Dikatakan bahawa susunan falak dan buruj adalah seperti susunan manusia. Sebagaimana falak dibahagi menjadi dua belas buruj, maka manusia juga mempunyai dua belas lubang ; iaitu dua lubang telinga, dua lubang hidung, dua lubang mata, dua lubang jalan kotoran, dua buah dada, satu mulut dan satu pusat. Enam buruj dari sebelah utara dan enam buruj lagi dari sebelah selatan.
Demikian juga pada manusia enam lubang ada di sebelah kiri dan enam lubang ada di sebelah kanan. Apabila dalam falak ada tujuh bintang, akan dalam tubuh manusia juga ada tujuh kekuatan. Iaitu pendengaran, penglihatan, perciuman, perasaan, penyentuhan, pemikiran dan pembicaraan.
Kerana itu maka gerak manusia adalah gerak daripada bintang-bintang. Lahirmu seperti terbitnya dan matimu seperti matinya. Ini adalah perumpamaan dengan alam raya yang ada di atas.
Ada pula perumpamaan dengan alam bawah, maka jasadmu seperti bumi, dan tulang mu seperti gunung, otakmu seperti lombong, keringatmu seperti parit-parit, dagingmu seperti debu, rambutmu seperti pohon-pohon, mukamu seperti Masyrik (timur), punggungmu seperti Maghrib (barat), kanannya seperti selatan, kirinya seperti utara, jiwamu seperti angin, kata-katamu seperti hujan, marahmu seperti mendung, tidurmu seperti mati, jagamu seperti hidup, mudamu seperti musim panas dan masa tuamu seperti musim hujan.
Maka Maha Berkah ALLAH s.w.t. dan Dia Sebaik-baik Pencipta.
Dan Dia telah menciptakan tangan yang ada di dalamnya tiga puluh lima tulang dan pada telapak kaki demikian juga.
-Zuhratur Riyadh-
Tuesday, July 5, 2011
WASIAT NABI ADAM KEPADA PUTERANYA
Nabi Adam a.s. berwasiat kepada puteranya lima perkara dan menyuruh supaya anaknya mewasiatkan puteranya dan seterusnya.
- Pertama, katakan kepada putera-puteramu, kamu jangan berasa tenang dengan dunia ini, kerana ketika saya berasa tenang dengan syurga ALLAH, maka ALLAH tidak reda mengusir saya daripadanya.
- Kedua, katakan kepada mereka : Jangan menurutkan hawa nafsu wanita, maka sesungguhnya saya telah menuruti hawa nafsu wanita sehingga makan buah daripada pohon yang dilarang dan kemudian menyesal.
- Ketiga, tiap amal yang hendak dikerjakan harus kamu perhatikan akibatnya, sebab andainya saya memikirkan akibatnya maka saya tidak akan menerima akibat ini.
- Keempat, jika hati tidak tenang, maka hindarkanlah perbuatan itu sebab ketika aku akan memakan buah larangan itu goncang hatiku, tetapi tidak aku hiraukan, maka aku menyesal.
- Kelima, bermusyawarahlah dalam semua urusan, sebab andainya aku musyawarahkan dengan malaikat tidak akan terkena akibat ini.
KISAH NABI NUH MERAUNG TIDAK HENTI-HENTI
Nama asal nabi Nuh a.s. bukanlah Nuh, tetapi sesuatu nama lain yang tidak banyak diketahui, meskipun ALLAH s.w.t. menyebut nama Nuh dalam Al-Quran.
Dalam bahasa Arab, makna 'Nuh' ialah raungan atau tangisan yang berterusan. Mengapa nabi ALLAH itu dipanggil Nuh mempunyai kisahnya yang sangat menarik dan menjadi contoh yang berguna untuk umat manusia seluruhnya.
Cerita nabi Nuh a.s. ini bermula pada suatu hari apabila seekor anjing yang sangat ganjil lalu di hadapannya. Rupa anjing itu tidak seperti anjing-anjing biasa. Ia bermata empat dan sudah tentu menarik perhatian ramai, termasuk nabi Nuh a.s. sendiri pada zaman itu.
Nabi Nuh a.s. pun menyuruh anjing bermata empat itu berhenti di depannya dengan agak kehairanan.
