Tuesday, June 21, 2011
Masak lomak cili api ayam kampung
BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor ayam kampung (dipotong kecil)
- 2 cm kunyit hidup + segenggam cili api (ditumbuk)
- 3 batang serai (diketuk)
- santan pekat dari 2 biji kelapa
- 1 helai daun kunyit (dihiris)
- 10 biji belimbing buluh
- garam dan sedikit serbuk perasa
- Campurkan ayam bersama serai dan bahan tumbuk dan jerang diatas api sederhana hingga air ayam kering. Kemudian masukkan santan. Kacau selalu agar santan tidak pecah minyak.
- Setelah mendidih masukkan bahan lain diikuti perasa. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Kaki bolaaaaa..
Kerabu jantung pisang simple
BAHAN-BAHAN :
- 1 biji jantung pisang (direbus bersama sedikit garam dan cuka, ditoskan dan dihiris halus)
- 3 ulas bawang merah (dihiris)
- 2 cm belacan + 2 biji cili merah + 10 tangkai cili api + 1/2 paket santan m&s (dikisar)
- jus dari 2 biji limau nipis
- garam dan gula secukup rasa
- Semua bahan diadun bersama.Sedia dihidangkan.
Monday, June 20, 2011
sotong celup tepung
BAHAN-BAHAN :
- 500 gm sotong (dicuci dan potong bulat, toskan)
- 6 sdb tepung berserbuk penaik
- 3 sdb tepung jagung
- 1 sdb tepung kastad
- 1 biji putih telur
- lada sulah dan garam secukup rasa
- sedikit air ais
- minyak untuk menggoreng terendam
- Semua bahan batter diadun, pastikan pekat dan tidak terlalu cair. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali. Apabila minyak telah panas masukkan sotong yang telah disaluti tepung satu persatu. Goreng hingga kekuningan dan hidangkan segera.
Gulai ikan senangin dan bendi
BAHAN-BAHAN :
- 2 ekor ikan senangin
- 4 ulas bawang merah + 2 ulas bawang putih + 2 cm halia (kisar)
- sedikit halba campur
- 2 tangkai daun kari
- 1 sdb serbuk cili
- 4 sdb serbuk kari
- 1 biji tomato (potong 4)
- 10 biji bendi
- santan dari sebiji kelapa
- sedikit air asam jawa
- garam dan gula secukup rasa
- minyak untuk menumis
- Panaskan minyak, tumis halba campur dan daun kari sehingga meletup-letup. Masukkan bahan kisar, goreng sehingga wangi. Kemudian tambahkan serbuk cili dan serbuk kari yang telah digaul dengan sedikit air. Masak lagi hingga rempah garing.
- Setelah itu, masukkan tomato dan santan, tunggu hingga santan mendidih. Masukkan ikan, air asam dan bahan perasa. Setelah ikan agak masak barulah masukkan bendi.
- Sedia dihidangkan.
Friday, June 17, 2011
Masak lemak kangkung dan bilis
BAHAN-BAHAN :
- 1 ikat kangkung (potong pendek)
- 4 ulas bawang merah + 1 ulas bawang putih (tumbuk)
- segenggam ikan bilis (tumbuk pecah-pecah)
- 1 biji cili merah (hiris)
- santan secukupnya
- sedikit garam
- Masukkan bahan tumbuk bersama santan ke dalam periuk . Masak hingga mendidih, kemudian masukkan sayur dan garam.
- Apabila kangkung sedikit layu bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Steak 5 minit
BAHAN-BAHAN :
BAHAN SOS :
BAHAN SAMPINGAN :
- 3 keping daging striploin (dileperkan)
- sedikit serbuk rempah steak (tesco)
- sedikit sos worchestershire
- sedikit lada hitam
- sedikit garam
- 1 bungkus sosej
- butter
BAHAN SOS :
- 1 biji bawang holland (hiris nipis, bulat)
- serbuk brown sauce jenama knorr
- air secukupnya
- sedikit butter
BAHAN SAMPINGAN :
- roti dan salad pilihan
Wednesday, June 15, 2011
Udang sos
BAHAN-BAHAN :
- 400 gm udang
- 1/2 biji kapsikum hijau & kuning (potong panjang)
- 1/2 biji bawang besar (hiris)
- 2 ulas bawang putih (ketuk)
- sos tiram, sos cili, sos tomato secukupnya
- sedikit kicap cair jika perlu
- sedikit air
- minyak untuk menumis
- Panaskan minyak,tumis bawang hingga wangi kemudian masukkan udang dan bahan lain. Masak hingga sos agak pekat. Sedia dihidangkan.
