- BAHAN-BAHANNYA :-)
- 1 kg ketam (dibersihkan,dikukus @ digoreng dahulu)
- 1 biji bawang besar (dikisar)
- 3 ulas bawang putih (dikisar)
- 3 cm halia (dikisar)
- 2 sdb cili boh
- 1/2 cawan sos tomato
- 1/2 cawan madu
- setangkai daun kari
- garam secukup rasa
- minyak untuk menumis
- CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan minyak,tumis bwg putih , bawang besar,halia dan daun kari sehingga harum.
- Masukkan cili boh dan sos tomato,masak sehingga naik minyak.Masukkan ketam, kacau rata.Tambahkan madu dan masukkan garam secukup rasa.
- Bolehlah di angkat dan dihidangkan.
Thursday, February 24, 2011
ketam madu
singgang tempoyak ikan kerisi
- BAHAN-BAHANNYA :-)
- 2 ekor ikan kerisi (dipotong 3)
- 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
- 2 cm halia (ditumbuk)
- 2 biji cili merah +5 biji cili api (ditumbuk)
- 4 batang serai (diketuk)
- 2 cm kunyit hidup (ditumbuk)
- segenggam daun kesum
- 2 sdb tempoyak
- 2 keping asam gelugur
- air secukupnya
- garam secukup rasa
- 1 cm lengkuas (diketuk)
- 3 biji terung telunjuk
- CARA MEMBUATNYA :-)
- Masukkan semua bahan kecuali ikan dan terung ke dalam periuk.Masak di atas api yang perlahan sehingga mendidih.
- Masukkan ikan dan terung.Tambah bahan perasa dan tunggu sehingga ikan dan terung masak.
- Bolehlah dihidangkan dengan nasi panas.
percik ikan keli
- BAHAN-BAHANNYA :-)
- 3 ekor ikan keli ( diperap bersama 3 ulas bawang merah + 2 cm halia yang ditumbuk)
- 2 cawan santan pekat
- 5 ulas bawang merah ( dikisar)
- 2 cm halia ( dikisar)
- garam dan gula secukup rasa
- sekeping asam gelugur
- 1 sdb cili boh
- 1/2 sdb tepung beras @ tepung jagung ( bahan pemekat)
- CARA MEMBUATNYA :-)
- Bakar ikan keli yang telah diperap di atas dapur arang.
- Sementara itu, masak santan pekat bersama bahan-bahan lain.Masukkan bahan-bahan perasa dan pekatkan dengan tepung.
- Tuang kuah percik di atas ikan sambil di bakar sehingga ikan masak.
solok ikan kembung
TAZKIRAH:
Memohon Keampunan Pada Setiap Ketika
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w. bersabda: "Siapa yang berada di dalam suatu majlis dan ia banyak melakukan kesilapan di dalam majlis itu, kemudian sebelum bangun ia mengatakan: "Maha suci Engkau, wahai Allah dan dengan puji-pujian Engkau, aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, aku memohon keampunan daripada Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau": melainkan diampunkan apa yang telah ia lakukan di dalam majlis itu."
(Riwayat Abu Daud dan al-Tarmizi)
Memohon Keampunan Pada Setiap Ketika
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w. bersabda: "Siapa yang berada di dalam suatu majlis dan ia banyak melakukan kesilapan di dalam majlis itu, kemudian sebelum bangun ia mengatakan: "Maha suci Engkau, wahai Allah dan dengan puji-pujian Engkau, aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, aku memohon keampunan daripada Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau": melainkan diampunkan apa yang telah ia lakukan di dalam majlis itu."
(Riwayat Abu Daud dan al-Tarmizi)
- BAHAN-BAHANNYA :-)
- 2 ekor ikan kembung bersaiz besar
- segenggam kelapa parut muda
- 1 biji telur
- 10 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 sdk lada hitam
- garam dan gula secukup rasa
- beberapa helai daun kesum (dihiris)
- minyak untuk menggoreng
- CARA MEMBUATNYA :-)
- Bersihkan ikan,buang tulang tengahnya dan korek isinya dengan menggunakan hujung sudu.Hati-hati supaya kulitnya tidak terkoyak.
- Tumbuk bawang merah,bawang putih,lada hitam dan kelapa parut.Campurkan isi ikan yang dikikis dan tumbuk semula sehingga sebati.
- Masukkan telur,bahan perasa dan daun kesum.Sumbatkan bahan-bahan yang ditumbuk ke dalam kulit ikan.
- Panaskan minyak dan goreng solok ikan hingga garing.
- Enak dihidangkan dengan sos.
puding karamel jagung
- BAHAN-BAHANNYA :-)
- 5 biji telur gred A
- 1/2 tin susu pekat manis
- 1/2 tin jagung krim
- 1 sdk esen vanilla
- 1/2 cwn gula + sedikit air (untuk gula hangus)
- sedikit mentega (untuk menyapu acuan)
- CARA MEMBUATNYA :-)
-
- Panaskan gula didalam kuali tanpa lekat dengan api yang perlahan.Apabila gula telah cair masukkan air sedikit demi sedikit.Tunggu hingga mendidih.Tuangkan gula hangus ke dalam acuan yang telah dilengser dengan mentega.
- Kisar semua bahan kastard sehingga hancur.Masukkan ke dalam acuan yang berisi gula hangus dan bolehlah dikukus sehingga masak.
- Enak dihidangkan sejuk.