Nabi Nuh ;"Wahai anjing, aku lihat muka kau ini begitu hodoh, mata engkau empat tidak seperti anjing yang lain. Mengapa jadi begini?".
Anjing itu pun menjawab :"Kau tanyalah siapa yang menjadikan aku. Kau fikir aku yang menghendaki mukaku hodoh begini?".
Tanyalah Tuhan yang menjadikan aku dan juga yang menjadikan engkau?".
Nabi Nuh a.s. pun meraung (menangis) mendengarkan jawapan anjing hodoh itu. Ia menangis tidak henti-henti. Terasa benar kesalahannya mengkritik kejadian Tuhan.
Dia meraung dan meraung lagi beberapa lama kerana menyedari dosanya itu. Tidak henti-henti dia memohon keampunan daripada ALLAH s.w.t. dengan tidak sengaja.
Sejak itu namanya pun dipanggil Nuh (raungan) dan kekallah namanya Nabi Nuh diabadikan dalam Al-Quran dan diampunkan dosanya oleh ALLAH s.w.t.

ANTARA AKAL DAN SYAHWAT
Setelah suami Rabi'ah al-Adawiyah mati, maka Hassan Basri dan teman-temannya datang ke rumahnya dan dipersilakan mereka masuk. Kemudian ditutup Rabi'ah tabir dan dia duduk di belakangnya seraya berkata :"Siapa yang paling pintar antara kalian maka dia adalah suami saya." Maka mereka menjawab :"Hassan al-Basri". Rabi'ah :"Bila dapat menjawab pertanyaanku maka aku adalah milikmu."
Hassan segera berkata :" Tanyalah semoga aku dapat menjawab".
Rabi'ah :"Apabila aku mati dan keluar dari dunia, apakah aku Nanti keluar dengan beriman atau tidak?."
Hassan :"Itu masalah ghaib dan tidak seorang pun yang mengetahui kecuali ALLAH."
Rabi'ah :"Bila aku telah terletak di ruang liang kubur dan ditanya Malaikat Mungkar dan Nangkir apakah aku nanti dapat menjawab atau tidak?."
Hassan :"Itu juga hal yang ghaib dan tidak ada yang mengetahui kecuali ALLAH."
Rabi'ah :"Apabila orang yang telah dikumpulkan pada hari kiamat diberikan kepada mereka catatan amal masing-masing, dengan tangan kananku kah atau tangan kiriku kah aku akan menerima catatan amalanku?."
Hassan :"Itu pun barang ghaib juga."
Lalu Rabi'ah berkata :" Hai Hassan, barang siapa tidak dapat menjawab empat pertanyaan yang saya ajukan jangan berfikir untuk dapat mengahwini saya."
Kemudian Rabi'ah berkata untuk terakhir kalinya :"Hai Hassan, dalam beberapa bahagiankah ALLAH mencipta akal?".
"Sepuluh bahagian, sembilan untuk laki-laki dan satu jenis perempuan", jawab Hassan.
Rabi'ah :"Dalam berapa bahagiankah ALLAH mencipta syahwat?".
Hassan :"Sembilan bahagian untuk wanita dan satu bahagian untuk laki-laki."
Rabi'ah :"Hai Hassan, aku dapat menguasai sembilan syahwat dengan satu bahagian akal, sedang kamu pihak lelaki tidak dapat menguasai satu bahagian syahwat dengan sembilan akal yang kamu dapat."
Dan keluarlah Hassan dari rumah Rabi'ah dengan tangis dan air mata yang bercucuran.

Cucur udang dan kangkung
BAHAN-BAHAN :
- 1/2 kg tepung gandum
- 3 tangkai kangkung (potong kecil)
- 1/2 biji bawang besar (dadu)
- 1 biji cili merah (hiris)
- 1 cawan udang (buang kulit, potong 3)
- 1/2 cawan tauge
- 1 sdb serbuk pati ayam
- 1 sdb serbuk penaik
- sedikit garam dan serbuk kunyit
- air suam secukupnya
- minyak untuk menggoreng terendam
- Gaul bersama semua bahan kecuali minyak. Biarkan sebentar, kemudian goreng dalam minyak panas. Hidangkan dengan sos cili pilihan.
