan menghampiri dan memakannya adalah bahawa Adam a.s. dan Hawa telah melakukan hubungan jimak ketika di syurga. Sebagaimana firman ALLAH s.w.t. dalam surah Al-A'raf di atas, tatkala keduanya telah merasai buah kayu itu, nampaklah keduanya akan aurat-aurat mereka.
Akhirnya oleh ALLAH s.w.t. Adam dan Hawa dilemparkan ke dunia untuk hidup sampai waktu yang di tentukan. Keduanya menyesali atas dosa yang telah dilakukan ketika di syurga dan memohon keampunan kepada ALLAH s.w.t.. Kemudian ALLAH berfirman :
"Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka ALLAH menerima taubatnya. Sesungguhnya ALLAH Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."
(Al-Baqarah : 37)
Setelah itu Adam a.s. yang ditugaskan oleh ALLAH s.w.t. sebagai khalifah di permukaan bumi memulai hidupnya bersama Hawa dengan berbagai cubaan dan ujian, namun Adam tetap bertaqwa kepada ALLAH s.w.t.. Begitulah angkara iblis laknatullah yang akan sentiasa menggoda manusia.
Tuesday, July 19, 2011
SEDEKAH 7000 PAHALA
Pahala sedekaah dapat dibahagikan kepada empat jenis :
Pertama, sedekah yang mendapat pahala sepuluh.
Kedua, sedekah yang berpahala sampai tujuh puluh.
Ketiga, sedekah yang mendapat pahala tujuh ratus.
Keempat, sedekah yang memperolehi pahala tujuh ribu.
Sedekah pertama yang mendapat sepuluh pahala ialah pemberian makan pada fakir miskin.
Sedekah kedua yang mendapatkan pahala sampai tujuh puluh adalah sedekah yang diberikan pada keluarga dekat.
Sedekah yang ketiga yang mendapat pahala tujuh ratus ialah sedekah yang diberikan kepada kawan-kawan dan sahabat.
Sedekah yang keempat sampai mendapat pahala tujuh ribu ialah sedekah yang diberikan kepada orang yang mencari ilmu.
Rasulullah s.a.w. Bersabda :
"Barang siapa yang mempunyai harta maka bersedekahlah dengan kekayaannya, dan barang siapa yang mempunyai ilmu maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga maka bersedekahlah dengan tenaganya."
Rasulullah s.a.w. pula bersabda :
"Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh pintu kejahatan."
(Darratun Nasihin)

Sotong masak hitam dengan daun selasih
BAHAN-BAHAN :
- 7 ekor sotong (dipotong bulat, ambil dakwat)
- 2 cm halia + 2 ulas bawang putih + 1/2 biji bawang besar + segenggam cili api (kisar)
- 1/2 biji bawang besar + 1 biji cili merah (hiris)
- 1/2 sdk serbuk kunyit
- sos tiram dan garam secukup rasa
- segenggam daun selasih
- 1 paket sweet peas
- minyak untuk menumis
- Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar sehingga garing dan wangi. Masukkan sotong dan serbuk kunyit. Masak lagi hingga air sotong kering.
- Kemudian masukkan sos tiram, sedikit garam , sweet peas dan bahan hiris. Sebelum diangkat masukkan daun selasih.
- Hidangkan panas-panas.
Masak lemak kobis dan tauge
BAHAN-BAHAN :
- 1/4 biji kobis (dipotong)
- 1 cwn udang
- 1 cawan tauge
- 1 biji cili merah (hiris)
- 4 ulas bawang merah + 1 ulas bawang putih + 1 cm belacan (ditumbuk)
- garam secukup rasa
- santan dari sebiji kelapa
- Semua bahan dimasukkan sekaligus di dalam periuk kecuali tauge.
- Setelah mendidih barulah dimasukkan tauge dan garam. Biarkan sebentar dan bolehlah dihidangkan bersama ikan goreng dan juga budu.
Cencaru goreng sambal
BAHAN-BAHAN :
- 4 ekor ikan cencaru (sapu garam kunyit & goreng)
- 23 biji cili kering (direbus & kisar)
- 1 ulas bawang besar + 2 ulas bawang putih + 2 cm belacan (kisar)
- 1 keping asam gelugur
- sedikit cili sos
- garam dan gula secukup rasa
- minyak untuk menumis
- Panaskan minyak, tumis bawang hingga wangi. Masukkan pes cili kisar dan gula. Masak hingga cili pecah minyak. Tambahkan asam keping, sedikit air, cili sos dan garam secukup rasa.