Tuesday, June 7, 2011
Bihun sup kanak-kanak riang
BAHAN-BAHAN :
- 1/2 bungkus bihun (direbus & ditos)
- 10 ulas bawang putih (diracik halus &ditumis bersama 4 sdb minyak)
- 7 cawan air
- 350 gm ayam (didadu)
- 200 gm udang
- sebungkus sawi bunga
- 1 senduk kicap cair
- garam secukup rasa
- Ayam direbus bersama air sehingga empuk. Buang buih yang timbul dipermukaan sup. Masukkan udang, kicap cair, bawang putih tumis berserta minyaknya sekali dan garam. Tunggu hingga mendidih, kemudian masukkan sawi bunga.
- Apabila sawi kelihatan agak layu, bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama bihun yang telah ditos.
Nasi goreng kunyit
BAHAN-BAHAN :
- 1 mangkuk besar nasi
- 5 ulas bawang merah + 4 ulas bawang putih (tumbuk)
- segenggam ikan bilis + sedikit cili api (tumbuk pecah-pecah)
- 2 biji telur
- 1 sdk serbuk kunyit
- 1/2 sdb serbuk pati ayam
- sedikit garam
- minyak untuk menumis
- Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan tumbuk sehingga garing. Pecahkan telur, tunggu sehingga telur berketul baru masukkan nasi dan bahan-bahan lain. Sedia dihidangkan.
Saturday, June 4, 2011
4 Kategori Air Untuk Bersuci
JENIS-JENIS AIR UNTUK BERSUCI
Terdapat 4 kategori air yang harus diketahui terlebih dahulu, iaitu air suci menyucikan yang tidak makruh, air suci menyucikan yang makruh, air suci tidak menyucikan, dan air tidak suci tidak menyucikan.
Air juga tidak dikira bernajis jika terjatuh ke dalamnya keadaan seperti berikut :
Terdapat 4 kategori air yang harus diketahui terlebih dahulu, iaitu air suci menyucikan yang tidak makruh, air suci menyucikan yang makruh, air suci tidak menyucikan, dan air tidak suci tidak menyucikan.
- AIR SUCI LAGI MENYUCIKAN DAN TIDAK MAKRUH MENGGUNAKANNYA. Ini dinamakan AIR MUTLAK. Terdapat 7 jenis air mutlak iaitu air laut, air sungai, air telaga, air hujan, air mata air, air embun, dan air batu atau air salji.
- AIR SUCI LAGI MENYUCIKAN TAPI MAKRUH MENGGUNAKANNYA. Ini dinamakan air MUSYAMMAS, iaitu air yang berada dalam bekas yang diperbuat daripada logam yang bukan emas atau perak, yang terjemur di bawah panas matahari di kawasan, negeri, atau negara yang panas. Air ini Makruh digunakan pada tubuh badan sahaja kerana mendatangkan mudarat. Akan tetapi jika digunakan untuk membasuh pakaian dan lain-lain, atau telah sejuk sewaktu kita menggunakannya, maka tidak makruh menggunakannya.
- AIR YANG SUCI TETAPI TIDAK MENYUCIKAN. Air ini dibahagi pula kepada 3 jenis iaitu :AIR MUSTAKMAL, iaitu air yang kurang daripada 2 kolah atau yang telah digunakan untuk mengangkat hadas pada basuhan pertama wuduk yang wajib atau mandi yang wajib atau air yang telah digunakan untuk menghilangkan najis dan air itu tidak berubah dari segi kuantiti isipadunya.AIR MUTAGHAYYIR, iaitu air yang berubah salah satu daripada rasa, warna, atau bau dengan sebab bercampur sesuatu yang suci seperti gula, milo, kopi, teh, dakwat dan sebagainya hingga berubah nama air mutlaknya. Tetapi jika berubah kerana lama bertakung, kerana lumpur dan tanah, atau kerana jatuh daun kayu ke dalamnya, maka air itu dihukumkan air yang suci lagi menyucikan seperti air kolam. AIR MUQAYYAD, iaitu air yang dikaitkan dengan nama asalnya seperti air tebu, air kelapa dan sebagainya.
- AIR YANG TIDAK SUCI DAN TIDAK MENYUCIKAN. Air ini ialah AIR MUTANAJJIS. Ia dikira bernajis apabila terjadi 2 keadaan, iaitu : (a) termasuk najis dalam kuantiti air yang tidak sampai 2 kolah, atau (b) berubah salah satu sifat air itu samada berubah rasa, bau dan warna, disebabkan termasuk najis tersebut.
Air juga tidak dikira bernajis jika terjatuh ke dalamnya keadaan seperti berikut :
- Najis yang dimaafkan seperti debu-debu najis yang berterbangan yang sukar dijaga.
