Friday, February 25, 2011

hati masak lada hitam

TAZKIRAH:

BALASAN MENGKHIANATI ILMU
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang sengaja membuat pendustaan ke atasku maka sediakanlah tempatnya di dalam neraka."
                                                                                         (Riwayat al- Bukhari dan Muslim)


  •  BAHAN-BAHANNYA :-)   
  • 450 gm hati lembu ( dihiris nipis )
  • 2 sdb sos tiram
  • 2 sdb cili kisar
  • 3 sdb lada hitam ( ditumbuk kasar-kasar )
  • air asam jawa secukupnya
  • 3 ulas bawang putih( dikisar )
  • 5 ulas bawang merah ( dikisar )
  • 2 cm halia ( dikisar )
  • kicap manis secukupnya
  • sedikit air jika perlu
  • 1 biji tomato ( dibelah 4 )
  • 1 biji cili merah ( dihiris )
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis 
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan minyak,tumis bwg putih , bawang merah dan halia sehingga naik bau.Masukkan cili kisar. Kacau hingga cili garing.
    2. Kemudian masukkan pula sos tiram dan air asam jawa.Kacau hingga mendidih.Masukkan hati, lada hitam  dan kicap manis.Kacau perlahan dan masukkan sedikit air jika perlu.
    3. Sebelum memasukkan garam rasa dahulu.Biarkan sehingga kuah agak pekat bolehlah dimasukkan tomato dan cili hiris.
    4. Hidangkan panas-panas.

ayam tomato

TAZKIRAH:

NIAT : PERMULAAN SEGALA AMALAN
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs Umar bin al-Khattab r.a., aku mendengar Nabi s.a.w. bersabd: "Sesungguhnya semua amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu.
                                                                         (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



  •  BAHAN-BAHANNYA :-)   
  • 5 ketul ayam goreng
  • 4 sdb sos tomato
  • 1/2 biji bawang besar ( dimayang)
  • 1 biji limau kasturi
  • 2 sdk gula @ secukup rasa
  • sedikit garam 
  • sedikit minyak untuk menumis
  • CARA MEMBUATNYA :-)
  • Tumis bawang besar sehingga layu.Masukkan sos tomato, ayam dan gula.Kacau rata.Tambah sedikit air jika perlu.Masukkan garam dan perahan limau kasturi.Rasa masam manisnya.
  • Sesuai dihidangkan untuk anak-anak kecil.

Thursday, February 24, 2011

kek pelangi

Sumber : Majalah Saji


  •  BAHAN-BAHANNYA :-)   
  • 250 gm mentega
  • 350 gm gula halus
  • 4 biji telur
  • 400 gm tepung naik sendiri
  • sedikit serbuk koko, pewarna merah dan pewarna hijau
  • 1 sdk esen vanilla 
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Pukul gula dan mentega sehingga putih.Masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau hingga rata.
    2. Masukkan tepung sesudu demi sesudu diikuti esen vanilla.
    3. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian dan satu dibiarkan warna asal.
    4. Masukkan secara berselang seli ke dalam acuan yang telah dilengser dengan mentega.Bakar sehingga masak.

sardin masak kicap


  •  BAHAN-BAHANNYA :-)   
  • 1 tin besar sardin
  • 1 biji bawang besar (dimayang)
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 biji kentang (dihiris dan digoreng)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 3 helai daun limau purut (disiat)
  • kicap manis secukupnya
  • minyak untuk menumis 
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan minyak,tumis bwg putih , bawang besar dan cili merah.Masukkan sardin,daun limau dan kicap manis secukupnya.Tambah sedikit air jika perlu.
    2. Apabila mahu diangkat bolehlah masukkan kentang yang telah digoreng.
    3. Perahkan limau kasturi sebelum dihidangkan.

ketam madu


  •  BAHAN-BAHANNYA :-)   
  • 1 kg ketam (dibersihkan,dikukus @ digoreng dahulu)
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 3 cm halia (dikisar)
  • 2 sdb cili boh
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1/2 cawan madu
  • setangkai daun kari
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis 
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan minyak,tumis bwg putih , bawang besar,halia dan daun kari sehingga harum.
    2. Masukkan cili boh dan sos tomato,masak sehingga naik minyak.Masukkan ketam, kacau rata.Tambahkan madu dan masukkan garam secukup rasa.
    3. Bolehlah di angkat dan dihidangkan.

singgang tempoyak ikan kerisi




  •  BAHAN-BAHANNYA :-)   
  • 2 ekor ikan kerisi (dipotong 3)
  • 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 2 cm halia (ditumbuk)
  • 2 biji cili merah +5 biji cili api (ditumbuk)
  • 4 batang serai (diketuk)
  • 2 cm kunyit hidup (ditumbuk)
  • segenggam daun kesum
  • 2 sdb tempoyak
  • 2 keping asam gelugur
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa
  • 1 cm lengkuas (diketuk)
  • 3 biji terung telunjuk 
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Masukkan semua bahan kecuali ikan dan terung ke dalam periuk.Masak di atas api yang perlahan sehingga mendidih.
    2. Masukkan ikan dan terung.Tambah bahan perasa dan tunggu sehingga ikan dan terung masak.
    3. Bolehlah dihidangkan dengan nasi panas.    