- Setelah sambal sebati masukkan ikan yang telah digoreng. Balik-balikkan supaya ikan bercampur dengan sambal. Sedia untuk dihidangkan.
Sunday, July 17, 2011
LIMA GANJARAN MEREKA YANG TAAT SOLAT
ALLAH s.w.t. berfirman yang bermaksud :
"Sesiapa yang sentiasa menunaikan solat akan diberi ganjaran dengan lima cara iaitu":
Lima seksaan di dunia ialah :
"Sesiapa yang sentiasa menunaikan solat akan diberi ganjaran dengan lima cara iaitu":
- Pertama, dimurahkan rezekinya.
- Kedua, terlepas daripada seksaan kubur.
- Ketiga, di Hari Pembalasan, kiraan amalan dosa dan pahalanya diberatkan di sebelah kanan.
- Keempat, mereka akan melintasi jambatan ke syurga dengan sekelip mata.
- Kelima, terkecuali dari kiraan amalan.
Lima seksaan di dunia ialah :
- Pertama, hidupnya tidak diberkati dan tidak dimurahkan rezeki.
- Kedua, tidak ada cahaya keimanan di mukanya.
- Ketiga, semua ganjaran bagi amalan baik dimansuhkan.
- Keempat, permintaannya tidak dimakbulkan.
- Kelima, tidak berhak daripada diingati oleh orang alim dalam doanya.
- Pertama, matinya dalam keadaan yang memalukan.
- Kedua, mati dalam serba kekurangan.
- Ketiga, menderita kerana tersangat dahaga sehinggakan air seluruh lautan tidak dapat menghilangkannya.
- Pertama, kubur menjadi sempit dan menghimpit tulang dadanya sehingga pecah dan berkecai.
- Kedua, disediakan api di dalam kuburnya.
- Ketiga, ular dihantar bagi menyiksa si mati. Bentuk ular itu sangat dahsyat. Matanya seperti bola api, kukunya diperbuat daripada besi yang panjangnya memakan masa sehari untuk sampai ke hujungnya. Suaranya bagaikan halilintar. Ular itu berkata :"Aku diperintahkan oleh Tuhan untuk menggigit kau sehingga matahari terbit kerana kau tertinggal solat subuh, menggigit hingga tengahari kerana kau tidak solat zuhur, menggigit lagi hingga petang kerana kau tidak solat asar, menggigit hingga senja kerana kau tidak solat maghrib, menggigit kau hingga malam kerana kau tidak solat isyak dan berterusan hingga ke pagi esoknya."Seksaan itu akan berterusan hingga ke Hari Pembalasan.
- Pertama, segala amalannya akan dikira dengan teliti.
- Kedua, kemurkaan ALLAH s.w.t. yang Maha Adil ke atasnya.
- Ketiga, dia akan dicampakkan ke dalam neraka.
- Pertama, Wahai orang yang mencuaikan suruhan Tuhan Maha Kuasa.
- Kedua, Wahai orang yang menjadi tumpuan kemurkaan Tuhan.
- Ketiga, Kerana kau melalaikan suruhan Tuhan ketika di dunia, jadi kau dilucutkan daripada menerima rahmat Tuhan.
CERITA PENGEMIS DAN ISTERI CANTIK
Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan di ruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.
"Tolonglah Encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi." Dengan muka bengis, si suami dengan menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu.
Dalam hatinya berkata "Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain tetapi untuk diri dan keluargaku."
Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.
Beberapa ahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isteri yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain.
Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti apa yang mereka makan.
Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis. Si isteri mengadu si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis.
Suami yang baru itu menjawab dengan tenang :"Demi ALLAH, sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan ditengking dulu!".
Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tidak selalunya di atas. Ada masa dan ketikanya kita akan turun ke bawah dan naik semula atau sebaliknya.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :"Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh ribu kejahatan".
