Thursday, April 21, 2011

gulai kuning ikan aya


  •  BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 4 ketul isi ikan tongkol yang telah dikukus bersama asam gelugur dan sedikit garam
  • 4 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 6 biji cili api (ditumbuk)
  • 1 cm kunyit hidup (ditumbuk)
  • 1 cm halia (ditumbuk)
  • sedikit lengkuas (ditumbuk)
  • 4 batang serai (diketuk)
  • 1/2 biji timun (dipotong-potong)
  • santan secukupnya
  • sedikit garam
  • CARA MEMASAK :-)
  • Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali ikan dan timun. Didihkan di atas api yang sederhana sambil dikacau selalu agar tidak pecah minyak.
  • Setelah itu bolehlah masukkan ikan dan timun. Tunggu sehingga timun empuk. Jika kurang masin bolehlah ditambah sedikit garam ke dalam kuah.
  • Angkat setelah kuah sedikit pekat.

Friday, April 15, 2011

udang goreng kunyit


  •  BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 10 ekor udang saiz xl
  • 2 biji kentang (dipotong 6 & direbus)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 biji bawang besar saiz kecil (dihiris)
  • 1 sdk serbuk kunyit
  • sedikit garam
  • 1/2 cawan air
  • sedikit minyak untuk menumis
  • CARA MEMASAK :-)
    1. Panaskan minyak, tumis bawang sehingga garing. Masukkan udang, serbuk kunyit dan air. Masak hingga mendidih. Selepas itu masukkan cili merah, kentang dan sedikit garam. Masak lagi hingga udang masak. Bolehlah dimatikan api.

kerabu mangga


ikan goreng sebagai pelengkap hidangan
  •  BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 biji mangga muda (disagat)
  • 10 tangkai cili api (dihiris)
  • 1 kuntum bunga kantan (dihiris)
  • 1 biji bawang besar (dibelah 4 & dihiris)
  • sos ikan & air gula secukup rasa
  • CARA MEMASAK :-)
  • Semua bahan digaul bersama hingga sebati. Hidangkan segera.

sosej masam manis


  •  BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 26 ketul sosej koktel
  • 2 ulas bawang merah (dihiris)
  • 4 ulas bawang putih (diketuk)
  • 4 inci halia (dihiris)
  • 2 sdb sos cili
  • 1 sdb sos sour plum
  • 1 1/2 sdb sos tiram
  • 1 sdb sos tomato
  • sedikit air
  • garam sekiranya perlu
  • sedikit daun bawang
  • minyak untuk menumis
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan minyak tumis bahan hiris dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan sosej, sos-sos dan juga sedikit air. Masak sehingga sos agak pekat dan bolehlah taburkan sedikit daun bawang. 
    2. Angkat dan sedia dihidang.  

kacang panjang goreng telur dan ikan masin


  •  BAHAN-BAHANNYA :-)
  • segenggam kacang panjang (dipotong-potong)
  • 3 keping isi ikan tenggiri jeruk (didadu)
  • 1 biji telur
  • 1/2 biji bawang besar (dimayang)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 1 sdb cili kisar
  • 2 sdb kicap manis
  • sedikit garam
  • minyak untuk menumis
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan minyak, tumis bawang besar yang dimayang hingga garing. Masukkan cili kisar masak lagi hingga wangi. Kemudian masukkan isi ikan masin, kacang panjang, cili merah dan bahan perasa. Masak lagi sehingga sebati baru dipecahkan telur. Kacau rata, jika kurang masin bolehlah dimasukkan sedikit garam. 
    2. Angkat dan sedia dihidang.  

Thursday, April 14, 2011

sup sawi

BAHAN-BAHAN:-)
1. 3 pokok sawi (dipotong-potong)
2. 1/2 biji bawang besar merah (hiris halus)

3. 3 ulas bawang putih (diketuk)
4. sedikit halia (diketuk)
5. 5 batang isi ketam (dipotong 4)
6. serbuk lada sulah secukupnya
7. garam secukupnya
8. 2 gelas air
9. sedikit minyak untuk menumis
CARA-CARA MEMBUATNYA:-)


  1.  Panaskan minyak, tumis bawang dan halia hingga wangi dan terbit aroma.Masukkan air tunggu hingga air mendidih.Kemudian masukkan sawi, isi ketam dan bahan perasa. Masak sekejap dan bolehlah matikan api.Sedia dihidangkan. 

daging bakar cicah air asam

BAHAN-BAHAN:-)
500 gm daging tenderloin
sedikit garam & serbuk kunyit
sedikit kordial asam jawa
****semua bahan digaul dan diperap sebentar****
****panggang sehingga masak****






Air asam jawa  
BAHAN-BAHAN:-)
1. segenggam asam jawa baru (dlm bentuk bunjut.byk kat pekan rabu)
2. 1 biji bawang besar merah (belah 4, hiris halus)
3. cili api ikut citarasa (hiris)
4. tomato (jika ada, hiris)
5. 1/2 sdb serbuk belacan
6. 1 sdb sambal belacan
7. garam dan gula secukupnya

8. 1/2 cawan air (utk perah asam)
****semua bahan digaul bersama hingga sebati****