- Najis-najis yang sangat halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti najis yang berada pada kaki lalat dan percikan air kencing yang tidak dapat dilihat.
- Bulu-bulu yang terkena najis yang tidak melebihi 3 helai.
- Binatang yang buntutnya bernajis kemudian dia terjatuh ke dalam air.
- Bekas mulut kucing atau kanak-kanak yang makan benda najis lalu dia menghilangkan diri tanpa diketahui mulutnya sudah dibasuh atau tidak, kemudian dia meminum air, maka air baki minuman itu dikira tidak bernajis.
cucur jagung
BAHAN-BAHANNYA :
- 1 tongkol jagung rebus (kikis isinya)
- 1 biji bawang besar (didadu)
- segenggam ikan bilis
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sdb serbuk penaik
- sedikit garam dan gula
- air suam secukupnya
- minyak untuk menggoreng terendam
- Campurkan kesemua bahan di dalam mangkuk. Kacau rata, biarkan 20 minit dan sedia untuk digoreng.
Gulai udang dan cendawan
BAHAN-BAHANNYA :
- 10 ekor udang
- 2 cawan santan
- 5 ulas bawang merah +2 ulas bawang putih + 1 cm kunyit (ditumbuk)
- 1 batang serai (diketuk)
- 1 cm belacan + 1 biji cili merah (ditumbuk)
- sehelai daun kunyit (disimpul)
- 350 gm cendawan tiram
- 1/2 bungkus tempe (didadu)
- sedikit garam dan gula
- sekeping asam gelugur
- Didihkan semua bahan kecuali udang di atas api yang sederhana. Kacau selalu agar tidak pecah minyak. Apabila cendawan agak layu dan tempe agak lembut bolehlah masukkan udang dan bahan perasa. Kacau sebentar, setelah ekor dan kepala udang bercantum bolehlah dimatikan api.
Friday, June 3, 2011
Bingka roti
BAHAN-BAHANNYA :
- 8 biji roti kentang (rendam dan tapis)
- 1/2 tin susu pekat manis
- 1/2 paket santan kara
- 4 biji telur
- secubit garam
- daun pandan
- Kisar semua bahan sehingga hancur dan tapis.
- Lengser acuan dengan mentega dan bolehlah dibakar di dalam ketuhar sehingga garing.
Tempe goreng pedas
BAHAN-BAHANNYA :
- 1/2 paket tempe (hiris nipis &goreng)
- segenggam ikan bilis (goreng garing)
- 2 ulas bawang putih + 3 ulas bawang merah (tumbuk)
- 10 biji cili api + 2 biji cili hijau (tumbuk)
- garam dan sedikit gula
- minyak untuk menumis
- Tumis bahan tumbuk sehingga garing. Masukkan sedikit garam dan gula, matikan api.
- Apabila bahan sambal agak sejuk, gaulkan tempe dan ikan bilis. (ini bagi mengekalkan kerangupan ikan bilis)
- Sedia dihidangkan.
Nasi goreng kicap
BAHAN-BAHANNYA :
- 1 mangkuk nasi
- 4 ulas bawang merah + 3 ulas bawang putih (hiris)
- 1 cawan lebihan daging goreng kunyit
- 10 ekor udang goreng
- 1 sdb cili boh
- 1 batang sosej (hiris bulat)
- kicap manis secukupnya
- garam secukup rasa
- sedikit minyak untuk menumis
- Panaskan minyak, tumis bawang hiris hingga wangi. Masukkan cili boh, kacau rata kemudian tambahkan sosej. Setelah itu bolehlah masukkan nasi dan bahan-bahan lain. Sebelum memasukkan garam rasa dahulu.
- Bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Kek zebra
SUMBER : 1000 RESIPI UNGGUL CITARASA MALAYSIA
OLEH : CHEF ZAIDAH MOHD NOOR
HIDANGAN 6
MASA 1 1/2 JAM
- BAHAN-BAHAN :
- 100 gm mentega
- 125 gm gula halus
- 3 biji telur
- 5 sdb susu pekat
- 175 gm tepung naik sendiri
- 25 gm serbuk koko
- 1 sdk esen vanilla
- 1 sdk perisa oren
- CARA :
- Pukul mentega dengan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan susu pekat. Kacau rata. Tambah tepung dan kacau sehingga sebati.
- Bahagi adunan kepada 2. Campurkan serbuk koko dan esen vanilla ke dalam satu bahagian. Campurkan sebahagian lagi dengan perisa oren. Tuangkan adunan berselang-seli ke dalam acuan berukuran 18cm x 18cm. Bakar pada suhu 170'c (330'f) selama 40 minit sehingga masak.
Monday, May 30, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)