Anas Malik pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. ada bersabda yang bermaksud :
"Barang siapa yang mempunyai harta, maka bersedekahlah dengan kekayaanmu, barang siapa yang mempunyai ilmu, maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga, bersedekahlah dengan tenaganya".

Saturday, July 16, 2011
Asam pedas tenggiri gaya NaSya
BAHAN-BAHAN :
- 5 ketul ikan tenggiri
- segenggam cili kering (direbus dan kisar)
- segenggam bawang merah + 4 ulas bawang putih + 1 inci halia + 1 inci kunyit + 1 cm belacan (dikisar)
- segenggam asam jawa (diramas bersama air, perahan pertama sahaja)
- air secukupnya untuk kuah
- 1/2 sdb stok ikan bilis
- sedikit garam dan serbuk perasa
- 1 sdk lada hitam (tumbuk) jika suka
- segenggam daun kesum
- 4 helai daun limau purut
- 6 biji tomato ceri (belah 2)
- bendi dan terung secukupnya
- minyak untuk menumis
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak. Masukkan air asam dan juga air secukupnya. Biar mendidih.
- Masukkan bahan perasa, lada hitam dan juga ikan. Tambahkan sayur-sayuran, daun kesum, daun limau dan juga tomato. Masak lagi hingga ikan empuk dan kuah sebati.
- Bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama nasi panas, ulam-ulaman, sambal belacan dan juga ikan masin.
- Selamat mencuba.
Bihun sup
BAHAN-BAHAN :
- 1/2 paket bihun (dicelur)
- 1/2 kg ayam (potong kecil)
- 300 gm daging yang telah direbus & dihiris nipis
- air rebusan daging secukupnya
- 1 bungkus sup bunjut mak siti
- sedikit kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang
- 6 ulas bawang merah, 6 ulas bawang putih, 4 inci halia (dimayang)
- 1/2 sdb @ lebih lada hitam (ditumbuk)
- garam dan serbuk stok ayam secukupnya
- 2 ketul tauhu (digoreng)
- lobak asin secukupnya (potong kecil)
- daun sup, cili merah dan daun bawang (dihiris)
- minyak untuk menumis
- Panaskan minyak, tumis bahan yang dimayang dan juga rempah tumis hingga garing. Masukkan ayam dan masak hingga daging ayam kecut. Tambahkan stok dan sup bunjut serta daging, renihkan di atas api sederhana.
- Setelah mendidih masukkan lada hitam, garam dan juga serbuk pati ayam.
- Bolehlah dihidangkan bersama bahan sampingan dan juga sambal kicap.
Mi hailam simple
BAHAN-BAHAN :
- 1 biji bawang besar (sederhana) + 4 ulas bawang putih + sedikit halia (dikisar)
- 1 sdb cili kisar
- 1 mangkuk daging yang telah direbus
- 1 mangkuk isi ayam yang dipotong kecil
- sedikit udang & sotong
- daun kobis cina secukupnya (potong kecil)
- 6 biji tomato ceri (belah 2)
- cili sos, sos tomato, sos tiram dan kicap manis secukupnya
- garam & serbuk lada putih secukupnya
- sedikit tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
- air rebusan daging
- minyak untuk menumis
- 1/2 kg mi kuning (dibasuh dan dicelur)
- sedikit daun sup, daun bawang dan hirisan limau nipis
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan cili hingga wangi dan garing. Masukkan ayam, sotong, udang dan daging. Masak hingga ayam kecut.
- Tambahkan sos-sos, air rebusan dan juga kobis. Kacau rata dan biarkan mendidih. Setelah itu, bolehlah masukkan garam, lada putih dan juga bancuhan tepung jagung. Jika suka boleh pecahkan telur di dalam kuah tetapi jangan dikacau supaya telur tidak hancur. Sebelum diangkat masukkan tomato yang telah dibelah dua. Sedia dihidangkan.
Luahan Hatiku
Assalamualaikum. Pekabor? benda nie sebenarnyer dah lama jadik tapi sajer laa nak citer kan sebab rasa xpuas ati ni xilang-ilang lagi. Masih bersarang......
Kalau tuan puan selalu beli beger ikan, kalau bole sebelum kasi anak-anak makan tu check la dulu..bukan pa takut tocokik tulang haa...kesian Nabil...masa tu dah nak telan...nasib baik sempat luah balik. Kalu x tatau la pa jadik. Masuk spital la agaknyer...bukan tulang kecik tau..besor cam tulang ikan talapia pun ade. Dah buat repot kat pengguna tapi xde pa ponn...