Ikan stim limau
BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor ikan jenahak putih sedang (dibersihkan & dikelar)
- 2 biji asam boi (dilenyek)
- 2 batang serai (dihiris nipis)
- 5 ulas bawang putih + 8 biji cili api (ditumbuk)
- 10 biji limau kasturi + 2 biji limau nipis (ambil jus)
- 4 cm halia (hiris panjang)
- sedikit garam dan gula
- sedikit air
- Panaskan kukusan. Sementara itu, masukkan semua bahan ke dalam perut ikan, tuangkan jus limau dan kukus ikan sehingga masak. Sajikan panas.
Monday, July 4, 2011
Kangkung goreng kicap
BAHAN-BAHAN :
- 1 ikat kangkung (potong kecil)
- 1/2 cawan udang
- 3 ulas bawang merah + 1 ulas bawang putih + 1 biji cili merah (tumbuk)
- 4 biji tomato ceri (hiris)
- sedikit garam
- kicap manis ABC secukupnya
- sedikit minyak untuk menumis
- Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga garing. Kemudian masukkan udang dan goreng sekejap. Tambahkan kangkung, tomato dan bahan perasa. Kacau sebentar dan terus angkat supaya kangkung dan tomato kekal rangup.
Kobis masak air
BAHAN-BAHAN :
- 3 helai kobis cina (potong kecil)
- 1 biji cili merah (hiris)
- 1 ulas bawang merah + 1 ulas bawang putih + 1 cm halia (hiris)
- 2 cawan air
- garam dan serbuk stok ayam secukupnya
- sedikit minyak untuk menumis
- Tumis bahan hiris hingga wangi. Masukkan air, biarkan mendidih. Tambahkan kobis dan bahan perasa. Angkat dan sedia dihidangkan.
Thursday, June 30, 2011
PERKARA YANG DIBENCI DAN DISUKAI IBLIS
Dikisahkan dari Wahab bin Munabbih bahawa berkata ia : "ALLAH s.w.t. telah menyuruh iblis berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. dan menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh Rasulullah s.a.w.. Kemudian iblis pun menyamar sebagai orang tua yang kelihatan cantik dan kemas bertemu dengan Rasulullah s.a.w.
Apabila iblis berdiri depan Rasulullah s.a.w. maka baginda pun bertanya :"Siapakah kamu?."
Lalu iblis laknat berkata :"Aku adalah iblis yang dilaknat oleh ALLAH."
Berkata Rasulullah s.a.w.:"Kenapa kamu datang kemari."
Berkata iblis laknat :"Aku kemari adalah atas perintah ALLAH s.w.t. untuk menjawab segala pertanyaan kamu."
Rasulullah s.a.w. mulakan pertanyaan :"Wahai iblis katakan kepadaku berapa banyakkah musuhmu dari umatku?" Berkata iblis laknat :"Musuhku yang terdiri dari umatmu itu ada 15 antaranya :
"Wahai iblis laknat, katakan kepadaku berapa banyakkah rakan-rakanmu dari umatku?" Berkata iblis laknat :"Rakan-rakanku yang terdiri dari umatmu ialah 10 antaranya :

- Engkau sendiri adalah musuhku.
- Imam pemimpin yang adil.
- Orang kaya yang merendahkan diri kepada ALLAH s.w.t.
- Peniaga yang jujur.
- Orang alim yang khusyuk dalam mengerjakan sembahyang.
- Orang mukmin yang sentiasa memberi nasihat (ahli nasihat).
- Orang mukmin yang sentiasa berkasih sayang antara satu dengan lain.
- Orang yang sentiasa bertaubat.
- Orang yang sentiasa menjauhkan diri dari segala yang haram.
- Orang mukmin yang sentiasa bersuci.
- Orang mukmin yang sentiasa menyedekahkan hartanya kerana ALLAH (dermawan).
- Orang mukmin yang bagus akhlaknya.
- Orang mukmin yang bermanfaat kepada orang.
- Orang yang menghafal Al-Quran dan sentiasa membacanya.
- Orang yang bangun malam mengerjakan sembahyang ketika orang lain sedang nyenyak tidur.