percik ikan keli


  •  BAHAN-BAHANNYA :-)   
  • 3 ekor ikan keli ( diperap bersama 3 ulas bawang merah + 2 cm halia yang ditumbuk)
  • 2 cawan santan pekat
  • 5 ulas bawang merah ( dikisar)
  • 2 cm halia ( dikisar) 
  • garam dan gula secukup rasa
  • sekeping asam gelugur
  • 1 sdb cili boh
  • 1/2 sdb tepung beras @ tepung jagung ( bahan pemekat)  
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Bakar ikan keli yang telah diperap di atas dapur arang.
    2. Sementara itu, masak santan pekat bersama bahan-bahan lain.Masukkan bahan-bahan perasa dan pekatkan dengan tepung.
    3. Tuang kuah percik di atas ikan sambil di bakar sehingga ikan masak. 

solok ikan kembung

TAZKIRAH:
Memohon Keampunan Pada Setiap Ketika

Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w. bersabda: "Siapa yang berada di dalam suatu majlis dan ia banyak melakukan kesilapan di dalam majlis itu, kemudian sebelum bangun ia mengatakan: "Maha suci Engkau, wahai Allah dan dengan puji-pujian Engkau, aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, aku memohon keampunan daripada Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau": melainkan diampunkan apa yang telah ia lakukan di dalam majlis itu."
                                                                          (Riwayat Abu Daud dan al-Tarmizi)


  •  BAHAN-BAHANNYA :-)   
  • 2 ekor ikan kembung bersaiz besar
  • segenggam kelapa parut muda
  • 1 biji telur
  • 10 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 sdk lada hitam
  • garam dan gula secukup rasa
  • beberapa helai daun kesum (dihiris)
  • minyak untuk menggoreng  
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Bersihkan ikan,buang tulang tengahnya dan korek isinya dengan menggunakan hujung sudu.Hati-hati supaya kulitnya tidak terkoyak.
    2. Tumbuk bawang merah,bawang putih,lada hitam dan kelapa parut.Campurkan isi ikan yang dikikis dan tumbuk semula sehingga sebati.
    3. Masukkan telur,bahan perasa dan daun kesum.Sumbatkan bahan-bahan yang ditumbuk ke dalam kulit ikan.
    4. Panaskan minyak dan goreng solok ikan hingga garing.
    5. Enak dihidangkan dengan sos. 

puding karamel jagung


  •  BAHAN-BAHANNYA :-)   
  • 5 biji telur gred A
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 1/2 tin jagung krim
  • 1 sdk esen vanilla
  • 1/2 cwn gula + sedikit air (untuk gula hangus)
  • sedikit mentega (untuk menyapu acuan) 
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan gula didalam kuali tanpa lekat dengan api yang perlahan.Apabila gula telah cair masukkan air sedikit demi sedikit.Tunggu hingga mendidih.Tuangkan gula hangus ke dalam acuan yang telah dilengser dengan mentega.
    2. Kisar semua bahan kastard sehingga hancur.Masukkan ke dalam acuan yang berisi gula hangus dan bolehlah dikukus sehingga masak.
    3. Enak dihidangkan sejuk.

Saturday, February 19, 2011

mi bandung wassini

Kata-Kata Hikmah:
Jangan Makan Di Dalam Bekas Perak;
Isteri Rasulullah s.a.w., Ummu Salamah r.a. meriwayatkan bahawa baginda pernah bersabda:
"Sesiapa yang minum di dalam bekas perak, perutnya pasti akan dibakar dengan api neraka jahannam."


Sumber resepi : Majalah Rasa

  •  BAHAN-BAHANNYA :-)   
  • 500 gm mi kuning
  • 300 gm daging bertulang
  • 300 gm udang
  • 150 gm sawi (dihiris)(nasya xletak sebab xde stok)
  • 150 gm tauge (nasya xletak)
  • 150 gm kobis (dihiris)
  • 3 sdb sos tomato
  • 2 sdb sos cili (nasya saja-saja letak)
  • 1 sdb sos tiram (nasya yang letak)
  • 2 sdb cili kisar (boleh kurangkan atau xpayah letak)
  • 2 sdb minyak
  • 8 ulas bawang merah (digoreng)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • daun bawang dan daun sup (dihiris)
  • 2 keping tauhu (dipotong)(nasya goreng dahulu)
  • garam dan gula secukup rasa  
  • CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Bersihkan daging dan udang,kemudian rebus bersama sediki garam.Apabila masak,toskan.Simpan air rebusan.Potong daging dan udang.
    2. Panaskan minyak di dalam kuali.Tumis bawang putih.Apabila kuning masukkan cili kisar.Kacau sehingga naik bau.Masukkan air rebusan dan kacau lagi.
    3. Masukkan kobis, sawi, tauge, tauhu dan mi.
    4. Masukkan semua sos dan bahan perasa,kacau rata-rata sehingga mendidih.
    5. Apabila menghidang, letakkan sebiji telur rebus yang dipotong dua,cili merah dan bawang goreng.Hias dengan daun sup dan daun bawang dan bolehlah perahkan sedikit jus limau.