Itu la saja nak citer. SEKIAN MAKASIH.
Tuesday, July 12, 2011
PILIHLAH NAMA YANG BAIK
Nama mempunyai kesan psikologi ke atas peribadi seseorang individu. Keseluruhan peribadinya bangun di bawah bayangan makna dan pengaruh namanya. Lagipun sudah jelas, kita sukakan nama yang mempunyai bunyi yang menarik dan makna yang sedap.
Jadi kita mestilah berhati-hati ketika memberikan nama kepada anak-anak kita. Kita perlu memberikan mereka nama yang manis, pendek dan bermakna yang senang difahami dan dinilai.
Rasulullah s.a.w. memberikan penekanan ke atas nama. Baginda menasihatkan umatnya supaya memberikan nama yang bagus dan bermakna kepada anak-anak mereka.
Baginda selalu mencadangkan nama yang baik dan bermakna untuk mereka. Baginda tidak akan meminta orang itu memberikan nama yang buruk. Baginda suka dengan orang yang mempunyai nama yang baik, dan berdoa untuk mereka.
Rasulullah s.a.w. gemar mendengar nama seperti Najeeh (yang berjaya) atau Rashid (yang mendapat petunjuk).
Baginda juga banyak menukar nama lelaki dan perempuan yang dianggap tidak baik. Diriwayatkan, bahawa jika mereka tidak menukar nama seperti yang dicadangkan oleh Rasulullah s.a.w. orang itu sentiasa dalam kesusahan.
Apabila memilih nama bagi anak-anak, perhatian hendaklah diberi kepada perkara-perkara berikut :
Ia seharusnya mengandungi salah satu dari nama ALLAH dan dimulakan dengan perkataan yang menunjukkan ketaatan kepadaNya. Contohnya, Abdullah, Abdul Rahman, Abdul Ghaffar.
Ia seharusnya dipilih daripada nama-nama Nabi seperti Yaakub, Yusuf, Idris, Ahmad, Ismail atau Muhammad. Ia seharusnya diambil daripada nama-nama orang alim seperti Umar, Farook, Siddiq, Khalid, Ali, Usman, Khadija, Hajira, Maryam, Ummi Salamah.
Ia sepatutnya mencerminkan nilai islam dan pemikiran ibu bapanya. Contohnya, pada ketika islam sedang mundur sekarang, anak-anak patut diberi nama seperti Tariq atau Sallahuddin dengan harapan anak itu akan menjadi seperti pahlawan-pahlawan yang pernah bernama begitu.
Nama itu seharusnya menunjukkan perangai yang elok seperti Said (bernasib baik dan taat), Shafiq (baik hati) atau Sharif (mulia).
Berikut pula ialah nama-nama yang seboleh-bolehnya dielakkan untuk anak-anak kita, ia melanggar ajaran islam seperti Abdul Rasul (hamba rasul).
Ia menunjukkan amalan yang tidak baik seperti sombong, kasar atau kebencian. Ia mengandungi idea-idea dan pengaruh bukan islam seperti Johnny atau Robert.
Ia mengandungi makna tidak baik seperti Aasia (pembuat dosa), (pembakar) dan Harb (perang). Ia merendahkan martabat dan memalukan.
Nama-nama seperti Shahan Shah, Malukul Mulk (maharaja) adalah nama yang paling buruk.
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Kamu akan dipanggil dengan nama kamu dan nama bapa kamu. Jadi berikanlah nama yang baik (Kepada anak-anak kamu)."
(HR Abu Daud)

Sunday, July 10, 2011
Ayam panggang montreal
BAHAN-BAHAN :
- 4 ketul peha ayam
- sedikit serbuk paprika
- sedikit montreal chicken seasoning
- olive oil
- sedikit garam
- karot & kentang secukupnya (direbus separuh masak)
- **********ayam diperap bersama bahan-bahan di atas kemudian dipanggang bersama kentang dan karot. Sajikan bersama sos pilihan************
Tumis sawi dan udang
BAHAN-BAHAN :
- 1 ikat sawi bunga
- 1 mangkuk kecil udang
- 4 biji tomato ceri (belah 2)
- 1 biji cili merah (hiris)
- 2 ulas bawang merah + 2 ulas bawang putih (hiris)
- sedikit garam
- minyak untuk menumis
- Panaskan minyak, tumis bawang yang dihiris, masukkan udang. Masak hingga udang kecut kemudian masukkan sawi, cili merah, tomato dan garam.