"Wahai iblis laknat, katakan kepadaku berapa banyakkah rakan-rakanmu dari umatku?" Berkata iblis laknat :"Rakan-rakanku yang terdiri dari umatmu ialah 10 antaranya :
- Hakim yang menganiaya, iaitu tidak jujur dan tidak berlaku adil.
- Orang kaya yang sombong dan bongkak.
- Peniaga yang khianat, suka menipu dalam urusan jual beli.
- Peminum arak.
- Orang yang suka memutuskan tali persaudaraan.
- Orang yang mengumpul harta dari jalan riba.
- Orang yang berlaku khianat memakan harta anak yatim.
- Orang yang memandang ringan dalam hal mendirikan solat (suka melambat-lambatkan solat).
- Orang yang enggan mengeluarkan zakat.
- Orang yang sangat suka berkhayal.
SEPULUH JENIS ORANG ISLAM YANG KEJAM
Sufyan Athsauri berkata :
Sepuluh macam daripada kekejaman ialah :
Sepuluh macam daripada kekejaman ialah :
- Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri dan tidak mendoakan anak-anaknya dan kaum mukmin.
- Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.
- Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat. (Sunat Tahyatul-Masjid)
- Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
- Seseorang yang sampai di sebuah kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.
- Seseorang yang di daerahnya di datangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.
- Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.
- Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.
- Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
- Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makannya itu.
Wednesday, June 29, 2011
Roti telur
BAHAN-BAHAN :
SOSEJ SIRA :
- 5 biji telur
- sedikit kucai, garam dan lada sulah
- mentega secukupnya
- roti sandwich secukupnya (potong serong)
SOSEJ SIRA :
- Sebungkus sosej (dipotong kecil) kemudian di goreng bersama sos cili.
Tuesday, June 28, 2011
PEGANGLAH API BILA TERINGATKAN ZINA
Ada seorang soleh yang sangat patuh kepada perintah agamanya, dan sentiasa menjaga diri daripada segala rupa maksiat dan keburukan, sehingga pada satu malam terlintas di dalam hatinya hendak berzina dengan seorang wanita jelita kerana terpesona dengan kejelitaannya.
Kebetulan pada ketika itu, disampingnya ada sebuah pelita yang baru saja dinyalakan untuk menerangi rumah orang soleh itu. Maka dia pun terus menajamkan pandangannya kepada api yang sedang bernyala-nyala pada sumbu pelita itu.
Kemudian dia berbisik pada dirinya sendiri :"Engkau mengajak aku melakukan perbuatan terkutuk dengan wanita itu? Baiklah ! Aku akan letakkan jariku ini di atas sumbu pelita yang menyala itu, kiranya ia tahan panasnya, nescaya aku akan turutkan kemahuanmu itu."
Maka orang soleh itu pun meletakkan jarinyadi atas sumbu tadi. Dan dia cuba menahan diri daripada kepanasannya, sehingga hampir-hampir nyawanya akan tercabut kerana tidak tahan panas yang dideritanya itu. Lalu segeralah dia berteriak :"Wahai jiwa, tahniahlah engkau ! Rupanya engkau tidak tahan. Ini baru saja kepanasan api dunia, engkau sudah tidak tahan, padahal api dunia itu telah disejukkan oleh ALLAH s.w.t. dengan air sebanyak 70 kali ganda agar manusia boleh bertentangan dengannya.
Kalau hanya menghadapi api dunia, engkau sudah tidak tahan, apatah lagi untuk menghadapi api neraka, yang panasnya 70 kali ganda lebih dahsyat daripada api dunia ini." Lalu orang soleh itu pun berpaling daripada niatnya yang mula-mula tadi. Sejak hari itu hatinya tidak pernah diganggu lagi oleh lintasan buruk seperti itu.

CUBALAH BERSIKAP SABAR DENGAN PERANGAI ISTERI
Diceritakan, bahawa ada seorang datang ke rumah Khalifah Umar Ibnul- Khattab untuk mengadukan perangai buruk isterinya. Apabila orang tu tiba di pintu rumah Khalifah, tiba-tiba dia terdengar isteri Khalifah sedang mengangkat suara mengata nista Khalifah sedangkan Khalifah hanya berdiam diri saja, tidak menjawab sepatah pun.
