- BAHAN-BAHANNYA :-)
- 10 ekor udang saiz xl
- 2 biji kentang (dipotong 6 & direbus)
- 1 biji cili merah (dihiris)
- 3 ulas bawang putih (diketuk)
- 1 biji bawang besar saiz kecil (dihiris)
- 1 sdk serbuk kunyit
- sedikit garam
- 1/2 cawan air
- sedikit minyak untuk menumis
- CARA MEMASAK :-)
- Panaskan minyak, tumis bawang sehingga garing. Masukkan udang, serbuk kunyit dan air. Masak hingga mendidih. Selepas itu masukkan cili merah, kentang dan sedikit garam. Masak lagi hingga udang masak. Bolehlah dimatikan api.
Friday, April 15, 2011
udang goreng kunyit
kerabu mangga
| ikan goreng sebagai pelengkap hidangan |
- BAHAN-BAHANNYA :-)
- 1 biji mangga muda (disagat)
- 10 tangkai cili api (dihiris)
- 1 kuntum bunga kantan (dihiris)
- 1 biji bawang besar (dibelah 4 & dihiris)
- sos ikan & air gula secukup rasa
- CARA MEMASAK :-)
- Semua bahan digaul bersama hingga sebati. Hidangkan segera.
sosej masam manis
- BAHAN-BAHANNYA :-)
- 26 ketul sosej koktel
- 2 ulas bawang merah (dihiris)
- 4 ulas bawang putih (diketuk)
- 4 inci halia (dihiris)
- 2 sdb sos cili
- 1 sdb sos sour plum
- 1 1/2 sdb sos tiram
- 1 sdb sos tomato
- sedikit air
- garam sekiranya perlu
- sedikit daun bawang
- minyak untuk menumis
- CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan minyak tumis bahan hiris dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan sosej, sos-sos dan juga sedikit air. Masak sehingga sos agak pekat dan bolehlah taburkan sedikit daun bawang.
- Angkat dan sedia dihidang.
kacang panjang goreng telur dan ikan masin
- BAHAN-BAHANNYA :-)
- segenggam kacang panjang (dipotong-potong)
- 3 keping isi ikan tenggiri jeruk (didadu)
- 1 biji telur
- 1/2 biji bawang besar (dimayang)
- 1 biji cili merah (dihiris)
- 1 sdb cili kisar
- 2 sdb kicap manis
- sedikit garam
- minyak untuk menumis
- CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan minyak, tumis bawang besar yang dimayang hingga garing. Masukkan cili kisar masak lagi hingga wangi. Kemudian masukkan isi ikan masin, kacang panjang, cili merah dan bahan perasa. Masak lagi sehingga sebati baru dipecahkan telur. Kacau rata, jika kurang masin bolehlah dimasukkan sedikit garam.
- Angkat dan sedia dihidang.
Thursday, April 14, 2011
sup sawi
BAHAN-BAHAN:-)
1. 3 pokok sawi (dipotong-potong)
2. 1/2 biji bawang besar merah (hiris halus)
3. 3 ulas bawang putih (diketuk)
4. sedikit halia (diketuk)
5. 5 batang isi ketam (dipotong 4)
6. serbuk lada sulah secukupnya
7. garam secukupnya
8. 2 gelas air
9. sedikit minyak untuk menumis
CARA-CARA MEMBUATNYA:-)
1. 3 pokok sawi (dipotong-potong)
2. 1/2 biji bawang besar merah (hiris halus)
3. 3 ulas bawang putih (diketuk)
4. sedikit halia (diketuk)
5. 5 batang isi ketam (dipotong 4)
6. serbuk lada sulah secukupnya
7. garam secukupnya
8. 2 gelas air
9. sedikit minyak untuk menumis
CARA-CARA MEMBUATNYA:-)
- Panaskan minyak, tumis bawang dan halia hingga wangi dan terbit aroma.Masukkan air tunggu hingga air mendidih.Kemudian masukkan sawi, isi ketam dan bahan perasa. Masak sekejap dan bolehlah matikan api.Sedia dihidangkan.
daging bakar cicah air asam
BAHAN-BAHAN:-)
500 gm daging tenderloin
sedikit garam & serbuk kunyit
sedikit kordial asam jawa
****semua bahan digaul dan diperap sebentar****
****panggang sehingga masak****
Air asam jawa
BAHAN-BAHAN:-)
1. segenggam asam jawa baru (dlm bentuk bunjut.byk kat pekan rabu)
2. 1 biji bawang besar merah (belah 4, hiris halus)
3. cili api ikut citarasa (hiris)
4. tomato (jika ada, hiris)
5. 1/2 sdb serbuk belacan
6. 1 sdb sambal belacan
7. garam dan gula secukupnya
8. 1/2 cawan air (utk perah asam)
****semua bahan digaul bersama hingga sebati****
500 gm daging tenderloin
sedikit garam & serbuk kunyit
sedikit kordial asam jawa
****semua bahan digaul dan diperap sebentar****
****panggang sehingga masak****
Air asam jawa
BAHAN-BAHAN:-)
1. segenggam asam jawa baru (dlm bentuk bunjut.byk kat pekan rabu)
2. 1 biji bawang besar merah (belah 4, hiris halus)
3. cili api ikut citarasa (hiris)
4. tomato (jika ada, hiris)
5. 1/2 sdb serbuk belacan
6. 1 sdb sambal belacan
7. garam dan gula secukupnya
****semua bahan digaul bersama hingga sebati****
Friday, April 8, 2011
ikan celup tepung
Assalamualaikum semua...lauk nie sebenarnya dah lama buat. Dah jadi zat dah pun..tapi memandangkan nak bagi ceria sikit blog nie NaSya letak la jugak gambau ni. Resepi dia xde yang spesial main agak2 jerr. Tapi untuk panduan anak2 pd masa depan NaSya letak la gak.
- BAHAN-BAHANNYA :-)
- ikan bilis basah secukupnya
- tepung jagung (agak2 1/2 cwn kot)
- 1/2 biji telur @bole gak letak putih telur
- air ais secukupnyerr
- sedikit serbuk kari (jika suka)
- garam & lada hitam secukup rasa
- minyak untuk goreng terendam
spagetti carbonara ala syabil
- BAHAN-BAHANNYA :-)
- 1 paket spagetti (direbus bersama garam dan sedikit minyak, toskan)
- 1 tin chicken mushroom soup
- 1 tin cendawan asparagus (dipotong kecil)
- 1 1/2 cawan susu segar
- 3 keping keju slice (dihiris-hiris)
- 5 ketul sosej (dipotong bulat)
- serbuk lada hitam secukupnya
- CARA MEMBUATNYA :-)
-
- Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali spagetti dan keju. Masak di atas api sederhana sambil dikacau menggunakan pemukul telur. Pastikan kuah tidak berketul. Apabila mendidih, tambahkan keju hiris. Masak lagi dan masukkan lada hitam secukupnya.
- Angkat dan sedia dihidang.
Subscribe to:
Posts (Atom)