- Hidangkan segera.
Lala rebus
BAHAN-BAHAN :
- 1 kg lala (cuci bersih)
- 4 batang serai (titik)
- 2 ulas bawang merah + 1 ulas bawang putih (mayang)
- sedikit garam
- air sekadar menutupi lala
- Lala direbus bersama bahan-bahan di atas. Sedia dihidangkan.
Sayur manis bayam
BAHAN-BAHAN :
- 2 biji keledek (potong besar)
- 1 ikat bayam
- 1 batang rebung (tin)
- segenggam ikan bilis (tumbuk)
- 2 ulas bawang merah + 1 ulas bawang putih (tumbuk)
- 1/2 biji cili merah (hiris)
- air secukupnya
- garam secukup rasa
- Rebus keledek hingga empuk kemudian masukkan bahan tumbuk dan bahan-bahan lain. Renihkan di atas api yang sederhana. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Ikan goreng cencaluk dan petai
BAHAN-BAHAN :
- 3 ekor ikan cencaru (sapu garam kunyit & goreng)
- 3 ulas bawang putih + 1 biji bawang besar (kecil) + 1 cm halia + 2 cili hijau + 2 cili merah + segenggam cili api (kisar)
- 2 sdb cencaluk
- 2 papan isi petai
- 1/2 biji bawang besar (mayang)
- garam dan gula secukup rasa
- jus limau kasturi secukupnya
- minyak untuk menumis
- Tumis bahan kisar hingga wangi dan garing. Masukkan cencaluk, bawang yang dimayang dan juga bahan perasa. Setelah sebati masukkan isi petai. Kacau rata.
- Masukkan ikan yang telah digoreng, balik-balikkan supaya ikan bersalut dengan sambal. Sebelum diangkat perahkan jus limau kasturi secukupnya. Sedia dihidangkan.
Ayam kicap Nabil
BAHAN-BAHAN :
- 6 ketul ayam goreng kunyit
- 1 cm halia + 4 ulas bawang putih + 1/2 biji bawang besar (hiris)
- kicap manis ABC & sos tomato secukupnya
- sedikit lada sulah
- sedikit air
- cili merah + d.sup + d. bawang (hiris)
- minyak untuk menumis
- Tumis halia dan bawang hingga garing, masukkan ayam goreng dan sos. Kacau rata. Tambahkan sedikit air . Sebelum diangkat masukkan cili hiris dan lada sulah. Hiaskan dengan hirisan daun sup dan daun bawang.
Kurma kambing
BAHAN-BAHAN :
- 1 kg daging kambing bercampur tulang (rebus empuk, buang air rebusan)
- 5 ulas bawang merah + 2 ulas bawang putih + 5 inci halia (tumbuk)
- 3 batang serai (titik)
- 2 helai daun pandan (simpul)
- sedikit kulit kayu manis, pelaga, cengkih dan bunga lawang
- 4 sdb rempah kurma
- 1/2 sdb kerisek
- santan secukupnya
- kentang dan karot (potong-potong)
- 4 biji cili hijau (belah 2)
- 1 biji bawang bombay (belah 4)
- sedikit minyak sapi dan minyak masak untuk menumis
- garam dan gula secukup rasa
- 2 asam keping
- Panaskan minyak sapi dan minyak masak, tumis rempah tumis hingga naik bau. Masukkan daun pandan, serai dan juga bahan tumbuk. Masak hingga wangi. Kemudian tambahkan rempah kurma dan masak lagi hingga rempah betul-betul garing.
- Masukkan daging kambing, kentang dan juga karot. Kacau rata. Masukkan santan dan masak hingga mendidih. Setelah itu, masukkan asam keping, cili hijau, bawang dan juga kerisek. Masak lagi hingga kentang empuk. Jangan lupa untuk memasukkan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah sebati, bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)