Saturday, February 19, 2011
mi bandung wassini
Kata-Kata Hikmah:
Jangan Makan Di Dalam Bekas Perak;
Isteri Rasulullah s.a.w., Ummu Salamah r.a. meriwayatkan bahawa baginda pernah bersabda:
"Sesiapa yang minum di dalam bekas perak, perutnya pasti akan dibakar dengan api neraka jahannam."
Sumber resepi : Majalah Rasa
Jangan Makan Di Dalam Bekas Perak;
Isteri Rasulullah s.a.w., Ummu Salamah r.a. meriwayatkan bahawa baginda pernah bersabda:
"Sesiapa yang minum di dalam bekas perak, perutnya pasti akan dibakar dengan api neraka jahannam."
Sumber resepi : Majalah Rasa
- BAHAN-BAHANNYA :-)
- 500 gm mi kuning
- 300 gm daging bertulang
- 300 gm udang
- 150 gm sawi (dihiris)(nasya xletak sebab xde stok)
- 150 gm tauge (nasya xletak)
- 150 gm kobis (dihiris)
- 3 sdb sos tomato
- 2 sdb sos cili (nasya saja-saja letak)
- 1 sdb sos tiram (nasya yang letak)
- 2 sdb cili kisar (boleh kurangkan atau xpayah letak)
- 2 sdb minyak
- 8 ulas bawang merah (digoreng)
- 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
- daun bawang dan daun sup (dihiris)
- 2 keping tauhu (dipotong)(nasya goreng dahulu)
- garam dan gula secukup rasa
- CARA MEMBUATNYA :-)
- Bersihkan daging dan udang,kemudian rebus bersama sediki garam.Apabila masak,toskan.Simpan air rebusan.Potong daging dan udang.
- Panaskan minyak di dalam kuali.Tumis bawang putih.Apabila kuning masukkan cili kisar.Kacau sehingga naik bau.Masukkan air rebusan dan kacau lagi.
- Masukkan kobis, sawi, tauge, tauhu dan mi.
- Masukkan semua sos dan bahan perasa,kacau rata-rata sehingga mendidih.
- Apabila menghidang, letakkan sebiji telur rebus yang dipotong dua,cili merah dan bawang goreng.Hias dengan daun sup dan daun bawang dan bolehlah perahkan sedikit jus limau.
Friday, February 18, 2011
nasi goreng sayur-sayuran cikgu Asmah
Kata-Kata Hikmah :
Jangan Makan Atau Minum Sambil Berdiri;
Daripada Abu Hurairah r.a. diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda;
"Jangan sesiapa pun di kalangan kamu yang minum dalam keadaan berdiri."
(Riwayat Muslim)
Jangan Makan Atau Minum Sambil Berdiri;
Daripada Abu Hurairah r.a. diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda;
"Jangan sesiapa pun di kalangan kamu yang minum dalam keadaan berdiri."
(Riwayat Muslim)
- BAHAN-BAHANNYA :-)
- 2 cawan nasi semalam (dilerai-lerai)
- 1/2 cawan kobis yang telah dihiris
- 1/2 cawan bunga kobis (dihiris kecil)
- 2 kuntum cendawan shitake (dihiris nipis)
- 1/4 biji kapsikum merah (didadu kecil)
- 1 biji telur
- 6 biji bebola ikan (dihiris nipis)
- 3 ulas bawang merah (dimayang halus)
- 3 ulas bawang putih (dimayang halus)
- 1/2 sdb serbuk pati cendawan (jenama cosway)
- garam secukup rasa
- minyak untuk menumis
- CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan minyak secukupnya didalam kuali.Tumis bawang sehingga wangi.Pecahkan telur ,tunggu hingga telur berketul.
- Masukkan bunga kobis dan bebola ikan tunggu hingga bunga kobis lembut.Kemudian masukkan sayur-sayuran yang lain diikuti nasi dan bahan-bahan perasa.
- Apabila nasi dan sayur-sayuran mesra bolehlah ditutup apinya.
gulai kunyit lengkuas
Kata-Kata Hikmah:
Menjilat Jari-jemari Selepas Makan;
Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
Apabila seseorang itu makan, janganlah dia membersihkan tangannya sebelum dia menjilatnya atau ia dijilat (oleh orang lain)"
(Riwayat Bukhari)
Menjilat Jari-jemari Selepas Makan;
Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
Apabila seseorang itu makan, janganlah dia membersihkan tangannya sebelum dia menjilatnya atau ia dijilat (oleh orang lain)"
(Riwayat Bukhari)
- BAHAN-BAHANNYA :-)
- 3 ekor ikan kembung (dicuci bersih dan dipotong dua)
- santan pekat dari sebiji kelapa
- 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
- 2 inci kunyit hidup (ditumbuk)
- 1 inci lengkuas (ditumbuk)
- 1 keping asam gelugur
- sebiji timun (dihiris besar-besar)
- sebiji cili merah (dibelah dua)
- garam secukup rasa
- CARA MEMBUATNYA :-)
- Masukkan bahan-bahan tumbuk kedalam periuk bersama santan,didihkan.
- Apabila telah mendidih masukkan ikan dan timun serta asam gelugur.Kacau selalu supaya gulai tidak pecah minyak.Masukkan garam secukup rasa.
- Tunggu sehingga timun lembut dan bolehlah dimatikan apinya.
Subscribe to:
Posts (Atom)