Maka orang itu pun tidak jadi hendak mengadu, malah tergesa-gesa hendak kembali meninggalkan rumah Khalifah, maka dengan tidak semena-mena dia dipanggil oleh Khalifah seraya bertanya kepadanya :"Apa hajatmu datang ke mari?"
Jawabnya :"Tidak ada apa-apa wahai Amirul Mukminin!"
Tanya Khalifah :"Mengapa datang kalau tidak ada apa-apa?"
Kata orang itu lagi :"Sebenarnya saya datang ini untuk mengadukan kelakuan buruk isteri saya, Wahai Amirul Mukminin. Tetapi tiba-tiba saya mendapati tuan hamba juga mengalami nasib yang sama seperti saya."
Berkata Khalifah Umar :
"Wahai saudara ku! Aku terpaksa menanggung semua itu kerana aku terhutang budi kepadanya. Dia telah memasak makananku, membuat roti untukku, membasuh pakaianku dan menyusukan anakku, padahal semua itu tidak wajib atasnya. Dan dia juga menjadi tempat kemesraanku, di mana hatiku berasa tenang dan kerana itu juga aku terlindung daripada melakukan yang haram. Bagaimana dapat aku menentangnya, jadi aku hanya bersabar dan memekakkan telinga saja."
Kata orang itu pula :"Saya juga menanggung nasib yang sama seperti tuan hamba juga, wahai Amirul Mukminin!"
Maka berkata Amirul Mukminin lagi :
"Wahai saudaraku ! Bersabarlah atas kelakuan isterimu itu.

AKAL ALAT DAN PEMIMPIN ORANG MUKMIN
Diriwayatkan oleh Ka'ab dan Abu Hurairah bahawa mereka datang dan bertanya kepada Rasulullah s.a.w.
"Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling pintar?"
Rasulullah s.a.w. menjawab: "Orang yang berakal."
Mereka bertanya lagi:"Siapakah orang yang paling berbakti?"
Rasulullah s.a.w. menjawab: "Orang yang berakal."
Mereka bertanya lagi: "Siapakah orang yang paling utama?"
Rasulullah s.a.w. menjawab: "Orang yang berakal kerana setiap sesuatu mempunyai alat dan alat orang mukmin ialah akal dan setiap kamu mempunyai pemimpin dan pemimpin orang mukmin adalah akal.
Setiap kamu mempunyai tujuan dan yang utama bagi hamba ALLAH ialah akal (khayatul qulub)."
Saidatina Aisyah berkata: "Akal itu mempunyai sepuluh bahagian, lima bahagian nampak dan lima bahagian tersembunyi."
Adapun yang nampak ialah:
Pertama : Diam.
Kedua : Sabar.
Ketiga : Rendah hati.
Keempat : Takut kepada ALLAH.
Kelima : Mengawal hawa nafsu.

KENAPA ANDA HARUS TANGGUH TIDUR
Seorang hakim berkata: "Seorang tidak boleh tidur sehingga menyelesaikan empat perkara":
Jangan tidur selama dia percaya atas bumi ada musuh, sehingga minta halalnya, sebab kemungkinan dia mati sehingga dituntut oleh ALLAH s.w.t.
Jangan tidur jika masih rasa berdosa dan belum taubat daripadanya, sebab kemungkinan dia mati dan dianggap terus dalam berdosa.
Jangan tidur sehingga menulis wasiat yang tepat, sebab mungkin dia mati tanpa meninggalkan wasiat.
Jangan tidur jika masih belum menyelesaikan kewajipan kepada ALLAH s.w.t.
Seorang lagi hakim berkata: " Seorang di waktu pagi harus niat empat perkara":
Menunaikan kewajipan terhadap ALLAH s.w.t.
Meninggalkan larangan ALLAH s.w.t.
Menyelesaikan dengan orang yang dia ada hubungan dagang dan sebagainya.
Memperbaiki hubungan dengan lawannya.
Maka jika dia pagi-pagi ada niat yang demikian ada harapan termasuk orang soleh yang untung.
Manusia pada waktu pagi ada tiga macam:
Sebahagian mencari harta.
Sebahagian mencari dosa.
Dan sebahagian mencari jalan yang diredhai ALLAH s.w.t.
Yang sibuk mencari harta, maka dia tidak akan makan lebih daripada rezekinya meskipun hartanya sangat banyak.
Dan yang sibuk mencari dosa maka pasti akan mendapat kehinaan.
Dan yang mencari jalan menuju keredhaan ALLAH s.w.t., maka ALLAH s.w.t. akan memberinya rezeki dan jalan.

Monday, June 27, 2011
Nasi goreng buncis
BAHAN-BAHAN :
- 1 pinggan nasi
- 2 ulas bawang merah + 2 ulas bawang putih (hiris)
- 6 batang buncis (hiris nipis)
- 1/2 cawan isi ayam goreng kunyit
- 1/2 biji cili merah (hiris)
- sedikit garam dan serbuk pati ayam
- minyak untuk menumis
- Panaskan minyak, tumis bawang hingga wangi, kemudian masukkan nasi dan bahan lain. Masak hingga buncis sedikit layu. Sedia dihidangkan.
Bendi masak kicap berudang
BAHAN-BAHAN :
- 10 batang bendi (basuh, toskan hingga kering & potong 2)
- 10 ekor udang
- 1 batang cili merah (hiris)
- 3 ulas bawang merah + 3 ulas bawang putih (hiris)
- kicap manis secukupnya
- garam secukup rasa
- sedikit air asam jawa
- sedikit minyak untuk menumis
- Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang hingga garing. Masukkan udang, goreng sekejap. Tambahkan semua bahan lain dan masak lagi hingga bendi kecut tetapi tetap rangup. Sedia dihidangkan.
Nasi kari berudang
BAHAN-BAHAN :
- 3 cawan beras basmati (dicuci, rendam 20 minit & toskan)
- 500 gm udang besar
- 6 ulas bawang merah + 3 ulas bawang putih + 3 cm halia (kisar)
- sedikit rempah tumis
- 2 batang serai (ketuk)
- 3 sdb serbuk kari daging
- 1 paket cendawan tiram
- 2 tangkai daun kari
- 1/2 sdb serbuk pati ayam
- 1 sdk biji lada hitam
- garam secukup rasa
- 2 sdb minyak sapi
- 2 cawan air
- 1 tin susu cair + jus dari 1 biji limau nipis (tairu)
- Panaskan minyak sapi di dalam periuk nasi, tumiskan bahan kisar, serai dan rempah tumis sehingga wangi dan garing. Masukkan rempah kari dan lada hitam, masak lagi hingga pecah minyak.
- Kemudian masukkan air dan udang. Biar hingga mendidih. Tambahkan susu cair, cendawan dan bahan perasa, masukkan beras. Setelah air beras agak kering, taburkan daun kari dan masak hingga nasi tanak.
- Enak dimakan bersama acar buah.
Saturday, June 25, 2011
Bihun kari
BAHAN-BAHAN :
- Bihun secukupnya (dicelur air panas dan ditoskan)
- 2 rangka ayam (direbus bersama air untuk kuah)
- 5 ulas bawang merah + 2 ulas bawang putih + 2 cm halia (ditumbuk)
- sedikit rempah tumis
- 1 sdb serbuk cili + 4 sdb serbuk kari (jadikan pes)
- 400 gm isi kerang
- 400 gm udang
- 1 bungkus kecil bebola ikan
- 2 keping fucuk (patahkan)
- taupok secukupnya
- santan secukupnya
- sedikit asam gelugur
- garam secukup rasa
- sayur pak choy (dicelur)
- tauge, d.sup, d.bawang
- telur rebus
- 2 ketul tauhu goreng (hiris nipis)
- limau nipis dan sedikit sambal belacan goreng jika suka
- minyak untuk menumis
- Tumiskan bahan tumbuk bersama rempah tumis hingga wangi. Masukkan pes kari yang telah dicampurkan bersama serbuk cili, masak hingga wangi dan pecah minyak.
- Masukkan bahan yang telah ditumis tadi ke dalam periuk berisi tulang ayam. Tambahkan kerang, udang, bebola ikan dan fucuk tauhu. Biarkan mendidih, kemudian tuangkan santan dan jangan lupa untuk memasukkan taupok. Setelah itu, masukkan asam keping dan juga garam secukup rasa.
- Kacau rata. Sedia dihidangkan bersama bihun dan bahan-bahan sampingan.
Subscribe to:
Posts (Atom)